Apa yang akan kita ingat selepas 2 minggu

January 22, 2007 · Filed Under Uncategorized · 4 Comments 

Dari luar tingkap airbus Airasia 2 minggu lepas, saya bercuti di kampung isteri saya di Keningau, Sabah. Memang waktu pulang ke Sabah adalah saat yang selalu saya nantikan. Sebab banyak aktiviti yang menarik yang akan saya lakukan. Pemandangan bukit-bukau menghijau, udara yang sejuk di tengah-tengah perjalanan ke Keningau, memancing, mandi sungai buat saya balik ke alam kanak-kanak. Hehe iye la, dah besar nie, mana sempat nak buat semua tu. :D

Saya selalu membeli sebuah buku untuk dibaca dalam perjalanan.Tak kira dimana destinasi saya, mesti ada sebuah buku yang akan saya baca. Terutama buku motivasi ataupon perniagaan. Sebab, nak mengisi masa lapang masa atas kenderaan.

Kalau ke KL dari Perlis, saya suka naik bas je. Lebih kurang 7 jam perjalanan, dan saya suka naik waktu siang.Masa tu, boleh la baca buku tebal-tebal. Hik.Kalau tidak, jarang saya baca buku, cuma baca paper atau web je.

 

Dalam perjalanan naik flight ke KK, saya baca buku “Why We Want You To Be Rich”. Buku yang ditulis oleh 2 tokoh terkemuka dunia, Donald Trump dan Robert Kiyosaki. Telah terbukti, dunia barat mempunyai ekonomi yang kurang stabil. Sebab tu la buku ini dikeluarkan.Salah 1 faktor yang menjadi ancaman kepada periuk nasik peniaga-peniaga di Barat adalah internet marketing. Tersenyum saya :D Nampaknya peniaga-peniaga online akan mengambil alih ekonomi. Kena ambil peluang nih!

Dalam pembacaan saya dalam buku tersebut, ada benda yang menarik perhatian saya, dan mengingatkan saya kepada zaman sekolah dulu-dulu. Ala yang “saya baca saya ingat, saya dengar saya lupa”, yang tu la… ada lagi ayat-ayat dia, tapi lupa :D Kat sekolah saya dulu ada dilekatkan di dinding koridor kata-kata semangat untuk student.

Apa yang akan kita ingat selepas 2 minggu?

90% daripada apa yang kita cakap dan buat

70% daripada apa yang kita cakap sahaja

50% daripada apa yang kita lihat dan dengar

30% daripada apa yang kita lihat

20% daripada apa yang kita dengar

10% daripada apa yang kita baca

Source: Cone of Learning daripada Dale, 1969 yang saya ambil daripada buku “Why We Want You To Be Rich”.

So, memandangkan 90% daripada apa yang kita cakap dan buat salah satunya adalah melalui pengajaran kepada orang lain, saya akan buka kepada sesiapa yang mempunyai tertanyaan tentang internet marketing, boleh la bertanya saya, dan saya akan beritahu apa yang saya tahu.

Saya boleh dihubungi melalui email saya abixpert [@] yaho o [.] com

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================