Assalamualaikum
Lama betul saya tak tulis di blog
Tengah sibuk nak buat pertanian… skang ni cuba-cuba main saham pula.
Berbalik pada tajuk, “TELITI”…
Banyak benda yang saya belajar semenjak saya diam dari blog…
1. anak pokok pisang saya (tissue culture) … 50% mati. Banyak perkara sebenarnya yang terjadi kat pokok pisang tu.
i) ada manual yang diberikan bersama anak pokok pisang yang saya tanam, tapi saya tak ikut, saya ikut cakap orang yang tanam pokok pisang biasa (anak pokok) dan bukan tissue culture.
ii) tempat yang saya letak untuk tumbesaran pokok pisang ada siput, sebab saya tak sedar siput akan menyerang anak pokok pisang saya (sebelum ni memang saya tau siput suka makan pucuk pokok yang lembut)
iii) saya tak bertanya pada orang yang lebih mengetahui. Sepatutnya saya tanya dan dengar cakap orang yang pernah tanam pokok pisang tissue culture. Lepas saya bertanya, baru saya berjaya menyelamatkan 50% pokok pisang saya.
2. Terbeli kaunter bukan syariah.
Hehe memang saya gelihati tentang perkara ni. Saya ada beli satu kaunter saham, sebab terlalu teruja dengan berita daripada informer bahawa 1 kaunter ni akan mencanak naik, saya tanpa segan silu, tanpa malu-malu terus telefon remisier untuk beli 1 lot kaunter tersebut. Dekat RM2k nilai saham tersebut. Tapi nak buat camna… terpaksa la jual balik. Tapi saya tak jual sekarang. Disebabkan bila jual beli saham berlaku, ada comission yang perlu diberikan pada remisier, (mandatori) hehe terpaksa la saya tunggu saham tu naik. Insyaallah dalam sehari dua ni laik la saham tu. Asalkan lepas bayar remisier, saya terus jual.
Saya bukan alim, tapi disebabkan saya sedar benda ni haram… (terang-terangan bukan kaunter syariah) , saya taknak simpan dan tak nak amik untung pon dengan saham ni walaupon dijangka saya akan untung dalam RM500. Benda ni akan jadi darah daging keluarga saya kalau saya amik untung daripada saham tersebut.
Remisier ada mencadangkan kaunter yang lain kepada saya, tapi saya berdegil, nak juga kaunter tu… hehe. Sal dia tak cakap tu bukan kaunter syariah? Kalau dia cakap, confirm saya tak beli. kihkihkih Perkara nie menggelikan hati saya, sebab bila main saham, adrenalin dalam badan ni laju je naik sampai tak perasan symbol syariah @ tak.
Satu pengajaran untuk diri saya, kena bertenang walau apa pon yang berlaku bila buat sesuatu keputusan.

Anak pisang tissue culture. Hampir sama panjang dengan bekas polisterin

Anak-anak pisang. Dihantar secara kurier (Pos Laju) dalam polisterin. 100 anak pokok

Anak pokok pisang siap di tanam dalam polibeg.