Program Ladang Kontrak FAMA

November 28, 2008 · Filed Under Pertanian · 2 Comments 

Ada dikalangan pengusaha yang baru atau ingin ceburi bidang pertanian mengharapkan FAMA untuk pasarkan hasil mereka. Dengan cara ini, pengusaha tak perlu fikir tentang pasaran, hanya perlu tumpukan pada pengeluaran hasil.

Objektif diadakan ladang kontrak untuk menjamin pasaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan pengeluar. Mempertingkatkan buah-buahan dan sayur-sayuran melalui perancangan pengeluaran dan pemasaran bersistematik. Memastikan hasil yang berkualiti dan mapan serta menepati kehendak pasaran melalui Amalan Pertanian Baik (GAP). Mempertingkatkan pemindahan teknologi di dalam rantaian bekalan.

Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan atau Agensi di bawah program ladang kontrak.

  1. FAMA
    • Jaminan Pasaran
    • Insentif Bimbingan
    • Pengaturan Pasaran
    • Khidmat Sokongan Pemasaran
  2. LPP
    • Pembiayaan Insfrastruktur Asas
    • Penyaluran Input Awal
    • Pembiayaan Insfrastruktur Pengeluaran dan Pemasaran
    • Pengaturan Program Latihan
    • Penyediaan Kemudahan Komunikasi/ICT
  3. DOA
    • Khidmat Nasihat Pengembangan
    • Bantuan Insentif Pertanian
    • Latihan dan Kursus Teknikal serta Motivasi
    • Penyertaan Skim SLAM
  4. LPNM
    • Bantuan Input Pertanian
    • Bantuan Tambahan Input Tambahan
    • Kemudahan Insfrastruktur
  5. MARDI
    • R&D
    • Perkhidmatan Bimbingan
    • Program Latihan

Jenis Sayuran

  1. Bendi
  2. Cili
  3. Halia Tua
  4. Jagung Manis
  5. Kacang Buncis
  6. Kacang Panjang
  7. Keledek
  8. Kobis
  9. Labu Manis
  10. Petola
  11. Roselle
  12. Terung
  13. Timun
  14. Tomato
  15. Ubi Kayu
  16. Kentang

Jenis Buah-buahan

  1. Belimbing
  2. Betik
  3. Buah Mata Naga / Dragon Fruit
  4. Durian
  5. Jambu Batu
  6. Limau
  7. Mangga
  8. Manggis
  9. Nanas
  10. Nangka
  11. Pisang
  12. Rambutan
  13. Tembikai

Syarat Untuk Menyertai Ladang Kontarak

  • Individu Perseorangan atau Kelompok Petani atau Syarikat (Kelebihan pada Kelompok).
  • Ada tanah tapak projek. Jika tanah sewa, perlu surat perjanjian yang sah disisi undang-undang. Bukan hanya cakap mulut saja.
  • Terlibat secara langsung atau sepenuh masa dalam projek yang diusahakan. Kalau bekerja, perlu ada seorang rakan kongsi yang menjalankan projek sepenuh masa.
  • Ada pengalaman dalam pengeluaran komoditi buah yang diusulkan.
  • Modal yang cukup untuk menjalankan projek dari sebelum tanam sehingga menguruskan hasil.

Cara Memohon

Dapatkan borang di agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) - FAMA, Jabatan Pertanian, LPP/PPK, LPNM.

Boleh juga dapatkan borang pada link di bawah:

http://mohdashraf.com/download/borang-ladang-kontrak.pdf

Proses Permohonan

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Dana Usahawan Kendalian MECD

November 10, 2008 · Filed Under Pinjaman · 1 Comment 
dana-usahawan-kendalian-mecd

Berikut adalah dana yang usahawan dan bakal usahawan boleh perolehi untuk membantu menjalankan perniagaan.

Dana-dana ini dikendalikan oleh agensi MECD.

Kebanyakan pinjaman yang diberi adalah kepada usahawan yang dapat memenuhi syarat-syarat pinjaman. Antara faktor penting mereka mestilah mempunyai entiti perniagaan, tempat berniaga, sekurang-kurangnya modal asas 10% daripada pinjaman yang diperlukan dan rancangan perniagaan.

1. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
Menawarkan modal tambahan kepada peminjam dengan mudah, cepat dan berkesan.

Sasaran kepada:
Bumiputera (Peniaga Kecil) dalam semua sektor.

Yayasan TEKUN Nasional Basement 1,
Medan MARA
Jalan Raja Laut
50652 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2692 5185
No. Faks: 03-2692 4982

2. Kemudahan Pembiayaan Perniagaan MARA
Mengadakan kemudahan pembiayaan perniagaan ke arah menambah bilangan serta mempertingkatkan tahap usahawan Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian yang bersaiz kecil dan sederhana.

Sasaran kepada:
Bumiputera (IKS) dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, perdagangan, pengangkutan, kontrak binaan, perkhidmatan dan bekalan.

Bahagian Pembiayaan Perniagaan
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Tingkat 17, Bangunan Medan MARA
Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR
No. Tel: 03-2691 5111 / 2691 5377

3. Skim Jaminan Usahawan Kecil (SJUK)
Memudahkan usahawan kecil yang mempunyai perniagaan berdaya maju mendapatkan kemudahan kredit dari RM10,000.00 sehingga RM50,000.00.

Sasaran kepada:
Terbuka kepada semua usahawan dalam semua sektor.

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
Aras 13-16, Bangunan CGC
Kelana Business Centre
97, Jalan SS 7/2
47301 Petaling Jaya
No. Tel: 03-7806 2300
No. Faks: 03-7806 3308

4. Tabung Usahawan Siswazah (TUS)
Memberi peluang kepada siswazah mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengurusan perniagaan, mewujudkan usahawan daripada kalangan siswazah dan menyediakan pinjaman perniagaan untuk mereka memula dan mengembangkan perniagaan.

Sasaran kepada:
Siswazah dalam semua sektor.

Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad
Aras 20, Menara Bank Pembangunan
Peti Surat 12352
Jalan Sultan Ismail
50774 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2615 2020
No. Faks: 03-2692 7168

5. Skim Modal Asas
Menyediakan kemudahan penyertaan ekuiti dan pinjaman mudah bagi membantu IKS Bumiputera mendaparkan modal pokok yang mencukupi bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu projek.

Sasaran kepada:
Bumiputera (IKS) dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad
Aras 20, Menara Bank Pembangunan
Peti Surat 12352
Jalan Sultan Ismail
50774 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2615 2020
No. Faks: 03-2692 7168

6. Skim Pembiayaan Pusat Negeri (SPPN)
Meningkatkan bilangan usahawan menengah Bumiputera (UMB) khusus dalam industri kecil dan sederhana (IKS) di peringkat negeri dan membangun serta mempertingkatkan budaya keusahawanan di kalangan UMB.

Sasaran kepada:
Bumiputera (IKS) dalam semua sektor.

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Aras 9B, Menara Dato Onn
Putra World Trade Centre
45, Jalan Tun Ismail
50490 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2698 8870
No. Faks: 03-2698 8617

7. Skim Bantuan Pembangunan Francais
Membantu dan memberi insentif kepada pengusaha individu dan syarikat tempatan memfrancaiskan produk dan perniagaan tempatan atau luar negeri.

Sasaran kepada:
Terbuka(Francaisor) dalam sektor perkhidmatan dan perniagaan.

Bahagian Francais & Vendor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Bahagian Francais dan Vendor
Aras 4, Blok Menara
Lot 2 G6, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
No. Tel: 03-8880 5608 / 07
No. Faks: 03-8880 5617

8. Skim Pembiayaan Francais
Membantu usahawan dalam perniagaan francais mendapatkan pembiayaan menerusi institusi-institusi kewangan terpilih dan mendapat kemudahan subsidi kadar faedah.

Sasaran kepada:
Terbuka (Francaisi) dalam sektror pembuatan, perniagaan dan perkhidmatan.

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
Aras 13-16, Bangunan CGC
Kelana Business Centre
97, Jalan SS 7/2
47301 Petaling Jaya
No. Tel: 03-7806 2300
No. Faks: 03-7806 3308

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================