Archive for February, 2011

Tamu Keningau

Khamis lepas, 10 Feb 2011 saya jalan-jalan ke Tamu Keningau.
Tujuan ke sana untuk cari Madu Lebah buat UniMAP dan beli buah avocado.
Jam 10.30 am saya sampai sana bersama ipar.
Tapi rasa saya, banyak barangan hampir habis dijual.
Mungkin kedatangan kami agak lewat memandangkan perbezaan masa siang daripada semenanjung.

Saya lihat, banyak hasil tani yang dijual disini.
Paling banyak, terung. Selain tu, yang menarik perhatian saya, penjualan biji benih.
Banyak… Tapi tiada yang asing bagi saya. Ingat nak beli biji benih yang jarang dijumpai di semenanjung.

Begitu juga dengan anak pokok.
Hampir sama saja anak pokok disini dengan semenanjung.
Kecuali ada 2 pokok yang menarik perhatian saya.

Pertama, pokok cili hiasan yang mempunyai 2 warna pada daun, hijau dan putih.
Setelah berfikir, malas nak bawa pulang pokok ni, saya tak jadi beli.

Ke2, tidak dilupakan, pokok periuk kera.
Saya pernah baca tentang pokok jenis ini yang hidup di tanah. Niatnya nak membeli selepas ronda-ronda tamu, tapi masa nak pulang, pokok tu dah tiada.

Pengajaran yang saya dapat, terus beli kalau jumpa pokok yang saya minat.
Bila pulang rumah, teringat ingat pula pada pokok cili hiasan tu.
Hehe, tu la… asyik teragak-agak buat keputusan.

Oh, tentang avocado pula, hanya ada 1 penjual saja yang menjual buah avocado.
Cara buah tu dijual dibakul, macam bukan buah tempatan.
Mungkin dari luar.

Trip ke tamu Keningau kali ni tak beri impak pada saya. Sebab rasa macam sama saja macam pasar yang pernah saya pergi. Mungkin juga tamu keningau yang saya kunjungi tahun lepas lagi meriah dengan penjual kot. Tak macam trip tahun ni. Atau, mungkin juga saya yang terlambat pergi tamu? Ngee…

Kira biji timun

Kebun JV dah beroperasi sejak awal tahun lagi.

Kerja-kerja pembersihan dah dijalankan. Berdasarkan pengalaman saya, pembersihan kebun perlu dibuat dahulu. Kemudian apabila semuanya selesai, tapak hanya menunggu anak pokok masuk, barulah benih disemai.

Sebanyak 10,000 anak benih timun disemai oleh pekerja kebun.
Kami menggunakan benih F1 dan benih tangkak hijau.

Benih F1 agak mahal harganya. RM58/pack 20gm. Hampir 1000 pokok dapat disemai.
Kadar percambahan hampir sekata. Tak perlu risau biji benih yang kosong, sebab kualitinya terjamin.

Benih tangkak hijau pula, kurang sekata percambahan pokok tu. Tapi harga benihnya murah dan buah boleh dikategori cantik. Masalahnya, bila bukan benih F1, kena rendam dulu untuk buang benih kosong.

Untuk semai benih yang banyak-banyak ni, cara yang boleh dibuat, kira 1 pack ada berapa biji benih. Kemudian boleh agak berapa pack perlu guna untuk penuhkan polibeg.

Cara ke dua, timbang 1 gram, kira ada berapa biji benih. Kemudian, bahagi dengan jumlah polibeg. Dapatlah berapa gram perlu guna. Dengan cara ni, biji benih dapat dijimatkan, boleh disimpan dan guna semula untuk musim akan datang.

Pastikan semai 30% lebih dari jumlah polibeg. Ni untuk ganti benih yang tak bercambah dan juga anak pokok yang rosak bila ada dalam polibeg.

Related Posts with Thumbnails