Archive for August, 2007

Mata pisau mesin rumput

Segalanya bermula pagi tadi. Kihkihkih ayat…
Bangun awal pagi, saya dah ke kedai minyak tanpa mandi.. huhu untuk isi minyak dalam botol plastik. Niat di hati nak mesin rumput kat kebun pisang, besok boleh la saya letak baja. Sampai di rumah, saya cuba untuk buka mata pisau mesin rumput. tapi apakah daya, samada kudrat saya lemah atau saya tak tau macam mana nak buka mata pisau tu.

Sebelum ni, saya pernah cuba buka, tapi tak juga boleh. Mengikut kata abang, skrew mata pisau tu kena buka lawan jam. Lain daripada biasa. Cubaan demi cubaan, tapi tak membuahkan hasil, terus saya asah mata pisau mesin rumput dan ke kebun.

Hampir 15 minit saya potong rumput..
ting! bunyi tak kuat.. tapi nie la hasilnya…

Mata pisau mesin rumput saya dah patah. Alhamdulillah, saya bersyukur sebab tak terjadi apa-apa kat saya. Takut juga, sebab Pak Cik Husin (jiran kebun saya) pernah cerita, ada orang yang patah tulang kering sebab terkena serpihan mata pisau mesin rumput. Ngeri betul. Lepas ni saya kena hati-hati. Harap takan terjadi lagi perkara yang sama pada saya.

Petang ni terpaksa beli mata pisau mesin rumput yang baru, kemudian cuba untuk buka mata pisau tu. Kalau tak boleh jugak, saya akan pergi rumah jiran (Bang Mat) minta dia tolong buka dan saya akan belajar macam mana nak buka mata pisau mesin rumput tu sendiri.

Vacation Club

Minggu lalu saya ke Putrajaya menguruskan adik ipar saya yang 1st time datang ke Semenanjung. Alhamdulillah, dia dapat kerja di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Seminggu sebelum saya tu, saya dapat call daripada sebuah vacation club, bahawasanya saya dapat package percutian percuma. Selepas saya search vacation club tersebut, saya pon bersetuju untuk berjumpa dengan mereka di Damansara. Ada 2 sebab kenapa saya nak jumpa dengan mereka:

1. Saya ingin mengetahui tentang vacation club. Sebelum ni, saya hanya dengar, tetapi tak tau apa itu vacation club.
2. Apa lagi, saya nak package percutian percuma tu la… hehe

Ok, selepas mendengar penjelasan, dapat saya simpulkan kat sini bahawa vacation club memang tak diperlukan oleh saya. Sebab utama adalah bayaran club yang terlalu tinggi. RM16,000. Itu pon yang paling murah. Dengan RM16,000 ini, saya hanya dapat bercuti selama 7 hari saja setahun selama 30 tahun. Maknanya, RM533.33 setahun. Walaupon nampak murah, tapi setiap tahun tetap juga saya dikenakan bayaran, kononnya service charge.

Selain daripada itu, vacation club nie akan mengambil wang masa depan saya. Pada hemat saya, dengan wang sebanyak RM16,000 saya boleh mengembangkan projek pertanian dan juga perniagaan yang saya jalankan. Walaupon bercuti tu penting, tapi saya boleh kumpul duit sendiri dan pilih tempat percutian yang sesuai dengan budget. Bagi saya, tak semua yang mahal tu best.

Percutian percuma plak, ada di Sunway Lagoon, 3 hari 2 malam. Hanya itu yang menarik minat saya. Siapa nak bagi bercuti free, betul tak? Rupanya saya kena buat cabutan tempat percutian. Ada di dalam dan luar negara. Dan saya mengharapkan percutian di dalam negara. Selepas cabutan, saya mendapat bercuti di India. Memang saya kecewa, sebab selepas menghabiskan masa selama 2 jam dan mengharapkan percutian percuma, saya kena lagi buat cabutan tempat percutian, pastu dapat di India plak.

Pulang dengan rasa sedikit keciwa, saya baca pula syarat-syarat untuk dapat bercuti. Rupanya banyak betul syarat-syarat yang dikenakan sebelum saya dapat tiket bercuti percuma. Hehe memang susah kalau nak dapat menda free. Kalau pon saya dapat bercuti di dalam negara, syarat-syarat yang dikenakan untuk saya dapat tiket free tu hanya akan menyusahkan saya.

Walaupon sejak awal lagi saya dapat tentangan daripada isteri untuk ke vacation club tersebut, dan memang saya tau akan ada banyak muslihat, tapi tujuan utama saya ke sana hanya untuk mengetahui apa itu vacation club. Lepas nie no more vacation club untuk saya. Hehe. Biarla kami pilih package percutian kami sendiri.

p/s: kalau dapat lagi panggilan untuk vacation club, perkara pertama yang saya akan minta adalah tiket free, baru dengar penjelasan hehe

Related Posts with Thumbnails