Archive for May, 2010

Tiket FREE Air Asia kembali lagi

Assalamualaikum

Mulai hari ni 18 May 2010 hingga 23 May 2010, Air Asia buat lagi tiket percuma. Tarikh penerbangan 3 January 2011 – 8 May 2011.

Lambat lagi. Tapi sebenarnya tak lambat pon, sebab sekarang ni masa bergerak begitu cepat. Tahun lepas, saya dah beli tiket untuk ke Kuching Sarawak.

Kami dah pon selamat ke Kuching bulan Mac 2010. Rasanya tahun ni nak booking untuk ke Bandung Indonesia. Passport pon murah je skang. RM100 untuk 2 tahun, ada 32 pages.

Baru tadi dapat sms daripada wife saya, rakan sepejabat dia pon nak ikut sama. Ermm… kosong la pejabat tu nanti? Iye la, tiket free, sapa tak nak. Tiket je free, tapi tax kena gak bayar. Tapi masih murah sebab tak perlu bayar harga tiket.

Nak buat tempahan kena cepat, pernah tahun bila ntah, masa promosi tiket free, saya sedang booking, isi form, masa tu ada lagi seat free pada tarikh dan masa yang saya nak tempah, tiba masa nak klik OK je, tempat tu dah ditempah orang lain dulu. Jadi selagi anda belum bayar tax pada laman web Air Asia, anda belum dikira mendapat tiket free. Hehe.

Sekarang ni laman web Air Asia tengah bersesak-sesak. Nak tengok tarikh pon susah. Harap-harap tahun depan dapat la ke Bandung.

Pelaburan dalam bidang agrikultur

Assalamualaikum,

Saya terpanggil untuk menulis tentang pelaburan dalam bidang pertanian ni, memandangkan ramai yang mudah terpengaruh untuk melaburkan wang mereka dalam skim atau pakej yang ditawarkan syarikat.

Sebenarnya, ada syarikat yang terlepas pandang dengan pakej yang mereka tawarkan. Jika pakej yang ditawarkan hanya jual anak pokok, anak haiwan ternakan, perkara ini tidak salah, boleh jalankan urus niaga hanya menggunakan lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Dalam kes ini, jika ada janji-janji syarikat untuk memantau, membeli balik hasil syarikat tapi tak ditunaikan, ini dah masuk dalam kes penipuan.

Tetapi, jika ada pakej, bila mana syarikat tersebut mengambil duit pelabur, semua kerja-kerja mengurus tanaman/haiwan diuruskan syarikat, pelabur hanya perlu tunggu duit selepas kutip hasil, syarikat perlu mendapat kebenarn daripada Bank Negara Malaysia dan juga Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk jalankan pakej mereka. Bukan dengan mengguna lesen AJL (Akta Jualan Langsung).

Jadi berhati-hati. Jangan terpengaruh dengan janji-janji manis. Cuba anda fikirkan, tanaman, haiwan adalah benda hidup. Benda hidup bukan macam kilang, boleh hasilkan produk yang semuanya sama. Macam-macam risiko yang perlu ditangani untuk menguruskan tanaman dan haiwan.

Sila klik untuk mengetahui Senarai Syarikat Yang Tidak Sah Dari Segi Undang-Undang Malaysia.

Sila baca lagi untuk mengetahui tentang Skim Cepat Kaya daripada Bank Negara Malaysia:

Read the rest of this entry »

Related Posts with Thumbnails