
Bila nak suruh orang join MLM, selalunya orang akan kata,:
“Nie bukan program MLM”
“Nie program baru, baru 2 bulan”
“Artis pon ada join”
“Saya ada peluang biz nak ajak awak join”
“Saya tanak la kaya sorang-sorang, tu yang ajak awak sama”
Nie la antara pengalaman saya. Kawan sekolah plak tu yang suruh join. Aduhhh… Susah tul nak elak. Tapi, kena la tepis dengan cara lembut, karang hilang kawan plak.
Bagi saya, anda boleh join MLM kalau:
1. Anda suka bercakap
- Anda kena bercakap, kalau diam saja, camna orang nak tau anda join MLM dan camna nak ajak orang lain untuk join MLM .
2. Anda boleh eleborate sesuatu perkara dengan lebih dalam lagi
- Akan ada orang yang bertanya lebih lanjut tentang sesuatu perkara. Paling penting yang anda harus tau, tentang sistem MLM yang digunakan. Apa beza sistem yang MLM yang anda guna berbanding dengan sistem MLM yang lain.
3. Anda sanggup mengorbankan masa anda
- Tipu bila orang cakap program MLM nie tak perlu masa yang banyak. Saya pernah jumpa dengan orang yang join MLM, tengah malam baru balik rumah, sebab berjumpa dengan target ahli. Walaupon pendapatan dia dah banyak, tapi, kalau dia stop, dia takan boleh pergi ke level yang seterusnya.
4. Anda tak malu untuk berjumpa orang
- Bila anda dah berkorban masa anda, anda tidak seharusnya rasa malu. Ceritakan kepada target ahli anda tentang kebaikan join MLM anda dan kenapa lebih hebat jika beliau join dibawah anda.
5. Anda sanggup melabur lebih untuk berjumpa dengan target ahli anda
- Bila anda berjumpa target ahli yang anda nak beliau join, jangan segan-segan untuk keluarkan duit anda untuk belanja beliau minum/makan. Takan anda kedekut. Walhal, MLM andakan yang banyak dapat keuntungan. MLM anda kan yang boleh mendapat pendapatan yang lumayan.
Untuk yang dah join MLM, atau yang berminat untuk join MLM, pastikan syarikat yang anda join adalah sah. Menurut Laporan Jumlah Lesen Jualan Langsung April 2006, daripada KPDNHEP, terdapat 351 syarikat yang berjaya memohon atau memperbaharui lesen untuk jenis pelan pemasaran MLM, 149 syarikat untuk jenis pelan pemasaran SLM, 36 syarikat untuk jenis pelan pemasaran MO dan 31 syarikat untuk jenis pelan pemasaran SLM/MO.
Untuk melihat senarai penuh syarikat yang berdaftar dengan KPDNHEP, sila klik di sini.
Sila lihat senarai syarikat, adakah syarikat yang ingin anda join telah berdaftar dengan KPDNHEP?
KPDNHEP juga telah mengeluarkan kaedah atau cara-cara untuk anda kenalpasti samada sesuatu program yang anda join atau akan join adalah Skim Piramid atau tidak.

Skim Piramid: Sejauh Mana Pulangannya?
Skim piramid merupakan satu skim perkiraan bagi pengedaran atau penjualan komoditi. Seseorang itu mendapat suatu balasan atau faedah wang yang tidak bergantung pada jumlah atau kuantiti barang dan perkhidmatan yang dijual atau diedarkan, tetapi yang diasaskan adalah kepada penajaan seorang atau lebih peserta ke dalam skim tersebut.
Ciri-ciri Skim Piramid
- Menetapkan bilangan penajaan seperti ganjaran atau bonus dibayar berdasarkan kepada penajaan ahli yang ditetapkan, bukannya berdasarkan jumlah jualan yang dibuat.
- Menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat berdasarkan bilangan ahli yang ditaja.
- Skim latihan dan ceramah yang dianjurkan tidak menekan kepada kualiti produk atau cara memasarkan produk, tetapi lebih kepada cara bagaimana untuk menarik masuk peserta baru dalam skim.
- Harga barangan atau perkhidmatan adalah lebih tinggi dan tidak setimpal dengan nilai sebenar barangan atau perkhidmatan tersebut.
Kerajaan telah mengambil langkah mengharamkan skim ini kerana ia lebih menjurus kepada skim cepat kaya yang memberi keuntungan hanya kepada segelintir perserta yang telah berada di peringkat tertinggi dan tidak kepada sebahagian besar peserta yang masih berada di peringkat bawahan. Dengan kata lain, hanya beberapa peserta terawal atau atasan sahaja yang mendapat faedah atau pulangan lumayan dan sebahagian besar peserta di peringkat bawahan hanyalah penyumbang supaya peserta atasan dapat menikmati faedah.
Kini, kerajaan sedang menggubal Akta Anti Piramid bagi mengharamkan skim ini dan akan mengenakan hukuman mandatori (denda dan penjara) ke atas penganjur dan juga peserta skim.
Bagaimana jika didatangi penganjur Skim Piramid?
- Periksa sama ada syarikat tersebut mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.
- Rujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memastikan syarikat (jualan langsung) memiliki lesen yang sah.
- Meneliti pelan pemasaran syarikat dan buat rujukan dengan Unit Jualan Langsung, KPDN & HEP mengenai kesahihan pelan yang dikemukakan.
Cara Mengenal Skim Penipuan
Kita sering berhadapan dengan pelbagi skim-skim baru, yang menawarkan ganjaran menarik dengan modal yang rendah. Seringkali ramai yang tertarik dan menyertainya. Namun akhirnya apa yang dijanjikan itu tidak kesampaian dan modal yang dikeluarkan itu lesap begitu sahaja. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, demi mengelakkan diri daripada tertipu, sentiasa ingat petua-petua perlindungan yang berikut :
Tawarkan keuntungan tetap
Hindari sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan tetap atau tinggi bagi satu pelaburan kecil. Berhati-hatilah terhadap syarikat yang menjanjikan keuntungan besar atau menunjukkan prestasi cemerlang dalam satu tempoh masa yang pendek.
Perlu menaja orang lain
Berhati-hati dengan pelan yang menumpukan kepada membayar anda untuk melatih orang lain dan bukannya membayar anda kerana menjual produk atau perkhidmatan. Perkataan yang menjadi kunci utama untuk mengingatkan anda supaya bethati-hati ialah ‘downline’ atau ‘piramid’.
Tempoh tawaran terhad
Jangan sekali-kali bersetuju menyertai apa-apa ‘peluang’ dalam keadaan mendesak, umpamanya ‘tempoh untuk anda menyertai skim ini amat terhad’ atau ‘beli sekarang, jika tidak, anda akan menyesal’.
Kenakan bayaran pendahuluan
Memang mustahil untuk anda memenangi sebarang hadiah atau wang yang banyak jika anda tidak masuk sebarang pertandingan atau membeli loteri. Begitu juga, mustahil bagi sesuatu pertandingan yang sa di sisi undang-undang untuk meminta bayaran wang pendahuluan sebelum menyerahkan hadiah wang.
Panggilan tidak diduga
Anda perlu bersikap ragu-ragu mengenai sebarang panggilan telefon yang tidak dijangka mengenai pelaburan daripada jurujual atau syarikat luar pesisir yang anda tidak kenali. Jika pemanggil itu mengaku sebagai wakil peniaga syarikat broker saham atau penasihat pelaburan yang dilesenkan oleh pihak berkuasa di luar negara, minta nama pihak kawal selia asing berkaitan yang melesenkan syarikat itu dan layari tapak webnya yang biasanya mempunyai senarai mereka yang berdaftar dan dilesenkan.
Ketahui maklumat syarikat
Pastikan anda memperoleh rekod prestasi syarikat tersebut. Juga, mintalah maklumat bertulis mengenai produk pelaburan dan perniagaan itu, serta risiko yang terbabit dalam pelaburan tersebut. Baca dengan teliti prospektus atau laporan tahunan syarikat itu sebelum membuat pelaburan.
Jangan dedahkan maklumat peribadi
Jangan berikan sebarang maklumat kewangan atau peribadi sebelum anda memastikan kesahihan syarikat itu.
Dapatkan maklumat lanjut
Jangan takut bertanya soalan. Malah, lebih banyak soalan yang anda tanyakan, lebih baik lagi. Minta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang anda tidak benar-benar fahami. Walau bagaimanapun, jangan menerima bulat-bulat semua maklumat yang diberikan. Siasat sendiri. Jika anda memerlukan bantuan untuk membuat penilaian terhadap pelaburan tersebut, pergilah kepada mereka yang boleh memberikan nasihat secara bebas dan profesional, contohnya wakil peniaga berlesen, penasihat pelaburan, peguam atau akauntan.
Semakan dengan pihak berkuasa
Sentiasa periksa tapak web pihak pengawal selia, contohnya, tapak web Suruhanjaya Sekuriti (www.sc.com.my), untuk mendapatkan maklumat mengenai amaran untuk pelabur, atau senarai syarikat-syarikat perantara berlesen.
Jangan melabur jika ragu-ragu
Jika ragu-ragu, jangan melabur. Mengapa anda mesti meletakkan wang anda dalam risiko jika anda tidak mendapat maklumat sepenuhnya mengenai syarikat, jurujual/esen, atau pelaburan tersebut? Ingatlah, jika sesuatu janji itu nampak macam mustahil boleh dilaksanakan, kemungkinan besar memang mustahil boleh berlaku!
Dan sekarang, banyak program-program MLM yang telah menggunakan teknologi untuk menarik lebih ramai ahli, Satu tindakan yang bijak, tetapi anda harus berhati-hati kerana jika berlaku penipuan, pihak penganjur tidak boleh didakwa di Malaysia kerana belum wujudnya Akta Transaksi Elektronik.
SKIM PIRAMID MELALUI INTERNET
Kini penganjur skim piramid telah menggunakan internet sebagai saluran untuk melebarkan aktiviti mereka. Sebuah syarikat di U.K telah menganjurkan satu skim, iaitu mereka yang ingin menyertainya perlu membeli emas bernilai US$50.00 bersamaan RM189.83 (US$1=RM3.80). Ini membolehkan mereka membuka sebuah akaun dengan syarikat tersebut. Emas tersebut akan disimpan oleh syarikat itu.
Peserta kemudiannya diminta untuk menaja dua orang yang secara cartanya diletakkan di sebelah kiri dan kanannya. Mereka juga perlu membayar US$50. Dua orang yang ditaja itu juga diminta menaja dua orang lain di bawah mereka dan begitulah seterusnya. Sekiranya peserta pertama tadi telah berjaya mendapatkan enam orang di bawahnya, maka dia berkelayakan untuk mendapat komisen sebanyak US$30 bersamaan RM113.90. Lebih ramai peserta yang ditaja di bawah downlinenya, maka bertambah banyaklah ganjaran komisen yang diperolehi.
Syarikat ini memang bebas beroperasi di internet. Namun masalahnya sekiranya para peserta yang menyertai skim ini menghadapi masalah, tidak ada jaminan untuk mendapatkan wang mereka semula. Dan, pihak penganjur juga tidak boleh didakwa di Malaysia kerana belum wujudnya Akta Transaksi Elektronik.
Kini, berleluasa juga skim berbentuk piramid yang dibuat secara surat berantai. Peserta yang berminat diminta untuk memasukkan wang ke dalam akaun bank tiga peserta yang dinyatakan dalam surat tersebut. Kemudian dia dikehendaki membuat salinan seberapa banyak yang boleh dan dan meletakkan namanya serta nombor akaun bank di tempat ketiga. Salinan-salinan tersebut perlu dihantar pula kepada sesiapa sahaja, sama ada secara pos, memasukkan dalam peti surat, pada kenderaan atau di tempat tumpuan umum.
Hairannya, biarpun telah ramai yang terkena dengan skim piramid ini, namun masih ramai lagi yang ingin menyertainya.
Walaupon sesuatu syarikat telah didaftarkan dengan KPDNHEP, tetapi telah terdapat sejarah KPDNHEP telah menarik balik lesen sesuatu perniagaan MLM kerana melanggar syarat-syarat menjalankan perniagaan MLM/Jualan Lansung. Ini kerana semasa memohon lesen, syarikat yang terlibat memang memberikan maklumat yang lengkap dan tepat, tetapi selepas mendapat lesen, syarikat MLM/Jualan Langsung telah menukar pelan sehingga menjadi seakan-akan SKIM PIRAMID.Ciri-ciri Skim Piramid
- Menetapkan bilangan penajaan seperti ganjaran atau bonus dibayar berdasarkan kepada penajaan ahli yang ditetapkan, bukannya berdasarkan jumlah jualan yang dibuat.
- Menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat berdasarkan bilangan ahli yang ditaja.
- Skim latihan dan ceramah yang dianjurkan tidak menekan kepada kualiti produk atau cara memasarkan produk, tetapi lebih kepada cara bagaimana untuk menarik masuk peserta baru dalam skim.
- Harga barangan atau perkhidmatan adalah lebih tinggi dan tidak setimpal dengan nilai sebenar barangan atau perkhidmatan tersebut.
|