29
Skim Tabung Ekonomi Belia
Posted under Perniagaan, Pertanian, PinjamanPengenalan
Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) di bawah Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia adalah merupakan tabung amanah yang diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ia bertujuan untuk memberi pinjaman perniagaan kepada golongan belia. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berperanan menyediakan dana pinjaman dan melantik institusi kewangan sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memproses, mengeluarkan dan mengutip balik bayaran pinjaman.
Kelayakan dan Syarat Pinjaman
Golongan belia yang layak untuk mendapat kemudahan pinjaman adalah:-
i) Warganegara yang menetap di Malaysia berumur antara 18 - 40 tahun.( Minimum umur pemohon adalah 18 tahun dan sebelum mencapai umur 41 tahun semasa mendaftar secara on-line atau manual)
ii) Telah mendaftar sebagai pemohon (pendaftaran secara online melalui portal Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB) - www.mpeb.gov.my atau mengisi borang secara manual.
iii) Telah lulus saringan KBS
a. Ujian Minat Kerjaya dan Kecenderungan Keusahawanan
b. Kursus Asas Perniagaan (bagi pemohon yang baru memulakan perniagaan)
c. Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan
iv) Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan.
v) Permohonan pinjaman adalah secara individu dan menjalankan perniagaannya secara sepenuh masa.
vi) Seorang sahaja antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.
vii) Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang/perhutangan
viii) Mengemukakan dua (2) orang penjamin. Syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut :-
a. Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
b. Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar (termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 1 ribu sebulan.
c. Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
-
Syarat khas
Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin
-
Had menjamin :
Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari dua ( 2 ) orang peminjam pada satu-satu masa.
x. Borang permohonan yang lengkap dan kertas kerja mestilah dimajkukan melalui institusi kewangan yang dilantik.
xi. Hanya satu pinjaman SBN/SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.
Jenis dan Ciri-Ciri Skim
-
1. Nama Skim: Skim Belia Niaga (SBN)
Institusi Kewangan Yang Dilantik: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
Skop Projek:
Perkhidmatan:
kedai gunting rambut, salun kecantikan dan spa, mencuci kenderaan, solekan/andaman, bengkel kenderaan motor/motosikal, fotografi/video, kimpalan, membaiki radio/tv/telefon bimbit/alat elektronik, pusat tuisyen, kedai runcit/pasar mini, kedai makan/restoran, pengiklanan dan percetakan, perkhidmatan profesional, klinik, farmasi, optik, pelancongan, kedai elektrik, kedai perabot dan kedai tayar dan kedai alat ganti.
Pembuatan:
kraf tangan, pakaian, anyaman dan produk warisan seperti labu sayung, tembaga dan batik
Perniagaan ICT:
kedai internet/pusat latihan dan one-stop-centre seperti fotokopi/alat tulis/ pembayaran bil
Kiosk/ Gerai/ Pasar malam/ Penjaja:
burger/yong tau fu/jagung/ais krim serta van/lori/motor bergerak, stokis dan francais. Tidak termasuk pembiayaan untuk membeli premis perniagaan, modal kerja untuk kontraktor dan perniagaan berkonsepkan jualan langsung
-
2. Nama Skim: Skim Belia Tani (SBT)
Institusi Kewangan Yang Dilantik: Bank Pertanian Malaysia
Skop Projek:
Pengeluaran tanaman jangka pendek:
sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan herba
Ternakan haiwan:
lembu pedaging, lembu tenusu, kambing pedaging, kambing tenusu, bebiri dan ternakan puyuh
Perikanan:
ternakan ikan air tawar dan ternakan udang dalam kolam atau sangkar
Ternakan lebah madu, Industri asas tani :
kek, pastri, roti, biskut, makanan sejuk beku, makanan berproses seperti jeruk, sos, kicap, makanan tradisional seperti baulu, kerepek dll. dan makanan ringan/snek
Perkhidmatan tani:
bengkel jentera pertanian, kedai racun kawalan musuh dan perosak/baja/alat pertanian, perkhidmatan profesional, sewaan jentera pertanian, nurseri bunga-bungaan/buah-buahan/lanskap dll). Tidak termasuk pembiayaan untuk tanaman kekal seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan (durian, rambutan, cempedak dll.), kos untuk membeli tanah dan premis perniagaan, modal kerja untuk kontrak tani dan perniagaan berkonsepkan jualan langsung.
Ciri-Ciri Skim
i) Institusi Kewangan yang dilantik
Institusi Kewangan yang dilantik sebagai pengurus dana bagi skim pinjaman yang disediakan ini ialah :
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia untuk Skim Belia Niaga (SBN)
- Bank Pertanian Malaysia untuk Skim Belia Tani (SBT)
ii) Had Pinjaman
Had pinjaman bagi kedua-dua skim adalah dari RM5,000.00 sehingga RM50,000.00.
iii) Kadar Bayaran
Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan bagi kedua-dua skim adalah empat peratus (4%) setahun berdasarkan baki pinjaman.
iv) Yuran Proses
Dikena dan ditetapkan oleh kedua-dua institusi kewangan yang dilantik.
v) Kos Guaman Dan Insuran
Kos guaman bagi penyediaan surat cara pinjaman dan insuran akan ditanggung oleh peminjam
vi) Pengeluaran Pinjaman
Pengeluaran pinjaman menerusi institusi kewangan yang dilantik akan dibuat berdasarkan keperluan peminjam dan dibuat secara sekaligus atau berperingkat-peringkat.
vii) Kutipan Bayaran Balik Pinjaman
Kutipan bayaran balik pinjaman menerusi institusi kewangan yang dilantik. Tempoh bayaran balik pertama pinjaman mengikut ketetapan oleh institusi kewangan yang dilantik.
viii) Tempoh Pinjaman
Maksimun tempoh bayaran balik pinjaman dagi kedua-dua skim adalah sehingga tujuh(7) tahun.
Alamat Tempat Ujian Saringan Bakal Peminjam Skim Tabung Ekonomi Belia
-
Perlis
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, Gelanggang Budaya Tuanku Abdul Rahman, Jalan Hospital, 01000 Kangar, Perlis
Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
No. Tel : 04-9793505
-
Kedah
i. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Jalan Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah
ii. Kompleks Rakan Muda Baling, Kedah, Batu 42 Mukim Pulai, 09100 Baling, Kedah
Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah
No. Tel : 04-7203500
-
Pulau Pinang
i. IKBN Bukit Mertajam
Berapit, 14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
ii. Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban
Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
No. Tel : 04-2616118
-
Perak
i. Kompleks Rakan Muda Kampar, Jalan Kampung Tersusun, Batu Putih, 31900 Kampar, Perak
ii. Kompleks Rakan Muda Taiping, Jalan Bukit Jana, 34600 Kamunting, Taiping, Perak
iii. Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), KM 21, Lebuh Raya Ipoh – Lumut, 31650 Siputeh, Perak
Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
No. Tel : 05-5489500
-
Selangor
i. Dewan Serbaguna Kuala Selangor
ii.Kompleks Rakan Muda Puchong
iii. Pejabat Belia dan Sukan Kuala Langat
Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
No. Tel : 55192326
-
Negeri Sembilan
i. Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, d/a Jalan Melang. 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
No. Tel : 06-7613163
-
W.P Kuala Lumpur
i. Kompleks Belia & Sukan, Kg Pandan 4029 Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan W.P KL
No. Tel : 03-20940990
-
Melaka
i. Kompleks Belia & Sukan Negeri Melaka, 75450 Ayer Keroh Melaka (Daerah Malaka Tengah)
Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka
No. Tel : 06-2825478
-
Johor
i. Kompleks Belia & Sukan, Negeri Johor, Jalan Sentosa, 80350 Larkin, Johor
Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor
No. Tel : 07-2232614
-
Pahang
i. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, Pahang
Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang
No. Tel : 09-5161996
-
Terengganu
i. Kompleks Belia Pasir Panjang, Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
No. Tel : 09-6222344
-
Kelantan
i. Kompleks Belia dan Sukan Panji, 16100 Kota Bharu, Kelantan
Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
No. Tel : 09-7482719
-
Sarawak
i. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sarawak, Jalan Ong Kee Hui, 93150 Kuching, Sarawak
ii. Pejabat Belia dan Sukan Sarikei, Tingkat 2, Wisma Persekutuan, Batu Satu, Jalan Repok, 96108 Sarikei
iii. Pejabat Belia dan Sukan Sibu, Tingkat 4, Wisma Persekutuan, Blok 3, Persiaran Brooke, Peti Surat 1607, 96008 Sibu
iv. Pejabat Belia dan Sukan Bintulu, Bangunan Bulan Sabit Merah, Jalan Sultan Iskandar, 87000 Bintulu, Sarawak
v. Pejabat Belia dan Sukan Kapit, Tingkat 2, Wisma Persekutuan, Peti Surat 152, 96807, Kapit
vi. Pejabat Belia dan Sukan Miri, Tingkat 3, Blok A Wisma Persekutuan, Jalan Cahaya Lopeng, Peti Surat 1911, 98008 Miri, Sarawak
vii. Pejabat Belia dan Sukan Limbang, Tingkat 3, Blok A, wisma Persekutuan II, Peti Surat 256, 98708 Limbang, Sarawak
Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah
No. Tel : 082-240631
-
Sabah
i. Kompleks Belia & Sukan (P) Negeri Sabah, Jln Tmn Pasir Putih Putatan, Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-764488/761777/765777
Fax: 088-764488
ii. Pejabat Belia & Sukan Bahagian Sandakan, Tkt 7, Wisma Persekutuan, WDT 24, 90500 Sandakan, Sabah
Tel: 089-666119
Fax: 089-668753
iii. Pejabat Belia & Sukan Bahagian Tawau, Tkt 4, Wisma Persekutuan, 91000 Tawau, Sabah
Tel: 089-776680
Fax: 089-751759
iv. Pejabat Belia & Sukan Bahagian Kudat, Lot 7, Tkt 2, Blok E, Bangunan SEDCO, Peti Surat 373, 89058 Kudat, Sabah
Tel: 088-611449
Fax: 088-614011
v. Pejabat Belia & Sukan Bahagian Keningau, Lot 17, Bolk D8, Bangunan Yee Shing, Commercial Centre, Peti Surat 1873, 89009 Keningau, Sabah
Tel: 087-339718
Fax: 087-339842
vi. Pejabat Belia & Sukan Beaufort, Tkt 1, Wisma Persekutuan, Bahagian Beaufort, Peti Surat 329, 89808 Beaufort, Sabah
Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah
No. Tel : 088-765777
-
W.P Labuan
i. Jabatan Belia & Sukan, Wilayah Persekutuan Labuan, Kompleks Sukan Labuan, Jln Mohd Salleh, Peti Surat 80906, 87019 W.P Labuan
Tell: 087-415344/417353
Fax: 087-415345
Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan W.P Labuan
Tel: 087-415344/417353
Soalan-Soalan Lazim
Soalan 1
Bagaimana saya mahu memohon pinjaman di bawah Skim Tabung Ekonomi Belia?
Jawapan 1
Pendaftaran permohonan boleh dibuat secara on-line melalui porta MPEB, www.mpeb.gov.my atau boleh dimuat turun secara manual melalui portal. Borang juga boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Negeri dan daerah. Borang yang diisi secara manual hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri/Daerah.
Soalan 2
Apakah proses yang perlu dilalui untuk memohon pinjaman?
Jawapan 2
Terdapat 2 peringkat saringan iaitu ujian saringan dan kursus. Pemohon yang telah lulus ujian saringan akan dipanggil untuk menghadiri Kursus Asas Perniagaan ( untuk yang memulakan perniagaan ) dan Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan ( bagi yang mahu menggembangkan perniagaan ). Selepas melalui saringan –saringan tersebut barulah pemohon layak untuk mendapat borang pinjaman.
Soalan 3
Berapakah had minimum/maksimim untuk memohon pinjaman?
Jawapan 3
Dari RM 5,000 – 50, 000.00
Soalan 4
Bila/dimanakan ujian saringan akan dibuat?
Jawapan 4
Ujian saringan diuat diperingkat negeri bertempat di Jabatan belia dan sukan negeri dan pihak tuan akan dihubungi oleh pegawai pembangunan ekonomi Jabatan Belia dan Sukan negeri. Ujian akan dibuat pada setiap minggu
Soalan 5
Berapa lamakah proses kelulusan pinjaman?
Jawapan 5
Setiap pemohonan akan mengambil masa selama 2 bulan setengah untuk diproses.
Soalan 6
Apakah syarat-syarat penjamin ?
Jawapan 6
Setiap permohonan mesti mematuhi syarat seperti berikut :
1. Mengemukakan dua (2) orang penjamin yang digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
2. Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar (termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 1 ribu sebulan.
3. Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
Syarat khas
Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.
Had menjamin
Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari dua ( 2 ) orang peminjam pada satu-satu masa.
Soalan 7
Saya telah menjalankan perniagaan dan mempunyai diplom/ijazah dalam bidang perniagaan, perlukah saya mengikuti kursus rancangan perniagaan ?
Jawapan 7
Bagi pemohon yang telah lulus ujian saringan, dan menmpuyai ciri-ciri berikut dikecualikan daripada mengikuti kursus bimbingan rancangan perniagaan.
1. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan – Tidak perlu mengikuti kursus dan layak memohon pinjaman.
2. Telah mengikuti Kursus Rancangan Perniagaan atau berkaitan yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan), di Batu Gajah Perak di bawah KBS atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang diiktiraf.
3. Lulusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) atau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan telah menjalankan perniagaan yang berkaitan.
4. Mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dan telah menjalankan perniagaan dalam bidang berkaitan atau mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dalam bidang perniagaan dan telah menjalankan perniagaan.
5. Telah mengikuti program inkubator anjuran mana-mana agensi kerajaan.
Soalan 8
Saya berminat untuk memohon pinjaman bagi memulakan perniagaan, bagaimanakah saya boleh memohon pinjaman ?
Jawapan 8
Untuk makluman, permohonan pinjaman adalah kepada belia yang sudah menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Bagi yang baru merancang untuk memulakan perniagaan, pemohon akan dipanggil untuk mengikuti kursus Asas Perniagaan dan selepas itu digalakkan untuk memulakan perniagaan sendiri sebelum layak memohon pinjaman.
Muat Turun Borang Skim Tabung Ekonomi Belia
Daftar online Skim Tabung Ekonomi Belia
Mengenai PenulisMohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================











