Padi atas bumbung

August 21, 2007 · Filed Under Pertanian · Comment 
padi-atas-bumbung

Pernahkah anda dengar, padi ditanam di atas bumbung?
Di Malaysia sendiri, iaitu di Kedah, projek perintis menanam padi di atas bumbung telah dilaksanakan di Kompleks Jihad Membasmi Kemiskinan di Paya Pahlawan.

Berdasarkan petikan di bawah, projek ni mungkin telah dijalankan pada awal 1996 kerana Tan Sri Sanusi menjadi Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ketujuh pada tahun 1996 sehingga 1999.

Cadngan Tan Sri Dato’ Sanusi dibuat sejurus menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri dengan meminta Lembaga Pertanian Muda (MADA) menjalankan kajian dan percubaan mengenai projek berkenaan.

Setakat yang saya tahu sekarang ni, ada orang tanam padi atas bumbung di Cheras, nanti la, kalau betul dan ada gambar, saya akan letak di ini.

Bagi saya, macam tak praktikal saja nak tanam padi atas bumbung, sebab berapa luas kawasan bumbung? Sekali tanam, mungkin lepas harvest, beras mampu bertahan selama setengah bulan saja.

Read more

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Projek tergendala

August 20, 2007 · Filed Under Pertanian, Uncategorized · Comment 

Assalamualaikum…
Dah 2 hari saya repair pc saya, baru tadi siap.
Hanya tuhan saja yang tau, saya tak boleh kalau tak mengadap internet dalam sehari.
Rasa macam saya dah ketinggalan.

Untuk makluman, loan dah saya terima, peralatan fertigasi 90% saya dah beli.
Tapi, keadaan cuaca pulak tak mengizinkan saya untuk meneruskan projek.
Saya perlu meratakan tanah untuk hampar silvershine, tapi bila hujan, traktor tak boleh pulak nak ratakan tanah. hampir 2 minggu ni, hujan turun setiap hari.
Jadi, kalau beginilah keadaan, saya perlukan panas 3-4 hari untuk tanah tu kering, baru boleh ratakan tanah, dan teruskan projek fertigasi.

Sekarang, saya tengah tunggu kontraktor untuk buat bore hole dan jugak pondok untuk sistem fertigasi (pam, tong nutrien, peralatan kebun dsb). Tapi disebabkan tanah belum diratakan, pondok tak boleh buat lagi, bore hole mungkin boleh buat pada minggu ini.

Eh! bore hole tu, nak ambil air dari dalam tanah, jadi boleh jimatkan kos air. Sebab, melalui maklumat rakan yang buat fertigasi, bil air RM50 sebulan untuk 1000 polibeg. Jadi, saya dah jimat RM600 setiap tahun untuk bil air. Lepas ni, insyaallah saya akan sediakan video macam mana kontraktor cari air dan buat bore hole. Tak sabar pulak nak tengok. Iyela, kalau saja-saja nak tanam paip, ntah ada air atau tidak. Mesti ada kaedah yang kontraktor tu guna.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Kelulut, agen pendebungaan

August 14, 2007 · Filed Under Pertanian, Uncategorized · 1 Comment 
kelulut-agen-pendebungaan

Salah satu agen pendebungaan adalah kelulut. Saya cuba google untuk tengok gambar kelulut, tapi tak jumpa. Dan saya baru teringat, kat pokok palma mak, ada serangga macam lebah baru buat sarang.

Adakah itu kelulut? Nanti saya tanya orang dan bagitau result. Disini saya sertakan gambar serangga yang saya percayai adalah kelulut.

Mungkinkah ini kelulut?

Setelah bertanya pakar, ini adalah penyengat. Bukan kelulut :D

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Tinggal gaji RM1,500, siswazah kutip RM40,000 tanam cili

August 14, 2007 · Filed Under Keratan Akhbar, Pertanian · 2 Comments 
tinggal-gaji-rm1500-siswazah-kutip-rm40000-tanam-cili

Tinggal gaji RM1,500, siswazah kutip RM40,000 tanam cili
26-04-2007 06:20:08 PM

PASIR PUTEH: Pengorbanan seorang siswazah yang sanggup berhenti kerja dengan gaji RM1,500 sebulan semata-mata ingin menceburi sektor pertanian tidak sia-sia apabila tanaman yang diusahakannya mula mengeluarkan hasil yang dijangka mencecah RM40,000.

Alimin Muhamed, 24, lepasan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan pernah bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta, berkata tanaman cilinya sebanyak 3,000 pokok yang diusahakan secara projek perintis Fertigasi bermula 18 Januari lepas kini mula memperoleh hasil peringkat pertama sebanyak RM3,000.

“Tidak mustahil dalam tempoh tiga bulan lagi saya akan mendapat hasil sebanyak RM40,000 sebaik sehaja kesemua cili habis dipetik,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di ladangnya di Kampung Kuala Air Jernih, Bukit Awang di sini, hari ini.

Beliau berkata Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang yang menaja tanaman itu telah membeli hasilnya dengan harga RM2.40 sen sekilogram bagi keperluan Syarikat Nestle Bhd untuk mengeluarkan sos cili dan tomato bagi memenuhi permintaan domestik dan luar negara.

Alimin berkata masalahnya sekarang beliau tidak mampu memungut tanaman berkenaan dua kali seminggu sebagai mana yang dikehendaki PPK secara bersendirian kerana pokoknya berbuah terlalu lebat dan di luar jangkaan.

Bagi mengatasi masalah itu, beliau terpaksa mengupah penduduk kampung memetiknya dengan kadar upah 30 sen sekilogram.

Alimin berkata beliau juga terpaksa mengikat kebanyakan pokok itu pada batang anak kayu bagi mengelakkan tanaman itu tumbang akibat ditiup angin.

Dengan kejayaan tanaman itu, beliau bercadang menambah tanaman itu sehingga mencapai 10,000 pokok pada musim akan datang.

“Saya mahu melipatgandakan pendapatan dalam usaha saya ini bagi memberi galakan kepada penduduk kampung mengenai potensi sektor pertanian sekiranya diusahakan mengunakan teknologi moden,” katanya.

Beliau berkata melalui sistem fertigasi, pokok cili yang ditanam dalam polibeg ternyata memberi hasil yang cukup lumayan berbanding tanaman mengikut kaedah biasa. BERNAMA

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Projek diusahakan petani di Kampung Tok Dukang dapat bantuan Lembaga Pertubuhan Peladang Kelantan

August 13, 2007 · Filed Under Keratan Akhbar, Pertanian · Comment 
projek-diusahakan-petani-di-kampung-tok-dukang-dapat-bantuan-lembaga-pertubuhan-peladang-kelantan

Projek diusahakan petani di Kampung Tok Dukang dapat bantuan Lembaga Pertubuhan Peladang Kelantan

KOTA BHARU: Tanaman cili secara fertigasi yang dilaksanakan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kelantan kini mampu membantu pesertanya memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan.

Kejayaan itu dibuktikan dua petani yang dipilih LPP menjayakan projek di Kampung Tok Dukang dekat Banggol di sini, sejak awal tahun ini, menerusi pembiayaan Program Pengeluaran Bahan Makanan.

Pengarah LPP Kelantan, Samsuddin Abd Rani, berkata tanaman cili fertigasi tidak memerlukan kawasan luas kerana membabitkan penyusunan polibeg pokok cili di bawah rumah lindungan.

Katanya, kawasan tanah seluas 0.4 hektar mampu menempatkan 3,000 pokok cili yang ditanam dalam polibeg berisi habuk sabut kelapa di samping pembajaan secara salur paip.

“Setiap pokok cili yang ditanam menerusi kaedah ini mampu mengeluarkan hasil sehingga tiga kilogram sepanjang tempoh hayatnya antara tujuh hingga lapan bulan.

“Setakat ini, tanaman cili fertigasi di Kampung Tok Dukang yang dijalan dua peserta dengan 6,000 pokok sejak awal tahun ini, mengeluarkan hasil 3.3 tan cili bernilai lebih RM12,000 ketika pertama kali dituai pada pertengahan Mac lalu,” katanya.

Samsuddin berkata, LPP menjangkakan kawasan cili terbabit mampu mengeluarkan kira-kira 18 tan cili bernilai lebih RM43,000 sepanjang musim tanaman tahun ini.

Katanya, tanaman cili fertigasi di Tok Dukang membabitkan pembinaan 21 rumah lindungan yang setiap satu berkeluasan 3,200 kaki persegi yang dibiayai LPP dengan peruntukan RM89,000.

“Kita sedang memperluaskan projek ini di Kampung Tanjong Dal dengan pembinaan dua rumah lindungan berkeluasan 4,000 kaki persegi setiap satu, atas tanah 0.2 hektar untuk seorang peserta dengan 1,000 pokok cili akan ditanam awal bulan depan.

“LPP mensasarkan pengwujudan 1,050 peladang dan usahawan industri kecil sederhana di bawah Program Pembangunan Usahawan Peladang sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Kelantan,” katanya.

Peserta, Mohd Ariffin Mohd Zain, 57, berkata berdasarkan hasil yang diperoleh setakat ini, beliau berpuas hati dengan hasil tanaman cili yang diusahakannya.

Beliau yang sebelum ini menternak ikan dalam kolam selama 10 tahun, berkata sistem tanaman yang diperkenalkan itu memudahkan pengawasan setiap hari di samping keadaan kawasan yang bersih dan kemas.

“Saya bernasib baik kerana memiliki sijil peladang jaya hasil pelbagai kursus yang disertai sebelum ini serta lulus temu duga memilih peserta yang dijalankan oleh LPP.

“Selain cili, saya juga menternak lembu dan kini sedang dalam usaha untuk menyertai usaha menternak lintah pula,” katanya yang dibantu isteri dan tiga anaknya mengendalikan tanaman itu setiap hari.

Rakannya, Salleh Daud, 62, yang juga bekas tentera, berkata setakat ini hasil cili mereka dipasarkan terus menerusi pemborong pada harga RM4 sekilogram.

Beliau yang sebelum ini pernah menyara hidup keluarga secara bekerja sebagai pengawal keselamatan, berkata tanaman cili itu memberi sinar baru dalam kehidupan keluarganya.

“Kini saya sentiasa dapat bersama isteri dan empat anak-anak yang membantu mengusahakan tanaman cili ini yang terbukti mampu memberi pulangan yang lumayan,” katanya.

FAKTA NOMBOR:
Projek Fertigasi Kampung Tok Dukang

3,000 - Pokok cili dalam 0.4 hektar
3 kilogram - Hasil setiap pokok cili
2 bulan - Usia keluarkan hasil.
RM4 - Harga borong cili sekilogram
RM12,000 - Hasil tuaian pertama cili diusahakan dua petani di Kampung Tok dukang
RM89,000 - Pembiayaan LPP bagi pembinaan 21 rumah perlindungan.

source: Berita Harian

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Ular masuk rumah

August 12, 2007 · Filed Under Uncategorized · Comment 
ular-masuk-rumah

12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar, jika kita melarangnya
- therion, ittutor.net

Petang kemarin ular masuk rumah. Tapi saya malas nak bunuh dia. Ular tedung plak tu. Bukan pa, saya teringat, kalau nak pukul ular, kena “sound” ular tu 3 kali. Saya cuba sound ular tu, suruh keluar. Sekali ja saya sound, dia dah berdengus, takut gak saya, tapi buat2 berani, sebab mak yang ada sakit jantung, suruh saya bunuh je ular tu. Ular tu lari masuk celah frame pintu bilik air. Ikh! bulih plak dia lari masuk dalam tu. Frame tu rupanya ada sikit lubang. Saya telefon 101 Perkhidmatan Bantuan Operator, tanya nombor telefon Taman Ular N.Perlis. Mintak dorang tangkap ular tedung.

Takut mak saya terkejut bila nampak ular tu sekali lagi kalau tinggal camtu ja. Dah la dia sakit jantung. Masa nampak ular tu pon, dia dah tercungap-cungap. Sebab tu saya tepon dorang suruh keluarkan ular tedung daripada celah frame pintu.

Bila dah telefon, masa dorang nak datang tangkap ular, on d way la cakap orang putih :D , ular tu keluar daripada rumah. Slow ja… Saya tak berani la keluar ikut pintu yang ular tu keluar, jadi saya keluar ikut pintu lain. Sampai ja kat pintu keluar ular tu, hilang plak. Tadi dia jalan slow, sekarang ni hilang dari pandangan.

Mungkinkah ular tu jin? Sebab saya sound sekali ja. Saya kol balik penangkap ular, tanya dia boleh pukul ke ular tu, dia cakap, kalau berani, pukul je… hehe.

Lepas ni saya akan kol penangkap ular untuk tangkap ular kalau jumpa di mana-mana kecuali zoo dan taman ular hik!. Tanak pukul, sebab haiwan tu pon makhluk tuhan gak. Tapi kalau dah sound 3 kali, degil jugak, saya pukul le kalau penangkap ular lambat sampai.

nombor telefon Taman Ular Negeri Perlis 04 9768511

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Cadangan projek lembu fidlot

August 11, 2007 · Filed Under Pertanian, Pinjaman · 1 Comment 
cadangan-projek-lembu-fidlot

Untuk sapa-sapa yang nak bela lembu fidlot dan buat buat kandang fidlot… pakai kayu hutan saja..atau kayu 2nd hand. kandang paling murah, dengan paling kecik ikut modal. pastu beli anak lembu 2-3 ekoq.

contoh kandang paling murah dan minimum, kandang ni boleh masuk 5-8 ekoq lembu ibu,bapak ngn anak

bila dah ada lembu, pi mara, cakap nak besaqkan projek, nanti depa boleh bagi RM50K tanpa penjamin ngn tanpa cagaran.

guna RM50K untuk buat kandang lembu yang proper. saiz 20×30 kaki.
habiskan semua duit, tapi buat budget la… RM50k tu termasuk kandang,lembu, makanan, ubatan

tak silap lembu boleh dapat fri dengan jab haiwan. 1-1

dah siap habiskan RM50k, pi lagi apply kat agensi lain pulak.

sedikit penerangan tentang cara nak apply loan
klik ==> Cara nak mempercepatkan kelulusan pinjaman pertanian

saya pi padang besaq, tgk kandang lembu fidlot jab haiwan.
saiz kandang 20×30.. boleh isi 20-30 ekoq lembu. lembu fidlot ni keluaq masuk sebenarnya. market kena power, sebab kalau boleh dalam 3 bulan bela, lembu dah keluaq kandang (jual)

kalau permintaan banyak, beli ja lembu dari jab haiwan, simpan kat kandang fidlot.

_____________________________
Klik untuk post berkaitan pinjaman

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Buang daun pisang

August 10, 2007 · Filed Under Pertanian · Comment 
buang-daun-pisang

Alhamdulillah, baru tadi saya sempat buang daun pisang tua kat kebun
Nampak hijau je pokok2 tu. baru cantik
tapi sebab langsung tadak air kat kawasan kebun, dan hampir 2 minggu kat ujan kat sini, tanah dah merekah dah

Nie la 70 batang pokok pisang yang saya tanam, kawasan nie akan dipenuhi cili fertigasi hujung bulan ni… Insyaallah

Sempat juga saya borak2 dengan jiran sebelah kebun. Dia tukang rumah. Saya tanya dia harga untuk buat pondok simpan peralatan fertigasi termasuk tong dan tangki nutrien. Dia cakap hampir RM2000 jugak kalau nak buat. Jadi dia sarankan saya buat simple saja untuk jimat kos. Asalkan ada tiang dan bumbung. Dinding stor tak payah buat lagi. Lepas ni baru saya besarkan pondok saya tu. Nak masuk air dan letrik kena ada pondok atau rumah. Harap minggu depan dapat duit dan dapat cari tukang rumah untuk buat pondok.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Kebun kering kontang

August 9, 2007 · Filed Under Pertanian · Comment 
kebun-kering-kontang

Pagi tadi, saya potong rumput di kebun pisang. Selepas mata pisau mesin rumput dganti 2 hari lepas, pagi tadi baru boleh habiskan potong rumput. Bukan lama pon. Sejam setengah je masa yang saya ambil hari ni untuk habiskan kawasan kebun. Besok pagi saya nak membaja plak pada pokok pisang.

Membaja saya buat 2 minggu sekali. Sebenarnya saya buat awal bulan dengan tengah bulan, senang nak ingat masa untuk membaja, tapi dah ada hal, tak sempat membaja awal bulan. Mungkin kalau saya malas besok, saya akan membaja pada 15 haribulan terus. Nanti jadual membaja saya tak la tungang langgang. Besok nak buang daun-daun tua. Saya tak pernah meracun pon kat kebun pisang dengan tomato. Mungkin effek akan nampak di kemudian hari. Bukan apa, saya tak tau nak letak racun apa. Nanti la saya nak letak racun jugak. Kena tunggu jiran saya orang jabatan pertanian datang tengok kebun. Kalau ada masalah, baru letak racun, kalau takda, biar je la… jimat sket duit racun.

Erm… lagi 1 masalah yang saya kurang minat untuk membaja kebun pisang, sebab tak da sumber air kat kebun tu. Harapkan hujan saja. Kalau tak hujan, mungkin baja tu kering. Ikh! Sekarang ni pon, tanah kebun tu kering. Tapi masalah nie akan diselesaikan seminggu 2 lagi.

Sebab, saya dah tak sabar untuk mulakan projek fertigasi. Tak sabar tunggu dapat loan minggu depan, dan siapkan pondok simpan tong/tangki nutrien. Kemudian masukkan air dan letrik. Harap saya dapat selesaikan benda2 ni secepat mungkin. Boring jugak, tak banyak menda yang saya buat di rumah. Lepas ni, saya nak siram pokok pisang tu tiap pagi. Kasik segar balik, sebab dah ada punca air untuk projek fertigasi. Walaupon pokok pisang ni hanya akan bertahan 1 musim ja, tapi nak jaga elok2 untuk dapatkan hasil maksimum. Hasil pokok pisang ni saya nak kasik 100% kat mak, sebab dia yang keluarkan modal untuk projek kebun pisang. Saya tolong urus ja.

Haritu, paklong saya tengok kawasan tapak fertigasi, anggaran 2000 polibeg cili dapat letak kat kebun tu. Harap2 la…. Awal tahun depan saya nak besarkan projek pula. Cari tapak baru. Memang projek fertigasi ni saya nak buat secara besar-besaran. Sebab tu saya tak nak apply kerja. Harap Allah bagi kemudahan untuk saya capai apa yang dah saya plan.

Tahun depan jugak, saya nak convert tanah sawah saya jadi projek pertanian yang lain. Saya cadang tak nak buat fertigasi, sebab kawasan tu dikelilingi sawah, jadi mudah terkena racun. Kalau ada cara tanak kasi kena racun, memang saya nak buat projek cili fertigasi kat sana. Luas jugak tanahnya, dan tanah sendiri plak. Tengok la keadaan. Tadi saya baca tentang projek cendawan. Ingat nak buat kat tanah sawah tu. Tapi rasanya kalau saya dah buat projek cendawan, projek fertigasi pula akan terganggu, sebab cendawan ni perlukan penjagaan yang rapi. Entah la… belum decide lagi, tapi kena fikir dari sekarang apa nak buat kat tanah sawah tu. Memang sekarang saya tanam padi, cuma hasilnya terlalu sikit. Tak berbaloi dengan tanah seluas tu.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Pokok tomato

August 8, 2007 · Filed Under Pertanian · 1 Comment 
pokok-tomato

Untuk makluman rakan-rakan, pokok tomato saya dah keluarkan putik. Ikh! tak sabar nak tunggu jadi buah. Harapan semoga pokok tomato tu akan selamat membesar dan keluarkan hasil. RnD je nih!. Insyaallah minggu depan saya akan dapat personal loan yang saya hantar tadi. Bantuan Jabatan Belia negeri sebanyak RM2k pon dah di approve, cuma belum dapat lagi. Kemungkinan 4-5 bulan baru dapat, sebab tu saya buat personal loan, takut mood untuk jadi petani luntur. Lama sangat nak dapat bantuan. Kalau dah dapat bantuan RM2K, kemungkinan akan digunakan untuk membesarkan tanah jajahan.

nie bunga tomato

nie putik tomato.

Insyaallah minggu depat dapat setup fertigasi

Next Page »