Kursus Usahawan Tani Rakan Muda
23-25 Jun yang lalu, saya ikuti Kursus Usahawan Tani Rakan Muda di Wang Kelian, Perlis. Tujuan utama saya ke sana hanyalah untuk melawat sektor pertanian dan asas tani yang terdapat di Negeri Perlis. Sebanyak 6 tempat telah kami lawati.
1. Penternakan lembu fidlot
2. Perniagaan lanskap
3. Penternakan kambing fidlot
4. Tanaman mangga sala menggunakan teknologi
5. Pembuatan mini popia
6. Pembuatan roti arab
Sedikit sebanyak saya dapat pengetahuan dalam 6 bidang pertanian. Hanya tanaman mangga sahaja yang boleh dilakukan separuh masa. Yang lainnya, kena lakukan sepenuh masa. Apa yang nak saya kongsikan di sini, kalau anda nak involve dalam pertanian, anda perlu memikirkan cara untuk jimatkan kos dan mendapat untung yang lebih.
Sebagai contoh, kalau anda ingin pelihara kambing, sepatutnya tinggi kandang kambing adalah 2 meter dari tanah, untuk memudahkan pembersihan najis dan juga untuk pengudaraan. Itu adalah terori daripada buku. Tapi apa yang saya lihat di ladang ternakan kambing, ketinggian kandang adalah lebih kurang 1 meter saja. Saya bertanya kepada pegawai yang bertanggung jawab menguruskan ladang kambing tersebut, kenapakah kandang kambing di ladang ini rendah?
Jawapan yang saya terima, kalau dalam perniagaan, kita kena kurangkan kos. Sebab hasil (iaitu kambing) yang kita nak, bukan fasiliti (kandang kambing). Jadi, kalau saudara/saudari ingin memulakan sesuatu perniagaan, ada perkara yang boleh kita kurangkan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. Memang akan terdapat sedikit masalah bila kita kurangkan fasiliti, tapi masalah tersebut boleh diatasi.
Sebagai contoh, kambing akan mendapat penyakit kalau kandangnya rendah, tetapi penyakit tersebut boleh diubati. Dan ubat yang digunakan lebih murah daripada penyediaan kandang mengikut spesifikasi
Mengenai PenulisMohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Pokok pisang dan fertigasi
Kelmarin saya baru sampai dari Sabah. Letih betul. Kenduri di sana start jam 4 petang, tak macam di semenanjung, pukul 6 dah habis kenduri. hehe. Tapi seronok sebab terlibat sama dalam kenduri tu. Tahun lepas boleh la saya jadi raja sehari, tapi kali ni, saya la pulak kena tolong masa kenduri kakak ipar di Keningau haritu.
Pagi semalam saya bersihkan pokok buah naga. Dah membesar rupanya pokok tu. Saya tanam saja suka-suka. Ada 3 tiang semuanya. Buah naga isi merah. Ntah la nama spesis dia apa. Saya tanam je asalkan ada. Hehe
Pukul 10 am, saya ke kebun pisang, sebab masa di Sabah, saya ada kol mak, bertanyakan tentang pokok pisang, banyak yang daunnya kuning kata mak. Tapi hasil pemerhatian, rupanya kekurangan air. Kesian betul pokok-pokok tu. Hanya mengharapkan air hujan untuk dapatkan air. Sempat juga saya letak baja kat pokok pisang. Semoga pokok pisang ni akan cepat membesar.
Pukul 6 petang pula, saya semai benih tomato, untuk fertigasi. Sebenarnya sebelum pulang ke Sabah, saya dah boleh semai benih, cuma malas nak suruh mak jaga dan bagi air kat pokok tu. Insyaallah, bulan 7 ni, terpaksa la minta tolong mak untuk tengok-tengokkan baja dan air fertigasi, sebab kena pulang lagi sekali ke Sabah. Adik ipar pula kawen. Besnya dapat banyak kali pulang. Kali nie, akan ke Sandakan. Wife saya cakap, buah salak di Sandakan semuanya manis. Erm… tak sabar rasanya nak merasa.
Mengenai PenulisMohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
sketch @ mystudio69.com

Jutaan terima kasih untuk saudara sudin yang sketch gambar saya. Hasil kerja yang sangat menarik. Kepada sesiapa yang nak dapatkan perkhidmatan karikatur dan juga illustrations, boleh la hubungi saudara sudin di
samsudin.ismail 
Beliau adalah seorang artis dalam bidang seni lukis yang berasal dari Malaysia dan berjaya melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa.