Author:
Mohd Ashraf
Oct
29
Akhirnya 2 orang kanak-kanak yang hilang telah ditemui 15 kilometer dari tempat kejadian.
Hasil siasatan awal mendapati, keadaan jambatan yang dibina tidak kukuh.
Ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan keadaan tu berlaku pada hemat saya.
1. Kontraktor yang membina jambatan ingin mengaut keuntungan yang lebih.
2. Kontraktor yang membina jambatan kurang arif tentang keadaan muka bumi kawasan tersebut.
3. Kontraktor tidak mengetahui kaedah yang perlu dilakukan untuk menghalang kejadian hakisan daripada menghakis tanah disekitar jambatan.
4. Peruntukan yang dikeluarkan pihak terbabit terlalu sedikit, ataupon pihak terbabit inginkan jambatan yang murah, jadi kontraktor tidak dapat membina jambatan yang sempurna.
Pada hemat saya, ini adalah senario yang mungkin berlaku. Tapi mungkin pihak yang terbabit dan pihak kontraktor mempunyai alasan mereka tersendiri, kita perlu menunggu hasil siasatan yang menyeluruh dalam hal ini, jangan buat keputusan terburu-buru untuk menyalahkan mana-mana pihak.
Ops, satu berita baik buat semua pembaca, insyaAllah, mungkin kita akan mendapat info direct berkenaan bantuan atau pinjaman daripada pihak Agro Bank melalui laman web www.mohdashraf.com.
Author:
Mohd Ashraf
Oct
27
Takziah buat keluarga murid mati lemas di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang.
Kejadian berlaku pada jam 10pm 26 Oktober 2009 semasa mengikuti Perkhemahan 1 Malaysia yang melibatkan beberapa buah sekolah. Murid-murid yang terlibat menyerebangi jambatan yang baru diperbaiki dan kemudian runtuh.
Menurut temubual dengan murid yang terlibat, ada rakan mereka yang melompat di atas jambatan serta menggoyangkan jambatan terbabit menyebabkan kabel putus.
Dalam kejadian ini, seorang murid perempuan, Dina Deve Nathan, 11, daripada SK Tamil Mambang Diawan, ditemui mati pada jam 8.40am pagi tadi.
19 murid yang terjatuh ke dalam sungai ditemui selamat tetapi 2 orang murid lagi belum ditemui. Semoga mereka dalam keadaan selamat.
Melalui kejadian ini, saya mengingatkan diri saya untuk utamakan keselamatan dan berikan perkhidmatan terbaik dalam menyiapkan sesuatu projek, yang pada masa sekarang saya banyak membuat rumah lindungan hujan dan rumah semaian.
Author:
Mohd Ashraf
Oct
26
Assalamualaikum,
Lama saya tak menulis. Ini disebabkan kesibukan menguruskan perniagaan Abi Agro secara offline. Perancangan untuk saya mencurahkan pengalaman dan sedikit ilmu yang ada ke dalam blog MohdAshraf dot Com agak terjejas. Maaf kepada pembaca sekalian.
Buat masa sekarang, perniagaan Abi Agro dikembangkan lagi kepada pembinaan rumah lindungan hujan. Alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Abi Agro. Dengan ini Abi Agro telah mempunyai sedikit ilmu dalam pembinaan rumah lindungan hujan atas tunjuk ajar beberapa agensi kerajaan dan sebuah universiti tempatan.
Selain daripada itu, saya sedang menyiapkan projek tanaman rock melon secara fertigasi. InsyaAllah jika berkesempatan, boleh saya kongsikan tentang teknik penanaman rock melon bersama pembaca.
Ini adalah projek saya sendiri, sebelum ni saya pernah menanam rock melon secara fertigasi dibawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Perihal penanaman rock melon ada saya ceritakan pada post-post terdahulu. Dalam projek ini, saya mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian Perlis dan juga FAMA. Diharapkan semoga projek ini berjalan lancar seperti yang diharapkan.
Filed under:
Uncategorized