Tips beli laptop online
Assalamualaikum
Saya baru saja beli laptop online, dari website Dell. 12″, dijamin ori ![]()
Untuk kegunaan sarjana (dah nak habis study baru nak beli
) dan untuk kegunaan wife g kursus, tadak la besar gedabak dia nak bawa laptop office.
Dulu niat di hati nak beli ASUS EEE PC, sebab saiz 7″ je, senang nak bawa ke mana-mana untuk buat kerja, tapi banyak pula kena bawa barang external, ye la, dah kecik, mana muat nak letak harddisk besar dengan DVD Rom kat dalam laptop tu. Untuk sapa-sapa yang belum pernah tengok ASUS EEE PC, ni la gambarnya.

Cantik, menarik, tertarik, kau memang da doom

Jadi, lepas dibuat penghitungan, saya beli la Dell Vostro 1200 - Mainstream RM2,549 (FREE extended warranty, FREE upgrade 1GB to 2 GB, RM450 Instant Cash Redemption dan FREE shipping). Ciri-ciri yang saya cari… murah, kecil dan ada wireless.
Lepas dah bayar, saja je saya suka-suka tengok balik web Dell, baru sedar, ada Dell Vostro 1200 - Basic RM1,999. Saya ingat hanya ada pakej RM2,549 tu je sebab Dell buat trick sket kat website dia. Saya tak jumpa pakej lagi murah bila buka page yang RM2,549. Iye la, dah nama pon bisnes, mesti ada trick yang boleh menarik pelanggan. Untuk makluman, kat laman web Dell, kita boleh ubah suai pakej yang dorang dah tetapkan. Dan promosi untuk Dell Vostro 1200 - Basic (FREE extended warranty, FREE upgrade 1GB to 2 GB, RM550 Instant Cash Redemption dan FREE shipping).
Saya cuba ubah suai spec Dell Vostro 1200 - Basic menjadi spec Mainstream. Saja suka-suka, mana la tau, kot-kot pakej Mainstream lagi murah daripada ubah suai pakej Basic. Saja untuk kepuasan dapat beli barang murah. Tapi, bila saya jadikan spec Basic ke Mainstream, harganya menjadi RM2,449. Aik, murah RM100. Mungkin saya terlepas pandang spec Mainstream. Saya cuba sekali lagi dan harganya tetap sama RM2,449.
Cuba tengok balik promosi Basic dan Mainstream, nampak sama tapi tak serupa. Pakej Basic RM550 Instant Cash Redemption, manakala Mainstream RM450 Instant Cash Redemption. Saya jimat RM100 kalau saya upgrade spec Basic jadi Mainstream. Tapi apa boleh buat, saya jadikan pengalaman saya untuk orang lain pula, semoga anda pon dapat beli dengan harga murah.
*Disebabkan website Dell tak boleh compare spec, saya buka spec Basic guna Firefox dan spec Mainstream guna IE.
Jadi… renung-renungkan ![]()
Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Bicara Tani
Assalamualaikum,
Pada 14 Februari yang lepas, saya telah mengikuti forum Bicara Tani anjuran Kementerian Pertanian di Putra Palace. Antara agensi yang terlibat adalah Kementerian Pertanian Malaysia, FAMA, MARDI, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Bank Pertanian Malaysia.
Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah peluang penternakan yang ada di Malaysia. Umum mengetahui kekurangan daging kambing dan daging lembu di Malaysia. Pada tahun 2006, peratus pengeluaran lembu adalah 7% dan kambing adalah 0.4%. Jadi negara kita kekurangan daging lembu sebanyak 93%, kambing sebanyak 99.6% dan semuanya terpaksa di import dari luar negara.
Di Malaysia, hanya ada 26 orang pengusaha lembu komersial. Untuk mentakrifkan sesuatu projek penternakan lembu secara komersial, pengusaha perlu mempunyai sekurang-kurangnya 50 ekor lembu.
Pada masa sekarang, kebanyakan ternakan diberi secara kelompok, tidak seperti dulu, yang mana diberi 1:1 untuk setiap pengusaha. Sekarang, pengusaha disuatu kawasan perlu membentuk kelompok untuk memohon bantuan. Bantuan yang diberikan adalah ruminan, kandang dan makanan. Ini untuk menghalang daripada penjualan baka yang diberi percuma oleh Jabatan Haiwan oleh sesetengah pengusaha seperti yang berlaku sebelum ini. Tapi, dengan adanya kelompok, bantuan yang lebih besar akan diberikan.
Selain daripada tu, peluang kepada penggemar ikan hiasan untuk mengkomersialkan hobi mereka. Ikan guppy yang dikatakan senang dipelihara juga boleh di eksport ke luar negara. Tanpa peralatan yang canggih, mahal dan luas, sesiapa pon boleh memelihara guppy ni. Eksport ikan hiasan pada tahun 2006 adalah berjumlah RM101.4 juta.
Tumbuhan akuatik air tawar pon boleh juga ditanam dan di eksport. Kenapa banyak permintaan untuk ikan hiasan? Masa saya mengikuti Bengkel Bimbingan Niaga Tani anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, ada dimaklumkan bahawa rakyat eropah gemar memelihara ikan untuk ketenangan fikiran. Jiwa tenang je bila tengok ikan berenang-renang. Tapi, disebabkan mereka selalu keluar bercuti, ikan hiasan mereka akan mati sebab tadak orang jaga, jadi mereka akan membeli ikan hiasan yang baru pula.

Majlis perasmian program Bicara Tani oleh YB Cikgu azam, Exco Pertanian Negeri Perlis
Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Peluang di pilihan raya
Assalamualaikum
Bulan 3 ni, dijangka akan di adakan pilihan raya. Masa ni lah anda kena ambil peluang, sebab kebanyakan permintaan anda akan dipenuhi. Banyak projek-projek pertanian seperti keli kanvas dan fertigasi akan diberi kepada bakal pengusaha. Rajin-rajinlah bertanya di Jabatan Haiwan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan untuk projek-projek yang diberi kepada awam. Hantar proposal anda kepada mereka jika anda mempunyai projek-projek yang tidak ditawarkan. Mungkin anda tahu dan lupa tentang peluang yang ada di musim pilihan raya.
Semoga anda berjaya jalankan projek. Pastikan anda beri projek tersebut kepada mereka yang memerlukan jika anda gagal jalankan projek tersebut di kemudian hari. Ada yang saya dengar, sesetengah individu senang untuk berhubung dengan pihak atasan, tapi kurang masa untuk jalankan projek. Apa kata mereka-mereka ini membantu orang lain yang susah untuk berhubung dengan orang atasan dengan membantu dapatkan projek.
Atau, selepas anda mencuba jalankan sesuatu projek yang diperolehi, tetapi tiada masa untuk uruskan projek tersebut, cari belia yang berminat untuk jalankan projek. Ramai belia yang berminat untuk jalankan projek pertanian, perikanan, penternakan, tapi tiada modal. InsyaAllah, mungkin rezeki anda ada di tempat lain, bukan dalam pertanian, cuma anda ada kekuatan untuk dapatkan sumber, jadi bantulah mereka yang memerlukan.
Mengenai PenulisMohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Kewajipan dalam tanaman cili
Assalamualaikum
Lama saya tidak menulis sebab agak sibuk kebelakangan ni. Kali ini saya nak ceritakan tentang kewajipan dalam tanaman cili. Perkara paling penting yang anda harus lakukan adalah meracun pokok cili anda, sebab pokok cili senang kena serangan serangga.
Dalam sistem fertigasi, pembajaan dan pengairan dilakukan secara automatik, jadi tiada masalah. Tapi dari segi serangan serangga, pengendalian racun serangga antara tanaman cili secara fertigasi dan atas tanah adalah sama. Daripada pengalaman saya dan perbualan dengan beberapa orang rakan, cili besar tidak sama dengan cili kecil atau orang kampung sebut cili/cabai burung atau cili/cabai Melaka. Cili/cabai burung atau cili/cabai Melaka lebih kebal daripada serangan serangga.
Sebab tu kalau kat kampung-kampung, mudah untuk nampak pokok cili kecil ni, berbanding dengan cili besar, sebab penjagaannya yang sukar dan banyak serangga perosak yang gemar kepada pokok cili besar.
Semburan racun serangga perlu dilakukan seminggu sekali, sebelum kena serangan lagi, sebab “lebih baik mencegah daripada mengubati”. Pokok cili yang dah kena serangan memang boleh diubati, tetapi kadang-kadang susah jugak nak ubati pokok-pokok ni. Semburan seminggu sekali tu dari pokok masih kecil lagi hinggalah tamat riwayat pokok. Ada yang bertanya saya, kalau pokok dah berbuah macam mana? Memang pokok cili perlu semburan racun serangga walaupon dah berbuah. Sebolehnya, pakailah racun yang kurang kuat, kelas 3 ke atas agar tidak membahayakan pengguna.
Kalau boleh, gunakan jenama racun yang berbeza-beza setiap kali meracun supaya serangga tidak imun dengan racun yang kita gunakan. Tapi, buat meraka yang bermula dari kecil dan modal tidak besar, pakai 1 jenama pon boleh, untuk musim yang seterusnya, beli jenama lain.
Kalau ladang tu besar, 1 botol racun tidak cukup untuk semusim, jadi boleh beli jenama lain pula bila racun tu dah habis.
Untuk pakaian meracun pula, pastikan anada menutup keseluruhan badan, sekurang-kurangnya seperti dibawah untuk menjaga jangka hayat hidup anda. Jangan sambil lewa kerana anda sedang menggunakan racun dan bila dinamakan “racun”, ia boleh memudaratkan anda.