Kertas Kerja Rancangan Perniagaan MECD

May 14, 2008 · Filed Under Perniagaan, Pertanian, Pinjaman, Rancangan Perniagaan · 3 Comments 

Rancangan Perniagaan (RP)

1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan

Kegunaan (RP)

  • Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  • Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  • Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  • Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)

  • Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
  • Statistik
  • Data ekonomi
  • Data perdagangan
  • Penyelidikan pasaran

Kandungan (RP)

1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan

Penyediaan (RP)

1. Pengenalan

  • Nama Syarikat
  • Jenis Perniagaan yang diceburi
  • barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
  • lokasi premis
  • tarikh perniagaan dimulakan
  • latar belakang industri dan tren pasaran
  • Senario masa hadapan

2. Tujuan Penyediaan RP

Nyatakan sama ada:

  • memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
  • merancang pelaksanaan projek baru
  • untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
  • atau lain-lain tujuan

3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

  • Nama perniagaan
  • Alamat, No. Telefon
  • Bentuk perniagaan
  • Kegiatan utama
  • Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
  • No. Pendaftaran Perniagaan
  • Modal permulaan, modal dibenar
  • Nama dan alamat pemegang saham
  • Nama bank (jika ada)
  • No. Akaun Perniagaan(jika ada)

4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham

  • Nama, alamat, no. telefon
  • Kelulusan akademik
  • Pengalaman/kemahiran

5. Rancangan Organisasi/Pengurusan

  • Matlamat dan strategi syarikat
  • Struktur/carta syarikat
  • Senarai kakitangan pengurusan
  • Senarai perjawatan

·         tanggungjawab setiap jawatan

·         imbuhan/gaji bagi setiap jawatan

6. Rancangan Pemasaran

  • Analisis Pasaran

·         untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.

·         mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.

·         mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).

  • Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.

·         Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.

·         Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.

  • Ramalan Jualan

·         syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.

  • Strategi Pemasaran

·         Strategi pemasaran secara keseluruhan

·         bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan

·         kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya

  • Strategi barangan

·         faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan

  • Strategi harga

·         penentuan harga

·         tawaran harga dan sebagainya.

  • Strategi Pengedaran

·         cara pengedaran dibuat

·         kos-kos yang terlibat

·         rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut

  • Strategi promosi

·         teknik-teknik promosi yang akan dijalankan

·         Belanjawan pemasaran

7. Rancangan Pengeluaran/Operasi

  • Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
  • Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
  • Keupayaan pengeluaran
  • Rancangan pengeluaran

·         jumlah pengeluaran

·         keupayaan maksimum

·         penyimpanan stok

  • Senarai bahan mentah (jika ada)
  • Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
  • Pengendalian mesin/peralatan

8. Rancangan Kewangan

Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.

Bahagian ini merangkumi :

  • Kos pelaksanaan projek
  • Sumber pembiayaan

·         modal sendiri

·         pinjaman bank

·         sewa beli

·         lain-lain

  • Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
  • Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
  • Analisis Titik Pulang Modal

9. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

10. Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

Nota:
Sumber rujukan
- 'Asas Keusahawanan' oleh Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDC) /> - 'Outline for a Business Plan' - Arthur Young.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Semut dan sabun

May 12, 2008 · Filed Under Pertanian · 2 Comments 
semut-dan-sabun

Assalamualaikum

Kali ini saya post tentang sabun yang boleh membunuh semut.

Kalau ada semut yang mengharungi pokok anda, anda boleh spray sabun basuhan baju pada pokok. Boleh lihat pada gambar, semut yang saya spray dengan air sabun semuanya mati. 

Saya tak pasti  samada jenis sabun boleh mempengaruhi kematian semut, atau ada spesis semut yang akan mati bila kena air sabun.

Tujuan guna air sabun basuhan baju sebab tanak membazir bila guna sabun basuh yang baru. Ada yang memberi petua, boleh juga blend air sabun dengan bawang putih dan cili.

Tapi untuk spray kali ni, saya hanya guna sabun basuhan baju saja.

Semut hitam pon mati kena spray dengan air sabun. 

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Bagaimana untuk menjadikan diri Anda lebih bermotivasi

May 12, 2008 · Filed Under Uncategorized · 2 Comments 
bagaimana-untuk-menjadikan-diri-anda-lebih-bermotivasi

Apabila kita melihat diri kita dan bersedia untuk melakukan sesuatu, dan  kemudian kita tidak berapa gembira untuk melaksanakannya. Walau macam mana pun kita cuba untuk lakukan, sesusah mana pun kita ingin lakukan, ia tetap susah dan boring dan bosan untuk melakukannya terus. Ini adalah berkaitan dengan keupayaan motivasi di dalam diri kita.

Di sini kita bincangkan, bagaimana untuk kita lebih bermotivasi:-

1.   Buat keputusan “Kenapa anda perlu melakukannya” : Tidak ada sesiapa di dunia akan melakukan sesuatu kerana ia rela dan “perlu lakukannya”. Ini disebabkan kepada pengaruh lain iaitu “ia perlu dilakukan” atau “paksaan” untuk melakukannya. Ia berkaitan soal hidup di dunia. Namun untuk membina motivate diri dalam “melakukanya” kita perlu cari sebab yang kukuh atau kata lain “keikhlasan” untuk melakukannya.

2.   Hadapi dengan berani terhadap kegagalan atau kebimbangan: Jika difikirkan dalam kata erti lain, anda akan malas untuk melakukan sesuatu. Anda akan mula mencari alas an untuk tidak melakukan sesuatu dengan menyalahkan pelbagai factor seperti masa, pengetahuan atau apa jua yang berkaitan. Tetapi, jika ini berterusan dan berterusan anda akan terus berada dalam kegagalan dan kebimbangan. Dalam pelbagai situasi, ia akan menghantui anda dan kebimbangan ini sering timbul dalam diri kita dalam pelbagai bentuk antaranya:

  • ·     Kita takut untuk melakukanya, kerana bimbang ia tidak sebaik yang diharapkan
  • ·     Anda takut untuk bertanya, atau “membuka mulut” kerana takut anda berasa diri bodoh dan tak cukup ilmu
  • ·     Anda takut terhadap keputusan yang akan berlaku atas apa yang telah anda lakukan

3.   Mulakan langkah. Mulakan sesuatu: Sekarang anda sudah tahu apa yang ada dalam diri anda. Anda sudah sedar akan kesilapan dan ingin memulakan sesuatu yang terbaik. Maka, sudah samapai masanya untuk anda memulakan langkah untuk bergerak ke hadapan. Sesuatu yang amat bagus dilakukan adalah menukar suasana atau corak pemikiran anda, dengan ini ia akan mengubah corak pandangan anda. Sekali anda telah bermula, anda akan dapati diri anda di dalam proses perubahan yang akan membawa anda kehadapan. Sebagai langkah awal, mungkin anda boleh menggunakan kaedah ini:-

  • ·     Lihat semula apa yang telah saya catatkan diatas, dan fikir semula
  • ·     Kemudian, ambil sehelai kertas dan tulis apa yang perlu diubah dan yang perlu dilakukan
  • ·     Dari apa yang telah anda tulis tadi, pecah-pecahkan kepada perkara-perkara yang kecil atau kepada perkara yang anda boleh lakukan terlebih dahulu
  • ·     Seterusnya, jadikan ia sebagai catatan tetap anda. Jadikan ia rujukan dan panduan anda. Kena disiplin lakukannya
  • ·     Akhir sekali, pergi ke cermin..(pastikan tiada orang yang memerhatikan anda) dan kemudian, SENYUM selebar-lebarnya, katakan anda sudah melakukannya!

Kredit untuk niaganews.com

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Update DIY Set Fertigasi

May 7, 2008 · Filed Under Perniagaan, Pertanian, Promotion, Uncategorized · 9 Comments 
update-diy-set-fertigasi

Assalamualaikum

Hari ini saya berkesempatan untuk update produk dan harga DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro di website Abi Agro.

DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro  berharga RM170 untuk Semenanjung Malaysia dan RM190 untuk Sabah dan Sarawak. Harga tersebut termasuklah penghantaran. Bagi pelanggan dari Singapura, Indonesia dan Brunei, anda perlu hubungi pihak Abi Agro untuk mendapatkan harga penghantaran.

Pakej DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro  mengandungi:

- 10 helai Polibeg Putih 16″ x 16″
- 10 unit mini tubing
- 10 unit dripper
- Tiub Poli 16mm
- 1 unit Pam
- 1 unit Pengukur Masa Digital (Digital Timer)
- 1 unit racun serangga
- 1 set Baja Fertigasi A dan B dalam bentuk pepejal untuk dijadikan baja stok 10 Liter
- Media semaian
- Biji benih cili
- Silvershine
- Peralatan Asas
- Manual Pemasangan Sistem Fertigasi & Penjagaan

** Anda hanya perlu menyediakan media semaian yang ada dijual di nursery dan bekas untuk bancuhan air baja.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di link di bawah:

DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro 

——————————————————————————

 Produk ke dua yang ditawarkan oleh pihak Abi Agro adalah DIY Sistem Fertigasi 100 unit yang berharga RM697.50 . Harga tidak termasuk penghantaran. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link di bawah:

 DIY Sistem Fertigasi 100 unit

——————————————————————————

Produk ke tiga pula adalah DIY Sistem Fertigasi 1000 unit yang berharga RM2545.00 . Harga yang dinyatakan tidak termasuk penghantaran.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di bawah:

 DIY Sistem Fertigasi 1000 unit

 ——————————————————————————

Diharapkan, dengan pengubahsuaian harga yang saya buat, akan dapat memperbanyakkan lagi pengusaha fertigasi di Malaysia. InsyaAllah, saya akan update harga dari semasa ke semasa dan akan bagi harga paling murah yang mampu saya berikan kepada anda.

Sampai berjumpa lagi… 