Jangan bergantung pinjaman Mara

May 31, 2007 · Filed Under Keratan Akhbar, Pinjaman, Uncategorized · Comment 
jangan-bergantung-pinjaman-mara

SUMBER : UTUSAN, 13 NOVEMBER 2006

KUALA KANGSAR 12 Nov. – Usahawan bumiputera yang ingin mengembangkan perniagaan dinasihatkan tidak bergantung kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi mendapatkan bantuan pinjaman kerana ada banyak agensi lain boleh membiayai perniagaan mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, Mara bukanlah satu-satunya agensi kerajaan yang boleh membantu usahawan bumiputera kerana terdapat beberapa agensi lain turut menawarkan peluang tersebut.

‘‘Kalau usahawan boleh pergi kepada agensi-agensi terbabit, tidak adalah beban ditanggung oleh Mara sahaja dan usahawan tidak berasa kecewa sekiranya Mara menolak permohonan mereka.

‘‘Tidak perlulah pergi kepada Mara sahaja kerana ada agensi lain berperanan seperti Mara boleh membantu usahawan bumiputera secara komprehensif,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen dan Ekspo Usahawan Bumiputera Kuala Kangsar 2006, di sini hari ini.

Rafidah berkata, kadang-kadang ada yang datang berjumpa dengan beliau atau menulis surat, kebanyakannya meminta mereka dibantu oleh Mara.

Menurutnya, antara agensi yang bersedia membantu usahawan bumiputera dalam perniagaan ialah Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Pusat Produktiviti Negara (NPC), Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) dan Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (Matrade).

Katanya, Mara boleh memberi bantuan kewangan tetapi ia perlu dilengkapi dengan khidmat nasihat, sokongan dan bimbingan dari agensi seperti SMIDEC, MIDA, Matrade, NPC dan MIDF yang memberi pembiayaan.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Mengatasi kepenatan

May 24, 2007 · Filed Under Uncategorized · Comment 
mengatasi-kepenatan

Mengatasi kepenatan
oleh: Yayasan Pembangunan Nur Hikmah

Dalam menguruskan kehidupan seharian, kita terpaksa menghadkan aktiviti akibat kepenatan. Kepenatan juga menjadi halangan kepada kita untuk mempertingkatkan amal ibadah. Kepenatan juga menjadi alasan yang kukuh bagi kita untuk mengelakkan dari membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat.

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku.”

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali)
dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan
mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”
(Sabda Rasulullah SAW)

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Cara nak mempercepatkan kelulusan pinjaman pertanian

May 15, 2007 · Filed Under Pinjaman, Uncategorized · 37 Comments 
cara-nak-mempercepatkan-kelulusan-pinjaman-pertanian

Assalamualaikum
Banyak yang bertanya saya tentang cara nak dapat pinjaman atau loan. Satu cara yang saya anggap paling mudah, adalah dengan menjalankan projek anda dahulu, kemudian apply loan untuk mengembangkan projek yang anda nak jalankan.

Bagaimana nak jalankan projek, walhal anda tiada modal. Saya bagi contoh, anda ingin menjalankan projek tanaman pisang. Apa yang perlu anda buat, anda tanam anak pisang tersebut dengan kos yang anda mampu. Katakan anda hanya mampu keluarkan modal RM50. Dengan RM50 tersebut, anda boleh dapatkan 50 anak pokok pisang (kalau sepokok RM1). Tanam disekitar rumah anda 50 pokok pisang tersebut.

Kemudian, anda buat kertas kerja untuk membesarkan projek pertanian yang ingin anda jalankan. Harus diingat, apply loan untuk MEMBESARKAN PROJEK, sebab, pemberi pinjaman akan lebih mudah memberi pinjaman kepada projek yang telah dijalankan dengan alasan anda telah mempunyai pngetahuan tentang projek tersebut.

Sebenarnya, banyak agensi yang memberi pinjaman kepada projek pertanian… MARA, Jabatan Belia dan Sukan, Peladang dan sebagainya. Kalau projek anda menelan belanja sebanyak RM50k, anda boleh terus apply dengan MARA. Tanpa penjamin dan cagaran. Tapi kalau anda perlukan modal sebanyak RM100k, anda boleh pinjam RM50K daripada MARA, RM30K daripada peladang dan RM20K daripada Jabatan Belia dan Sukan. Dengan cara ini, loan anda akan mudah diluluskan kerana anda nak pinjam “sikit” , bukan nak pinjam “banyak” (RM100K) dengan sesuatu agensi.
(Jangan lupa, anda ingin MEMBESARKAN PROJEK, bukan nak memulakan projek).

P/s: Ini adalah cara logik akal saya sendiri, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada agensi yang terlibat :D.

Kenapa Susah Nak Dapat Pinjaman Bank???

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Tanah tapak fertigasi

May 7, 2007 · Filed Under Pertanian, Uncategorized · 11 Comments 

Aduh! Letih sungguh hari ni. Tak pasal-pasal, tanah yang saya order untuk buat tapak fertigasi sampai hari ni, sepatutnya besok. Tapi saya rasa, setiap apa yang berlaku… ada hikmahnya. Siang tadi, dengan susah payahnya saya meratakan tanah tu, bukan apa, nanti bila hujan turun, tanah tu jadi basah dan padat, memang susah nak ratakan pakai cangkul.

Sekarang ni guruh berdentum kat langit. Saya mengharapkan hujan turun untuk membasahi anak pokok pisang, tapi dalam masa yang sama, juga mengharapkan hujan tak turun, sebab ada sket lagi tanah yang perlu saya ratakan.

Ntah la, tak tau plak apa yang saya nak, tapi rasanya saya nak hujan turun kot.. hehe sebab saya nak juga padatkan tanah tapak fertigasi. Dah lama hujan tak turun kat Perlis. Sekarang ni musim orang buat bendang. Tapi mak saya pawahkan saja tanah bendang keluarga saya kat orang lain. Hasilnya 50-50 la nanti. Saya kurang berminat dengan bendang, sebab tenaga, wang dan masa yang kita keluarkan, hasilnya tak berbaloi untuk diterima. Sebab tu saya tanam pisang dengan buat fertigasi. Bila dah berjaya, baru saya convertkan tanah bendang tu untuk tanaman lain.

Besok, pukul 8am, saya kena ke rumah pak lang, ambil duit untuk register letrik, air dan telefon untuk dipasang kat kedai buah. Petang besok pula, pak lang nak buat appointment dengan kontraktor untuk buat partition kat kedai buah tu. Bila dah siap partition, kena la settlekan pasal signboard, Gerai Buah Bimbingan FAMA, lesen premis. Banyak betul benda yang saya nak buat. Semuanya dalam masa yang sama. Saya terpaksa curi-curi masa untuk buat semua perkara… kedai buah, pokok pisang, fertigasi dan saham.

Buat masa ni, belum rasa tertekan sangat, cuma letih menyangkul saja. Doakan semoga saya berjaya dalam bidang yang saya ceburi :D

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Kertas Kerja Rancangan Perniagaan MARA

Apa itu Rancangan Perniagaan                                               

  1. Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
  2. Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

Kegunaan 

    Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sediada 

    untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :

  1. Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  2. Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  3. Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  4. Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  5. Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan 

  1. Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan                             
  2. Statistik
  3. Data ekonomi
  4. Data perdagangan
  5. Penyelidikan pasaran

Penyediaan Rancangan Perniagaan

1.   Jadual kandungan
2.   Ringkasan Eksikutif
3.   Pengenalan
  • Nama Syarikat
  • Jenis Perniagaan yang diceburi
  • barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
  • lokasi premis
  • tarikh perniagaan dimulakan
  • latar belakang industri dan tren pasaran
  • Senario masa hadapan
  4.    Tujuan Penyediaan 
    • memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
    • merancang pelaksanaan projek baru
    • untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
    • atau lain-lain tujuan
 5.        Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
  • Nama perniagaan
  • Alamat, No. Telefon
  • Bentuk perniagaan
  • Kegiatan utama
  • Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
  • No. Pendaftaran Perniagaan
  • Modal permulaan, modal dibenar
  • Nama dan alamat pemegang saham
  • Nama bank (jika ada)
  • No. Akaun Perniagaan(jika ada)
6.   Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham
  • Nama, alamat, no. telefon
  • Kelulusan akademik
  • Pengalaman/kemahiran

7.   Rancangan Organisasi/Pengurusan
  • Matlamat dan strategi syarikat
  • Struktur/carta syarikat
  • Senarai kakitangan pengurusan
  • Senarai perjawatan
    - tanggungjawab setiap jawatan
    - imbuhan/gaji bagi setiap jawatan
  • Kos yang terlibat termasuk untuk pembelian peralatan pejabat
8.   Rancangan Pemasaran
  • Analisis Pasaran - untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.
    - mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.
    - mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).
    - Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.
    - Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.
    - Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.
  • Ramalan Jualan
    - syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.
  • Strategi Pemasaran
    - Strategi pemasaran secara keseluruhan
    • bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan
    • kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya.

- Strategi barangan

      • faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan.

- Strategi harga

      • penentuan harga
      • tawaran harga dan sebagainya.

- Strategi Pengedaran

      • cara pengedaran dibuat
      • kos-kos yang terlibat
      • rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut

- Strategi promosi

      • - teknik-teknik promosi yang akan dijalankan

- Belanjawan pemasaran

9.   Rancangan Pengeluaran/Operasi
  • Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
  • Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
  • Keupayaan pengeluaran
  • Rancangan pengeluaran
    - jumlah pengeluaran
    - keupayaan maksimum
    - penyimpanan stok
  • Senarai bahan mentah (jika ada)
  • Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
  • Pengendalian mesin/peralatan
10.    Rancangan Kewangan

Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.

Bahagian ini merangkumi :

    • Kos pelaksanaan projek
    • Sumber pembiayaan
      - modal sendiri
      - pinjaman bank
      - sewa beli
      - lain-lain
    • Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3  tahun)
    • Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 tahun)
    • Analisis Titik Pulang Modal

11.   Jadual Pelaksanaan Projek

Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

12.    Rumusan/Justifikasi

Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Daftar Perniagaan

May 1, 2007 · Filed Under Perniagaan, Uncategorized · 6 Comments 

Assalamualaikum
Memandangkan ramai yang kurang pasti apa yang perlu dilakukan untuk buka sebuah perniagaan, saya akan tulis progress saya untuk buka kedai buah kat sini. Hopefully anda akan mendapat sedikit idea apa yang perlu dilakukan

1.

    Cari tapak kedai.

Carila tapak kedai yang strategik untuk anda nak jalankan perniagaan. Lepas tu, buat agreement dengan tuan punya kedai. Dalam hal ni… perlukan lawyer. Kos untuk lawyer ni berbeza-beza, tengok la kat mana anda nak dapatkan lawyer tersebut. Memandangkan cousin saya mempunyai lawyer sendiri, bayaran untuk dapatkan agreement yang kami persetujui adalah RM800. Tetapi bayaran untuk buat agreement daripada lawyer tuan punya tanah pula RM450. Jadi kami akan gunakan lawyer tuan punya tanah sebab murah :D.

2.

    Daftar perniagaan

Nampaknya, sekarang ni, memang cepat untuk daftar perniagaan. Berkuatkuasa di seluruh Malaysia, lesen anda akan dikeluarkan oleh SSM dalam masa 30 minit hingga 1 jam dan anda tak boleh gunakan agen untuk daftar perniagaan, diwajibkan tuan punya perniagaan daftar sendiri di SSM. Pastikan anda ada banyak pilihan nama perniagaan yang telah anda sediakan. Anda boleh cari nama perniagaan yang anda pilih di sini . Kalau dah digunakan, terpaksala fikir nama lain lagi. Walaupon di borang ada 3 ruang kosong, anda boleh guna kertas lain untuk listkan pilihan nama perniagaan. Sebanyak yang mungkin dan tuliskan priority kepada nama-nama perniagaan tersebut. Selepas anda listkan nama perniagaan, anda dapatkan Borang Carian Nama. Isi segala maklumat, dan pegawai yang terlibat akan buat carian nama perniagaan.

Selepas dah dapat nama perniagaan, pegawai SSM akan berikan maklumat nama perniagaan dan particular diri anda beserta satu Borang Pendaftaran Perniagaan. Anda perlu isi semua maklumat yang diberikan.

Ops, lupa pulak, anda perlu senaraikan jenis perniagaan yang anda nak buat. Nama perniagaan kena bersesuaian dengan jenis perniagaan yang anda jalankan. Kalau nama perniagaan anda adalah ABC Technologies, anda tak boleh buat perniagaan pertanian. Sebab perkataan “technologies” tu tak da kaitan dengan pertanian :D. Tapi kalau anda buat ABC Enterprise, anda boleh jalankan semua jenis perniagaan. Untuk kegunaan masa hadapan, anda senaraikan perkhidmatan yang “anda rasa” anda boleh tawarkan. Reason, mungkin pada masa hadapan anda nak tambah perkhidmatan dalam syarikat, bayaran yang dikenakan adalah RM50. So better tulis sekarang hehe.

Ok, lepas isi borang pendaftaran syarikat, kena dapatkan tandatangan daripada Pesuruhjaya Sumpah. Kadar bayaran yang dikenakan oleh Pesuruhjaya Sumpah adalah RM4. Untuk pengetahuan anda, Pesuruhjaya Sumpah ni adalah orang awam yang dilantik oleh mahkamah. Bukan lawyer. Saya pon baru tau kihkihkih Ingatkan lawyer. Selalunya Pesuruhjaya Sumpah ni ada area-area SSM jugak.

Lepas isi borang…. sediakan wang RM 70 kalau anda gunakan nama komersial sebagai nama perniagaan, RM40 kalau anda gunakan dalam IC sebagai nama perniagaan.

Itu saja yang perlu anda lakukan untuk dapatkan nama perniagaan. Segala proses mengambil masa selama lebih kurang 1 jam di SSM.

So… nantikan bingkisan saya pada masa hadapan, kisah saya dapatkan benda-benda free daripada agensi kerajaan yang terlibat :D SIGNBOARD