Projek-projek yang boleh dibiayai oleh MARA dikhususkan kepada pembangunan tanah terbiar meliputi usahawan tani yang menceburi bidang pertanian secara komersial seperti berikut :_

a. Pertanian :Tanaman kontang (cash crop) seperti jagung dan sebagainya.

b. Perikanan :Membuka kolam ikan/udang, ternakan ikan/udang dlam sangkar

c. Penternakan :Menternak lembu, kambing, ayam, itik, burung puyuh, burung unta dan sebagainya.

d. Tanaman Hiasan (Florikultur) :Tanaman bunga-bungaan, tanaman hiasan dan benih pokok.

    Pembiayaan yang disediakan meliputi :-

a) Modal untuk pembersihan/penyelenggaraan ladang
b) Penyediaan kolam/sangkar ikan
c) Penyediaan untuk membina/senggaraan kawasan/tempat penternakan
d) Benih/baka dan sebaginya
e) Peralatan/jentera
f) Modal Pusingan

    Kumpulan Sasar :

a) Golongan petani di kawasan luar bandar yang mempunyai tapak sendiri/sewa. Keutamaan
diberikan untuk pembangunan tanah terbiar.

b) Keutamaan diberikan kepada usahawan tani yang berpengalaman dalam mengusahakan ladang, kolam, pertanian dan penternakan secara kecil-kecilan dan bercadang untuk membesarkan usaha-usaha taninya secara komersial.

c) Graduan dari institusi pengajian tinggi contohnya graduan diploma/ijazah dalam bidang pertanian yang bercadang untuk melibatkan diri dalam perniagaan.

______________________________________
Had Pembiayaan : 90% daripada kos projek atau maksimum RM250,000
Tempoh Bayaran Balik : 1-15 tahun
Penjamin ATAU Cagaran :

    Bagi Pembiayaan RM50,000 dan ke bawah,

Penjamin dan Cagaran Tanah dikecualikan

    Bagi Pembiayaan RM50,001- RM250,000,

Penjamin
- Minimum 1 orang
- Pendapatan Seorang Penjamin Tidak Kurang Daripada RM500
- Jumlah Pendapatan bersamaan 3% daripada Jumlah Permohonan

ATAU

Cagaran
- Mengemukakan Cagaran Tanah dengan Nilai Paksa tidak kurang 10 % daripada jumlah Pembiayaan
- Tanah boleh milik sendiri atau milik ahli keluarga/ kawan

    Kadar Keuntungan (Interest)

4%

____________________________________________
CADANGAN SAYA: Kalau modal yang diperlukan adalah sebanyak RM100,000 yang memerlukan seorang penjamin atau cagaran, apa kata jika anda mulakan dengan pinjaman RM50,000 (tanpa penjamin & cagaran). Dengan cara ini, anda sudah boleh mulakan projek anda, walaupon kecil, tapi tanggungan anda tidak banyak iaitu pinjaman sebanyak RM50,000 sahaja serta anda sudah boleh mulakan projek anda.

Cara nak mempercepatkan kelulusan pinjaman pertanian

Related Posts with Thumbnails