Ramadhan 1429 Hijrah

September 4, 2008 · Filed Under semasa · Comment 
ramadhan-1429-hijrah

Assalamualaikum,

Rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca muslimin dan muslimat.

Semoga semuanya sihat untuk menjalani ibadah puasa dan juga dapat menjalani ibadah sunat sepanjang Ramadhan ini.

Bulan ini adalah bulan yang paling saya tunggu sepanjang tahun. Sebab pada bulan ini, ada suatu kelainan, tidak seperti bulan-bulan selainnya. Jiwa lebih tenteram, pemikiran mudah untuk fokus pada sesuatu perkara.

Sekadar peringatan yang saya perolehi daripada email:

Assalamualaikum w.b.t

Hanya Ingin Mengingatkan …..

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …..

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
“Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya …..

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2.
Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3.
Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4.
Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5.
Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai
Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya …)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu “, iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah
SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah
TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur’an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.. Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Peluang perniagaan yang lumayan

August 24, 2008 · Filed Under Perniagaan · Comment 
peluang-perniagaan-yang-lumayan

Assalamualaikum.

Saya mendapat pertanyaan tentang peluang perniagaan yang bagus pada masa sekarang.

Ermm… susah jugak nak jawab ni.

Cari perniagaan yang pelanggan akan selalu beli tapi tak perlu pergi jauh dari tempat tinggal @ tempat kerja pelanggan.

Tu ja panduan yang saya dok ikut selama ni. Jangan ikut orang, tapi fikir bisnes yang orang tempat tu belum buat lagi.

“Fikir luar kotak” :D

Bila orang ramai dok cakap-cakap sesuatu bisnes tu ada prospek yang bagus, bisnes tu bukan lagi bagus.

Percayalah…

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Kursus Cendawan Tiram Kelabu di Kelantan

August 18, 2008 · Filed Under Pertanian · Comment 
kursus-cendawan-tiram-kelabu-di-kelantan

Assalamualaikum,
Jika anda ingin mengikuti kursus cendawan di Kelantan, anda boleh berhubung dengan En Faizal di talian 013 952 9040.

Sila lihat gambar di bawah untuk keterangan lanjut.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Pinjaman Perniagaan, Perumahan, Refinance dan Pinjaman Peribadi CIMB

August 12, 2008 · Filed Under Pinjaman · Comment 
pinjaman-perniagaan-perumahan-refinance-dan-pinjaman-peribadi-cimb

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Memandangkan sukar untuk menjelaskan dan menerangkan tentang pinjaman CIMB ini melalui email dan blog, anda perlu mengisi form di bawah.

Rakan saya dari CIMB akan menelefon anda dan menjelaskan segala-galanya tentang pinjaman CIMB ini. Pastikan anda masukkan no telefon yang betul. Jika anda hanya ingin bertanya tanpa membuat pinjaman pon boleh juga isi form dibawah.

Rupanya banyak betul kebaikan pinjaman CIMB ini. Saya akan cuba jelaskan diblog sedikit demi sedikit.

Salah satu kebaikannya adalah tiada hidden cost. Anda akan diterangkan dan dijelaskan tentang segala-galanya. Jika anda setuju, baru anda hantar segala maklumat yang diperlukan dan tandatangan perjanjian. Khidmat ini adalah percuma, jadi tiada kos tambahan. Anda akan diterangkan segala-galanya dan segala interest, yuran, adalah sama dengan jika anda sendiri ke CIMB untuk membuat pinjaman.

Satu lagi, anda tidak perlu pergi ke Pulau Pinang seperti yang saya jelaskan untuk tandatangani perjanjian.

Semuanya akan diuruskan melalui surat atau fax, kecuali jika anda inginkan lebih kepastian, anda bolehlah ke CIMB Butterworth Pulau Pinang berjumpa dengan rakan saya.

Anda hanya akan diuruskan pinjaman CIMB, kemudian anda perlu berurusan dengan pihak bank CIMB berhampiran anda untuk memasukkan wang pinjaman ke dalam akaun CIMB anda.

Mungkin lepas ni ada yang menggunakan nama saya untuk tujuan penipuan, jadi pastikan anda isi borang dibawah kemudian ikut flow tindakan yang saya nyatakan dibawah.

Pastikan anda followup selepas mendapat panggilan telefon dari pegawai CIMB dengan mengisi borang dipautan HUBUNGI dan maklumkan pada saya yang anda telah mendapat panggilan telefon dari rakan saya (pegawai CIMB). Cara ini saya dapat kenalpasti bahawa anda mendapat panggilan dari rakan saya, bukan dari orang lain yang mungkin menipu untuk mendapatkan maklumat diri anda saja.

Mungkin ada yang mengandaikan bahawa ianya sukar, tapi bagi tujuan keselamatan, sila ikuti langkah dibawah:

  1. Isi FORM di bawah
  2. Terima panggilan dari pegawai CIMB (rakan saya). Ambil masa sehari atau 2 hari untuk menghubungi anda.
  3. Maklumkan pada saya semula (gunakan form di pautan HUBUNGI ) jika anda bercadang untuk membuat pinjaman tersebut (saya hanya akan bertanya soalan tentang pegawai tersebut, bukan pinjaman yang anda buat untuk kenalpasti anda mendapat panggilan dari orang yang betul.)
  4. Boleh teruskan membuat pinjaman dengan menghantar segala maklumat yang diperlukan untuk urusan pinjaman.

Jadi, jika anda perlukan bantuan pinjaman, jika anda ada kemushkilan tentang pinjaman CIMB, bolehlah isi form dibawah.

*Pastikan anda masukkan no telefon yang betul

Script by Dagon Design
Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Pemangkasan Cili

August 10, 2008 · Filed Under Cili · 1 Comment 

Pokok cili perlu dipangkas untuk dapatkan hasil yang optimum.

Tujuan pemangkasan untuk beri pokok cili berbuah besar pada batang utama.

Tapi ada pengusaha cili yang menanam pokok dalam keadaan serong untuk memperbanyakkan pengeluaran dahan dan akan banyak mengeluarkan buah.

Jadi, cara dan kaedah bergantung pada pengusaha itu sendiri. Tapi saya lebih suka tanam tegak dan hanya jaga batang utamanya saja.

Cara untuk memangkas, buang semua tunas yang keluar di batang utama.

Jika daun pada bahagian atas banyak, baru saya buang daun di batang utama. Kira dogol la batang utama tu, tiada daun dan dahan.

Kalau daun sikit di bahagian atas, saya biarkan saja daun di batang utama hinggalah daun di bahagian atas tu banyak, Jika tidak, pokok akan kekurangan daun untuk buat proses fotosintesis.

Di bawah ni adalah gambarajah pemangkasan pokok cili

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Blog dan Ihtisham

August 9, 2008 · Filed Under semasa · Comment 

Assalamualaikum

Saya dalam proses menyesuaikan diri untuk jadi seorang bapa.

Agak kelam kabut sebab tak berapa pandai lagi bahagi masa.

Kerja-kerja di Abi Agro pon ada yang tertangguh.

Maaf dipinta untuk pelanggan Abi Agro.

Dalam masa yang sama, blog pula buat hal. Ada yang inform saya blog tak boleh masuk. Setelah berhempas pulas mencari masalah yang berlaku, alhamdulillah, sekarang dah ok.

Diharap lepas ni semuanya akan seperti sedia kala, sebab sayang juga pada tulisan hampir 2 tahun. Semoga ilmu dalam ni dapat jadi sedikit panduan buat pembaca.

Hari ni baby saya di cukur, 2 ekor kambing ditumbangkan, dagingnya disedekahkan kepada rumah orang-orang tua.

Untuk pengetahuan semua, nama baby saya adalah Ihtisham, yang bermaksud kehebatan. Diharapkan maksudnya sesuai dengan budi pekerti beliau dimasa mendatang dan menjadi seorang yang hebat seperti namanya.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Anak Kurniaan Illahi

August 2, 2008 · Filed Under Uncategorized · 3 Comments 

Assalamualaikum,
Tanggal 2 Ogos 2008 jam 5am, saya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana baby dan isteri saya sihat. Sekarang masih lagi di hospital, insyaAllah esok pagi mungkin isteri dan anak saya dapat pulang ke rumah.

Semoga dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami ,dapat menambahkan lagi rezeki kami sekeluarga, agar dapat membantu insan lain pula.

Buat tatapan semua, inilah baby lelaki cahaya mata saya dan isteri….

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi

August 1, 2008 · Filed Under ebook · Comment 

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, saya telah siapkan eBook Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi.

Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi

Panduan asas ini akan membantu anda memahami asas tanaman cili secara fertigasi.
Anda akan pelajari:

    1. Takrif Fertigasi
    2. Alatan Asas Fertigasi
    3. Pemilihan Benih Cili
    4. Penyediaan Anak Benih
    5. Pembajaan
    6. Penjagaan Pokok
    7. Memungut Hasil
    8. Rumah Lindungan Hujan

eBook Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi adalah percuma dan bertujuan untuk membantu orang ramai memahami Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi. Ianya tidak termasuk Panduan Lengkap Tanaman Cili Secara Fertigasi.

Anda dibenarkan untuk memberikan ebook ini secara percuma kepada sesiapa sahaja tanpa mengubah isi kandungan ebook ini. Anda tidak dibenarkan menjual ebook ini secara digital mahupun fizikal.

Sila isi borang di bawah untuk mendapatkan pautan memuat turun eBook Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi.

*Pastikan anda masukkan email yang betul kerana pautan memuat turun akan dihantar melalui email.

Script by Dagon Design
Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Senario cili negara

July 30, 2008 · Filed Under Pertanian · Comment 
senario-cili-negara

Assalamualaikum
Pertamanya, tahniah buat sahabat saya, En Ghazali @ Bang Li yang berjaya memenangi tempat pertama kategori Cili pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Perlis 2008. Ini adalah cili beliau.

cili kulai

Terdapat maklum balas daripada post saya sebelum ni yang bertajuk Cili Fertigasi.

Sebenarnya, saya tidak bermaksud untuk melemahkan semangat mana-mana pihak. Tujuan saya menulis post tersebut untuk menggambarkan senario yang berlaku pada pada tanaman cili.

Semoga bakal penanam cili akan bersedia mengalami segala kemungkinan yang mungkin berlaku pada harga cili.

Kenapa ramai yang takut untuk jadi peniaga?

Antara sebabnya adalah belum tentu lagi untung rugi perniagaan tersebut. Itu yang selalu kita dengar.

Walaupon begitu, ada juga peniaga yang berjaya.

Begitu juga dengan pertanian “Pertanian adalah Perniagaan“. Tagline yang membuka minda ramai untuk menjadi seorang usahawan tani yang berjaya. InsyaAllah.

    Tapi setiap perniagaan ada turun naik, ada untung, ada rugi. Kena ingat dan bersedia. Walaupon untung, kita perlu bersedia untuk menguruskan keuntungan tersebut. Jika tidak, kita akan rugi. Jika rugi, kita lagi perlu bersedia, jika tidak lagi rugi.

Ada yang bankrupt selepas untung besar, ada yang bunuh diri kerana gagal dalam perniagaan.

Ini adalah pendapat peribadi saya bagaimana caranya untuk saya jadi seorang peniaga / usahawan yang berjaya.

Saya perlu tahu apa yang saya buat, dan saya perlu ambil tahu apa kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku, seterusnya saya dapat mengatur strategi bagaimana untuk mengatasi kemungkinan tersebut.

Berbalik pada tanaman cili, apa yang perlu anda buat jika harga borong cili jatuh pada harga RM0.80? Anda sudah tanam cili, cili pon dah ada depan mata, anda boleh jual pada pemborong dengan harga RM0.80, tapi untungkah? Kalau tak jual, lagi rugi, apa pon tak dapat.

Kalau anda ada masa, jual sendiri di pasar malam atau open table depan rumah. Kalau tiada masa, tanya rakan pejabat samada mereka nak beli cili. Anda sudah boleh jual harga lebih mahal daripada anda jual kepada pemborong.

Kenapa harga cili murah?
Kerana kemasukan cili dari luar negara. Cara untuk mengatasi kemasukan cili luar negara- TIADA, selagi kerajaan tidak menghadkan kemasukan cili dari luar negara.

Kenapa harga cili mahal?
Semasa musim hujan, kebanyakan pokok cili bermasalah, jadi pengeluaran buah yang elok berkurangan, maka harga akan meningkat. Jika negara pengeksport cili mengalami cuaca hujan, maka mereka juga akan kurang mengeksport cili mereka ke Malaysia, jadi negara kita akan mengalami kekurangan cili.

Yang ada hanyalah cara untuk kita mengatasi harga cili yang murah iaitu jual sendiri atau jadikan cili tersebut kepada produk lain (tambah nilai).

Negara kita memang kekurangan cili, jika tidak diimport dari negara luar, maka ada rakyat Malaysia yang tidak dapat makan cili, yang mana cili adalah salah satu bahan utama dalam masakan harian masyarakat Malaysia.

Jadi, kita perlukan lebih ramai pengusaha cili di Malaysia ini sehinggalah pengeluaran cili yang banyak dalam negara menyebabkan kita tidak perlu lagi mengimport cili dari luar negara.

Dengan teknik fertigasi pula, pengusaha dapat menjimatkan masa, tenaga kerja dan upah untuk pengairan dan pembajaan dan kos yang terlalu sedikit berbanding dengan tanaman secara konvensional pada pusingan / tanaman seterusnya.

Semoga contoh saya di atas dapat memberi idea kepada anda dalam menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku. Setiap satu masalah, pasti ada penyelesaian. Perlu sentiasa tenang, dan berfikiran positif yang anda pasti temui jalan penyelesaian.

Harga ladang cili kulai pada 29 Julai 2008 mengikut FAMA

Negeri/ Harga Tinggi Purata Rendah
JOHOR BHARU, JOHOR 7.50 7.00 6.50
KOTA SETAR, KEDAH 7.50 7.25 7.00
KOTA BHARU, KELANTAN 4.00 4.00 4.00
MELAKA TENGAH, MELAKA 4.80 3.90 3.00
SEREMBAN, NEGERI 9 5.00 5.00 5.00
KUANTAN, PAHANG 5.10 4.90 4.70
SEBERANG PERAI TENGAH 6.00 5.50 5.00
KINTA, PERAK 7.60 7.30 7.00
KANGAR, PERLIS 6.50 6.50 6.50
KLANG, SELANGOR 4.90 4.55 4.20
KUALA TERENGGANU 5.30 5.20 5.20
KUCHING, SARAWAK 3.00 2.00 1.00
MIRI, SARAWAK 6.00 6.00 6.00

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Cili Fertigasi

July 28, 2008 · Filed Under Pertanian · 5 Comments 
cili-fertigasi

Assalamualaikum,
Ramai bertanya kepada saya tentang cili fertigasi.

Tahukah anda, bahawa tanaman cili adalah tanaman yang sukar untuk ditanam?
Sebab tu harga cili mahal.

Jika cili mudah di tanam, maka harga cili mesti murah dari dulu lagi.

Tanaman cili fertigasi bukan boleh dibuat sebagai main-main. Anda perlu sedar yang anda perlukan masa untuk belajar tanam cili ni. Modal yang diperlukan juga agak tinggi. Ada yang sanggup keluarkan wang simpanan, tapi tiada wang untuk modal pusingan. Kena buat perancangan yang teliti. Jangan hanya budget untuk modal setup sistem fertigasi sahaja.

Tiada yang mudah. Walaupon meracun 3 hari sekali, tetapi tetap ada yang kena serangan penyakit. Semua terserah kepadaNya. Kita dah berusaha sebaik mungkin untuk jaga pokok tersebut.

Saya tanak ada yang sanggup melabur beribu-ribu ringgit hanya kerana tertarik dengan hasil jualan yang akan diperolehi kelak.

Tidak semestinya anda dapat jual hasil dengan harga yang tinggi.

Harga cili pernah jatuh hingga RM0.80 / kg. Apa yang anda perlu buat jika harga serendah itu? Bagi saya, cili ni bagaikan pasaran saham yang turun naik harganya. InsyaAllah jika anda bersabar, akan tiba masanya pokok anda akan mengeluarkan hasil yang tinggi dan harga pada masa tu juga tinggi. Itu semua ketentuan pasaran dan tuhan saja yang dapat berikah hasil yang tinggi atau rezeki yang banyak kepada anda. Terserah kepadaNya.

Doa yang paling penting.

Saya tahu post saya kali ini akan sedikit menutup periuk nasik saya, tapi, saya lebih gembira jika ramai yang tangguhkan dulu untuk ceburi bidang pertanian kerana sedar tentang jenit perih untuk memulakan sesuatu projek.

Jika anda tidak mampu bahagikan masa di ladang, atau tiada pembantu yang dapat membantu anda, tangguhkan dulu projek cili fertigasi anda. Seeloknya, simpan dulu wang anda di dalam saham amanah.

Bila tiba masa yang sesuai, baru anda mulakan projek. Ada dikalangan rakan-rakan saya yang gagal dalam pusingan yang pertama saja kerana terpedaya dengan cerita penanam cili yang dah berjaya (mesti ada cerita dia tak berjaya, tetapi hanya diceritakan tentang kisah kejayaan saja).

Sedikit tips dari saya, jika anda kurang berjaya dalam tanaman cili terutamanya dan projek agro khasnya,

Bila kita dah buat sesuatu projek, dalam masa pengetahuan kita yang ada pada waktu itu, baja kita dah bagi cukup ikut pengetahuan pada waktu itu, racun cukup, kawasan bersih, setiap langkah penjagaan dah buat, sekarang ni semuanya bergantung kepadaNya.

Kalau dah rezeki kita, insyaAllah dapat la hasil yang tinggi.

Dalam masa yang sama, pencarian ilmu tu yang paling penting. Ilmu yang kita tau ni, umpama setitik air di lautan. Banyak lagi ilmu yang kita kena pelajari.

Bagi saya, tiada perkataan gagal, yang ada cuma belum berjaya. Kalau dah berputus asa, masa tu la dikatakan gagal.

Thomas Edison pon kena buat 100 ribu percubaan baru dia berjaya cipta lampu. Ada 99, 999 percubaan dia yang belum berjaya. Kalau dia berputus asa, mesti kita tadak lampu sekarang ni.

cili fertigasi Anak buah saya, Nuren Irdina, bersama hasil buah cili di tapak RnD cili fertigasi. Pembantu setia tanpa gaji :D Selalu tolong kacau pastu upahnya, saya bawa dia jalan-jalan.

.

Next Page »