Selamat Hari Raya
Assalamualaikum
Selamat hari raya untuk rakan-rakan sekalian… Tahun ni, saya beraya di Kg Baginda, Keningau, Sabah selama 2 minggu. 1st time raya di rumah mertua.
Di sana, setiap hari ada saja orang buat open house. Dari raya pertama, sampai la raya ke lima. Jadi, orang lain tak perlu masak selama 5 hari. Pergi saja open house yang dianjurkan. Ada 3 buah rumah buat open house dalam 1 hari, tengah hari, petang dan malam. Meriah betul.
Dalam masa dok beraya, mak saya telefon, 100 pokok cili saya yang mula-mula saya tanam mengeluarkan bunga. Cepat jugak… baru 20 hari saya pindah ke polibeg. Alhamdulillah.

Tomato pulak, banyak yang dah masak, tapi dah kena pungut dengan mak. Iyela, nanti ranum pulak kat pokok. Tinggal la yang masih hijau.

Ni pulak pisang kultur tisu (tissue culture) yang dalam proses dibuang daun-daun tua. Boleh je kalau nak tinggalkn daun tua kat pokok tu, tapi membazir baja. Jadi, bagus dibuang je daun tua.

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Zakat Fitrah 1428 Hijrah
Assalamualaikum kawan-kawan
Ramadhan tahun ni dekat nak habis dah
Mesti ada yang suka, ada yang tak suka ramadhan habis
Paling suka Ramadhan habis, budak-budak la. Boleh kutip duit raya. Hehe. Orang paling tak suka Ramadhan habis awal, peniaga-peniaga pasar Ramadhan. Masa nie la dorang banyak dapat duit.
Raya-raya jugak…
Tapi zakat tahun ni, kawan-kawan dah bayar ke?
Saya baru saja bayar semalam kat masjid
Bayar untuk saya, wife, mak dengan nenek.
Pastu, amik bubur lambuk kat masjid masa balik.

Masa saya amik bubur lambuk, saya borak dengan orang yang buat bubur tu
Disebabkan saya buat fertigasi sebelah rumah saya, tepi jalan, ramai orang kampung nampak apa yang saya buat, banyak yang bertanya.
Sebab kat kampung saya, saya sorang saja yang buat fertigasi. Kemudian, selepas borak-borak lagi, baru saya tau, ada jugak orang kampung saya yang nak buat fertigasi jugak.
Lepas ni, saya ada pesaing lah. Tapi bagi saya, dia adalah rakan, bukan musuh. Sebab lepas ni, ada jugak orang untuk saya bertukar-tukar pendapat. Mungkin lepas ni, kami boleh usahakan sesuatu, yang mana boleh bagi kebaikan kepada orang kampung yang lain, yang mana memang dalam perancangan saya masa mula-mula saya buat fertigasi. Insyaallah.
Takpon, mungkin kami boleh JV, buat stu tanaman yang sama, kemudian export ke luar perlis. Produk kami akan jadi banyak, jadi boleh la export. Ni la perancangan saya buat masa ini.
Mengenai PenulisMohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Macam mana nak mula projek pertanian
Assalamualaikum
Banyak pertanyaan yang saya terima macam mana nak mula projek pertanian.
Di sini saya ceritakan dengan ringkas, apa yang saya buat sebelum ceburi bidang pertanian.
1. Mula-mula, saya buat research tentang projek pertanian atau penternakan yang berdaya maju. Rupanya kebanyakan projek pertanian dan penternakan semuanya berdaya maju, KALAU dibuat dengan bersungguh-sungguh
2. Saya cari apa minat saya, dan apa kemampuan saya. Setelah kajian yang mendalam, saya berminat dalam fertigasi. Sebab, saya ada tanah yang kecil (0.2 hektar) sahaja dan fertigasi dapat beri pulangan yang banyak dengan tanah yang sedikit.
3. Saya buat research yang mendalam tentang fertigasi melalui pembacaan dan kursus.
4. Lepas yakin dengan apa yang akan saya lakukan, saya kumpul modal dan siapkan tempat projek.
5. Saya mulakan dengan projek berskala kecil, untuk mempelajari tentang selok belok pokok.
6. Kemudian, jumpa dengan pegawai Belia, pegawai Jabatan Pertanian, pegawai Pertubuhan Peladang atau pegawai MARA, apply bantuan atau loan untuk besarkan projek.
Semoga cara saya ni, dapat bagi idea macam mana nak ceburi bidang pertanian. Suatu bidang yang mencabar tapi boleh bagi pulangan yang menggembirakan setiap pengusaha jika dilakukan dengan sebaik-baiknya.
Mengenai PenulisMohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Fertigasi gagal?
Ada juga sesetengah orang yang berpendapat teknologi fertigasi adalah suatu teknologi yang gagal. Banyak projek yang dibuat gagal. Pada pendapat saya, kegagalan sesuatu projek itu disebabkan tiada kesungguhan dalam melaksanakan projek. Kerana fertigasi hanyalah salah satu sistem dalam pemberian baja kepada pokok. Adakah sistem tersebut gagal?
Setiap apa jua perkara yang ingin dilakukan, kalau tiada kesungguhan, memang susah nak berjaya. Tambahan pula, jika kena memberi sepenuh perhatian kepada projek tersebut. Dalam hal yang berkaitan dengan pertanian, pengusaha hanya perlu tumpukan sepenuh perhatian kepada sesuatu fasa.
Contohnya dalam fertigasi, pengusaha wajib mempunyai masa untuk menjaga sistem pengairan sekurang-kurangnya seminggu sekali, sembur racun serangga dan racun kulat bila diperlukan. Memang fertigasi adalah mudah, tapi tidak boleh diabaikan perkara-perkara wajib dalam menguruskan sistem fertigasi. Kerana perkara-perkara wajib inilah yang akan membawa kepada kegagalan.
Jadi, sebelum anda ingin keluarkan modal untuk buat sistem fertigasi, pastikan anda ada masa yang cukup untuk perkara wajib yang saya sebutkan. Jika anda tiada masa, pastikan ada orang yang boleh membantu anda. Disebabkan fertigasi hanyalah satu sistem pemberian baja dan air SAHAJA, maka kalau projek fertigasi anda gagal, bukan fertigasi yang harus dipersalahkan. Anda perlu belajar lagi bagaimana untuk menjaga pokok yang anda tanam.
p.s: Kalau buat fertigasi cili atau tomato, pastikan anda jaga pokok anda daripada seranggan serangga perosak dan kulat. Terlalu sensitif. Pada hemat saya, hal ini yang membuatkan harga cili mahal dipasaran.