Untuk pengetahuan semua, pinjaman MARA untuk projek pertanian telah dibekukan pada Februari 2009 kalau saya tak silap. Begitu juga dengan pinjaman TEKUN, dibekukan pada tahun 2010. Tidak terkecuali Skim Tabung Ekonomi Belia atau STEB, juga dibekukan.

Nampak gayanya, banyak projek pertanian yang baru sukar untuk dilaksanakan. Mungkin ada harapan jika ke Agro Bank kerana Agro Bank dikhususkan kepada para petani. InsyaAllah mungkin saya boleh update tentang pinjaman pertanian di Agro Bank sedikit masa lagi memandangkan saya ingin buat pinjaman membesarkan projek fertigasi Rock Melon.

Saya pernah mengikuti Program Smartpartnership Usahawan Belia pada Mac 2010 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Sungai Petani. Ada beberapa rakan program tidak melangsaikan pinjaman. Hasil borak-borak antara kami (bukan perbincangan), rata-rata inginkan pinjaman diberikan lagi pada mereka.

Haruskah diberi lagi pinjaman pada mereka walhal pinjaman lama tidak dibayar? Pendapat saya terpulang pada hasil perbincangan dengan pihak bank. Jangan kita berfikiran negatif dengan menyalahkan mereka kerana tidak membayar pinjaman. Ini kerana, pertanian yang dah dikategorikan sebagai perniagaan, ada pasang surutnya.

Jika pertanian/perniagaan yang dijalankan gagal, bagaimana nak bayar pinjaman? Jadi suntikan modal boleh diberi kepada peminjam untuk memulihkan semula perniagaan/projek agar pinjaman lama boleh dibayar termasuklah pinjaman baru.

Tapi perbincangan harus dibuat dengan pihak bank, jangan diam seribu bahasa seperti nak lari tak bayar hutang. MUNGKIN bank boleh pertimbangkan. Buat proposal, apa cadangan anda untuk pulihkan semula perniagaan/projek anda dengan suntikan modal baru.

Pihak bank juga perlu mempertimbangkan proposal dengan hati yang terbuka memandangkan mereka ini telah mempunyai pengalaman menguruskan projek tersebut walaupon kurang berjaya. Mungkin mereka belajar apa yang tak patut mereka lakukan, jadi dengan adanya suntikan modal baru, mereka boleh meneruskan projek dengan tidak mengulangi atau memperbaiki perjalanan projek mereka tanpa mengulangi kesalahan lalu atau dapat mengelak daripada berlaku kerugian, kerana projek-projek ini belum gagal, sebab dikatakan gagal jika projek yang dilaksanakan diberhentikan begitu saja kerana kekurangan modal meneruskan projek.

Apa-apa pon, perbincangan harus dibuat antara peminjam dengan pihak bank. Semoga dana-dana kerajaan untuk projek pertanian dapat disambung semula dan memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat dalam sektor pertanian.

Related Posts with Thumbnails