- .
Categories
-
fertigasi kertas kerja Rancangan Perniagaan cili fertigasi cili Pinjaman Agro Bank MARA rumah lindungan hujan hidroponik CIMB pinjaman perniagaan kursus fertigasi fertigasi gagal kursus Abi Agro sekam sabut jambatan runtuh ebook rahsia bisnes mlm di internet zamri nanyan wang cyber online biz Internet Biz peribadi kereta rumah tanah eBook. Labanon Rahsia RM10K team Flarebiz kelapa sawit Pertanian penternakan perikanan Perniagaan bank TEKUN datuk Darjah Setia Pangkuan Negeri Nicol Ann David Pulau Pinang pejabat urusan Abi Agro Abi Agro Farm
-
Units Converter
Conversion type:
Amount:
From:
To:
Result:0.00 - UNIT
2 depas = 4 yards (about 3.658 meters)
100 jemba = 1 penjuru
1 relong = 484 jemba
1 relong = 30,976 square feet
- approximately 2,870 square meters
- (approximately 0.7111 acres). Symbol, r.
- One relong = 484 jemba.
1 ekar = 1.406 relong
1 HEKTAR = 2.469 ekar
1ekar = 43,560 kaki persegi
Meta
Sorry, no posts matched your criteria.
Comments
No Responses to “”




Hi, this is a comment.
To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.
Kalau sayela mod forum tu, saya bagi warning and kalau degil saya banned terus, hehe. Kira spam la tu…
tu sebab saya cakap tgk term forum tu camna… nasib baik cara dia tu “dihalalkan” oleh mod
.
anda juga boleh tiru perilaku forumer nie… tapi bak kata bitol, nanti jadi spam. Contoh yang legal dan tak spam, di ruangan ebay.com.my atau lelong.com.my. “RELIST”
kalau barang anda tak dijual, maka relist la sehingga boleh jual, sambil-sambil tu jangan lupa untuk kaji balik sebab apa barang tu tak boleh jual, sebab sales letter tak bes kah? sebab tadak permintaan kah?sebab susah nak beli barang anda kah? (anda hanya menyediakan payment method pakai bank in sahaja, padahal kat ebay.com.my tu ramai gilerrr ada paypal…. jangan lupa masukkan paypal sekali ye..
)
sebab tu relist dan kaji… kalau tak boleh jual jugak, tukar barang lain.
jangan putus asa
macam-macam cara orang nak promote biz, walaupun adakalanya cara dia tu menyakitkan hati forumers lain..spam tu
Betul tu ashraf.., biasakanlah diri..shopping tru internet, banyak blh jimat’
Jimat masa, tenaga dan wang. Nk ape lagi ye..
Mungkin yang tinggal kene membiasakan diri..
Pembelian diinternet lebih mudah dan selamat dan cepat..
emm internet sebagai medium pemasaran. ya ya memang murah kerana tak perlu tanggung kos yang pelbagai macam perniagaan konvensional [perniagaan dikedai].
Ashraf… congrats for the blog.. heheh
Terima kasih. Rasanya banyak juga ilmu yang saya dapat, boleh la saya kongsi kat blog ni.
Yup..Ashraf, kaedah yang agak baik untuk bersaing
Kalau kita ada website jualan pon bole jugak kak linn. Letak alamat web di akhir sms.
Ada jugak orang yg jual barangan tiruan di internet ye.
Memang ada cikgu… ada juga seller dari Malaysia jual jersey Club, dan telah pon didenda dengan Club tersebut, jual di peringkat antarabangsa. Bayangkan berapa denda yang dia kena? bukan dalam RM plak tu… aduh!! Harap2 lepas nie tadak la orang buat kerja2 camni lagi kat Malaysia, memburukkan seller Malaysia je.
Wah..bagus gak tektik tu ye.. Apa kate kita wat eksperimen. Ko lantikla aku jadik presiden Ashraf Fan Club. Apa plan promosi club kita ni boss?
A’ah taktik yang bagus dan sebenarnya kita tak terfikir pon nak buat camtu, betul tak? Bayar orang untuk dapatkan lebih ramai orang. Ashraf Fan Club? Menarik tu. Tapi… Layak kah saya?
Wah berpandangan jauh tuh..
Cuma kadang2 tu berpandangan jauh itu masih boleh dikategorikan samada sebagai asas yang kukuh ataupun alasan utk tidak mahu berubah. Apapon terpulang pada individu utk menilai..sebab kesannya pon sendiri tanggung..ye takk..?
Saya pon pernah terfikir jugak, tu semua alasan untuk tak mau berubah. Tapi saya sentiasa amik yang mana boleh “pakai” la. Yang “tak boleh pakai” tu buang jauh-jauh. Hehe buat penat je fikir benda remeh temeh. Tapi mmg “beliau” ni bagi inspirasi camna saya berfikir. Dulu, saya tak penah fikir dengan sedalam-dalamnya, apa akan jadi kalau kita buat sesuatu perkara. Sekarang, saya suka berfikir dengan lebih mendalam. Kalau buat sesuatu perkara,apa kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Kalau pon benda tu kadang-kadang remeh, tapi disebabkan “kemungkinan” ia boleh berlaku, bermakna perkara kemungkinan tu akan kita hadapi kalau betul-betul berlaku. Alaaa… ayat pendek buat banyak plan, kalau boleh nak buat plan A hingga Z.
Dalam hidup kita merancang, dan melihat dimana diri kita 10 tahun akan datang. Mesti ada perubahan dalam pelbagai perkara. Takkan kita nak hidup 10 tahun lagi sama dengan hari ini, tiada perubahan
Insya Allah..
Kadang2 manusia di kuasai nafsu untuk membeli ditambah pula sikap ingin menunjuk2 itulah menyebabkan ramai manusia tidak dapat mencapai tahap bebas kewangan.
Biar bersederhana dari segi keterampilan, tapi kaya.
Sesetengah orang menafsir kebahagian lain dari orang lain.. Ada yang sanggup sakit utk cantik.. Ada sggup berlapar utk nmpak gah.. Manusia…
ni yg orang cakap..biar papa asal bergaya
atau, kita boleh jadi macam orang yang jual nasi lemak, goreng pisang…. ikut kajian tabung haji, antara pemegang akaun dalam akaun tabung haji yang ada 1 JUTA dalam akaun, kerjanya jual nasi lemak dan goreng pisang
YUP…sememangnya banyak pilihan untuk berniaga..terutama di negara kita Malaysia ni. Banyak sangat rezeki,yang pasti kita kena berusaha untuk mendapatkannya. Kerana yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan bergolek..kecuali ada orang yang menggerakkanya
Wah… ni panduan berguna utk sesiapa yg ada perniagaan internet.
Tips yang bagus..errm.sememangnya kita kena extra careful. Gedungkristal pun dah beberapa kali kena..nasib baik boleh check
Kak Linn, macam mana gedung kristal check?
[...] Kepada pembeli-pembeli di internet, usah risau, usah gusar, dengan adanya undang-undang ini, anda akan lebih selamat membuat pembelian di internet. Melalui post saya sebelum ini klik, pembelian di internet adalah lebih mudah dan menguntungkan anda kerana anda telah jimat dalam banyak perkara. Minyak, tol, parking, diskaun dan sebagainya. [...]
Penjelasan lengkap pasal MLM.. Menarik..
Belum ada skill nk join MLM.. heh..
Saya suka tgk gambar piramid kat atas. Cuba tgk betul-betul angka dia. CAP pon ada keluarkan risalah tentang Skim Cepat Kaya ni, dan ada juga gambar piramid lebih kurang camtu. Kebanyakan MLM yang dipromo kepada saya, hanya menekankan tentang Ciri-ciri Skim Cepat Kaya
Ada usaha tangga kejayaan. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Rata2 org kita boleh diibaratkan seperti katak dibawah tempurung. Saya harap tak der org akan melenting dgn ayat saya tersebut. Tapi itulah kebenarannya. Org kita termasuk saya sendiri terlalu rasa selesa dgn keadaan dan suasana yg kita ada skrg ni. Suasana takder perang, takder huru hara, tak der bencana alam. Kalau ada pun just sket2 je. Kita ibarat selesa dgn keliling tempurung kita. Walhal apabila kita tune kan minda kita sikit dgn melihat negara lain sbg iktibar kita boleh pergi jauh lagi dari apa yg kita ada. Pesan saya…… “lihatlah negara2 susah dan jadikan lah iktibar buat kita” dan jgn lupa juga lihatlah negara maju utk kita mengambil cth peluang2 yg ada disana utk dibawa pulang ke negara kita. Dari situ anda akan melihat peluang yg lebih melimpah ruah.
oh oh saya tak suka kalau ada orang promo MLM kat saya..ha ha ha…
Kalau kena dengan caranya, MLM ni mmg boleh dapat pulangan yang baik. Tapi tu la, rata-rata yang dok promo tentang MLM semuanya bagitau yang ciri-ciri skim piramid tu. Adeh! bila saya bagitau dorang tentang ciri-ciri skim piramid, dorang tanak percaya plak.
Kalau nak join MLM, kena la ada 5 ciri dalam diri anda seperti kat atas tu, kalau tadak, susah la anda nak menjaja MLM anda.
Selain daripada rasa selesa, mentaliti orang kita jugak. Abih belajar, nak cari kerja. Tapi skang ni dah berubah kot, sebab sausah nak cari kerja lepas abih belajar.
Lawa template ni… baru plan nak pakai kat salah satu blog bisnes kitorang.. baru sedar Ashraf pun guna..hehe
“Great minds think alike” :p
Sabri
ada masalah sket la ngn theme ni…
sebab ada prob ngn plugins…
ntah la sebab theme atau sebab version wordpress tak compatible ngn plugins.
satu informasi yang berguna utk internet biz newbie…syabas sifu
Askm Asraf…nak ucap juga selamat hari raya…pass raya nie semoga buss terus menjadi yek…thanx alot atas ilmu yg dicurahkan …
Kat ebay ni ada restriction tak barang apa yang boleh di jual?
oh oh jual beli dalam ebay memang sangat menguntungkan..ebay adalah salah satu syarikat jual beli secara atas talian paling berjaya dalam buat masa ni, emm kalau kita tubuhkan syarikat ala-ala ebay ni macam bes je kan
Wah.. tak terfikir laks pasal cara nihs huhu xyah laa simpan stok banyak2
Ashraf ada terima ke email dari Team SaifulSham tentang produk MLM ayah Syazwan yg terhangat di pasaran sekrg ni. mereka dpt menlual sebanyak RM450000.00 dlm sebulan kalau tak silap. Untuk mengetahui produk apakah itu mereka mensyaratkan kita supaya membeli ebook melalui link mereka. Saya dah beli tapi masih menunggu email dr Sabri. Selepas membeli kita layak utk menjd ahli MLM utuk produk tu. Produk apa agaknya ya?
Fuad, mmg ada barang yang tak boleh dijual. Nanti saya list downkan semua barang-barang yang tak boleh dijual di eBay.
Akirasuri, lelong.com.my pon ala-ala ebay. Ada lagi ruangan auction yang ala-ala ebay yang dibuat. Tapi lelong.com.my yang paling berjaya.
Labanon, sebab tu, bila orang sebut tentang MLM, jangan lari dulu, tgk dulu produk apa yang dorang ada
Lokman, saya belum lagi beli eBook tu. Saya pon tak tau produk apa.
saya suke MLM… cuba la… hehe
Saya minat dgn kerja anda. Saya juga ingin mencuba nasib saya. Tapi saya tinggal kat brunei.. Ada kah saya dpt?Bagaimana.. ?
Sham, sesiapa pon boleh melakukannya…
hubungi saya… abixpert [@] yahoo [dot] com
buat online shop
apakah jenis perniagaan online yang tak tipu??,..yang betul2 nak naikkan taraf hidup??? tolong saya ..saya nak join internet bussiness tapi takut kene tipu..n ader kursus untuk ni?..kat mane ye?
Bagi saya, takrifan untuk perniagaan online adalah menjual barang-barang secara dalam talian (online).
Contohnya, saya ada menjual barangan cenderahati perkahwinan, saya tidak mempunyai kedai, hanya menjualan barang tersebut secara online.
Banyak kelebihan buat jualan secara online:
1. Tak perlu kedai
2. Tak perlu lesen perniagaan
3. Tak perlu pekerja
Ruangan lelongan seperti ebay dan lelong.com.my antara contoh perniagaan online yang boleh anda ceburi. Di Barat, menjual barang-barang dalam ruangan lelongan telah menjadi 1 kerjaya kepada masyarakat Barat. Ada juga rakyat Malaysia yang menjadikan jualan barang di eBay sebagai 1 kerjaya dan berita tentang kejayaan ada di siarkan di akhbar The Star.
Untuk kursus pula, Cik Nor boleh klik link ni:
http://tinyurl.com/2xuft4
Wah.. nampak menarik buku ni.. nanti lepas SPM ler nak baca… sekarang x der masa
Saya baru ja suggest kat blog jomberniaga.com untuk Labanon baca buku ni lepas SPM. Billionnnaire dan Millionnaire menyumbang idea untuk buat buku ni. English dorang pon mudah, tu sebab saya suka baca buku dorang.
boleh tak citerkan pasal penipuan jualan langsung disebabkan terpengaruh dengan komunikasi agen yg cemerlang? ini dapat membantu saya dalam menyiapkan tugasan .tq
pada pendapat saya, orang yang tertipu dengan penjual jualan langsung ni tak punya ilmu yang cukup dalam jualan langsung… iaitu, apa takrifan jualan langsung, yang dibenarkan oleh undang2.
disebabkan kurang arif dengan jualan langsung, menyebabkan mereka terpengaruh dengan kata-kata agen.
kalau pun mereka tau sedikit tentang jualan langsung, kemungkinan mereka tertipu selepas mendengar ganjaran2 yang akan mereka terima.
contoh yang terbaik, adalah seperti piramid di atas. suatu perkara yang tidak logik.
jadi, kalau siapa2 nak join sesuatu syarikat jualan langsung,
1. minta tempoh untuk berfikir daripada agen
2. semak syarikat jualan langsung di KPDHNEP,
3. semak juga syarat2 yang syarikat jualan langsung kenakan, seperti kena maintain bulanan atau sebagainya
3. fikir baik buruk jika anda nak join syarikat tersebut, samada dari segi kewangan anda ataupon dari segi kemampuan anda untuk mencari ahli baru, sebab ramai yang tidak dapat mencari ahli baru, dan mereka tidak berjaya.
4. semak apa yang syarikat jualan langsung tawarkan, kemungkinan skim cepat kaya
macam pernah tengok buku tu. tapi dimana ek?
akirasuri, dah baca ke buku tu? saya tak habis baca lagi. sibuk sket skang. Tapi kandungan dia mmg menarik
duit atas talian.
emmm virtual money..lalalala~
kalau anda bekerja tetap, saya sarankan anda buat potongan gaji secara tetap ke dalam akaun ASB anda setiap bulan. Banyak faedahnya
waa..menarik sungguh video ni
King Shah Metalasia yang jadi cameraman.
p.s: Cara saya terjun tu salah. Sepatutnya masa terjun, kena pandang instructor. Lupa pandang. Yang tau, nak terjun je. Hehe
Nak buat pinjaman skang bukan senang kalau x de cagaran. Pengalaman saya la – kalau nak pinjam juga try masuk ikut pns, punb atau terbaru, sme bank. Tu jer pilihan terbaik saya boleh bagi. InsyaAllah terjamin. Tanpa cagaran la. Janji – paperwork masyuk and no hidden agenda. Ngee he he..
Affuan… memang betul… banyak saluran….
Persoalannya… mudahkah?
Bank yang berkaitan dengan bidang masing2 yang boleh keluarkan pinjaman. Saya nak buat pertanian, kena g bank pertanian.
pengalaman:
saya dah ikut kursus belia tani anjuran jabatan belia negeri. Untuk dapatkan loan daripada kementerian belia dan sukan yang diuruskan oleh Bank Pertanian, kena ikut kursus tersebut terlebih dahulu.
Utk dapat loan Skim Belia Tani daripada Bank Pertanian (duit Kem Belia, BPM yang uruskan), kena ada 2 orang penjamin.
Sebenarnya, susah untuk dapatkan penjamin, kalau pon saya diminta untuk jadi penjamin, memang saya akan fikir banyak kali, camna nak mengelak untuk jadi penjamin. Tu je syarat-syarat bank Pertanian selain kursus.
Untuk mengelak daripada penjamin, jalankan projek pertanian sendiri, modal sendiri. Tu ja jalan keluar yang saya ada sekarang dan sebenarnya, saya cuba twist apa yang saya ada. Saya ada tanah, tapi saya kekurangan modal. So kalau dapat loan, saya nak buat fertigasi RM30K, tapi sebab susah nak dapat loan, saya buat projek yang saya mampu dulu.
Jab Belia ada bagi bantuan sehingga RM10K kepada belia tani, tapi kena jalankan projek pertanian dulu. Dan, saya dah plan untuk buat fertigasi bermodalkan sendiri, kira-kira RM5K utk dapatkan bantuan RM10K dan loan RM15K, tapi…. Saya apply utk bantuan awal januari, jawapan yang saya terima, peruntukan untuk tahun ni,2007, dah habis, kena tunggu tahun depan. Fuh! Kalau ada belia yang nak menjalankan projek pertanian, boleh melemahkan semangat dorang dengan segala bentuk cabaran daripada agensi yang terlibat.
Saya tak kecewa, semangat saya tidak kurang, cuma kena twist apa yang saya ada, sebab saya dah jangka benda ni akan terjadi
6
Skim makro pun InsyaAllah akan dibuka lepas ni. Ari tu dah nak buka tapi terpaksa disalurkan ke mangsa banjir Johor. So, terpaksa la tunggu lagi kejap. Ntah biler..
6 kot. huhu.
selamat makan limau bro!
1st!
heee~
Saya buat dulu dengan modal yang ada. Lagi pon, kat utara ni, sektor pertanian yang melibatkan sayur-sayuran susah nak dijual. Sebab kena bersaing dengan sayur daripada Thailand. Sayur daripada Thailand murah sebab kos buruh murah, sayur dari Thailand cantik, sebab pakai racun yang betul-betul kuat, kalau pengguna makan, boleh menyebabkan kanser. Tu la realiti petani sekarang dan saya faham kenapa sektor pertanian kurang diceburi, selain daripada petani yang ada sekarang beralih kepada tanaman lain yang kurang atau tiada persaingan langsung daripada Thailand. Pendapat saya, sektor pertanian akan mula mendapat tempat kembali bila sayuran atau buah-buahan daripada Thailand disekat daripada masuk ke Malaysia.
ashraf, join geng jurnal. http://www.jurnal.biz
mana pergi?
lama tak update
Saya hendak pinjaman wang sangat susah sangat untuk modal pusingan bahan kih-muih, kerja sambilan ini.
hepi belated besday.. lahai, apsal tak announce kat wc ke, bj ke, blog aku ke.. adeh.. kan dah belated dah hehehe
hehe malu ah nak announce.
tu pon saja tulis kat blog sebab xda menda nak tulis.
thanx sebab sudi melawat blog yang cam biskut ni
Hepi bufday
semoga penjang umur, + rezeki
aik tanam pisang ke , bagus btl
arwah ayah ada tinggalkan tanah sekangkang semut untuk saya. jadi daripada terbiar begitu saja, baik saya usahakan. kiranya sebagai pendapatan sampingan la
.
hello, anybody is incharge about this loan? can share with more cleary.free to meet up> i really wean apply loan also, b4 new year, i try few bank, but all reject
, cos doc not supports enough.
i am from selangor, seri kembangan
pls call me direcrtly, or give me your phone, and through from email, thansk ya, Ric 016 409 1034
ada diantara syarikat ini berdaftar secara sah, cuma mereka tidak mempunyai kebenaran untuk mengumpul duit orang ramai dan melaburkannya. urusan itu perlukan lesen. itu yang menyebabkan Suruhanjaya Sekuriti keluarkan list ini.
harap maklum.
bila saya baca banyak kali, kenyataan daripada SC, betul apa yang dikatakan oleh pakdi. So saya tukar tajuk :d Terima kasih pakdi
menarik good luck to you
salam.
ni kali pertama kali saya datang kat sini. Wah, bro ni petani moden ke camne? cam best aje.
“berbudi kepada tanah”
Mohd Ashraf: Boleh jugak kalau nak dikatakan petani moden. Tapi, tujuan utama saya adalah mempelbagaikan sumber pandapatan. Salah satu sumber pendapatan saya adalah bertani. Sebab saya pilih bertani, saya ada sedikit tanah, bila bertani, hanya perlu luangkan masa seminggu sekali sahaja pada pertanian. Jadi saya ada masa untuk mencari sumber pendapatan yang lain pula seperti jual barang melalui internet dan bermain saham.
happy birthday. Semoga panjang umur dan murah rezeki dan dijauhkan bala’ bencana. Amin..
Mohd Ashraf: Terima Kasih Ramzan
Assalamualaikum…
Saya memang berminat membaca blog yang awak sediakan. Sungguh menarik.. Saya juga turut berminat mengetahui lebih mengenai pisang yang awak tanam seperti di mana awak dapatkan anak benih, cara tanaman, penjagaan anak benih yang awak lakukan. Baguslah juga awak berkongsi maklumat mengenai dimana boleh dapatkan benih yang sudah dikultur tisukan. Sebab saya berminat dan bercadang menanam pisang iaitu Pisang Berangan @ Pisang Montel.
Waalaikummussalam Zafran
Terima kasih kerana membaca blog ini. Setahu saya, ada 2 bentuk anak pisang kultur tisu yang dijual dipasaran.
a) anak kultur tisu sahaja
b) anak kultur tisu siap ditanam dalam polibeg
Saya akan tulis detailnya nanti di dalam blog saya termasuk jawapan kepada persoalan Zafran
apsal u x mau tanam betik sekaki/excotica.rasanya buah yg di keluarkan lebih banyak(250 per pokok).Mintak tolong kalau ada lebih maklumat pasal betik(benih n etc),tolong share sama yeer..
Mohd Ashraf: Saya akan tanam betik bersama pisang. Boleh tengok balik post saya di sini.
good start…
Mohd Ashraf: terima kasih
Unfortunately, this “laburkan duit tersebut ditempat yang anda pasti dan yakin bahawa nilai duit lebih itu akan bertambah” needs some kind of knowledge which in turn, need some kind of investment to gain them. hehehe.. betul ke ayat BI aku?
bijak2.. tapi nak tanye sket .. tau tak pasal penanaman lada fertigasi.. dgr cite mcm menarik jgk..
Mohd Ashraf: Saya dalam proses buat rumah fertigasi. Faiz, better ikut kursus tentang fertigasi kat mana-mana. Sebab benda ni tak de rumit sangat kalau dah tau apa yang kena buat. Untuk dapat maklumat tu, tak boleh baca kat internet je.
berkesan ke kalau buat ikut format ni?
dah penah try?
Mohd Ashraf: Kalau ikut format tu, kita punya RP dalam keadaan tersusun. Ada banyak cara orang buat RP, tapi nie la guide yang aku buat untuk RP fertigasi aku untuk apply loan MARA.
Assalammualaikum…..
saya berminat nak tahu pasal fertigasi?
dengar cerita buat fertigasi ni….kos yang tinggi,betoi keee…
dan bagaimana nak buat perniagaan online.
Mohd Ashraf: W’salam. Memang fertigasi ni perlukan kos yang tinggi. Sebab kita kena buat rain shelter. Ada juga yang tak buat rain shelter, tapi hasilnya akan jadi kurang elok. Sekarang ni saya dalam proses nak buat fertigasi di kawasan rumah. Kos keseluruhan untuk 40 polibeg hampir mencecah RM2000. Kelebihan buat fertigasi adalah pemberian nutrien yang secukupnya pada pokok, tak membazir serta pengurusan untuk musim yang kedua tidak mememerlukan modal yang besar, tidak seperti cara konvensional, kena rawat tanah, ratakan tanah dan sebagainya. Untuk jangka masa panjang, fertigasi adalah lebih murah daripada tanah atas tanah.
hai askum…saya leen…ermm ptg ni mengantuk skitla..heheh so saya pun belek2 la lam tenet ni kot2 ada info2 menarik…terjumpa plak wbsite yg menarik perhatian ni…kebetulan apa yg saudara tulis ni sama seperti yg sedang saya plankan…heheh tapi plan saya tak menjadi2 lagi…bnyk sgt kekangan.walaupun saya tak kenal saudara ni…tapi dari apa yg saudara luahkan, nampknya saudara ni mcm dah jadi petani moden..syabas diucapkan!saya tak berpeluang nk jadi mcm saudara…tapi dlm hati tu rasa berkobar2 nak cuba bidang pertanian ni…nak kata bnyk tanah tu..tadela bnyk mana..tapi teringin nak cuba secara kecil2an.tapi saya tak tau nk dpt info yg jelas ttg pertanian ni…saudara bleh bantu?saya becadang nk tanam kelapa…kebetulan tanah yg saya ada berhampiran pantai..tapi saya tak pasti harga pasaran dan kos operasinya..
Mohd Ashraf: Leen, lokasi awak di mana? Saya kurang pasti dengan kelapa, sebab tiada dalam perancangan saya untuk tanam kelapa. Tapi, apa yang penting, awak kena cuba fikir tentang pemasaran. Kat mana awak nak jual kelapa tersebut dan kelapa tersebut dalam bentuk apa? Kelapa muda, kelapa tua siap kupas, santan kelapa, kelapa parut atau nata de coco? Untuk kos operasi, saya tak pasti, cuba tanya Jabatan Pertanian. Jangan lupa untuk buat tanaman sampingan. Sebab boleh menambahkan pendapatan.
“Pengeluaran kelapa di negeri Selangor adalah melebihi keperluan penggunaan, oleh yang demikian kawasan tanaman kelapa akan dikurangkan bagi menampung pertambahan kawasan buah-buahan dan sayur-sayuran.”
source: http://www.bernama.com/selangor_maju/pembangunan_pertanian.htm
fertigasi tu apa?
Mohd Ashraf: Fertigasi adalah salah satu sistem hidroponik. Pembajaan dan air disalurkan ke pokok menggunakan titisan secara automatik (menggunakan timer dan pam). Dengan cara ini, baja dan air dapat disalurkan ke pokok pada tahap optimum tanpa pembaziran.
dah apply ke loan MARA tu?bleh ke kalau kite nk apply loan tapi tak stat business lagik?company semua dah reg.cuma projek baru nak plan…saya dgr org ckp sekurang2 nya projek dah ada 50% baru senang nk dpt loan ni…
Mohd Ashraf: Kita boleh apply loan tanpa menjalankan projek, tapi susah sikit nak dapat atau ambil masa yang lama. Kalau boleh, buat dulu dalam skala kecil. Kalau nak tanam kelapa, tanam dulu 10 pokok keatas, apply loan untuk membesarkan projek tanaman. Pemberi pinjaman dengan rela hati akan memberi awak pinjaman sebab itulah bukti awak dah ada pengetahuan tentang tanaman tersebut. Rasanya boleh apply loan walaupon anda baru tanam sebulan.
t.kasih, saya ucapkan diatas maklum balas dari Ashraf. sebenarnya
saya betul2 berminat nak buat tanaman fertigasi.apa nasihat Ashraf
kalau saya x mempunyai tanah dan saya tinggal di KL? apakah langkah pertama perlu saya lakukan.
Mohd Ashraf: Langkah pertama untuk setiap perkara yang kita nak buat:
1. Cuba cari maklumat tentang sesuatu perkara, supaya kita tau konsep serba sedikit
2. Ikuti kursus… bila kita dah buat step pertama, di kursus nanti, kita boleh bertanya kepada instructor, tentang sesuatu perkara, sebab bila kita belajar atau baca manual sahaja, tentu ada yang kurang jelas.
3. Cari tapak untuk buat secara kecilan. Dalam hal nie, kita akan menanggung risiko yang lebih besar jika buat dalam sekala besar. Sebab, kita akan lebih mengetahui secara mendalam masalah yang akan dihadapi dengan membuat praktikal sendiri. Untuk itu, saya sarankan saudara zieman buat di kawasan rumah, sekurang-kurangnya 10 pokok. Tanpa rain shelter, untuk jimatkan kos.
4. Selepas dah tanam dalam polibeg (10 pokok), buat paperwork untuk apply loan untuk membesarkan projek fertigasi. Jangan apply loan untuk memulakan projek, sebab susah nak dapat loan tu. Bila kita apply untuk membesarkan projek, agensi yang memberi pinjaman akan lebih mudah memberi pinjaman dengan alasan kita ada pengetahuan tentang projek yang kita jalankan. Dalam proses loan diluluskan, belajar teknik2 tanaman, kenalpasti masalah dan sebagainya. Saya tak pasti jangkamasa loan diluluskan… ada yang cakap, 6 bulan ke atas. Saudara zieman ada masa 6 bulan untuk belajar semua tentang teknik fertigasi.
5. Untuk tapak, cuba bincang dengan Jabatan Pertanian.
AKUM..
dlm teks diatas saudara ada saya ada terpandang “Besok, pukul 8am, saya kena ke rumah pak lang, ambil duit untuk register letrik, air dan telefon untuk dipasang kat kedai buah.”
-ada beberapa pertanyaan;
=berapa kos pemasangan letrik dan air utk tanah lot (tanah baru)
=apa keperluan yang diperlukan
Mohd Ashraf: Nie untuk LOT KEDAI.
deposit letrik= RM800
deposit air= RM100
kalau tak salah saya, deposit letrik untuk bukan kegunaan perniagaan lebih murah. kena check dengan TNB. Insyaallah saya akan cuba tanya, sebab saya nak masukkan letrik kat tapak fertigasi (lebih kurang 1500 polibeg)
Dah dapat lum loannye?
Gegar sikit pejabat pertanian kat tempat ko diorang banyak peruntukkan sebenarnya. Cuma tak diwar-warkan.
Mohd Ashraf: Belum apply loan lagi. Skang tengah apply bantuan daripada Jabatan Belia. Nak pakai RM45k, bantuan belia tani RM10k, so nak apply loan RM35k daripada agensi2 yang terlibat. Setakat ni, loan MARA paling senang apply, tak da cagaran, tak da penjamin.
Tapi, seperti penulisan saya, baja saya akan apply bantuan daripada Peladang
assalamualaikum pak di
jai network system ada kebenaran mengumpul duit ke , walaupun sc sudah bagi clear pa syarikat ni
Mohd Ashraf: Cuba check list terkini di atas
saya nak mohon loan untk buka bisnes,tapi saya tak buka lagi sebab saya takde modal.so saya nak mohon loan dari mara,under graduan. saya baru habis diploma dari uitm. so rasanya blh dapat ke loan nie.
Mohd Ashraf: Saya tak tau boleh dapat atau tidak. Tapi kena ada usaha. Sekurang-kurangnya, bila dah apply, ada peratusan untuk dapat berbanding dengan tak apply langsung
yang bahagian akaun plak mcmane? kan dia nak program macam akaun kan contohnye myob system
Mohd Ashraf: Bahagian akaun yang mana? Maaf, saya kurang jelas. Ke nombor akaun? Kalau no. akaun tu, sekiranya ada, boleh la kita letak kat bahagian Latar Belakang Syarikat
minta suruhanjaya sc siasat forexcapital FC Fund LLC yang didakwa oleh syarikatnya mempunyai surat kelulusan oleh bank negara, dan menurutnya mempunyai lesen berdaftar dengan bank negara.
Mohd Ashraf: Insyaallah saya akan cuba siasat tentang perkara ni
Saya ingin membuat pinjaman macam mana caranya?
Mohd Ashraf: Untuk pinjaman perniagaan, saudara boleh mohon pinjaman di MARA, Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Pusat Produktiviti Negara (NPC), Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) dan Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (Matrade).
maksud saya proforma-penyata pendapatan 3 tahun nak tunjuk macamane?
Mohd Ashraf: Buat anggaran kira-kira untuk 3 tahun akan datang. Anggaran sahaja. Contoh, anda memelihara kambing. Tahun pertama, ada 15 ekor, tahun ke 2, ada 23 ekor, tahun ke 3 ada 35 ekor. Begitu juga dengan bisnes. Buat anggaran pendapatan 3 tahun akan datang.
mcam kenal…forum putera.com
Mohd Ashraf: Terima kasih sebab sudi melawat blog ni
salam sejahtera ,
saya pun berminat nak menceburi bidang petani moden ni,
nak balik kampung usahakan tanah bapak ,nak tukar bidang tambah
pendapatan lumayan …dimana nak kursus yang bagus untuk menambah ilmu
dalam bidang pertanian ini.?
Mohd Ashraf: Tahniah sebab anda minat untuk menceburi bidang pertanian. Untuk ikuti kursus pertanian, anda boleh ke Jabatan Belia negeri dan ikuti kursus Belia Tani. Di sana anda akan didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan pertanian yang berdaya maju serta agensi-agensi yang terlibat dalam memberi bantuan. Anda boleh ke Jabatan Pertanian Serdang untuk kursus yang khusus dalam bidang pertanian seperti kursus tanaman cendawan, tauge dan sebagainya.
askum ashraf..
saya amat berminat dlm penanaman pisang ini dan telah membeli anak pisang berangan. ada beberapa soalan ingin saya kupas d sini
1. cara penanaman anak pisang dengan betul
2. cara penjagaan yang berjadual dan sempurna
3. langkah2 yg patut diambil setelah pokok mengeluarkan buah
4. jangka masa buah boleh di tuai dari masa pokok mula mengeluarkan jantung
boleh tak kasi saya contoh kertas kerja? atau ape2 hal awak balas d email saya ct_secret@yahoo.com sebenarnya saya nak besarkan bsnss keluarga saya so, saya nak wat bsnss loan rm50 ribu. kalau boleh saya nak format yg details/terperinci…tolong yer..mengharap sangat.
Mohd Ashraf: Banyak format kertas kerja yang ada. Salah satu adalah format adalah seperti yang saya bagi di sini. Anda hanya perlu isikan apa yang perlu sahaja mengikut format yang saya dah bagi tu. Selamat berjaya
nice info ya…. semoga anda berjaya didalam bidang yang diceburi.. teruskan usaha anda itu!!!
Mohd Ashraf: Terima kasih. Semoga ilmu yang saya kongsikan kat sini boleh bagi manfaat kepada anda semua.
salam orang perlis ke?saya berminat dengan fertigasi awak buat kat mana ek?saya tengah cari tanah dalam 1ekar to 3ekar nk buat projek fertigasi nak start up dengan 5000 polibag
Mohd Ashraf: Saya buat fertigasi di kampung saya (Kampung Tengah Abi). Bagi saya, buat dulu secara kecil-kecilan, sebab nak mahirkan diri dengan teknik dan juga selok belok fertigasi. Bayangkan kalau apa yang anda buat kurang menjadi. 5000 polibeg musnah. Kalau dah ada tanah, anda boleh buat 1000 polibeg dulu, then besarkan projek tersebut. Mungkin anda sudah ada modal untuk buat 5000 pokok, tapi fikirkan tentang risiko yang akan anda tanggung. Sukar sikit kalau modal anda bergantung kepada pinjaman untuk buat 5000 polibeg. Apa pon, selamat berjaya
salam.. baguih blog nih..
apa cite kedai buah dah oh ke.. kt mana..
Mohd Ashraf: Terima kasih. Kedai buah dan runcit buka di Kuala Perlis. Tadi baru masukkan serba sedikit makanan ringan, peti sejuk dan barangan Yeo’s
a’kum
saya nk tanya sket nih….skg nih sy bk cuba buat tanaman cili cara fertigasi…tapi sy muskil sgt lah cara2 nak pasang dripper tuh…kwn sy kata kena rendam dlm air panas supaya senang nak masukkan dripper tu dlm salur getah…sy dh cuba buat tapi punya la seksa…ada cara lain yg lebih senang tak?
Mohd Ashraf: Sepatutnya senang saja untuk masukkan dripper tu. Sebab dripper boleh buka dan tutup. Buka maksudnya boleh alirkan air, tutup maksudnya, kita tak nak air dialirkan ke dalam polibeg (pembaziran). Sebab tu tak susah untuk letak dripper. Boleh bagi gambar dripper yang sanuri beli dan saiz paip yang digunakan?
asalamualaikum..suka saya membaca posting saudara..saya rasa banyak perkara yang u dah highlight bagi mereka yang masih baru dalam perkara2 tersebut..seperti pendaftaran ssm,kertas kerja dan idea nak meminjam sket sana..sket sini..hehehe…
apa2 pun terima kasih kerana menyenaraikan didalam blogroll saudara…
wassalam..keep it up! mantap tu joe!!
Mohd Ashraf: Terima kasih. Saya hanya berkongsi apa yang saya tau berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain.
taniah ashraf saudara penah membimbing saya dulu camner nak buat blog sendiri tq, dah lama tak msuk blog ni ni, dah banyak info , saya pon tengah buat fertigasi kecik kecik cuba lam 10 pokok dulu,
nasihat saya untuk yang mula nak berjinak , buat skala kecil dulu, pakai pump aquarium pon ble ,buat saudara ashraf dari blog anda dulu saya dapat bamyak info fasal fertigasi.terima kasih
Mohd Ashraf: Tahniah dan terima kasih kerana sudi layari blog saya. Semoga kita sama-sama dapat manfaat daripada ilmu yang ada serta berjaya dalam bidang masing-masing.
gd luck 2 u ashraf..leh ajar cmane nk wat belanjawan projek tak..nk wat proj keli sangkar..taktau luas kolam,sume2 la..hehe.kalu sudi la
Mohd Ashraf: Sila check email anda
first time ni tulis message dlm ruangan blog nie. saya tertarik sgt dgn cili fertigasi sebenarnya. so mcmana progress? confuse sikit time harvest tu.. pakar ckp selang 3 hari boleh harvest tapi berapa lama ar harvesting period dia? mcm kelapa sawit harvest twice every month utk tempoh selama pokok tu hidup mcm cili fertigasi ni macamana? boleh bagi info? thank you thank you
Mohd Ashraf: Terima kasih faisal sebab sudi melawat blog saya. Cili belum tanam. Tengah tunggu loan. Insyaallah minggu depan dapat loan dan baru nak setup cili besar-besaran. Sekarang test tomato 8 pokok
. Untuk cili, kebiasannya tempoh harvest 6 bulan.
teruskan usaha..nak buka mata pisau mesin rumput memang kena ikut arah jam.kalau takleh cuba carik lubang kat tepi..masukkan paku atau dawai besar supaya mata pisau tak berpusing sama..kalau takleh gak cari lah guru yg dah biasa buat benda2 tu..(mesin rumput saya dah rosak – ada sesapa nak jual yg 2nd hand tak?)
Mohd Ashraf: Terima kasih en Razak.Saya ke rumah jiran untuk buka mata pisau mesin rumput. Dah cuba masukkan paku kat dalam lubang tu untuk tahan daripada mata pisau tu berpusing masa buka. Tapi tak boleh buka jugak. Jadi, kami ketuk sikit-sikit spana skrew tu dengan playar masa buka. Baru dapat buka. Ketat betul. Tapi tak pa la. Untuk langkah keselamatan, biar ketat, boleh cegah daripada longgar dan tercabut masa mesin rumput. Kat perlis ni ada jual mesin rumput tak sampai RM200. Buatan cina. Kalau yakin, bole la beli.
Ayap…baguih projek hang..lepas ni jgn lupa tanam benda lain yg ada nilai komersial..Good Luck!!
Mohd Ashraf: Insyaallah Own, pelan-pelan aku akan tambah aset aku.
boleh tak hang bagi kat saya contoh kertas kerja untuk buatkolam ikan air tawar. saya dah cari dalam internet tapi xda contoh.kalu boleh email la kat saya di kleo79@hotmail.com
Mohd Ashraf: Maaf, saya takda kertas kerja untuk kolam ikan air tawar. Tapi, boleh ikut guide yang saya bagi untuk buat kertas kerja
a’kum,sayapun berminat dalam program pertanian.Tapi tak tahu macammana caranya?
Saya berminat nak mulakan ternakan lembu fidlot. Mulakan dng kandang ala kadar sahaja utk nak dapatkan pinjaman, maklumlah modal kecil. Utk nak dapatkan bekalan lembu tu, dari Jabatan Haiwan ke… ada apa-apa syarat tak..Atau ada lain-lain agensi yg boleh kita perolehi dng cara murah… atau subsidi ke. Seperkara lagi bagaimana nak dapatkan pasaran, adakah persatuan peladang boleh membantu dalam hal ini. Atau En Ashraf sendiri ada pengetahuan nak dapatkan pasarannya.
Sekin, terima kasih.
Mohd Ashraf: Tahniah sebab minat untuk cebur diri dalam bidang penternakan. Buat permulaan, untuk dapatkan bekalan lembu, boleh beli di jabatan haiwan. Syarat yang diperlukan adalah duit sahaja
. Ini buat permulaan, sebab anda kena bela lembu dulu, baru boleh minta bantuan. Beli seekor pon bole. Kemudian, selepas dah beli lembu, dalam masa sebulan, pergi balik ke jabatan haiwan, minta jabatan haiwan untuk tambah lembu. Nanti ada bantuan yang jabatan haiwan berikan. Sebab apa saya cakap sebulan? Untuk anda mahirkan diri dalam bela lembu fidlot. Cara nak bagi makan, mandi dan sebagainya.
Lembu fidlot makan hari-hari. Setiap masa ada makanan di tempat makan. Pastu ada masa, kena mandikan lembu tu. Bila lembu dah mandi, dia akan rasa lapar. Jadi lembu akan makan sepanjang masa, dan berat akan cepat bertambah. Perlu di ingat, anda nak jual lembu, jadi memang lembu kena makan banyak. Lagi satu, kandang tak perlu buat elok2, sebab yang kita perlukan, hanya hasil (lembu), bukan kita nak kandang. Kalau ada duit lebih, boleh la buat kandang elok-elok.
Pasaran jangan risau,sebab daging lembu dan kambing di pasaran Malaysia ni kurang. Tambah lagi, dekat bulan posa. Untuk pasaran, kalau malas, boleh terus tolak kat FAMA, tapi, FAMA akan beli murah. Kalau rajin sikit-sikit, boleh pergi pasar, bagitau kat tokey daging, anda nak jual lembu. Kalau lagi rajin, boleh lapah lembu tu, dan jual daging kat penjual di pasar. Kalau lagi-lagi rajin, lapah dan jual daging kat kedai makan. Supply direct ke kedai makan. Kalau mampu, lapah dan terus jual daging sendiri. Pulangan pon lebih.
saya nak tanya pasal baja yg en Ashraf guna utk projek fertigasi. Apa jenis baja yg digunakan dan dimana boleh dibeli. FYI saya tinggal di alor setar dan tak tahu dimana nak cari supplier utk baja fertigasi.
thanks.
Mohd Ashraf: Saya ada jual baja fertigasi. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Klik tab “hubungi” untuk kontek saya atau klik sini http://mohdashraf.com/v1/?page_id=39
tahniah mohd asyraf kerana berani masuk bidang pertanian, saya pun nak mula secara kecilan, saya nak cari kawan macam awak yg paham pertanian ni. harap sudi jadi rakan.
Mohd Ashraf: Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Saya sudi jadi kawan sesiapa saja.
Jangan lupa datang lagi sini.
iklan kempen kerajaan yg pertanian adalah perniagaan tu mmg bagus sangat. dan lbh menaikkan semangat ada org mcm ashraf dah mulakan dan sudi share experience dgn org lain. two thumbs up for you!
Mohd Ashraf: Terima kasih. Semoga apa yang saya buat, boleh bantu orang lain. Secara langsung dan tidak langsung
akum ashraf,nama saya agie,
saya setuju dgn ckp awak tentang loan 2.skrg saya br start ternak kambing dgn loan mara,
so ini projek long term punya,
saya plan wat projek cili fertigasi plak utk short term but kertas kerja saya x ckp point lg,
boleh x kongsi kertas kera utk fertigasi dgn awak
Mohd Ashraf: Agie, maaf, saya tak buat paperwork pon. Cuba fokus kat kambing dulu. Mengikut kata Donald Trumph dan Robert Kiyoski, buat satu-satu sampai berjaya dulu, baru tambah perniagaan. Pengurusan fertigasi secara komersil nie boleh tahan jugak sibuk. Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Tapi, kalau nak buat jugak, better buat dalam skala kecil dulu.
saya salah seorg anak kelahiran perlis….mencari benih anak pisang abu dan awak utk dibeli…tapi tak banyak info yang dapat…bosan betul dengan penerangan jab pertanian…awat ingat org pompuan tak reti tanam pisang ke???
Mohd Ashraf: Saudari Del, sila check email anda.
Wah, macam pergi kursus plak ye percutian kamu. Hehe.
Mohd Ashraf: Affuan, disebabkan bukan senang nak dpt peluang ke Cameron, terus saya cuti sambil belajar
.
Saya ingin membuat pinjaman untuk membiayai pelajaran saya tapi saya sukar untuk mendapatkan penjamin. Macam mana caranya?
Mohd Ashraf: Maaf, saya tak dapat bantu, tapi cuba belajar sambil bekerja part time. Tapi kena ada disiplin. Memang susah belajar sambil bekerja atau buat personal loan. Banyak kerja part time yang boleh buat di IPT. Contoh, translate assigment, typing, design web yang simple-simple. Cuba cari cikgu yang sambung belajar, banyak boleh tolong dorang buat kerja dan jangan lupa minta upah
salam..
saya berminat untuk menceburi dalam bidang penternakan kambing, merupakan graduan yang baru bekerja dalam bidang kejuruteraan..berminat memulakan perniagaan kambing secara sambilan kerana sudah memulakan penternakan kambing di kampung secara kecil-kecilan.
apakah pandangan saudara atau nasihat..
tq..
Mohd Ashraf: Tadak masalah bekerja sambil ternak kambing. Pastikan makanan, ubatan serta kesihatan kambing tu di ambil berat. Kalau tak boleh buat sendiri atau tadak masa, bole suruh orang lain buatkan. Kalau kambing fidlot, kena juga bagi makan rumput sekali sekala.
congrats to ayap, lama dah x jumpa hang.. moga berjaya dalam bidang yg diceburi
Mohd Ashraf: Thanx boboy. Semoga kit semua gengserdang pon berjaya dalam bidang masing-masing
asalamualaikum,
just drop by untuk ucapkan tahniah atas projek en.
saya berminat dengan agro sebenarnya dan baru2 ini isteri saya dok menyebut fergitasi.
so td en ada mention pasal try to do in small scale ( 10 polybags)
boleh juga ya?x perlu atap atau sistem perairan?
mcmana dgn campuran tanahnya?
saya minta maaf ,saya still buta lagi ni,cuma bertanya sebab saya dah surf internet regarding this fertigasi but mostly focus pd bisnes jual modul fertigasi plak,surf lagi jumpa plak fertigasionline but still x cukup info.
bila saya jumpa blog en. ni saya rasa blog en and en sendiri can be a good reference.
sedikit soalan dr saya lagi,
Memang fertigasi ni perlukan polybags yang khas ka?sebab saya ada banyak polybags kat rumah tapi hitam la.
ohya,
my wife asal perlis,me negri 9 but now we are working in sabah.
nanti cuti bolehla saya ke tempat en.
thank you.asalamualaikum
Mohd Ashraf:
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya
Ni adalah jawapan kepada persoalan en hasyim
1. Saya bagi sket definisi hidroponik
Fertigasi adalah salah satu cabang hidroponik
Hidroponik ni pulak makna dia tanam pokok tanpa guna tanah pastu zat-zat makanan di beri terus kat pokok tu.
Kalau tanam kt tanah, dipanggil geoponik.
semua pokok boleh tanam cara fertigasi, selagi kita tak pakai tanah (refer balik definisi hidroponik). kalau kita pakai tanah, kita bole jugak pakai dripper fertigasi utk pemberian baja terus ke akar… cucuk dripper kat dalam tanah…
Jawapan soalan pertama:
boleh tanam tanpa perlu atap tapi perlukan sistem pengairan
Fungsi atap: untuk elak daripada hujan dan panas terik. boleh hapuskan penggunaan racun kulat yang dibawa oleh hujan. % bunga bertukar jdi buah adalah tinggi masa hari hujan sebab bunga tak gugur ditimpa hujan.
Fungsi sistem pengairan: Pemberian baja terus ke akar. Tiada pembaziran baja sebab baja diberi secukupnya 3-5 kali sehari.
kalau buat fertigasi, kena pakai baja fertigasi. sebab baja fertigasi ni ada nutrien yang cukup untuk setiap peringkat pertumbuhan pokok. Kalau tak pakai baja fertigasi, kena cari baja yang boleh larut dalam air. Kalau tak pakai sistem pengairan pulak, cara tanaman tu tak disebut fertigasi.
2. Kalau ikut definisi hidroponik, sistem fertigsi tak perlukan tanah. Jadi kebanyakn pengusaha pakai sabut kelapa atau sekam. Asalkan harga nya murah
3. Tak perlu polibeg khas, boleh pakai polibeg hitam. asalkan polibeg tu cukup besar untuk pembesarn akar.
ashraf, idea buat kecil dulu sblm buat loan mmg bagus. Masalah kedua pulak timbul, bagi yang baru nak mula bertani, syarat MARA kena berniaga lebih 6 bulan. Jadi kalau baru nak mula kena pergi berkursus:
1. Boleh ke dapat loan MARA tanpa pergi kursus?
2. Kalau pergi kursus berapa lama dan berapa RM?
Kalau saudara ashraf dapat cari maklumat diatas dan ‘post’kan pada website ni mmg byk bergunanya.
Mohd Ashraf: Terima kasih atas cadangan. Insyaallah akan saya usahakan.
assalamualaikum.en, saya student upm kampus bintulu. saya nak tanya, bagaimanakah cara penjagaan anak pokok tomato?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam Awal. Pokok tomato ni kena bagi air yang cukup. Tomato perlukan banyak air, tak macam cili. Pastikan tiada serangga perosak yang boleh merosakkan pokok, bunga dan buah.
assalamualaikum bang,sy ni pelajar dr AKADEMI TENTERA MALAYSIA dan berumur 19 tahun,sy sebenarnya amat berminat dlm penternakan kambing ni,skrg sy dh ada
12 ekor kambing katjang,sebuah kandang dan tanah yg agak luas,walaubagai manapun,bkn sy yg mnjaga kmbing ni,tp sy menyuruh orng lain mnjaganya,sy tidak mengupah nya,sebaliknya mmbuat prjanjian jika kmbin sy brsalin,dia akan dapt anak tu,selepas itu sy dan seterusnya brgilir gilir.sy brhajat utk membela seramai 30 ekor pd peringkat prmulaan,tp sy tidak tahu berapakah bajet yg sesuai perlu sy sdiakan utk menyediakan kandang kambing yg kos nya murah dan selesa utk kmbing sy.jd sy harap abg dpt memberi komen brkenaan dgn minat sy ini dan memberikan sy sedikt panadangan dan tunjuk ajar.wassalam
Mohd Ashraf: Tahniah sebab mencebur diri dalam penternakan. Berapa saiz kandang yang ada sekarang? Kalau 20 kaki x 30 kaki, dah boleh bela 30 ekor kambing. Tapi bukan kambing feedlot. Kandang tu khas untuk kambing tidur waktu malam. Siang, lepaskn kambing kat padang. Kos kandang mengikut tempat. RM6K utk kandang 20 ‘ x 30 ‘ tapi pakai kayu terpakai.
Assalamualaikum…
Saudara Mohd Asraf. Saya telah membaca blog anda dan saya ingin mengucapkan tahniah atas penghasilan blog ini memandangkan kurangnya info2 mengenai pertanian di internet.
Saya ingin bertanya kepada pihak tuan mengenai tanaman pisang yg mana saya berminat untuk membesarkannya. Soalannya, adakah bekas tanah sawah sesuai untuk dijadikan tempat untuk tanaman pisang? bagaimana dengan pengairannya? perlukah saya menambak kawasan tanah sawah tersebut?
Mohd Ashraf: Bekas sawah sesuai ditanam pisang. Tak perlu tambak tanah tersebut. Dalam tanah sawah tu, buat parit sedalam 7-8 kaki dan tanah parit tu, tambak tanah sawah selebar 8-10 kaki. Kemudian buat lagi parit disebelah tanah tambak tadi dan tambak. Buat sampai habis keseluruhan kawasan sawah. Tanam pisang di tanah yang kena tambak. Dengan cara ini, pisang tidak akan berada dalam air.
Kumpulan kami ingin membuat rancangan perniagaan, tetapi kurang isi berkaitan bahagian operasi dan strategi pemasaran, harap saudara dapat membantu..
Mohd Ashraf: Perniagaan apa yang anda jalankan? Untuk memudahkan perjalanan perniagaan anda pada masa depan, seelok-eloknya anda menulis apa yang anda rancangkan untuk perniagaan anda. RP ni untuk anggaran saja, tapi, dengan RP, anda boleh tahu sejauh mana perniagaan anda boleh berkembang. Jika RP anda menunjukkan perolehan yang kurang memberangsangkan, anda perlu mengatur kaedah lain, mencari jalan lain macam mana untuk mendpatkan keuntungan yang lebih. Perihal kurang isi tu tidak penting. Yang penting, apa yang anda nak buat (operasi) dan macam mana anda nak promosikan perniagaan anda. Kalau sikit promosi, sikit la orang tau tentang perniagaan anda.
Jadi nasihat saya, buat RP sebaik mungkin, gunakan angka-angka dan kaedah-kaedah yang logik. Jadikan Rancangan Perniagaan anda sebagai panduan untuk anda menjalankan perniagaan. Kalau buat Rancangan Perniagaan untuk pinjaman, ingatlah bahawa anda nak gunakan pinjaman tu untuk menjalan perniagaan, dan keuntungan daripada perniagaan akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman. Kalau apa yang anda rancangkan tu kurang memberi pulangan, macam mana anda nak bayar balik pinjaman di kemudian hari…. Jadi, rancanglah sebaik-baiknya.
Selamat Berjaya
ashraf, boleh emailkan kepada saya contoh kertas kerja untuk buat loan. sebab saya tengah buat projek ternakan ayam kampung.emailkan kepada siti_rahim@mois.gov.my
Mohd Ashraf: Maaf, buat masa ni, saya tiada contoh kertas kerja. Tapi, isi kandungan apa yang perlu ditulis dalam kertas kerja, seperti yang saya tulis di blog
semoga anda berjaya dalam bidang yang anda ceburi sekarang…..
Mohd Ashraf: Terima kasih atas doa anda.
Assalamualaikum ashraf..Saya Izuan dari Sg Petani. Sebenarnya saya memang berminat dengan penanaman menggunakan kaedah fertigasi nie. Saya dah baca & meneliti hal nie 3 tahun lepas melalui internet & buku. Lastly saya cuma buat projek ternakan ayam turkey & tanaman sayur2an seperti biasa. Permulaan, saya buat ternakan ayam turkey around 100 ekor sehinggalah 1000ekor. Tapi pasaran tak menentu..jadi stop di pertengahan jalan. Lepas tu saya buat tanaman sayur2an seperti bayam, cili besar, bendi & terung. Lastly stop di pertengahan jalan juga sebab tidak ada orang nak jaga. Maklum la, saya pun sibuk dengan kerja lain. Jadi sekarang nie saya dah ada orang yang betul2 boleh usahakan projek tanaman kali ini. Jadi boleh tak ashraf anggarkan kos yang diperlukan untuk penanaman menggunakan kaedah fertigasi bagi keluasan tanah 1 hektar? Cadangan untuk pokok cili. Agak2nya berapa kos untuk membeli pam, tangki & timer untuk projek nie?
Thanks
Mohd Ashraf: Anggaran kasar untuk 1 hektar adalah RM65,000. Bagi saya, buat perniagaan ni ada naik turun. Kadang-kadang harga mahal, kadang-kadang harga murah. Jadi hati kena cekal. Selamat berjaya!
assalamualikum
saya berminat nak bela itik secara komersial..saya adalah graduan menganggur..tapi modal tak dak
nak buat pinjaman takut tak lepas
macmana dan pendapat saudara…….
terima kasih
Mohd Ashraf: Waalikummussalam, untuk start projek pertanian atau penternakan, beli itik besar 5 ekor dan bela itik tu. Kemudian Puan Nora boleh ke Jabatan Belia Negeri, daftar untuk Belia Tani atau Belia Niaga. Ikut kursus dulu, kemudian apply bantuan RM2,000. Tambahkan fasiliti ternak itik dengan modal RM2,000 tu. Kemudian, untuk besarkn projek, boleh apply loan daripada agensi yang terlibat. Insyaallah dapat loan tu.
Mohd Ashraf,
Menurut mohd Ashraf kita boleh cari duit part time
Tapi kalau xde masa? huhu
Mohd Ashraf: Macam ni, cuba bahagi masa… dalam 24 jam, berapa jam masa terbuang begitu saja. Kemudian, cari kerja part time yang anda minat. Jual barang di ruang lelongan pon salah satu kerja part time. Korbankan 30 minit waktu tidur anda untuk check pesanan, masa rehat tengah hari untuk pos barang. Insyaallah, kalau ada kemahuan, di situ ada jalan.
sy berhasrat hendak buat pertanian pisang. tapi dimana sy nak cr benih? dan bagai mana cara penanaman serta penjagaan sehingga mengeluarkan hasil.
Mohd Ashraf: Boleh dapatkn benih pisang kultur tisu daripada saya. Saya akan sertakan manual penanaman dan penjagaan.
assalamualaikum
saya nora….kerja sementara kat pahang..tapi nak berenti kerja nak ikut suami ke gmbak
saya nak tanye bley tak tlg carikan saya berape kos nak ternak itik…. saya memang minat nak jadi usahawan…
dah jai siswazah mengganggur ni,rugi plak tak guna apa yang ada…
tlg ye encik…time kasihhh
Mohd Ashraf: Bagi saya, pakai dulu kos yang minimum. Maknanya berapa saja wang yang mampu puan laburkan dalam projek pertanian. Tapi, kena ingat, kos untuk penternakan ni banyak tertumpu pada makanan haiwan. Jadi kena ada wang khas untuk makanan haiwan. Fasiliti haiwan seperti bangsal / reban boleh dibuat ala kadar. Kemudian, dengan apa yang ada, buat kertas kerja untuk pinjaman pertanian / penternakan. Lebih mudah buat pinjaman sebab puan dikira ada ilmu tentang bidang yang puan buat walaupon dalam volume yang sikit.
en. Ashraf….awak ni usahawan sepenuh masa ke…..
ape risiko yang awak hadapi sebelum berjaya
saya berminat nak jadi usahawan tapi keluarga saya tak restu sgt…
suami saya galakan tapi diaorag mcm tak pecaya pada saya mampu nak jdi usahawan.
saya bekerja tapi nak berenti nak ikut suami tapi keluarga tak berapa nak bagi sgt
berapa lama ambik masa nak bejaya jadfi usahawan nih….. time kasey
Mohd Ashraf: Puan Nora, saya usahawan sepenuh masa. Dalam masa yang sama, sekarang ni saya sambung pengajian dalam bidang Sarjana. Tahun akhir dah. Saya ambil masa setahun untuk berjaya. Untuk yakinkan keluarga, semasa puan bekerja, puan bela dulu itik atau buat projek dalam bilangan yang sedikit. Kemudian tunjukkan usaha puan dengan ambil kursus berkaitan projek puan yang dianjurkan agensi kerajaan atau swasta. Jangan lemah semangat dan berputus asa. Mula-mula memang sukar sebab tiada pengetahuan. Tapi dari kursus dan projek yang sedikit, lama-lama akan tau selok belok, insyaallah boleh terus dengan projek besar dan mungkin akan direstui keluarga bila keluarga nampak kejayaan puan. Pengalaman saya, memang akan ada yang mencaci bila projek tak berjaya, tapi kena ingatkan diri sendiri bahawa puan baru belajar tentang projek pertanian/penternakan, jadi sebarang kesilapan tu adalah ilmu untuk tidak diulangi di kemudian hari. Buat semula tapi jangan ulangi kesilapan yang sama.
saya bercadang telah memulakan penternakan ayam kampung secara kecil2an dan bercadang utk menambahkan lagi bilangan ayam dan prasarana yang lebih sistematik. bagaimanakah dapat saya memohon bantuan modal MARA yang disebutkan?
Mohd Ashraf: Cadangan saya, apply dulu bantuan dari Jabatan Belia RM2,000. Kemudian baru apply loan. Untuk apply loan MARA, isi borang daripada MARA, kemudian sertakan semua maklumat yang diminta. Insyaallah untuk besarkan projek, agensi yang terlibat memang mudah nak bagi loan.
salam..
saya sekarang menjalankan perniagaan bekalan & perkhidmatan.sekarang saya tidak cukup modal untuk membekalkan barang.borang pesanan kerajaan saya sudah terima.
bagaimanakah saya hendak buat pinjaman dengan mara dengan mengemukakan borang pesanan tersebut ? adakah ada syarat-syaratnya?
Mohd Ashraf:
Untuk Pinjaman MARA di bawah Skim Pembiayaan Kontrak:
Had Pembiayaan: Sehingga RM250,000
Tempoh Bayaran Balik: Mengikut Perjanjian dengan Pihak MARA
1. Pembiayaan RM200,000 dan ke bawah : Tanpa penjamin dan cagaran
2. Pembiayaan RM200,001 hingga RM250,000 :
==> 1 orang penjamin (Pendapatan tetap penjamin tidak kurang RM500) ATAU Cagaran (Mengemukakan cagaran tanah dengan Nilai paksaan tidak kurang 10% daripada jumlah pembiayaan.)
3. Pembiayaan RM50,001 ke atas :
==> Minimum 1 orang penjamin (Jumlah pendapatan bersaman 3% daripada jumlah pembiayaan) ATAU Cagaran (Jaminan Ahli Lembaga Pengarah Bagi Syarikat Sdn. Bhd. dan/atau Surat Ikatan Serahak)
En Jeffry boleh jugak apply loan Bank Rakyat di bawah skim Pembiayaan Kontrak-i Tijari
Konsep:
Bai-Bithaman Ajil, Murabahah dan Bai-Al’Inah
Kelayakan:
• Syarikat / kontraktor yang dianugerahkan kontrak kerajaan, badan-badan separa kerajaan, majlis-majlis tempatan dan syarikat-syarikat swasta yang diiktiraf oleh Bank Rakyat
Margin & Jumlah Pembiayaan
• Pembiayaan sehingga RM200,000.00 (dengan jaminan / serahan hak milik kontrak)
• Maksimum 50% daripada nilai kontrak
• Maksimum 70% daripada nilai inden
Sekuriti Jaminan
• Penyerahan hak kontrak
• Penjamin bagi pembiayaan di antara RM25,000 hingga RM200,000
• Sekuriti bagi pembiayaan melebihi RM200,000
Sekuriti Diterima
• Hartanah
• Sijil Pelaburan Bank Rakyat
Salam kasih sayang,
Tahniah,
Semoga succes dan sentiasa dikurniakan rezeki yg melimpah ruah.
Semoga diberkati. Amin.
Mohd Ashraf: Terima kasih atas doa anda. Semoga kita semua berjaya dalam bidang masing-masing.
Ashraf, yg mana lebih menguntungkan, pelihara kambing ataupun pelihara lembu?
TQ and gud luck to u.
Mohd Ashraf: Hana, ikut selera masing-masing. Daging kambing dan lembu memang banyak permintaan di Malaysia. Sebenarnya tak cukup pun daging tu dalam Malaysia. Sebab tu terpaksa import dari luar. Kalau ternak lembu, permintaan memang banyak, sebab setiap hari orang makan daging lembu. Boleh check di kedai makan. Setiap hari ada masakan daging lembu. Jarang kita boleh jumpa daging kambing. Bila buat lembu fidlot, 3 bulan dah boleh jual. Harga lembu pulak mahal berbanding kambing. Daging kambing pulak, walaupon jarang kita jumpa di kedai makan, tapi memang ada permintaan, sebab bekalan tak cukup. Walaupon harga kambing murah, tapi kambing perlukan hanya kawasan kecik ja. Tak macam lembu yang perlukan kawasan yang luas. Jadi bilangan kambing bole dipelihara lebih banyak daripada lembu. Apa-apa pon, cuba fikir-fikir tentang pembeli dulu, berapa banyak pembeli yang bole difikirkan di kawasan anda? Pembeli kambing atau lembu? Fikir juga persaingan dengan penternak setempat.
assalamualaikum,juz cal me siti.siti skang ni pon tgh having d same prob. pening sgguh100x….siti ikut skim francais siswazah under PNS/MECD.dh 8 bln operating under francais…da antar proposal.okla…tp yg herannye knp PNS bagai mbisu..tanye pon tah hape2.klu they all ckp directly siti nye loan reject,ok fine i will try sumthing else or at least siti puas ati la ade gak jawapan walau reject..tp diam je..da lame gile.bkn ape siti nak gune duit nak bt a&P lag,,mcm2 dah planning tp sume hold bcoz of dis kind of prob. mayb karenah birokrasi.mase siti kursus org2 PNS cakap siswazah yg lambat la leka la…duit ade tp siswazah yg xnak buat biz.tp ni siti dah buat bisz,already 8mths…juz think ..so anybuddy yg blh tlg siti dlm kes nih…plzzzz…klu ade saluran yg blh pcepatkan @ confirm siti blh dapatkan loan.
tanx n regards
siti
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam siti. Setkan minda bahawa perkara ni salah satu cabaran dalam perniagaan. Kursus tu anjuran bersama MECD? E-mail saya. Saya boleh bagi no kontek orang kat MECD. Bincang dengan dorang macam mana. Kalau nak duit urgent, cuba buat personal loan. Pinjam yang paling minimum atau pinjam berapa banyak yang siti mampu bayar bulanan. Kalau personal loan, bulan depan terus kena bayar. Jadi kena kira betul-betul berapa boleh keluarkan duit untuk bayar loan tu. Tu la yang paling cepat dpt duit. Loan yang goverment kata memang banyak yang belum release. Bukan sebab tiada siswazah yang minta, tapi banyak birokrasi. Memang lambat… Paling cepat pon 6 bulan. Jadi jangan berharap loan kerajaan sebenarnya. Nanti kecewa. Apply loan kerajaan, kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat anggap saja tadak rezeki, cari jalan lain.
Selain buat personal loan, boleh juga buat saham kat sedara mara atau kawan-kawan. Selepas 12 bulan, baru faedah dibayar. Macam fix deposit. Buatla perjanjian sampai bila faedah tu nak kena bayar kt dorang. Setahun ke, 3 thun ke… selama kedai tu berjalan ke… Ikut kesesuaian. Yang penting, jangan pinjam Along.
Abang ade tak kertas kerja untuk penternakan kambing?
Mohd Ashraf: Untuk kertas kerja penternakan kambing, boleh klik link ni http://mohdashraf.com/v1/?p=102
Ashraf, terima kasih. Your blog memberi inspirasi pada saya utk menceburkan diri dalam dunia pertanian. Saya ada buat satu blog sendiri utk menceritakan bagaimana proses saya dalam menjadi seorang usahawan tani.
http://gjoepetani.blogspot.com
Mohd Ashraf: TAHNIAH! Terima kasih sebab sudi melawat blog saya. Semoga kita semua berjaya tak kira apa yang kita buat. Paling penting, berfikiran positif dan jangan putus asa.
Salam, saya berminat menceburi bidang pertanian, tanah dan kertas kerja telahpun disediakan. Masalahnya, ia melibatkan modal yang agak besar. tapi pinjaman boleh dibayar setelah 3tahun. Kami juga mempunyai kontrak belian hasil dari syarikat tertentu.. Adakah projek ini boleh dibiayai oleh pihak mara??
Mohd Ashraf: Saya tak boleh bagi jaminan siapa yang boleh bagi pinjaman. Antara agensi yang bersedia membantu usahawan bumiputera dalam perniagaan ialah Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Pusat Produktiviti Negara (NPC), Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) dan Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (Matrade). Boleh juga ke Bank Pertanian selain MARA.
hmmm… banyak membantu.. terima kasih… anyway, semua yang anda list kan itu memberi bantuan dalam bidang pertanian??
Mohd Ashraf: Saya tak sure semuanya beri bantuan dalam bidang pertanian. En boleh cuba berhubung dengan agensi terbabit. Yang pasti, MARA dan Bank Pertanian ada beri bantuan pertanian.
nak tumpang tanya…anak pokok cabai yg hendak dipindahkan dlm polibeg kena umor brp hari?
dah lepas pindah kena pakai baja apa?racun kulat apa?
Mohd Ashraf: Pindah anak cili ke polibeg selepas umur 25 hari. Kalau tadak baja fertigasi, boleh pakai baja NPK 15:15:15 untuk pertumbuhan daun. Pastu siram campuran Previcur N dengan air ke akar pokok.
Assalamualaikum.
Saya telah membuat kajian mendalam dan sekarang saya sedang cuba untuk menghadiri kursus perternakan kambing. Secara permulaan saya memerlukan modal dalam RM30,000.00 dari segi pembelian baka induk dan, kandang dan maintenance utk tempoh lebih kurang 3 tahun.
Saya harap pihak tuan dapat memberikan guideline yang lebih baik utk saya kaji dari segi permulaan modal ini.
Terima kasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Boleh terus buat projek besar kalau mampu. Cuma pinjaman yang diwar-warkan kerajaan lambat dapat. Kalau ada wang sendiri, boleh teruskan projek. Kena ingat, modal RM30,000 tu khas untuk projek ternakan kambing. Kalau kurangkan tahun macam mana? Buat pinjaman untuk 2 tahun maintanence saja. Tahun pertama kambing tak boleh dijual lagi, jual pada tahun ke2. Kalau boleh, cari kambing yang dah bunting. Memang susah nak dapat, tapi ada.
saya graduan pengurusan,saya nak mulakan peternakan ayam..camne?
Mohd Ashraf: Mula-mula pastikan apa yang kita ada… Ada tapak? Ada duit? Kalau ada kedua tu, boleh teruskan projek. Kalau tadak, better cari dulu terutamanya tapak. Jangan buat apa2 lagi kat tapak tu, cari maklumat tentang penternakan ayam pula. Pembacaan, tanya penternak, kursus dan sebagainya. Cukup ilmu, teruskan projek. Skala besar atau kecil? Terpulang pada individu.
Assalamualaikum en. ashraf, saya es dari melaka. untuk makluman en. ashraf, saya bercadang untuk menanam pokok keladi mawar, dari segi modal saya tak kisah sangat, boleh buat pinjaman. masalah saya sekarang cara penanamannya dan penjagaannya. boleh tak en. ashraf senaraikan kos sebenar (termasuk kos jentera, benih, peralatan dll yang berkaitan) untuk 1 ekar tanah, cara penanaman dan penjagaannya. untuk makluman juga, saya dalam proses untuk memajak tanah seluas 5 ekar (bekas tanah sawah)…,tq
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam, maaf saya tiada maklumat tentang keladi mawar. Kos pula bergantung pada tempat projek. Ada sesetengah tempat mahal, ada juga yang murah. Kalau musim hujan, tak boleh membajak sebab tanah lembut.
cayalah sama lu….good luck….moga maju & terus maju….asyraf Lias boleh……
Mohd Ashraf: Terima kasih atas doa anda. Amin…
Assalamualaikum,
Saya berminat nak bela ayam secara komersial..saya tidak mempunyai sebarang kelayakan dari mana2 institusi. Tapi saya berminat dalam bidang ini kerana peluang yang dapat saya lihat di kampung saya. Saya juga ada membela ayam, tetapi bukan untuk jualan. Bagaimanakah nak mula sedangkan saya tidak mempunyai modal, saya juga tidak pasti samada saya layak untuk membuat pinjaman. Apa pendapat saudara dan bagaimana caranya?
Terima kasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Terima kasih kerana melawat blog saya. Pada pendapat saya, buat masa sekarang, cuba jual ayam-ayam tersebut. Sebenarnya anda layak untuk buat pinjaman. Tapi bagi saya, kalau boleh, minimumkan kos. Caranya, anda jual ayam anda, kalau tak cukup, minta beli ayam dari jiran kampung dan jual ayam mereka. Tapi, kalau dah jual ayam yang anda bela, anda perlu top up ayam baru ke dalam reban secepat mungkin. Dengan cara ini, anda tak perlu keluarkan modal yang banyak atau menanggung hutang pinjaman dan juga tak perlu susah payah bela ayam. Jadi trader dulu.
Kalau nak jugak buat pinjaman, pergi ke agensi (spt: MARA, Jab Belia, Peladang dsb) apply untuk BESARKAN projek ternakan ayam, bukan mulakan projek ternakan. Sebab memang anda dah bela ayam.
Jangka masa untuk dapat pinjaman/ bantuan tu lambat. Jadi, sambil apply, sambil jual ayam seperti cadangan saya. Kalau ada rezeki, dapatlah. Sebab memang banyak dana untuk pertanian ni. Cuma pelaksana yang nak luluskan pinjaman tu kadang2 ….
Selamat berjaya Sdr Mohd Bukhari Mohd Noor
assalamualaikum…
Pada masa sekarang saya telah mengusaha tanaman cili gred 223 secara fertigasi (tidak berbumbung) sebanyak 650 pokok. Penggunaan baja dan racun saya dapatkan maklumat dari internet. Cili saya ni insyaallah boleh di kutip pada pertengahan Disember. Setakat ini tanaman saya tidak ada masalah. Saya bercadang untuk memperluaskan tanaman cili ini. Tetapi masalah saya saya tidak mempunyai modal dan tanah. Apa yang perlu saya lakukan.
Mohd Ashraf: waalaikummussalam. Kalau buat 100 pokok pon dah boleh buat loan. Inikan pula kalau 650 pokok. Pasal tanah, memang kita kena cari sendiri. Cari tanah sewa, buat perjanjian kemudian buat proposal untuk besarkan projek. Submit kat agensi2. Kalau nak besarkan projek, setahu saya, kursus pon tak diperlukan, sebab dah ada pengalaman jalankan projek.
assalamualaikum..
saya asrul dari perak, saya berminat untuk menceburi bidang penternakan kambing sepenuh masa, sekarang saya berkerja di syarikat swasta di kuala lumpur. masalah saya ialah, saya tiada pengalaman dan bolehkah MARA memberi bantuan pinjaman kepada saya kerana saya bukan kumpulan sasaran.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam En Asrul. MARA tak boleh bagi pinjaman kepada En Asrul. Kalau nak pinjam, perlu usahakan projek sepenuh masa. Jadi, cari partner yang boleh jalankan projek sepenuh masa, dan buat pinjaman atas nama dia. Adik beradik pon boleh, asalkan dia tak kerja dan tak belajar sepenuh masa.
askum en. ashraf. saya ingin minta pendapat tentang teknik fertigasi.
dimana saya boleh mengikuti kursus kerana saya tiada asas langsung
tentang pertanian. Saya berminat utk memulakan projek pertanian cili secara fertigasi. Berapakah anggaran modal permulaan yang diperlukan. Saya ada tanah seluas 2 ekar setengah, dari terbiar begitu saya rasa elok saya usahakan.
Mohd Ashraf: W’salam En Nazim, untuk kursus, boleh search di internet tentang kursus fertigasi. Sekarang ni, dah banyak agensi swasta yang anjurkan kursus. Boleh dikatakan ada setiap bulan. Boleh pilih yang mana dekat dengan en Nazim dan sesuai dengan masa. Jabatan Pertanian pon ada jalankan kursus.
assalam.saya baru nak berjinak dgn pertenakan lembu atau kambing,saya ada tanah dan sedikit modal.bagaimana saya nak memulakan perniagaan dan bagaimana dengan pasaran.thanx
Mohd Ashraf: Kajian pasaran perlu dilakukan sebelum nak mula sesuatu projek pertanian. Tapi dalam kes Syaiful, permintaan daging kambing dan daging lembu melebihi pengeluaran. Jadi, jangan risau tentang pasaran. Insyaallah tadak masalah pasaran untuk penternak lembu atau kambing. Kalau dah ada modal dan tanah, boleh terus start buat kandang, tapi sebelum tu, modal yang ada kena bahagi 4.
a) pembinaan kandang,
b) pembelian lembu/kambing
c) makanan lembu
d) ubat-ubatan.
Kandang tu boleh buat guna kayu terpakai. Ramai penternak yang terlupa simpan modal untuk makanan dan juga ubat-ubatan ternakan. Jadi, buat pembahagian modal sebaik-baiknya supaya tadak masalah kekurangan modal untuk beli makanan dan juga ubatan. Bila mula dengan modal yang ada, cuba bela lembu/kambing tu dulu, kemudian bila dah yakin, boleh start buat pinjaman. Tapi saya syorkan minta skim bantuan belia. Kementerian Belia bagi percuma je duit skim bantuan tu. Selamat berjaya.
assalamualaikum ashraf…alhamdulillah terjumpa laman kamu…setelah membaca kandungannya.. saya rasa berbangga dengan apa yang kamu buat…tahniah..saya doakan kejayaan kamu..banyak pengetahuan yang boleh kami kongsi dengan kamu…tapi yang bagusnya kerana kamu istiqamah dan bermula dengan sedikit dan meluaskan mengikut keupayaan.semoga Allah membantu kamu.
Mohd Ashraf: Semoga doa tersebut dimakbulkan. Amin. Doa saya, semoga semua orang berjaya dalam bidang masing-masing.
SALAM….SAYA DAH BUAT PROJEK CILI FERTIGASI SEBANYAK 650 POKOK. PERTENGAHAN BLN 12 INSYALLAH BOLEH KUTIP HASIL PERTAMA. SETAKAT HARI INI CILI SAYA TAK BERMASALAH. SAYA BERCADANG NAK PERBESARKAN PROJEK NI. MASALAHNYA SAYA TIDAK MEMPUNYAI TANAH DAN MODAL. APA PERLU SAYA BUAT?
Mohd Ashraf: Kalau boleh, jangan guna huruf besar, dalam dunia siber, penggunaan kesemua huruf besar dalam perbualan menunjukkan anda sedang marah
. Saya telah jawab pertanyaan anda pada 23 November 2007, anda telah bertanya soalan yang sama pada post yang bertajuk Pinjaman Pertanian MARA di Comments nombor 10. Saya ulangi jawapan saya
“Kalau buat 100 pokok pon dah boleh buat loan. Inikan pula kalau 650 pokok. Pasal tanah, memang kita kena cari sendiri. Cari tanah sewa, buat perjanjian kemudian buat proposal untuk besarkan projek. Submit kat agensi2. Kalau nak besarkan projek, setahu saya, kursus pon tak diperlukan, sebab dah ada pengalaman jalankan projek.”
assalamualaikum.. saya berminat dengan fertigasi. sy nak jadikan fertigasi ini sebagai satu hobi untuk penuhi cuti sekolah yg amat panjang tapi boleh tak bagi penjelasan sedikit untuk saya menambah ilmu tentang bagaimana fertigasi ini berfungsi?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam daim. Perkataan fertigasi berasal daripada perkataan fertilization dan irrigation. Dalam fertigasi, proses pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman. Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman. Untuk keterangan lanjut, boleh lawati laman web http://www.abiagro.com.my. Sebenarnya, kalau itu maksud fertigasi, tiada alatan yang spesifik untuk membuat fertigasi, asalkan hasil sistem itu, memberi nutrien dan air secara serentak dengan tidak menggunakan tanah sebagai medium.
akum.. saya ada menjalankan projek penternakan lembu,setakat ini kredibiliti adalah memberansangkan.sekarang saya buat breading(ternak).alhamdulillah setahun saya jalankan saya sudah ada 30 ekor induk.apa yang saya lihat sistem trading(jual-beli)lebih menguntungkann,jadi saya perlukan tunjuk jalan untuk saya dapatkan modal untuk kembangkan sistem ini.apa yang jadi penghalang sekarang adalah modal.019-7797505
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Sebenarnya, memang trading apa pon menguntungkan. Rasanya dah banyak cara saya usulkan bagaimana nak dapatkan modal. Apa kata kalau jual lembu di kandang anda, kemudian beli lembu lain dan topup ke dalam kandang. Contohnya, kalau anda jual 5 ekor lembu, pastikan anda masukkan balik 5 ekor lembu tersebut ke dalam kandang. Dengan cara ni, modal tak banyak. Lagipon, pembelian lembu tadi, boleh beli dengan duit hasil jualan lembu. PAda hemat saya, kalau apply loankat Bank Pertanian insyaallah akan diluluskan.
saya mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu dgn skala yg kecil. Saya ingin membesarkan projek ini tetapi xdak modal.bagaimana untuk memohon loan & dari institusi kewangan mana?
Mohd Ashraf: Saya tak boleh bagi jaminan siapa yang boleh bagi pinjaman. Antara agensi yang bersedia membantu usahawan bumiputera dalam perniagaan ialah Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Pusat Produktiviti Negara (NPC), Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) dan Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (Matrade). Boleh juga ke Bank Pertanian selain MARA.
salam. saya baru lps baca kandugn dlm blog ni. terima kasih bang. insya ALLAH dlm masa terdekat ni kami akan buka francais AYAM KAMPUNG ORGANIK DR. ZAINOL cawangan shah alam =)
Mohd Ashraf: Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Semoga apa yang terkandung di dalam ni, mendapat manfaat kepada semua.
Asrhraf mana dapat anak pisang tu? Saya berminat nak beli jugak. Ingat nak try tanam kat kebun saya. Saya cari no tel Ashraf dlm blog ni tak dapat.
Mohd Ashraf: En Bakri, saya ada email en Bakri tentang anak pokok pisang kultur tisu. Sila check email anda. Terima kasih
salam ayap..saya berminat dalam proses menternak kambing secara komersial. namun setiap permulaan ke arah itu perlu ada :
1. kertas kerja untuk membuat pinjaman
2. kursus penternakan kambing
itu adalah pada pandangan sayalah, jadi bagaimana saya ingin dapatkan semua ini? boleh tak ayap bagi saya pandangan yang terbaik.tanah mungkin saya ada iaitu tanah abang ipar saya, cuma permulaan modal & kertas kerja untuk mendapatkan kewangan membina dan membeli kambing masih saya tidak ada…bagaimana untuk mendapatkan stok kambing ini ya ayap?
tq
Mohd Ashraf: Salam. Amayzz, Saya akan inform kemudian di mana boleh hadir kursus dan juga di mana boleh beli baka kambing terbaik. Sila ikuti blog ni ye. Saya akan maklumkan di dalam blog.
Assalamualaikum, Saya lina ingin bertanya ,saya ingin mengusahakan ternakan ikan keli. Buat masa ini saya tidak mempunyai modal. jadi bagaimana saya caranya nak memulakan projek tersebut. Kawasan dah ada tapi nak memulakan saya tak pandai. harap dapat berikan saya sedikit panduan.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam Lina. Kalau nak pelihara keli dalam kanvas, Lina boleh ke Jabatan Perikanan. Di sana ada di sediakan kursus dan juga bantuan kolam kanvas bernilai RM2000.
Saya dah baca kesemua isi blog Encik Mohd Ashraf. Ia banyak membantu menambah pengetahuan saya yang baru dalam bidang pertanian ini.
Mohd Ashraf: Terima kasih dan selamat maju jaya.
Assalamualaikum bro asraf..sy dlm proses menyediakan kertas kerja penternakan akuakultur untuk syarikat sy bekerja. sy nk mtk bantuan dr bro kt mn nk dptkn guideline wat kertas kerja yg betul? kertas kerja ini juga untuk tujuan pinjaman dr bank.boleh x bro tolong bg information skit?
Mohd Ashraf: Untuk maklumat yang lengkap, en Wan boleh beli eBook contoh rancangan perniagaan. Boleh klik link ni untuk maklumat lanjut. Koleksi Contoh-contoh Rancangan Perniagaan
akm ashraf..bgli br jer blik dr pendang tgk projk cili tu..ok laa..brader 2 pun friendly..nanti klu hang free kita pi sama2 ye..
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam, alrite BangLi, pergh.. sempat lagi tulih kat blog
ashraf,,cana gan anak cabai bgli tu?x sabar nk tgk tanam kt dpn umah..he..hee..brader kt pendang td tanam 7000 pokok..byk giler..dulu dia keje kt pjbt pertanian tp dh berenti buat fertigasi full time..mula2 dia start gan 600 pokok jee..yg bestnya sblm ni dia x penah buat bisnes pertanian,.start buat fertigasi terpikat terus..apa xnya dia kata income byk n keje senang…hang dok wat pe tuu
Mohd Ashraf: Anak pokok BangLi, Insyaallah minggu depan dah besaq, boleh la saya pi Canglun untuk pasang Set Mini Fertigasi tu, pastu kita terus g Pendang kalau tiada aral melintang, masa on the way g pendang, boleh le bincang tentang planning fertigasi. Saya akan ikut wife saya g kerja, jadi mungkin kul 9 dah terpacak depan rumah BangLi, tapi kena sampai Bukit Kayu Hitam kul 5pm.
salam ashraf yer…sy terjumpa laman awk…setelah sy baca laman nie, ia mmg bagus utk bertukar pendapat dan memberi idea2 utk meluas bidang perniagaan nie.. kebetulan pulak!!…sy juga ada bercadang nak membuka pusat kecantikan(spa&salun) berhampiran dgn rumah sy..cuma skrg nie sy buntu skit..sy sdg mencari pusat kecantikan yg menawarkan kursus2 kecantikan… dan kwn sy sdg membantu wat working paper utk “loan”..dan dia menyuruh sy menyenaraikan produk2 utk dimasukan..ashraf ada idea tak? sy hrap ashraf dpt membantu serba sedikit yer….trima kasih…
Mohd Ashraf. Kalau nak buka pusat kecantikan, pada pendapat saya, ada 2 cara. (i) menjadi one stop produk, semua produk ada di jual di kedai anda (ii) anda hanya menjual 1 produk sahaja
Saya lebih menyukai pilihan ke-2. Contohnya anda hanya menjual barangan XYZ. Semua rawatan atau perkhidmatan yang digunakan di kedai anda menggunakan produk XYZ sahaja. Disebabkan kepopularan/keberkesanan produk XYZ yang memang diketahui umum serta mendapat liputan meluas di media massa dan media cetak, pelanggan anda tidak akan berasa was-was dan lebih tertarik untuk ke kedai anda kerana populariti XYZ.
Banyak jenama produk yang terdapat dipasaran contohnya Mustika Ratu, Sendayu Tinggi, Felisa Cosmetic dan lain-lain.
Untuk mencari kursus dan produk spa & salun, anda boleh baca majalah-majalah wanita sebab banyak iklan-iklan tentang produk kecantikan terdapat di dalam majalah tersebut.
aku nak gtau yg psl loan mara tu…kalo korang nak wat loan MARA mesti kene g kursus…kalo x jgn harap die nak kasi…kursus tu kalo xclap aku lbh krg 1 mggu je n yuran die lbh krg rm3000…aku tau bnd2 cam ni coz aku dah pernah g kursus Latihan Keusahawanan Siswazah ( LKS ) anjuran MeCD ( MARA )…kursus aku ni still tak abis lg coz yg aku g ni lama ckit tempoh die coz byk bnd yg die ajar…aku skunk masih study kat univcti lg…
Mohd Ashraf: Mengikut pengalaman saya yang dah ikuti kursus Skim Usahawan Siswazah (SUS) anjuran MeCD (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), pinjaman adalah terhad kepada mereka yang mengusahakan perniagaan selain daripada pertanian dan penternakan. Setelah mengikuti kursus, anda kena submit kertas kerja kepada MeCD dan MeCD akan membuat penambahbaikan dalam kertas kerja tersebut sebelum dihantar ke pihak bank. Insyaallah anda akan berjaya. Ramai yang mengikuti kursus MeCD tetapi tidak menghantar kertas kerja termasuklah saya.
kerana waktu itu, saya masih belajar dan bila tamat belajar, minat saya lebih kepada pertanian moden.
Askm, saya seorang wanita yang berminat untuk menceburi bidang pertanian. Dimana saya boleh mendapat bantuan atau kursus asas
dan apakah faedah dari kursus tersebut..adakah akan diberikan kemudahan pinjaman, tapak tanah dll.
Mohd Ashraf: W’salam. Untuk mengikuti kursus pertanian, anda boleh mendaftar di Jabatan Pertanian atau pertubuhan peladang. Boleh pilih kursus yang anda minat. Sebenarnya, terdapat banyak kursus yang ditawarkan dalam bidang pertanian ni. Kalau anda minat fertigasi, anda boleh ikuti kursus fertigasi, kalau minat tanam mangga atau mempelam, ada kursus yang disediakan, begitu juga tanaman-tanaman lain.
Kursus ni penting sebab kita akan dapat belajar selok-belok sesuatu projek yang kita nak usahakan dan selalunya, kursus ni ada praktikal. Tujuan praktikal ni dijalankan untuk memudahkan bakal pengusaha untuk mengusahakan projeknya kelak. Selalunya, sijil kursus adalah salah satu syarat untuk membuat pinjaman.
assalamualaikum..
saya suhaila, pelajar kursus diploma Bioteknology. penghujung bulan julai 2008 saya akan tamat belajar. selepas tamat diploma saya berminat dan bercadang ingin mengusahakan pertanian cendawan atau buah naga. saya mempunyai tanah milik keluarga tapi sata tidak mempunyai modal.saya bercadang untuk memohon pinjaman mara.ape pedapat encik?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Anda boleh membuat pinjaman, tapi pendapat saya, kenapa tidak mendapatkan bantuan yang percuma dulu? Walaupon lepasan siswazah, anda seharusnya memulakan projek anda secara kecil-kecilan bergantung kepada modal yang anda mampu keluarkan sendiri dulu. Mengikut pengalaman saya, memang susah untuk dapatkan pinjaman dan juga bantuan jika anda tidak memulakan sesuatu projek dan hanya bersandarkan kertas kerja semata-mata.
ok bgli tunggu hang..ari2 pi kl wat pe?bgli ingat nk singgah umah ashraf tgk pokok cabai cz rindu tgk dia berbuah lebat…tp segan la cz hang xdak..he..hee..jd ke mai pasang rabu ni?jgn x jd lak..x sbr dh ni nk jd petani moden…haa..hhaa…camna gan projek 1000 pokok 2?bl nk start ashraf?
Mohd Ashraf: BangLi, saya ke Putrajaya. Kawan saya kahwin di Taman Botani. Insyaallah kalau BangLi dah balik dari Terengganu, saya akan setupkan Mini Fertigasi untuk BangLi. Saya doakan semoga mak BangLi cepat sembuh dan BangLi dapat balik ke Cangloon dengan selamat dan kita dapat buat projek fertigasi seperti yang di rancang
sudah lama saya mengikuti perkembangan en. da;am blog nie
dan macamana saya nak order benih pisang
Mohd Ashraf: Terima kasih en Khairul kerana sudi melawat blog saya. Untuk benih pisang, en boleh buat pesanan di sini JUALAN BENIH PISANG TISU KULTUR Saya akan hubungi en Khairul kemudian untuk tindakan selanjutnya
assalamualaikum
saya dapati sekarang terdapat banyak tanah terbiar, jadi saya memang berminat hendak mengusahanya, jadi bagaimanakah cara dan cadangan saudara tentang pengambilalihan tanah tersebut, adakah dengan pajakan atau sewaan perlu saya tawarkan, bagaimanakah perjanjiannya yang perlu saya tawarkan, berapakah jangkamasanya dan apakah yang perlu saya sediakan lagi, terima kasih
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Saya rasa, pajak dan sewa adalah benda yang sama
Kalau boleh, pajak/sewa tanah untuk setahun sekaligus. Contohnya RM1000 setahun. Tapi ada jugak pemilik tanah yang lebih gemar menyewa tanah mereka secara bulanan yang mana sewa bulanannya lebih tinggi. PALING PENTING, buat perjanjian bertulis dan ditandatangani oleh peguam. Dah banyak cerita yang saya dengar tentang tuan tanah atau keluarganya yang menaikkan harga sewa atau mengambil balik tanah yang disewa tanpa mempedulikan perjanjian mulut yang dibuat mula-mula dulu. Walaupon sedara anda sendiri, seeloknya disediakan hitam putih untuk menjamin perjanjian anda.
saya berminat nak wat pertanian moden tapi saya masih tak tahu ape jenis tanaman yang saya ingin usahakan…saudara ashraf boleh bagi tak pandangan tentang tanaman2 yang berpontensi ni…
Mohd Ashraf: Sebenarnya semua tanaman berpotensi, sebab semua orang kena makan. Jadi, kalau apa yang anda ingin lakukan, buat dengan bersungguh-sungguh. Contohnya, walaupon anda tanam bayam, kalau anda buat dengan skala yang besar dan anda juga membuat tanaman secara organik, insyaallah banyak pulangan yang akan anda perolehi. Untuk fertigasi pula, tanaman yang sesuai ditanam adalah cili, tomato, capsicum, melon, terung, timun sahaja disebabkan harganya tinggi dan boleh menampung kos-kos yang pengusaha keluarkan walaupon semua tanaman sesuai di tanam secara fertigasi.
adakah sisa-sisa ikan boleh menjadi baja pada tanaman hydrponik?
Mohd Ashraf: Saya tidak pernah mendengar sisa ikan boleh menjadi baja hidroponik. Kalau baja organik, rasanya boleh digunakan.
Ashraf … saye tinggal di Kuala Terengganu …. jadi saya nak tanye
saya terlupa tanye tentang kos delivery transport dari tempat en. sampai kesini…
pisang cerverdish tu untuk makan mentah saje ke atau boleh di buat pisang goreng..
sebab pisang jenis ni tak banyak yang saya tahu…
diminta penjelasan yang selanjutnye dari pihak en. Ashraf
maaf kerana banyak sikit bertanye….
betik yang en tanam tu jenis ape….
Mohd Ashraf: En Khairul, kos penghantaran adalah RM25 sahaja untuk seluruh Malaysia. Pisang Cavendish tu untuk pasaran export. Pisang Cavendish ni untuk di makan begitu sahaja (mentah). Betik pula adalah Betik Sekaki. Buat masa nie, tempahan anak betik kena datang ambil di Perlis. Kalau en Khairul ada lagi pertanyaan, silakan… insyaallah saya cuba bagi jawapan.
Salam Saudara Ashraf. saya seorang graduan diploma pentadbiran perniagaan namun minat saya lebih cenderung dalam bidang penternakan khususnya lembu. saya faham adalah penting untuk mencari tapak, modal n mempelajari bidang ini dengan lebih mendalam sebelum menceburinya. di sini sy ingin meminta pendapat saudara apakah langkah2 awal yg patut sy ambil n bagaimanakah saya menyusun/mengatur proses ini. bolehkah saudara memberi basic idea tntg perkara2 yg patut diambil kira dlam initial steps ini memandangkan sy mmg tdk berpengalaman.atau bolehkah saudara sarankan contoh2 program yg boleh sy ikuti utk mendalami bidang ini? terima kasih.salam.
Mohd Ashraf: Saudara Hussain, cuba ke Jabatan Haiwan, tanya ada atau tidak skim penternakan untuk siswazah. Ada jabatan haiwan yang saya tau, menyediakan tempat dan haiwan ternakan untuk siswazah TETAPI, siswazah tu mestilah menjalankan projek ternakan sepenuh masa. Loan juga disediakan untuk siswazah tersebut.
akum…ashraf
i br join….byk info i dpt
just ask abt 1 company…. HTO..Hitech Objective
i dah invest kat co ni n now de problem
can u help me?
Mohd Ashraf: W’salam en Sam. Tiada apa yang saya boleh bantu saudara. Tapi, jadikan apa yang berlaku tu sebagai pengalaman. Banyak lagi jalan untuk dapatkan wang. Sebenarnya, bukan senang nak senang. Sebelum melabur, buat kajian tentang syarikat atau program yang kita nak labur. Jangan cari sebanyak mana pulangan yang akan kita perolehi dengan melabur di dalam syarikat tersebut, tapi cari apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelabur lain yang telah menyertai syarikat tersebut. Dengan cara ini, barulah kita tahu risiko-risiko yang akan kita hadapi dengan melabur di dalam sesebuah syarikat atau program.
Tuan,
Boleh tak mintak kurang sikit harga. RM30.
Mohd Ashraf: Maaf en Kadir, harga yang diberikan untuk pakej eBook panduan dan contoh kertas kerja perniagaan adalah terlalu murah. Tiada tawaran yang semurah ini yang mampu ditawarkan oleh orang lain kerana dengan RM49.90 tersebut, en Kadir dapat e-book dan panduan contoh rancangan perniagaan, lebih daripada 10 jenis kertas kerja pinjaman dengan meliputi pelbagai sektor perniagaan termasuklah pertanian dan penternakan.
salm…saya sebenarya dah banyak kali melihat dan membaca blog en ashraf..byk info2 yg berguna…buat pengetahuan en, saya cukup berminat ngan bidang pertanian ni seperti penanaman pisang, cili dan koko..contohnya seperti penanaman pisang, saya memang bercadang hendak membuka francais ngan syarikat Synergy Farm tapi melihatkan syaratnya iaitu mempunyai tanah 25O ekar paling minimum saya terpaksa melupakan hasrat saya itu..untuk pengetahuan encik saya sekarang masih belajar di UiTM Perlis dalm bidang kejuruteraan awam..so, saya nak mtk pandangan encik bagaimnakah saya dapat mencapai cita2 saya untuk bergelar petani moden ???
pada pndgan en ashraf, tanaman manakah yg paling sesuai diusahakan oleh saya kerana saya mempunyai tanah yang tidak sebesar mana ??? antara pisang, cili atau koko ???
Mohd Ashraf: Cuba sewa tanah sehingga cukup 250 ekar walaupon tidak di dalam kawasan yang sama. Tu pandangan saya. Sekarang ni, ramai orang tertarik untuk menjadi petani moden disebabkan insentif daripada kerajaan. Tapi, walaupon tanpa insentif, sektor pertanian ni memang boleh memberi pulangan yang memberangsangkan kalau diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
Kalau nak buat pertanian sepenuh masa, saya cadangkan buat cili. Kalau nak buat pertanian separuh masa (bekerja & bertani), saya sarankan buat pisang atau koko. Buat kajian jugak yang mana boleh beri hasil yang tinggi dengan tanah yang sedikit, samada pisang atau koko.
salam,saya nak tanye..berapakah jangkamasa untuk mendapat hasil tanaman pisang kultur tu(berbuah) dan berapakah keuntungan yang akan diperolehi dari setiap tandan pisang tersebut.
Mohd Ashraf: Jangkamasa hasil pisang kultur tisu berbuah adalah 8-9 bulan dan berat setandan 25-35 kilo.
very good guideline for everybody…thanks 4 sharing ur knowledges and experiences…
one more tihing, apa intipati tuk ringkasan eksekutif dlm RP?
tq
Mohd Ashraf: Terima kasih kerana melawat blog saya. Ringkasan eksekutif dlm RP tu adalah kesimpulan daripada keseluruhan RP anda. Kenapa RP tu dibuat (untuk apply loan atau bantuan atau untuk mencari partnership dalam perniagaan atau lain-lain).
salam…terima kasih en ashraf kerana sudi memberi maklum balas…saya ingin bertanya lebih lanjut lagi mengenai tanah ni..berapakah average harga untuk seekar tanah yg sesuai untuk tanaman pisang ni ?? lg satu, saya ingin mengetahui adakah kerajaan masih memberikan tanah secara percuma tetapi dengan syarat kene usahakannya dengan pertanian, seperti FELDA dulu ???
Mohd Ashraf: Maaf en apes, saya tidak mempunyai maklumat tentang harga tanah. Bergantung kepada tuan tanah yang menjualnya. Kerajaan masih lagi memberi tanah percuma untuk pertanian,bergantung kepada tempat. Tapi memang susah nak dapat, sebab, sebelum tanah tu mula dibersihkan lagi, dah ada nama pengusaha-pengusaha tanah tersebut. waiting list atau…?
salam, kt mane nk dptkn lembu2@kambing fidlot untuk diternak dan berapa harga @modal untuk membeli seekor lembu fidlot@ kambing fidlot?
Mohd Ashraf: En Daud boleh dapatkan lembu dan kambing fidlot daripada Jabatan Haiwan. Ada juga pihak swasta yang menjual lembu atau kambing fidlot untuk dibuat baka. Seorang sahabat saya ada juga menjual baka kambing. Boleh hubungi dia [ Bob 0122028724]
Salam..
First day dan first time saya kenal dgn laman ni tapi banyak input yang saya dapat, terutama tentang kejayaan anak melayu (dan anak perlis coz saya pun dari perlis).Adakah saudara bermula dengan online bisnes, menjana pendapatan dari situ dan digunakan sebagai modal untuk bisnes sekarang?Maaf kalau saya silap, juz to know..TQ
Mohd Ashraf: Saya mulakan dengan online business, saya ikuti kursus dan sebagainya tentang online business. Tapi modal untuk pertanian sekarang tidak diperolehi sepenuhnya daripada online busines.
salam, saudara Ashraf. Saya sorang graduan ijazah kejuruteraan dan berminat menceburi dalam bidang penternakan, khususnya penternakan udang harimau. Melalui maklumat dari internet saya dapati menternak udang harimau boleh mendapat pulangan yang menguntungkan. Masalahnya saya tidak mempunyai modal serta tapak projek untuk memulakan perniagaan ini dan lagi satu untuk memasarkan hasil ternakan udang harimau ini. Sila beri tunjuk ajar. Di harapkan agensi seperti MARA dan Jabatan kerajaan dapat membantu saya. terima kasih.
Mohd Ashraf: En Khairi, langkah pertama adalah mencari seberapa banyak maklumat tentang penternakan udang harimau, dari segi pembacaan, kursus dan berjumpa sendiri dengan pengusaha. Kemudian, pergi ke Jabatan Perikanan untuk ikuti kursus yang di anjurkan oleh Jabatan Perikanan berkaitan ternakan udang harimau. Kemudian, tanya jika terdapat tanah yang disediakan untuk pengusaha baru. Bergantung kepada tempat dan kekosongan. Kalau ada, ada la tanah tu. Tapi, cadangan saya, sambil memohon bantuan kerajaan ni, cari jugak tapak sendiri, dengan menyewa tanah orang atau membeli tanah.
Modal pon macam tu jugak, sambil memohon bantuan atau loan, cari jugak modal sendiri. Sebab bantuan daripada kerajaan ni lambat dapat, boleh melemahkan semangat orang muda yang berkobar-kobar
.
asalamualaikum en asyraf,
tq for ur reply dulu,
hope 2 see u in perlis.sebab saya ada di perlis bercuti sekolah.
im in padang siding.
i got ur map already,nanti i.Allah saya akan pergi sebelum saya balik ke sabah semula.
En ada sini kan?x ke keningau?
salam.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam, saya ada di Perlis. Jemputlah datang. Telefon saya dulu sebelum datang ke rumah 017-3458032
salm en ashraf…saya sebenarnya ingin tahu bagaimanakah saya boleh belajar mengenai cara2 untuk membuat fertigasi dan dimanakah saya ingin mendapatkan maklumat mengenai fertigasi ini ???
Mohd Ashraf: Paling mudah untuk belajar sesuatu adalah dengan ikuti kursus dan praktikal. Untuk kursus, en apes boleh search di internet tentang kursus fertigasi. Banyak kursus yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga swasta tentang fertigasi. Untuk mengetahui secara umum tentang fertigasi ni, boleh ke http://www.abiagro.com.my
Assalamualaikum …
en.ashraf.. saya skrg tengah berunding cara dengan tuan tanah untuk menyewa tanah seluas enam ekar ..
insyallah dalam masa yang terdekat akan selesai proses rundingan utntuk sewa tanah tersebut….
jadi saya nak tau jumlah anggaran tanaman pisang untuk di tanam diatas tanah tersebut..
Dan adakah lain lain cadangan yang sesuai daripada pihak en. ashraf ..
skrag saya tengah menjalankan projek tanaman vanila di atas tanah sendiri..so untuk short income saya nak tanam pisang pula..
jadi untuk pengalaman tanam pisang tu ade tapi tak banyak dan mendalam dan mengharap en.ashraf dapat memberi tunjuk ajar serta panduan yang terkini…
salam
Mohd Ashraf: En Khairul, untuk 1 hektar tanah, anggaran bilangan pokok pisang adalah 2200 pokok. (1 hektar = 2.47 ekar) Jadi untuk 6 ekar boleh tanam 5344 pokok pisang (anggaran) Kalau ada masa dan ada orang jaga, kat celah2 pokok pisang sebelum pokok tu membesar boleh selit sayuran jenis berdaun sebab “lebihan tanah yang ada tu semuanya boleh memberi wang, WALAUPON UNTUK 1 POKOK SAHAJA” , kata-kata salah seorang mentor saya. Kalau boleh, maksimumkan penggunaan tanah. Buat juga tanaman integrasi.
Assalamualaikum En. Ashraf…. ape khabar… ? Setelah saya membaca posting di atas saya agak berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses fertigasi nih.. especially mengenai tanaman cili..dan juga proses penanaman di rumah double storey yang sekangkang kera tu…20 x 70… hehe
En. Ashraf ada model yg terdekat tak di kawasan KL… bole saya buat lawatan sambil belajar.. ?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en Razlin. Saya sihat, alhamdulillah, terima kasih kerana melawat blog saya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang fertigasi, boleh lawati http://www.abiagro.com.my Keluasan tanah 20′ x 70′ en Razlin tu boleh letak lebih kurang 144 polibeg cili. Anggaran kutipan 2 hari sekali 2kg – 2.5kg
saya berminat menjalankan perniagaan sambilan berkaitan perternakaan ikan dalam kolam.saya minta jasa baik tuan untuk memberi pandangan dari segi pelbagai aspek serta perancangan yang boleh membantu saya.terima kasih atas budi baik tuan.
Mohd Ashraf: Untuk penternakan ikan, beberapa perkara perlu di ambil kira:
1) Kenalpasti pasaran
2) Jenis ikan yang ingin dipelihara, cara penjagaan serta teknik penternakan
3) Tempat mendapatkan anak ikan dan makanan ikan
4) Peralatan yang perlu ada
Kalau semua ni dah lengkap, insyaallah tiada masalah. Selamat berjaya!
en ashraf ni satu lagi nak tanya pisang khas untuk para pengoreng pisang tak buat ke…?
sebab permintaan tu sangat tinggi kat malaysia ni sekarang
kat saye ni pun tak mencukupi….
dan juga disini bergantung kepada pejabat pertanian yang buat pisang tisu kultcure ni..
kene Q dulu kalau nak tempah….
satu lagi persoalan yang bermain di benak saya ni..
menurut en. pisang cenvedish tu hanya untuk di eksport
so kalau saya tanam macam mana nak eksport pisang tu..
kat pasaran malaysia ni tak laku ke en..
harap en menjelaskannye
salam
Mohd Ashraf: En Khairul, buat masa sekarang, saya belum lagi buat pisang untuk goreng. Insyaallah saya akan buat di masa akan datang. Sebenarnya, kultur tisu ni dibuat bila ada tempahan, sebab kena ambil masa untuk jadi anak pokok. Tapi kalau sengaja buat dengan harapan, terus boleh dijual kepada pembeli, nanti rugi pula bila tiada pembeli, anak pokok yang membesar, kena cari tanah pula untuk tanam pokok tu atau dibiarkan begitu saja. Untuk pasaran export pula, en Khairul mestilah ada tempat di luar negara untuk export pisang. Di Malaysia ni, belum lagi terkenal pisang cavendish, jadi mungkin tak laku sebab kurang promosi.
Asalamualaikum, 1st nak ucap syabas kat ashraf, tak sangka penyampaian agro sampai ke dunia tenet ni… saya mmg tgh cari idea utk masuk ke bidang ni… sbb rugi tanah kat kg. tak saper nak usaha.. anak kg semua kuar ke bandar.. sekrg saya kat Arau. Boleh tak saya nak dapatkan khidmat nasihat Ashraf?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam dan terima kasih. Insyaallah, saya boleh guide en Sabri dari mula penyediaan tapak hinggalah memungut hasil. En Sabri boleh la ke rumah saya untuk melihat sendiri fertigasi dan kita boleh borak2 tentang ni. Bole tengok peta di pautan About.
askm… saudara ashraf nie dah berapa lama buat penternakan kambing nie..so far saya pun mula berjinak2 dlm bidang nie..
dari apa yang diketahui, penternakan kambing or lembu cara fidlot nie memerlukan kos yang agak tinggi..
apa yang ingin saya lakukan ialah cara separa intensif… lepas di dlm kawasan berpagar ditambah ngan makanan tambahan..
kerana bidang penternakan nie bidang baru bagi saya kerana saya ada keje saya.. dan penternakan ini dibuat secara part time.. ada org lain yg uruskan..
dimana agknya kursus atau ceramah berkaitan bidang ini yang bleh saya hadiri utk memahami dgn lebih lanjut bidang ini..
so kalau mengikut pandangan saudara, antara kambing dan lembu .. mana margin yang tinggi dari segi keuntungan dan permintaan..
minta nasihat…
Mohd Ashraf: W’salam en Hairul. Saya hanya buat fertigasi cili dan tomato. Belum lagi menceburi bidang penternakan. Ilmu dalam bidang penternakan saya perolehi daripada pembelajaran saya serta pengalaman orang lain.
Boleh juga dibuat penternakan intensif dalam penternakan lembu dan kambing. Cara ini bole membuatkan lembu atau kambing lebih selesa dan bila lembu atau kambing selesa, dipercayai dagingnya akan lebih sedap.
Untuk margin keuntungan lembu dan kambing, saya pernah hurai sebelum ni. Saya paste kat sini… Daging kambing dan lembu memang banyak permintaan di Malaysia. Sebenarnya tak cukup pun daging tu dalam Malaysia. Sebab tu terpaksa import dari luar. Kalau ternak lembu, permintaan memang banyak, sebab setiap hari orang makan daging lembu. Boleh check di kedai makan. Setiap hari ada masakan daging lembu. Jarang kita boleh jumpa daging kambing. Bila buat lembu fidlot, 3 bulan dah boleh jual. Harga lembu pulak mahal berbanding kambing. Daging kambing pulak, walaupon jarang kita jumpa di kedai makan, tapi memang ada permintaan, sebab bekalan tak cukup. Walaupon harga kambing murah, tapi kambing perlukan hanya kawasan kecik ja. Tak macam lembu yang perlukan kawasan yang luas. Jadi bilangan kambing bole dipelihara lebih banyak daripada lembu. Apa-apa pon, cuba fikir-fikir tentang pembeli dulu, berapa banyak pembeli yang bole difikirkan di kawasan anda? Pembeli kambing atau lembu? Fikir juga persaingan dengan penternak setempat.
en.ashraf
kalau macam tu ….boleh la saya menempah anak pisang untuk jenis yang boleh di goreng…
ini kerana menurut jawapan en di atas …kalau ada tempahan baru boleh buat…banyak mana yang saye kena tempah……. ke macamana …! ?
dan kalau saya nak menempah anak pisang yang jenis untuk di goreng..pisang dari jenis apakah yang dicadangkan sesuai untuk di komersialkan..
Diharap pihak en.ashraf tidak marah dengan pertanyaan saya yang bertambah-tambah ini..
sebab pepatah lama ada menyebut (kalau malu bertanya akan sesatlah jalan yang kite lalui) he..he.. modify skit
salam
Mohd Ashraf: En Khairul, buat masa ni, saya belum lagi membuka tempahan untuk anak pisang untuk digoreng kerana beberapa kriteria perlu diambil kira sebelum membuat kultur tisu sesuatu jenis tanaman. Insyaallah selepas saya membuka tempahan untuk anak pisang untuk digoreng, saya akan maklumkan kepada semua.
Assalamualaikum!
Menarik web saudara, byk menambahkan info utk saya. Ada beberapa soalan utk saudara:
1) Benih Pisang-Bayaran penghantaran RM25/= utk Negeri Perlis shj kah? Kalau di luar Perlis? Kedah contohnya. Adakah bayaran masih sama?
2) Fertigasi-Cili: Apakah jenis cili yg di sukai dalam pasaran?
(Sbb saya bercadang nak mulakan cili fertigasi)
harap dapat membantu..
Sekian Terimakasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam.Terima kasih kerana melawat blog saya. Penghantaran RM25 tu untuk seluruh Malaysia tak kira berapa unit (min.: 100 unit anak pisang) Cili yang disukai di pasaran ialah kulai, harga pon tinggi.
Assalamuakaikum Encik Ashraf,satu soalan saya di sini berkenaan tanaman cili. Saya masih baru dlm penanaman ni, baru nak cuba dlm 1000 pokok.Boleh terangkan cara cantasan batang(usia pokok) atau yang berkaitan. TQ
Mohd Ashraf: Bila membesar, pokok cili akan ada 1 batang utama, kemudian keluar dahan yang lain. Jadi, kalau nak buat cantasan, untuk mengenalpasti apa yang perlu dicantas, tunggu sehingga batang utama mengeluarkan 2 dahan kat atas (kita akan nampak seperti huruf Y), semua daun atau tunas yang keluar di bawah 2 dahan kat atas tu dibuang.
salam, apa yang saya dengar bahawa pokok cili fertigasi ini tidak boleh bertahan lama, apa kah benar berita ini??? sumber ini saya dapati dari seorang pengusaha nursery orchid yang mana dia juga pernah menanam cili capsicum…
Mohd Ashraf: Assalamualaikum.
Sebenarnya ketahanan pokok adalah bergantung kepada cara penjagaan pokok tersebut. Adakah baja dan racun diberi mengikut keperluan pokok? Jika baja dan racun diberi mengikut keperluan pokok, insyaallah pokok dapat membesar dan boleh tahan sehingga setahun. Fertigasi hanyalah sistem pemberian air dan baja sahaja. Penjagaan lainnya adalah sama dengan tanaman cili konvensional. Berkaitan capsicum pula, jika kawasan tersebut sesuai untuk tanaman capsicum secara konvensional (atas tanah), maka fertigasi pon boleh. Begitu juga sebaliknya.
Disebabkan kaedah fertigasi boleh digunakan tidak kira masa dan musim, ada sesetengah pengusaha yang hanya menanam sesuatu jenis tanaman mengikut harga pasaran. Contohnya dalam masa setahun, seseorang pengusaha menanam 2@3 jenis tanaman. Walaupon jangka hayat sesuatu pokok itu contohnya 8 bulan, pengusaha ini hanya akan menanam pokoknya sehingga 5 bulan sahaja, kemudian beliau akan beralih kepada tanaman lain yang mempunyai harga yang tinggi. Dengan kata lain, pengusaha ini merancang tanamannya dengan berpandukan harga pasaran. Jika cara ini digunakan untuk tanaman secara konvensional, kos yang terlalu tinggi diperlukan untuk proses penyediaan tanah.
Assalamualaikum.
Salam tahun baru…..
Saya memang berminat tentang tisu kultur benih pisang ini,jadi bagaimanakah boleh saya mempelajari kaedah ini?
Adakah ashraf menyediakan kursus utk kaedah ini?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam yusri. Selamat tahun baru juga untuk anda. Buat masa ni, saya belum lagi bercadang untuk membuat kursus pengkulturan tisu ni. Insyaallah, saya akan maklumkan kemudian di blog jika ada kursus yang akan saya buat, tapi insyaallah akan dimulakan dengan kursus fertigasi dulu.
Assalamualaikum..
Saya berminat nak bela burung unta dan rusa secara komersial. . Bagaimanakah nak mula sedangkan saya tidak mempunyai modal dan tanah? saya juga tidak pasti samada saya layak untuk membuat pinjaman. Sila beri tunjuk ajar. Di harapkan agensi seperti MARA dan Jabatan kerajaan dapat membantu saya. terima kasih.
Mohd Ashraf: Untuk bakal petani moden, penternak moden yang baru nak mulakan projek, memang sukar untuk dapat pinjaman. Tetapi kalau dah bela atau tanam pokok walau sedikit pon, insyaallah, mudah untuk dapat pinjaman. Jadi apa yang perlu anda buat sekarang ni, ikuti kursus-kursus yang di anjurkan dalam penternakan burung unta dan rusa. Boleh rujuk pada Jabatan Haiwan tentang kursus tersebut. Bila dah ikuti kursus, baru apply loan dengan sokongan Jabatan Haiwan.
Salam. Tanaman cili sebanyak 600 pokok saya telah mengeluarkan hasil pertama dalam 2 minggu ini iaitu lebih kurang 100kg. Hasilnya saya jual kepada pemborang di pasar. Alhamdulillah.. Masalah saya sekarang, tanaman saya ni bersebelahan dengan sawah padi. Semua pokok yang bersebelah dengan sawah, pokok saya menjadi keringting dan daun berwarna kuning. Apa perlu saya buat ?
Mohd Ashraf: Tahniah, mesti gembira setelah dapat hasil daripada pokok yang di tanam sendiri
Sebenarnya, pokok cili tidak digalakkan di tanam di sebelah sawah padi, sebab racun rumpai yang digunakan untuk membunuh rumpai di dalam sawah boleh merosakkan pokok cili. Kebun RnD saya juga dibuat di sebelah sawah, tapi, SETIAP KALI pesawah meracun padi, saya buat pancuran macam air hujan untuk membersihkan racun yang melekat di daun pokok cili saya. Boleh juga pakai sprinkler untuk membasuh racun di pokok cili. Sepanjang musim padi, 1-3 kali saja pesawah meracun sawah dia. Jadi tak perlu risau sangat. Cuma perlu alert bila pesawah meracun padi.
Ashraf Tahniah….
Mohd Ashraf: Terima kasih Jussy. Datang la sini selalu
askum,
en.ashraf saya bersama dgn kawan saya berminat dgn penanaman kantan.masalah yang kami hadapi adalah untuk mendapatkan modal permulaan projek kami ni.boleh tak en. bg beberapa cdgn kpd kami.
Mohd Ashraf: Memang terlalu sukar untuk dapatkan pinjaman atau bantuan kalau tak start projek. Jadi, tanam dulu kantan dengan keluasan yang kecik. Sekurang-kurangnya 20 pokok ke atas. Kemudian, ambil gambar projek dan pohon lah bantuan untuk besarkan projek. Rasanya modal tak sampai RM200 pon untuk kos bersihkan tanah dan beli anak benih 20 pokok kantan. Boleh kongsi seorang RM100. Gunala cangkul untuk buat batas, rasanya paling lama pon, seminggu dah boleh siap tanam, pastu ambil gambar dan pohon bantuan. Pastikan ada seorang yang menguruskan projek sepenuh masa, tak kerja dan tak belajar. Sebab kelulusan hanya diberi pada mereka yang buat projek sepenuh masa.
assalamualikum saudara. tahniah atas kejayaan anda. saya sungguh teruja untuk mencuba menanam cili disekitar rumah saya seperti saudara buat dlm polibeg.
soalan. 1. dimana saya boleh beli biji benih cili besar.
2. jenis baja dan racun yg saudara gunakan
terimakasih
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en aminuddin. Benih boleh beli di kedai-kedai pertanian. Kalau nak benih Kulai F1 569, saya ada jual. 1gram (lebih kurang 150 biji benih) RM3.50. Tambah RM2.50 untuk Pos Express. Saya pakai baja fertigasi, dan racun organik.
sedara, boleh ceritakan bagaimana memulakan projek fertigrasi cili ini? menarik. bagaimana sistem hos air dan penyiraman auto dilakukan and etc.tq.
Mohd Ashraf: Untuk ceritakan lebih lanjut tentang fertigasi, boleh ke http://www.abiagro.com.my. Di sana juga ada dijual Set Mini Fertigasi Auto. RM168 dan tambahan RM20 untuk penghantaran (RM178). Nak pasang pon mudah, sambung-sambung saja macam LEGO.Manual juga disediakan. Ada 10 polibeg, boleh belajar sistem fertigasi dan makan sendiri hasilnya. Baja fertigasi dan racun organik juga disertakan bersama pakej tersebut.
Assalamualaikum!.
Kalau refer gambar tu, biji benih jagung manis pun perlu di semaikan dalam tray pot juga kah? Banayk kena guna media corp tu kalau 1 relung. Apa jadi kalau di semai terus ke ladang?.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Kalau semai dalam tray, kita boleh pilih anak pokok yang terbaik untuk di tanam di ladang. Pengurusan pon mudah. 1 tempat saja untuk menyiram anak pokok dan jaga anak pokok daripada serangan serangga. Serangga suka pokok yang masih kecil, sebab daunnya lembut (pendapat saya saja). Untuk pokok yang kecil, kita kena jaga macam baby. Jadi kalau 1 tempat saja, tadak la susah nak jaga.
Encik Mohd Ashraf,
Saya berminat untuk menceburkan diri dalam bidang Pertanian Moden dan tertarik dengan sistem fertigasi. Bagaimana caranya nak memulakan dan apakah peralatan yang diperlukan? Cadangan saya nak tanam cili @ tomato secara kecil-kecil dahulu. Apakah pendapat Encik
mengenai cadangan saya itu?
Mohd Ashraf: Cadangan saya untuk sesiapa yang nak ceburi bidang pertanian atau penternakan, buat secara kecil-kecilan dulu. Belajar dengan skala yang kecil sebab pelaburan yang akan dibuat tu bukan sedikit. KECUALI, kalau ada orang berpengalaman yang pantau apa yang anda buat, saya syorkan teruskan buat skala komersial kerana lebih menguntungkan. Untuk peralatan fertigasi penuh, boleh lawat http://www.abiagro.com.my
Assalamualaikum!..
Saya dah send soalan ni, tapi ntah pi kemana tak tau. Sebenarnya saya tertarik dgn benih pisang t.kultur ni. So adalah beberapa soalan nak tanya saudara Ashraf sbb saya dah cari older posting saudara pasal topik ni, mungkin tadak kot.
1) Kenapa mesti tisu kultur. Dari segi hasil ,penjagaan,pembajaan, penyakit adakah sama dgn benih biasa. (bercadang nak cuba jugak). Kat mana blh cari info ni
2) Saya ada beli benih cili (tak sure 833 or 866) tp dah 4-5 bln dok simpan dlm peti sejuk (projek tergendala, infra tak siap). Brp lama blh tahan benih tu & any komen tentang benih jenis tu.
Saya ni baru nak melangkah dlm platform ni, tu yang dok tanya byk tu. Terima Kasih. Semoga 2008 akan lebih baik dr tahun lepas bg saudara.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en Nasir. Untuk soalan pertama, kenapa mesti tisu kultur? Tujuan tisu kultur dibuat adalah untuk pengklonan. Nak banyakkan induk, dan bila dibuat tisu kultur, anak benih tersebut akan bebas daripada penyakit. Jadi, tak sama dengan anak sulur biasa. Daya tahan pokok tersebut juga tinggi sebab dari kecil lagi, pokok tersebut dijamin bebas penyakit dan bila induknya ada buah besar dan pokoknya sihat, klon tersebut juga akan mengikut seperti induk. Bila sesuatu projek dibuat secara komersial, pembajaan dan meracun dibuat secara berkala. Bagi saya, pembajaan dan meracun adalah penting, sama seperti jika menternak binatang. Harus diberi makan dan jika sakit, harus diubati untuk dapatkan hasil yang maksimum.
Soalan kedua pula, benih tu dapat bertahan lama sehingga bertahun-tahun asalkan betul cara penyimpanan. Simpan ditempat kering atau kedap udara dan gelap. Yang selalu saya buat, simpan di dalam sampul surat (kering) dan letak di dalam peti sejuk.
Boleh saya tau apa yang menghalang projek fertigasi ni daripada diteruskan? Mungkin saya boleh bantu
macamana kaedah semain tu
a. Berapa hari baru pindah ke ladang dari tapak semaian
b. apa kandungan tanah dalam tray tu
Mohd Ashraf: a)2 minggu b) peatmoss @tanah semaian
assalamualaikum…
saya begitu teruja dengan cara saudara ashraf menjalankan perniagaan agro pertanian setelah membaca dari blog saudara nih..dan sememangnya ini juga adalah cita-cita saya untuk memiliki sendiri perniagaan seperti saudara…tetapi saya masih lagi diperingkat awal untuk mengumpulkan ilmu dan juga modal untuk memulakan perniagaan ini…dimanakah tempat yang mengadakan kursus-kursus yg sesuai utk saya ikuti bagi perternakan kambing dan juga pertanian moden?
Mohd Ashraf: waalaikummussalam. Untuk kursus, boleh ke jabatan haiwan dan untuk kursus pertanian moden, boleh ke jabatan pertanian. Ada juga kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak swasta. Pastikan ada ilmu yang cukup sebelum melangkah ke bidang pertanian/penternakan. Semoga berjaya.
Terimakasih atas semua jawapan. Amat membantu. Sebenarnya bukan tergendala terus, cuma moving slow sikit. Masalah MASA. Saya keja, weekend ja blh buat. Tp klau dah siap semua infra akan ada org take care la. Nak terus buat fulltime, comfident level rendah lg. Experience pun tadak.Bergantung pd 1st projet ni la. Kalau succes insyaallah, blh di fikirkan.
Bersih tapak dlm bln Ogos last year, musim hujan hampir setiap hari, bersambung puasa (no activiti), hujan balik,bln nov-dec tiap2 minggu org kawin, mcm2 hal, too slow.Tapak dlm 0.8 relung, plan 2000 pokok (bergantung keadaan). Peralatan 30% dah ada. Progres mungkin update dlm blog: http://www.tanjongagro.blogspot.com (baru buat ja, tanya org. hehe..tak publish pun malu..). Blh Ashraf komen sikit pasal blog.
Anyway Ashraf punya blog byk bg info tentang fertigasi, pisang kat saya. So far itu saja.
Thx…
Mohd Ashraf: Nampaknya, en nasir banyak bazirkan duit buat RnD sendiri. Apa kata en Nasir keluarkan duit untuk kursus dalam satu-satu projek dulu. Kemudian, buat projek tersebut hingga berjaya baru pindah ke projek yang lain. Kadang-kadang kita rasa kita boleh buat sesuatu perkara bila tengok projek yang dah ada, tapi kita tak ambil berat tentang perkara-perkara kecik yang kita tak nampak kat projek yang kita tengok tu. Hanya kursus yang dapat beri ilmu dalam sesuatu projek dengan cepat.
Assalamualaikum, saudara Ashraf. Terima kasih kerana menyediakan laman web seperti ini. Saya amat berminat dalam bidang penternakan kambing boer. Dah bertahun2 saya menyimpan hasrat utk menjadi seorang pnternak yang berjaya. Namun halangan utama saya ialah modal dan tapak/tanah. Dan baru-baru ni saya dah dapat tanah pertanian utk disewa milik bapa kawan saya. Masalah yang masih tinggal adalah modal permulaan. Saya langsung tak ada modal kerana saya hanya bekerja swasta dgn gaji yang cukup2 makan anak isteri saya. Jika saya berjaya menerima bantuan/pinjaman, saya bersedia untuk berhenti kerja dan menceburkan diri sepenuh masa dalam bidang ini. Tolong berikan sedikit nasihat dan panduan untuk saya. T.kasih
Mohd Ashraf: Kalau ada RM5ribu, dah boleh buat kandang kambing (pakai kayu 2nd hand) dan pelihara 3-4 ekor kambing baka, termasuk makan minum (palet dan rumput) dan ubatan kambing tersebut. Bila dah ada projek, lebih mudah buat pinjaman untuk besarkan projek. Untuk pinjaman memulakan projek, memang susah ataupon lambat dapat.
Adakah en nu’man dah tau selok belok penternakan kambing? Kalau dah tau, insyaallah tiada masalah. Kalau belum pernah ternak kambing, jangan tergesa-gesa berhenti kerja. Buat dulu dengan 3-4 ekor kambing baka. Tahun pertama memang tak boleh jual kambing tersebut. Tahun ke2, apabila kambing dah beranak dan anaknya dah besar, baru boleh jual. Adakah en nu’man tau kat mana nak pasarkan kambing-kambing tersebut?
Banyak yang perlu difikirkan sebelum berhenti kerja sebab tahun pertama, tiada hasil yang boleh dijual. KECUALI, bila ada permintaan, en nu’man beli kambing orang lain dan jual semula kambing tersebut sementara nak menunggu kambing sendiri boleh dijual.
Seperti contoh saya di atas, dengan bermodalkan RM5 ribu, tambahkan bilangan kambing dan besarkan projek sehinggalah en nu’man tak mampu menguruskan kambing tersebut secara part time barulah berhenti kerja.
p/s:kalau isteri/adik/abang/kakak/ibu/ayah en nu’man tidak bekerja, gunakan nama mereka untuk buat pinjaman
Terimakasih atas nasihat saudara. Memang betul kata Ashraf, dulu saya cuma ikut kawan saja. Sekarang saya cuma nak tumpu kat fertigasi ni saja dulu. Insyaallah sampai berjaya. Utk fertigasi dah attend basic course utk setup system saja, penjagaan tanaman/racun/penyakit mungkin blh tanya org pertanian.cuma nak praktik saja. Doakan saya..
Mohd Ashraf: Rasanya sekarang ni dah ada kursus fertigasi untuk sesuatu jenis tanaman. Ikuti saja kursus yang dianjurkan. Pengikut pengalaman saya, susah jugak setiap masalah nak tanya orang. Tapi insyaallah, dengan sistem fertigasi ni, bila dah lalui 1 musim, dan boleh buat projek lain pula, sebab penjagaan sistem fertigasi yang mudah. Semoga berjaya.
saya ada tanah ladang 2 ekar dan saya berminat untuk tanam pisang.tapi,saya kurang arif.cuma, bimbingan dan rujukan melalui orang tua dan pakcik2 saje.En Ashraf,boleh bagi saya panduan dan bantuan?Terima kasih.
Mohd Ashraf: Insyaallah saya cuba bantu. Ikut saja panduan orang tua dan pakcik-pakcik tu. Sebab mereka dah ada pengalaman. Kalau nak guna anak tisu kultur pon boleh. Tapi seelok-eloknya tunggu musim hujan untuk tanam anak pokok apa-apa pon, tadak la susah sangat nak siram pokok tersebut.Tapi kalau ada sumber air, boleh terus tanam. Masa kecik ni kena jaga betul2 baja dan air. Tinggalkan hanya 2-3 pokok pada 1 rumpun. Untuk bagi baja yang cukup pada tanaman tersebut.
assalamualaikum…. tahniah kerana telah berjaya dalam bidang yang kamu usahakan. saya sekarang ni menghadapi satu masalah. saya harap awk dapat membantu. saya ingin memulakan satu per niagaan, tetapi kekurangan modal. saya ingin membuat pinjaman,tetapi saya tidak mempunyai kepakaran dalam membuat kertas kerja yang mantap. adakah awak boleh bagi kepada saya contoh kertas kerja yang mantap. perniagaan yang saya hendak laksanakan ini ialah penternakan ayam kampumg organik. jika awak tidak keberatan utk membantu saya, awak bolehlah hantak email kpd saya dialamat radie_peace@yahoo.com atau terus contact kapada saya 019-9272757. untuk pengatahuan awak, kita sekarang ni berkongsi nama. nama saya juga mohd ashraf. harap awak dapat membantu saya.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam Ashraf
Untuk kertas kerja, boleh klik link ini KERTAS KERJA
aslm wbh,utk baja mcm mana nak tau kandungan campuran sesuai dgn tanaman cili jika tiada EC meter? Apa pandangan sedara jika memakai benih yg murah spt di pasar raya? Memandangkan harga baja dan racun dah naik ada alternatif lain tak.Tq
Mohd Ashraf: W’salam. Boleh juga pakai benih yang murah, tapi kualitinya tidak terjamin. Kalau tiada EC Meter, tengok pada daun. Kalau kuning, kekurangan baja, kalau hijau terlalu gelap, terlebih baja. Buat masa sekarang, tiada lagi alternatif lain untuk racun dan baja. Saya masih lagi membuat kajian tentang racun dan baja alternatif. Insyaallah saya akan publish di blog saya tentang hal ini kalau saya berjaya.
Alhamdulillah..semakin bertambahlah ilmu saudara. Semoga blh la berkongsi idea. Semoga berjaya.
Mohd Ashraf: Terima kasih. Ilmu yang saya dapat pon daripadaNYA, jadi kena la kongsi dengan orang lain
As’kum. Bagaimana nak tanam pokok betik dari biji buah betik yang baru dimakan? Terma kasih
Mohd Ashraf: W’salam. Maaf, saya kurang arif cara tanaman betik. Risiko tanam biji betik tanpa pengetahuan yang secukupnya, bila pokok dah besar, jadi berbunga. Jadi, untuk jaminan, bagus beli anak betik yang dah siap dijual dalam polibeg.
assalamualaikum..saya amat berminat untuk projek penternakan ayam kampung, tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan projek tersebut dan apakah proses-prosesnya. Untuk pengetahuan pihak tuan saya mempunyai tanah milik bapa saya yang terbiar berdekatan dengan rumah saya jadi saya ingin mengusahakan tanah tersebut dengan memelihara ayam kampung kerana saya dapati pasaranya sentiasa ada, dan saya amat berminat dalam bidang ini, oleh itu saya amat berharap agar pihak mara dapat membantu saya dari segi pinjaman ataupun kursus yang perlu diikuti sebelum memulakan projek tersebut. sekian dan terima kasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Untuk memulakan sesuatu projek, kena ada pengetahuan. Nak dapatkan pengetahuan, hasil daripada pembacaan dan kursus. Paling penting kursus jika anda ingin membuat pinjamana atau bantuan. Sebab dengan sijil kursus tersebut, membuktikan anda ada ilmu tentang sesuatu projek. Tapi jika anda sudah menjalankan projek, projek anda itu menunjukkan ilmu yang anda ada dan terbukti berkesan.
Boleh melawat website Dr Zainol tentang ayam organik serta mungkin boleh meminta khidmat nasihat daripada beliau. http://www.organicchicken.enetmyne.com/
salam……….
Tuan,
saya ingin membuat RP berkenaan kedai makan.bolehkah tuan tunjukkan / terangkan bagaimana fotmat yang sesuai?
terima kasih
e-mail ;
zam_eina8182@yahoo.com
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam Ashraf
Untuk kertas kerja, boleh klik link ini KERTAS KERJA
Assalamualaikum..,
Saya nak buat projek ternak ikan ketutu. pasaran secara kontrak farming RM44.00/kg. paper work dh ready dgn kos keseluruhan RM111,510. plan nk buat loan MARA 70% dan modal sendiri 30%.
Skrg ni sata confius, nak proceed utk loan tu ke, atau kecilkan sikit modal. sebab ini br nk mula projek. takut loan tak lps.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Kalau kecilkan modal, nanti modal tak cukup bila projek dah jalan. Berlaku jujur, insyaallah kalau ada rezeki anda, apa yang anda impikan akan dapat. Semoga berjaya.
assalamualaikum..
saya amat berminat untuk menjalankan perusahan ternakan ayam kampung.Bolehkah ashraf bagi saya contoh-contoh kertas kerja tersebut.
sekian dan terima kasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Saya hanya ada contoh kertas kerja ikan keli, kambing dan lembu. Mungkin boleh dioleh sedikit untuk sesuaikan dengan ayam kampung. Sila klik link ni untuk dapatkan contoh Kertas Kerja
Assalamualaikom En. Ashraf, saya dari selangor ,Bandar Baru Bangi. Setelah saya dengar artikal dalam tv yang saudara telah berjaya menanam cili cara agrotek, saya rasa terpanggil untuk mengusahakan tanaman tersebut di daerah saya, jadi kalau boleh saya ingin bantuan saudara dan pandangan yang bernas bagaimana hendak memulakannya,bagaimana pasaran nya dakah persatuan peladang negeri bersedia membantu dalam pemasaran dan adakah jabatan pertanian bersedia memberikan bantuan.Jika kita nak mula pemasangan sistem dan aliran air juga campuran baja boleh tunjuk ajar saya. sekia terima kasih.
tuan satu ingine pum air berapa kos dia, dan apa nama ingine tersebut jenis apa yang sesuai digunakan sebab saya tak biasa lagi
Mohd Ashraf: Waalaikummusssalam. Saya belom pernah masuk TV lagi berkenaan tanaman fertigasi, tapi pernah berlakon drama TV masa darjah 5
. InsyaAllah saya cuba bantu jika perlukan bantuan saya. Berkenaan pam air, mesti gunakan pam manual untuk sistem fertigasi. Pam yang murah dan berkualiti boleh cari jenama LEO.
Tuan saya ada baca cadangan tuan suruh buat cara kecil-kecilan dulu . Kalau saya Order sepuloh beg adakah tuan akan hantar kat tempat saya ni bandar baru bangi selangor?
Mohd Ashraf: Ya, set akan dihantar di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sila buat tempahan di http://www.abiagro.com.my . Terima kasih
ok saya akan cuba cari ngine tu terima kasih atas info tuan
Mohd Ashraf: Sama-sama. Selamat berjaya
Askum,
saya berminat dgn tnm cili, masalahnya, bila anak cili tumbuh dan akan mati selepas tinggi 2 cm, daun jadi layu.apa boleh saya buat
Mohd Ashraf: W’salam. Mungkin terkena lecuh anak benih. Dapatkan biji benih yang telah dirawat atau rawat biji benih dengan racun kulat sebelum di semai.
Assalamualaikum!..
Insyaallah nanti saya letak gambar.
Teknologi pertanian sekarang dah mcm ICT pulak. Cepat upgrade. Klau ada photo, menarik tu..
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Cuba tengok tarikh artikel tersebut dikeluarkan. Pada Julai 1999
Salam..saya dah decide untuk fokus dalam bidang penternakan kambing..so buat permulaan saya ingin join ‘contract farming’…beli dalam 2 ekor kambing then biar ladang tu jaga..dalam masa yang sama saya akan belajar cara2 utk menternak kambing disitu sebelum saya buat sendiri..kursus mungkin lambat sikit saya pegi coz bajet tahun depan baru start projek…skang nih still proses wat researh,paper work n lawat mane2 ladang ternak..apa pendapat saudara..
Mohd Ashraf: Pastikan syarikat yang membuat contract farming tu memang terbukti menguruskan pelaburan klien sebaiknya dan tidak hanya mementingkan keuntungan. Selamat berjaya.
En Ashraf xder buat penanaman cili padi?pada pendapat saudara mcm mana potensinya?jika saudara ader buat bleh lah kita berkongsi pengatahuan. ad_ebz@yahoo.com
Mohd Ashraf: Saya juga ada buat cili padi, tapi beberapa polibeg saja untuk uji keberkesanan pokok dalam polibeg. Memandangkan buah cili padi tu kecil, jadi perlukan buah yang banyak untuk dapat berat sekilo. Sebab tu buah cili padi mahal.
salam,
kami ingin menceburi bidang pertanian commercial tetapi tiada tanah sendiri. Lagipun saya graduate biomedical science yg mana tiada sanngkutput langsung dengan agriculture, tapi sanggup ambil kursus untuk memperoleh ilmu yg secukupnya. Suami saya pula ada bakat menanam tetapi tiada sijil apa-apa pun. Apa cadangan saudara tentang langkah permulaan yang sesuai?thank you very much
Mohd Ashraf: Salam Puan Nur Ain. Banyak cara sebenarnya. Cara paling mudah, cari tanah sewa dah teruskan dengan projek. Kalau perlukan bantuan/pinjaman, kena gunakan nama orang yang tak bekerja untuk memohon (kalau bekerja sendiri boleh memohon) Saya juga lulusan bukan pertanian, tapi disebabkan minat, saya teruskan juga perjuangan dalam bidang pertanian moden.
saya ingin memlulakan projek ternakan burung puyuh,tetapi tiada modal untuk memulakan projek.Jadi apakah yang harus saya lalukan..
sudah banyak usaha untuk mendapatkan pinjaman dari website2 kerajaan..tolong la beri pendapat apa yang harus saya lakukan..
saya juga telah menyertai kursus ternakan burung puyuh dibawah anjuran MOA tetapi dilepas kan begitu sahaja..
Mohd Ashraf: Fitri, kenapa tidak mulakan projek secara kecil-kecilan dulu? Memang susah nak dapat loan atau bantuan kalau baru nak start projek. Cuba start dengan 10 ekor burung, kemudian apply loan/bantuan untuk besarkan projek. Boleh juga apply dengan Jabatan Belia dan Sukan untuk dapatkan RM2K (tak perlu bayar balik) atau apply Skim MPEB (pinjaman).
Insyaallah kalau dah start projek walaupon sikit, peratus untuk dapat bantuan / pinjaman lebih tinggi daripada mereka yang belom jalankan projek. Buat je sangkar yang kecil, muat untuk 10 ekor burung puyuh.
salam…saya ada 2 masalah :-
1) cili saya telah sampai ke peringkat akhir mengeluarkan hasil pertama. masalah saya sekarang daun pokok berwarna kuning dan cili saya ditebuk ulat. projek saya ini berdekatan dengan bendang(2m). pelbagai jenis racun yang telah suami saya cube. ta[i tak mendatangkan hasil. semakin hari semakin banyak ulat ni merebak dr satu pokok ke pokok lain. apa saya perlu buat ?
2) saya telah mengambil borang pinjaman dari BPM untuk memperbesarkan projek saya ini. tp syarat yang dikenakan
saya perlu mendaftar perniagaan selepas 3 bln baru saya boleh memohon. masa 3 bulan terlalu lama bagi saya. bagaimana saya nak dapatkan pinjaman dengan lebih cepat ?
Mohd Ashraf:
1) Letak racun 2 hari sekali dengan kadar lebih sedikit daripada yang disyorkan untuk masalah ulat. Daun berwarna kuning mungkin disebabkan kekurangan baja. Sebenarnya cili kurang sesuai ditanam di sekitar bendang, sebab racun yang digunakan oleh pesawah boleh merosakkan pokok cili.
2) Buat personal loan seminimum yang boleh (untuk keperluan sehingga dapat pinjaman daripada BPM sahaja). Kemudian selebihnya apply loan BPM mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Perlu diingat, kadang-kadang pinjaman atau bantuan lambat dapat, jadi kena ada back up money sehingga dapat pinjaman. Pinjaman persendirian juga perlu dibayar sebulan selepas dapat pinjaman tersebut, jadi rancang wang anda sebaik-baiknya.
Saya nak tanya pasaran untuk rock melon ni.. dimana dan berapa harga ladang sekilo? berapa harga pasaran? Rasa2 macam berminat gak..Anyway good luck 4 u..
Mohd Ashraf: Bergantung kepada pasaran. Saya kurang mempunyai pengetahuan dalam pemasaran rock melon. Saya harap dapat belajar sesuatu dengan melibatkan diri dalam projek fertigasi rock melon jabatan pertanian.
Assalammualaikum..
Macam mana nak selamatkan pokok yang terlebih baja daripada mati?
Mohd Ashraf: Bagi air yang banyak kat pokok tu, sampai keadaan pulih seperti sedia kala
aslm en ashraf apa akan terjadi jika pokok terlebih baja… boleh ke kita peramkan baja organik ppejal yg dibeli di nursery dalam tong air? saya hanya buat kajian sendiri baru je 10 pokok dah 1 bulan lebih.. En Ashraf ada buat exhibition luar negeri perlis? Tq
Mohd Ashraf: w’salam. Pokok terlebih baja samalah juga seperti manusia yang terlebih makan. Boleh memudaratkan pokok. Sepengetahuan saya, kalau peram baja organik mungkin akan menyebabkan bakteria membiak dalam tu. Jadi mungkin boleh membahayakan pokok. Itu adalah kemungkinan yang mungkin terjadi, tapi saya belum cuba, jadi tiada kata muktamad dari saya. Insyaallah saya mungkin akan membuka booth di MAHA 2009 kalau ada. Saya tak sempat prepare untuk MAHA 2008. Kalau ada jemputan daripada mana-mana organizer luar negeri Perlis, mungkin saya akan join exhibition tu kalau tiada aral.
Assalamualaikum!
Saya ingin tahu adakah en Ashraf menjual benih k.tisu pokok pisang lang
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Buat masa ni, saya hanya jual kultur tisu pisang berangan saja
salam sedara ashraf,
saya ni berminat nak menternak lembu daging.
thanks a lot sebb banyak benda yang saya dah tahu bila tgk web ni.
sekarang semangat sy lagi bertambah nak join bidang penternakan lembu ni.
Mohd Ashraf: Salam, selamat berjaya dan jangan putus asa
nak tanya, pasal penghantaran set fertigasi yang 100 unit, cam ner tu, berapa kos penghantarannya…… Lepas tu dia nyer baja, mmg ada special or baja2 biasa pun bole.
Mohd Ashraf: Saya kena tau lokasi anda untuk bagitau kos penghantaran. Apa2 baja yang boleh larut dalam air, boleh dijadikan baja fertigasi. Seelok-eloknya, gunakan baja fertigasi, sebab bajanya mempunyai antara kandungan nutrien lengkap untuk pertumbuhan pokok.
Assalamualaikum!
Saya pun pernah dpt offer camtu, dia punya fee mcm la kita org kaya. Bg offer hotel free pun punya la jauh…hehe. Pandai betui depa pujuk kita..Rasa mcm membazir ja sbb itu bukan priority kita..
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Saya dah jangka perkara tersebut, tapi nak pengalaman bagaimana mereka ni beroperasi
Memang dari awal lagi set untuk tidak terpengaruh dengan sebarang offer. Satu lagi, memang nak tulis pengalaman tersebut di blog untuk kesedaran kepada orang ramai.
Assalamualaikum!..
Hehe..rupanya dah lama ka benda ni. Maklumla baru nak berjinak dlm bidang ni. Saya dah tgk diagram sistem ni kat forum carigold.com. Posting oleh abiexpert…hehe mcm pernah dgr. Sebelum ni tak pernah tahu/dengar ada sistem mcm tu…Satu pengetahuan utk saya..
Thx…
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Banyak teknologi baru dalam bidang pertanian dan hanya baru-baru ni saja didedahkan kepada rakyat Malaysia. Teknik aeroponik ni rasanya perlukan kos yang tinggi dan mungkin pada masa tu, pimpinan Dr M tidak menekankan kepada pertanian.
Askum..trelebh dahulu saya ingin mengucapakn syabas kepada En Ashraf..kerna mempunyai blog yg hebat!!! masalah saya sekarng ialah tanah…saya tak mempunyai tanah untuk mengalihkan tanaman cili yg sy usahakan dlm poly bag sebanyak 100 nie..puas sy cri tanah untuk di sewa d sekitar KL or selangor. tpi xda..mcm mana? Tanah oh tanah…
Mohd Ashraf: W’salam. Terima kasih. Kena cari tanah luar KL / Selangor. Tapi pastikan anda ada seorang pembantu yang menjaga kebun sepenuh masa dan anda perlu melawat kebun sekurang-kurangnya seminggu sekali. Bila dah jauh, better buat skala besar.
assalamualaikum..
saya skrg tgh menanam cili sebanyak 100 pokok dlm poly bag. tapi masalah sy skrg ialah tanah.. sy hanya meletakn pokok cili ini di tepi rumah..akibatnya..tanaman ini jadi rosak akibat trlalu sempit. puas sy cari tanah d sekitar KL or selangor..tp mengecewakan…tlg sya!!! Hidup Melayu!!!
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Daripada banyak pokok yang rosak, better buang sikit pokok tu. Seeloknya jaga kualiti buah, bukan kuantiti pokok.
selamat sejahtera encik….
saya sivakhumaar, ingin menanam pokok bunga melur, ladang sedia ada…sekarang saya tidak mampu membeli pokok melur dan bajanya. bagaimana saya nak mula penanam bunga tersebut , adakah saya dapat pinjaman kewangan
Mohd Ashraf: Salam sejahtera En sivakhumaar. Cadangan saya, anda beli pokok dengan berapa modal yang anda ada. Jangan fikir untuk penuhkan keseluruhan ladang serentak. Boleh buat secara sedikit-sedikit. Lama-lama penuh juga ladang tersebut.
Apply loan dan tambah sikit-sikit pokok melur kat ladang. Banyak karenah untuk dapatkan loan pertanian ni, loan lambat dapat dan sebagainya, kecuali anda buat personal loan.
tahniah kerana menyediakan blog yg berguna . Sama2lah kita memertabatkan pertanian adalah satu cabang perniagaan. Semoga kita sama2 berjaya. Http//kambing-boer-agrofarm.blogspot.com
Mohd Ashraf: Semoga anda juga berjaya.
Assalamaualaikum?
Dengan menggunakan set uniform tu, adakah kita benar2 selamat dari terkena racun. Bukan apa sy allergic sgt dgn racun. Klau terbau ubat nyamuk spray pun dah sakit kepala…Inikan sebulan 4 kali. Tgh dok cari idea..
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam.Apa yang saya pakai tu, tak berapa selamat juga. Tu adalah lindungan paling minimum
assalamualaikum..
berapa lamaa tempoh yang MARA hendak kita bertani baru diaorg lepaskan pinjamn? apakah syarat2 nya? bantu saya…
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Setahu saya, 3 bulan. Tapi cuba ke MARA yang terdekat untuk maklumat lanjut.
salam,
Saya berminat dengan pertanian..cuma tak tau mcm mana nak mulakan..saya mempunyai modal yg kecik adalah dlm 1500…tanah pun tak ada..saya berminat untuk menanam pokok cili kulai secara fertigasi..apa yg saya harus lakukan? Knowledge asas tani, sya belajar sendiri dari buku yg saya pinjam dari lib n dari IT n of course your BLOG!!! Help me sir, i don’t how and where 2 start!!!!??
Mohd Ashraf: Kalau tanah tiada, boleh sewa. Jauh atau dekat dengan tempat anda tinggal perlu diambil kira sebab akan melibatkan kos. Adakah anda nak buat pertanian ni sebagai pekerjaan utama anda? Kalau ya, tiada masalah. Keluarlah mencari tanah untuk disewa hatta jauh beribu batu pon, tapi kalau rezeki anda ada di sana, insyaAllah tiada apa yang perlu ditakuti. Kalau nak jadikan pertanian sebagai pendapatan sampingan, kena cari kawasan yang dekat dengan tempat tinggal, sebab kena monitor juga apa yang kita usahakan.
Bagus En Asraf. Welcome to pertanian world. Saya ada buat fertigasi juga. Tapi saya tanam cili. Ada dalam dua site. Satu site ada 1000 polibag open space. Yang Lagi satu site pakai rumah. 18′x 80′ ada 10 biji rumah. Tapi yang pakai rumah ada fail sikit sebab masa pokok cili tengah cantik naik pekerja kena antar balik indon. So pokok tak terjaga. Abis sakit pokok semuanya. Tapi tak putus asa. Buang semua pokok yang sakit. So tengah set up untuk tanam baru. Ambil pekerja baru. Harap harap tak fail macam sebelum ni. Tapi satu jer yang saya nak kongsi dengan semua JANGAN CEPAT PUTUS HARAPAN. Rezeki tu Allah tentukan. So hope you will success in your fertigasi. Mungkin boleh kongsi pengalaman dan sakit pokok melon. My next season nak buat melon pulak. Nak rotate.
Mohd Ashraf: En Abdul, insyaallah saya akankongsikan pengalaman tanaman melon nanti kat blog.
aslm wbh saudara ashraf,pokok cili dah berbunga tapi ada 3,4 pokokyang kerap gugur bunga dan pangkal pada tangkai bunga berwarna coklat,apa punca jadi sebegitu.Terimakasih
Mohd Ashraf: en Azwan, tak pe, bukan masalah kritikal tu
nak dapatkan satu contoh kertas kerja
Mohd Ashraf: En Farid, untuk kertas kerja, boleh klik link ini KERTAS KERJA
assalamualaikum…
haibest ;a blog awak nie.. sgt2 informative.. tahniah..
plg best dpt tgk gambo2 pokok2 yg awk tanam tu..pas baca blog ni.. cita2 nk jadi petani modern membara balik.. sbb skrng saya kejer ngn private sector.. sy science stream, tp minat sgt nk jd petani.. sbb suke tgk alam.. =)
semoga kita semua berjaya dalam mencapai cita2 kita.. Amin..
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam ira. Terima kasih dan semoga anda juga berjaya
salam…
thank`s coz menyediakn blog yg sgt brguna ni, byk info brguna yg sy dpt dr blog en. ashraf ni, thank`s a lot.. insyaallah, sy psti akan memerlukn bantuan en. ashraf kelak utk memulakn projek terutama teknik fertigrasi ni.
moga en. ashraf akan terus maju serta dpt membimbing bangsa kita seperti sy yg minat dlm bidang ini, insyallah..
Mohd Ashraf: Salam. Terima kasih dan semoga anda juga berjaya. Kalau ada bantuan, boleh hubungi saya
saya berminat untuk memulakan penternakan lembu/kambing. saya mempunyai tanah untuk menternak. cuma sekarang ni saya inggin tahu anggaran modal permulaan untuk penternakan.. sbb nak buat bujet , maklumlah ada anak bini yang nak disara..
saya dah ada tanah / dan ada org yang boleh pinjamkan 3 ekor lembu untuk saya mulakan penternakan.. tapi saya ingin tahu kos untuk memagar/makanan/air/kandang lingkungan berapa ?
terima kasih
Mohd Ashraf: En yusoff, boleh tengok link ni CADANGAN PROJEK LEMBU FIDLOT. Kandang yang dia buat tu betul2 jimat. Guna kayu terpakai. Jadi, jangan keluarkan modal banyak sangat. Gunakan kayu terpakai untuk buat pagar. Kalau jiran saya ni, dia ikat saja lembu2 dia tu, tak pakai pagar pon. Hanya ada kandang tempat lembu tidur/ berteduh. Makanan pula, dia hanya beri rumput, potong rumput/ lalang kat tepi jalan dan beri makan lembu. Untuk permulaan, fasiliti tak perlu buat elok-elok, tumpukan pada penjagaan lembu untuk jual lembu di kemudian hari. Kecuali kalau anda ada peruntukan.
salam sejahtera, saya rahim bekerja dalam sector awam (MBJB) dan saya memang cercita2 untuk menceburkan diri dlm sector pertanian.namun saya terpaksa berdiam diri atas sebab2 berikut:
1) saya tiada tanah untuk melaksanakan projek, terfikir juga untuk mengunakan tanah rizab di bawah kabel tnb, namun saya tidak tahu boleh atau tidak?
2)dengan waktu kerja saya sebagai p.penguatkuasa, jenis apa yg sesuai untuk saya lakukan pertanian/penternakan/perikanan?
3)sekiaranya saya telah berjaya dalam mengeluarkan hasil, bagaimana cara untuk memasarkan?
4) dan masalah modal.
harap tuan yang berpengelaman dapat membantu saya.sekian terima kasih.
Mohd Ashraf: Salam sejahtera en Rahim.
1) Boleh guna, kena berhubung dengan TNB kalau ada kekosongan (Ramai yang dah sewa tanah bawah kabel TNB tu, bagus anda terus apply tanah tu, sebab bukan senang nak dapat, ramai orang minta)
2) Kalau anda ada pekerja, tak kisah sektor mana-mana pon boleh. Kalau tiada pekerja, saya cadangkan buat fertigasi atau ikan dalam kanvas, lintah ni boleh buat part time.
3) Sebenarnya, kajian pasaran perlu dibuat sebelum memulakan projek. Kalau boleh buat kertas kerja, anda akan nampak bagaimana perjalanan projek anda tu nanti.
4) Kalau kertas kerja anda ok, insyaallah senang nak dapat loan. Sekarang ni banyak bantuan diberi dekat-dekat dengan pilihan raya. Kena ambil peluang ni.
assalamualaikum……
wah2….dasat gila hang ayap dah jadi usahawan…pasaipa aku tak dengar cita hang buakak booth kat perlis pun….perghhhh dasat..aku dah promote kat bdk2 staf aku pasai fertigrasi…suma berminat…leh ar buat projek ngan aku…untuk org2 utara…aku syorkan explore bisnes kerepek pisang…sbb aku tgk di selangor nih maju ngan kerepek..so cuba la…allies(betui ka aku eja nih) ngan mardi pasal projek nih
Mohd Ashraf: Pali, apa-apa hang kontek aku kalau ada projek bagus
ASSALAMUALAIKUM ASHRAF..
SAYA NI MINAT GAK DGN KAEDAH PENANAMAN FERTIGASI,
CUMA TAK PERNAH TENGOK DGN LABIH DEKAT.
BOLEH BAGI ALAMAT TAK DAPAT GAK SAYA GI TENGOK & BELAJAR
PASAL FERTIGASI
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Jemput la mai Perlis. Klik kat sini untuk tengok peta ke tempat saya.
askum … sy ena student kolej… sy nak wat projek about penternakan udang harimau…. boleh tak en. ashraf… bagi maklumat about penternakan udang harimau ni…
Mohd Ashraf: W’salam ena.
Udang Harimau (Penaeus Monodon) adalah salah satu jenis udang air payau / laut yang sesuai diternak di kolam kerana ianya mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan kadar tumbesaran yang cepat.
Di Malaysia akhir-akhir ini, usaha menternak udang harimau sedang berkembang pesat dengan semakin bertambahnya penglibatan dari pihak swasta, agensi kerajaan dan juga orang perseorangan.
Antara faktor yang menggalakkan penternakan udang harimau adalah :-
1. Terdapatnya banyak kawasan yang berpotensi.
2. Permintaan yang tinggi
3. Jaminan harga pasaran yang baik di dalam negeri mahupun di luar negara. Contoh:
Pada masa ini harga pasaran bagi udang yang bersaiz dalam lingkungan 25-35 ekor/kg ialah di antara RM 20 –RM 30/kg.
4. Penglibatan pihak kerajaan dan swasta dalam membangunkan ternakan udang harimau seperti LKIM
5. Penggunaan teknologi tinggi dalam ternakan.
KRITERIA YANG SESUAI UNTUK PEMILIHAN TAPAK
Kriteria-kriteria asas yang perlu diambilkira sebelum kolam dibina adalah seperti berikut:-
1. Berhampiran dengan punca air payau/laut yang mempunyai kadar kemasinan 15-30ppt. Dan ianya mestilah juga bebas dari pencemaran (seperti bahan buangan industri dan pertanian).
2. Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya.
3. Berhampiran dengan pusat penetasan.
4. Keadaan tanah yang berupaya menakung air seperti liat berpasir ataupun liat dimana kemasaman pH 6.5-8.5 (basah)
5. Mempunyai modal yang mencukupi mengikut keperluan sistem ternakan yang akan dijalankan.
6. Mempunyai strategi pemasaran yang baik.
PEMBINAAN KOLAM
1. Kolam boleh dibina antara saiz 0.3 – 1.0 hektar luas permukaannya dan kedalaman antara 1.5m – 2.0 m. Pembinaan kolam hendaklah berhampiran dengan punca air.
2. Saluran air masuk dan keluar perlu dibina untuk kemudahan pertukaran air semasa pemeliharaan udang dan ia juga perlu untuk pengeringan air selepas hasil dikutip. Penggunaan pam untuk memasuk dan mengeluarkan air boleh digunakan tetapi melibatkan tambahan kos.
3.Untuk ternakan secara intensif susun atur, reka bentuk dan pembinaan kolam mestilah dibuat dengan bijak dan berhati-hati, terutamanya aspek asas yang penting iaitu ban, pintu air masuk dan keluar. Jika pembinaannya betul dan mematuhi kehendak, kejayaan berterusan operasi akan dapat dicapai bagi kaedah ternakan secara intensif.
4. Sistem air kolam intensif.
a. Punca air
b. Sistem pam\
c. Kolam takungan
d. Pintu air masuk/keluar
5. Reka Bentuk Kolam Intensif
a. Kedalaman 1.3m-1.5m
b. Lerengan ikut jenis tanah 1:2, 1:1, 2:1
c. Kecerunan dasar 1: 200
d. Saiz kolam 0.5 – Iha.
e. Pintu air masuk dan keluar.
PENYEDIAAN KOLAM
Sebelum ternakan dijalankan, kerja-kerja penyediaan kolam perlu dilakukan. Tempoh penyediaan kolam berbeza mengikut cuaca, keadaam kolam dan masalah setempat.
1. Pembuangan Lumpur:
-Lumpur hitam perlu dirawat atau dibuang setiap kali selepas sesuatu pusingan ternakan dijalankan samada secara mekanikal, biologikal atau menggunakan bahan kimia.
- Cara mekanikal boleh dibuat dengan menggunakan jentera, pam atau mengalirkan melalui pintu air.
- Cara biologikal iaitu menggunakan bakteria yang boleh mengeluarkan enzim untuk menghalang pembentukan lumpur hitam.
- Cara kimia pula adalah dengan menggunakan bahan seperti Calcium peroxide, Potassium permanganate, Zeolite, Iron oxide dan Ozone.
2. Penjemuran :
Penjemuran dibuat sehingga dasarnya retak, biasanya 1 hingga 2 minggu bergantung pada cuaca. Tujuannya untuk mengoksidakan bahan organan atau lumpur hitam.
3. Membaiki Sturuktur Kolam
Pemeriksaan rapi perlu dibuat agar sebarang kerosakan boleh diatasi/baiki segera sebelum ternakan diteruskan termasuk memasang jaring pada pintu air.
4. Mengapur
Kapur adalah untuk meneutralkan kandungan asid tanah dan mengurai bahan organan serta mengurangkan pengumpulan bahan kimia yang toksik pada udang.
5. Kawalan Perosak/Pemangsa :
Pengeringan sepenuhnya serta menggunakan penapis yang sesuai boleh mengawal ikan-ikan pemangsa. Bagi kolam yang tak boleh dikeringkan sepenuhnya maka penggunaan racun perlu digunakan.
6. Pemberian Makanan :
Makanan biasanya diberi 3- 4 kali sehari. Jenis makanan pellet yang diberi mengikut saiz udang.
PENGGUNAAN PERALATAN MEKANIKAL
1. ‘Automatik Feeder’
–Tidak memerlukan tenaga buruh
-Jimat kos.
- Mengelak pembaziran
- Waktu pemberian makanan lebih tepat.
2. Sludge Pump.
-Kaedah mekanikal untuk mencuci dasar kolam.
Kolam HDPE
-Dasar kolam lebih bersih.
-Ruang untuk udang makan lebih luas.
-Mengelak kebocoran kolam.
PARAMETER YANG SESUAI UNTUK TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF
-Oksigen Terlarut – 5 ppm
-pH – 7.5-8.5
-Hardness – 70 ppm (masalah warna air jika kurang 50 ppm)
-Suhu – 27-32?C
-Karbon Dioksida – <2 PPM
-Copper - <0.1 ppm
-Hydrogen Sulfid - <0.1 ppm
-Saliniti – 15-25 ppt
- Ketelusan – 30-60 cm
-Kedalaman air – 1.3 -1.5 m
CIRI-CIRI RINGKAS UNTUK MEMILIH BENIH UDANG YANG BERKUALITI
1. Bentuk dan Sifat:
1. Keadaan benih yang aktif, saiz sekata, warna dari coklat muda ke coklat, badan yang tidak melengkung, uropod (sirip ekor) sentiasa kembang.
2. Analisis Mikroskopik:
1. Benih bebas dari organisma seperti Zootharnnium, Epistylis dan Detritus Antenanya (sesungut) panjang lurus dan rapat.
2. Badan mesti bersih dari kotoran, licin dan jernih.
3. Rostrall spines 6-7
4. Otot dalam segmen abdominal ke 6 cukup lengkap penuh dengan kulit.
KUALITI AIR
1. Oksigen Terlarut (D.O):
Air dapat menampung oksigen yang rendah pada suhu yang tinggi. D.O. akan lebih tinggi pada suhu yang rendah. Perkara yang sama berlaku pada siliniti. D.O. rendah pada siliniti tinggi dan D.O. tinggi pada siliniti rendah.
2. Bagaimana D.O. Memasuki Air:
a. Air yang mempunyai D.O yang rendah perlu diganti dengan air baru yang mempunyai D.O yang tinggi.
b. Bloom (plankton) dan alga di dasar kolam menambah D.O. semasa siang (Fotosintisis).
c. Udara diserapkan kedalam air melalui ombak, hujan, pam dan kincir angin.
3. Apabila D.O<3.0 ppm ketegangan mula berlaku. Udang akan berenang ke permukaan air dan ke tepi kolam. Apabila D.O < 1.5ppm udang akan mulai mati.
SALINITI
1. Udang membesar dengan baik pada saliniti air yang rendah. (10-20 ppt). Saliniti dalam tahap biasa adalah diantara 12-15ppt. Apabila saliniti melebihi 15ppt, air dalam badan udang akan meresap keluar. Untuk mengganti kehilangan air, udang mestilah mengepam air dari luar badan ke dalam badan. Tenaga pam ini menggunakan makanan yang sepatutnya digunakan untuk tumbesaran udang. FCR akan bertambah kerana lebih makanan akan digunakan untuk menjalankan pam tersebut.
SUHU
1. Pada suhu tinggi( >35 C ) banyak kejadian berlaku dengan cepat. Udang mengalami tekanan, mudah dijangkiti penyakit serta D.O. dan pH berubah dengan cepat.
2. Suhu yang tinggi menyebabkan :
1. Air kolam akan menampung D.O yang sedikit.
2. Udang membesar dengan cepat dan memerlukan lebih makanan.
3. Bloom dan komuniti dasar cepat membesar.
4. Pengurusan kolam menjadi lebih sukar apabila suhu meningkat.
PUNGUTAN HASIL
Selepas 3-5 bulan udang sudah sampai ke saiz pasaran. Udang boleh dipungut dengan cara:
i.. Tangkapan sebahagian, iaitu menggunakan pukat, tangkul, pukat perangkap, jala dan pukat permindahan terbuka.
ii. Tangkapan semua, iaitu menggunakan pukat keroncong dan pukat tarik.
ANALISA PENDAPATAN & PERBELANJAAN UNTUK 1 PUSINGAN
-Pendapatan: Jualan (RM 17.00/kg ) RM 76,500
-Kos Operasi : Penyediaan Kolam – 1,000
Benih 5,400
Makanan 31,500
Letrik 12,000
Buruh 2,000
Pelbagai 2,000
Jumlah = 53900
Lain-lain kos: Pengurusan 1,500
Penyelenggaraan 2,000
Jumlah 3,500
JUMLAH BESAR 57,400
UNTUNG BERSIH 19,100
NOTA
Saiz kolam – 1 hektar
Kepadatan – 30 ekor/m2
Tempoh Ternakan – 120 hari
Kadar Hidup – 60%
Saiz pasaran – 40 ekor/kg
FCR – 2.0
Tuaian – 4.5 mt
Kaedah ternakan secara intensif adalah satu perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan tetapi ianya berisiko tinggi, dimana ia memerlukan kawalan dan pengurusan yang berpengalaman luas. Banyak pengurusan kolam gagal kerana tiada dan kurang berpengalaman awal dalam industri ini. Masalah ini biasanya berkaitan dengan perngurusan air yang tidak baik berpunca dari kelemahan pengurusan, reka bentuk kolam, aspek teknikal, hatchery dan sistem kolam pembesaran tersebut.
Assalamualaikum Yap,
Hebat nampak sekarang? baguslah idea u ni…
Di mana saya boleh melawat tempat tau lab kultur tisu pisang selain dari synergy di pulau pinang?
Saya ada masalah dengan budget UPSI untuk lawatan pelajar?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en Bakar. Saya akan hubungi di telefon. Terima kasih kerana melawat blog saya.
Assalamualaikum saudara Ashraf,
Erm,,menarik betulla blog saudara nih,,saya terjumpa secara tak sengaja dlm 2,3 minggu lepas. Saya amik peluang baca apa shj yg saudara tulis kat sini. Cukup informatif.
InsyaAllah,,saya sendiri pun mungkin akan terlibat dlm bidang fertigasi ni dlm tempoh setahun dua lagi,,bila masa dah sesuai. skrg nih masih bekerja dgn sebuah bank. Seronok baca kisah kejayaan saudara. tahniah,,semoga Allah memudahkan rezeki saudara,,dan semakin maju…
p/s : Lebih seminggu tak update web ni,,bz kat ladang ke
Mohd Ashraf: Terima kasih Abie kerana melawat blog saya. Sekarang memang bz kat ladang
salam…
nak tanya, biasanya berapa kos bagi satu unit fertigasi?
Mohd Ashraf: Kos bergantung kepada jumlah polibeg. Semakin banyak polibeg, semakin besar pam, semakin besar tangki nutrien. Sebab nak cover bilangan polibeg yang banyak. Tapi tu hanya kos permulaan saja
Salam,
Saya tak berapa pasti nak mulakan projek yang mana, sbb semua pun sy minat. i ada tanah but ada kelapa sawit yang mana hasilnye untuk bapa saya ambik. nak buat penternakan kambing mulanye, tapi bila fkr semula, mcm menarik keistimewaan bapa plak kan.
now yang ada is rumah yg br beli, which is blh la kata byk tmpt ksong tapi xde tanah coz i tiled semua skali.
my ques:
1- projek apa yang tak perlukan bnyk masa, tumpuan? i mean mcm pokok bunga kertas la kan. sng tanam+jaga.
2- blh bagi penjelasan sepintas lalu utk projek kecilan2?
Thanks
Mohd Ashraf: Cuba berbincang dengan bapa tentang integrasi penternakan lembu kambing dengan kelapa sawit. Sebenarnya, bila pelihara lembu kambing dalam kelapa sawit, kebun akan bersih sebab rumput dimakan lembu kambing. Secara tidak langsung, jimat kos pembersihan ladang oleh bapa anda. Bahan buangan lembu kambing juga jadi baja untuk ladang. Perkara apa pon kena bincang / bersuara, kalau tidak, bapa anda tak tau tentang idea anda. Bapa anda tak rugi apa sebenarnya, tapi anda yang rugi sebab tidak meluahkan idea tersebut.
1- Semua tanaman perlu dijaga. Kalau diberi penjagaan yang sempurna, pokok akan berikan hasil yang banyak kepada anda. Antara tanaman yang kurang penjagaan, serai, pandan, pokok kari
2- Kecil-kecilan maksudnya bukan komersial. Bila buat komersial, boleh keluarkan hasil yang banyak. Tapi tak semestinya perlu kawasan yang luas. Contohnya fertigasi cili. Hanya perlukan kawasan seluas 100 ‘ x 100 ‘ untuk dikatakan komersial (1000 polibeg)
en asraf, saya berminat untuk membela ayam organik tetapi tidak ada maklumat dan pengalaman. minta jasa baik en untuk dapatkan maklumat bagaimana dan apa yang diperlukan untuk menjalankan projek tersebut. begitu juga dengan makanan, ubatan yang diperlukan dan permasalaah yang mungkin akan timbul pada masa akan datang. dimanakah saya boleh dapatkan kursus untuknya?
Mohd Ashraf: Boleh melawat website Dr Zainol tentang ayam organik serta mungkin boleh meminta khidmat nasihat daripada beliau. http://www.organicchicken.enetmyne.com/
Assalamualaikum,
En. Ashraf, saya amat berminat untuk menternak kambing..bapa saya ada sebidang tanah yang terbiar ttp jenis tanah yg berpaya (1ekar ++)..saya bercadang untuk menanam rumput napier supaya dapat mengurangkan kos makanan kambing..walau bagaimanapun ianya memerlukan kos utk membina pagar, kerja-kerja menggemburkan tanah dan pembelian benih rumput tersebut..dalam masa yg sama, saya ada sedikit modal untuk membina kandang kambing (akan dibina berhampiran rumah) beserta pembelian kambing induk..buat masa ini saya tidak dpt menentukan prioriti untuk menjayakan projek saya ini memandangkan modal yg ada adalah terhad..adakah perlu saya menanam rumput itu dulu ataupn menternak kambing dahulu..saya harap En. Ashraf dapat menyelesaikan masalah kebuntuan saya ini. Sekiranya suatu hari nanti projek ini berjaya dijalankan, suami saya yang akan menguruskan sepenuh masa..bolehkah en. ashraf mengesyorkan kpd saya cara utk memohon bantuan untuk komersialkan projek ini.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Cadangan saya, mula-mula anda buat kandang, kemudian beli kambing. Bagi makan rumput yang dah sedia ada. Kalau ada rumput tepi jalan, boleh potong rumput tu untuk bagi makan kambing. Jimat kos makanan buat permulaan. Kemudian, buat kertas kerja dan apply pinjaman. Insyaallah mudah caranya.
saya nk buka kedai stationery. bagaimana nk buat kertas kerja?
Mohd Ashraf: untuk kertas kerja, boleh klik link ini KERTAS KERJA
Assalamualaikum….
Suami saya, sekarang baru permulaan bercadang untuk menanam pisang berangan, tanduk dan lain-lain. Baru bersihkan kebun dan hampir siap.
Bingung mana nak dapatkan benih pisang dan berapa banyak modal untuk usahakan tanaman ini…..
Mohd Ashraf: Pn Anita, kos bergantung kepada tempat. Ada tempat mahal, ada yang murah. Kalau nak tanam anak pokok, pastikan anda tanam musim hujan, tak susah untuk siram anak pokok tersebut. Pastikan tiada air bertakung kat pokok pisang. Anda boleh dapatkan anak pisang berangan kultur tisu daripada saya. Untuk lebih lanjut, klik kat sini Jualan Anak Pisang Kultur Tisu
Assalammualakum En.Ashraf.Bleh x en. bagi contoh kertas kerja atau apa2 guide la untuk buat apa projek pertanian/perladangan. saya ni x ilmu pertanian tapi saya minat nak cebur bidang ni.kalo ada, send kat email saya.terima kasih perhatin awak.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. En Shahrin, untuk kertas kerja, boleh klik link ini KERTAS KERJA
akum,saya tertarik dgn cara penanaman fertigasi cili yang awak buat. nak tanya kalo kita buat untuk cili padi fertigasi plak bagaimana?
Mohd Ashraf: W’salam. Ada juga pengusaha yang tanam cili padi fertigasi tapi sepengetahuan saya, ianya belum dikomersialkan
akum en ashraf,saya ketahui kos penghantaran anak pokok pisang seluruh malaysia ialah rm 25, bagaimana saya nak membelinya?saya ingin mencuba buat projek ni.terima kasih atas perhatian awak.
Mohd Ashraf: W’salam. Gunakan form untuk membeli di Jualan Anak Pisang Kultur Tisu atau boleh hubungi saya di pautan hubungi.
Akum, nak tanya di mana bleh dapat benih jagung taiwan?
Mohd Ashraf: W’salam. Nak berapa banyak benih tu?
asalamualaikum…
apakah nama racun yang sesuai di gunakan dan bagaimana hendak mempeolehinya?
Mohd Ashraf: Waalaikummusalam. Racun boleh dibeli di kedai-kedai pertanian. Setiap seranggan dan penyakit mempunyai racun yang berlainan.
Askum,
I nak tau ,betul ke a.pisang kultur tisu senang kena penyakit?
and lastly hasil yang akan dikeluarkan oleh a.pisang kultur tisu boleh mencapai sehingga 40kg setandan,betul ke?
thanks,wassalam.
Mohd Ashraf: W’salam. Pisang kultur tisu ni tahan penyakit dan boleh mengeluarkan hasil yang banyak. Sebenarnya, teknik pengkulturan tisu ni adalah mengklonkan induk yang telah dipilih yang mana induk tu bebas daripada penyakit serta mengeluarkan hasil yang banyak. Jadi bila induk tu sihat serta hasil banyak, anak kultur tisu juga akan turut mempunyai sifat-sifat seperti induk.
assalamualikum…
saya dah try wat fertigasi cili…
boleh nak tanya…
boleh tak if saya nak hasilkan baja sendiri…
ada cadangan or apa-apa pandangan…
terima kasih….=)
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Boleh kalau anda buat projek anda dalam skala yang besar.
saya nak contoh kertas kerja penternakan ikan keli
mayare_85@yahoo.com
Mohd Ashraf: Amier, untuk dapatkan contoh kertas kerja, boleh klik link ini KERTAS KERJA
En Ashraf
Saya juga bercadang menanam pisang Cavendish .
2) Berapa jarak dari satu pokok ke satu pokok ?
3) Kalau nak beli katakanlah 1,000 benih tisu pisang cavendish , sdr beri diskaun ke?
4) Agak dengan pembayaran RM25 (serata Malaysia) kos pengangkutan berapa banyak benih yang boleh diangkut?
5) Setelah ditanam benih tersebut di ladang , apa baja yang kita gunakan ?
6) Boleh tahu dimana terletak ladang saudara ?
Maaf kerana banyak benar soalan dari Petani Baru ini.
Ab Karim Wahab
Bandar Bau Bangi
20 Feb 2008
Mohd Ashraf: Assalamualaikum, buat masa sekarang, hanya Pisang Berangan yang saya jual disebabkan beberapa masalah dengan pisang lain.
2) kalau 2.5m x 2.5m dapat 1,600/hektar dan kalau 3m x 3m dapat 1,100/hektar
3) boleh dirunding
4) RM25 untuk seberapa benih yang tuan order
5) Baja yang digunakan mengikut peringkat umur adalah CIRP, MOP, GML (manual disediakan untuk setiap pembelian)
6) Ladang saya terletak di Kangar, Perlis (Abi Agro)
soalan saya mayb ada yang dah tanya tp saya tk dpt baca semua coz banyak sangat. saya berminat untuk menternak kambing tapi saya tidak tahu bagaimana untuk memasarkannya…2ndly, bagaimana nak jual..adakah saya perlu ada tempat peyembelihan sendiri dan potong daging itu sendiri sebelum dipasarkan? perlukah saya pergi mengikuti kursus cara menternak b4 saya memohon modal?
Mohd Ashraf: Terima kasih kerana melawat blog saya. Untuk pasaran kambing, boleh jual dengan penjual daging, atau, bila anda dah mula ternak kambing, bagitau kenalan, anda ada jual daging kambing. Daging kambing banyak digunakan semasa Hari Raya Korban dan juga semasa kelahiran anak. Untuk menjual daging saja, ada boleh upah penyembelih haiwan, boleh tanya kat penjual daging kat mana nak cari penyembelih, bawa penyembelih tu ke tempat anda. Sebelum memohon sesuatu pinjaman, anda harus mengikuti kursus, kecuali anda dah start projek secara kecil-kecilan.
assalamualaikum…
salam hormat
Tuan, saya ingin membuka restoran, tapi saya amat bermasalah dalam menyediakan kertas kerja. jika saya membeli buku RP tersebut, adakah contoh untuk meyediakan kertas kerja perniagaan restoran terdapat didalamnya..? adakah boleh lulus pinjaman dengan contoh yang disediakan..? Mohon bantuan @ jawapan dari tuan .. TQ
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam, eBook kertas kerja tu hanyalah panduan saja, kelulusan daripada pihak yang memberi pinjaman. Tapi, insyaAllah apa yang ada dalam eBook tu lengkap untuk panduan kepada sesiapa saja membuat kertas kerja. Selain daripada tu, setiap pembeli eBook boleh bertanya lebih lanjut dalam menyediakan kertas kerja jika kurang faham dan jika memerlukan bantuan dalam penyediaan kertas kerja.
salam..
Saya ingin mendapatkan pandangan daripada saudara ashraf, saya mempunyai sebuah lori 1 tan. bisnes apa yang boleh saya buat? saya anak jati Perlis.. kalau ada kelapangan teringin saya nak melawat ladang fertigasi saudara.
Mohd Ashraf: Salam…. boleh, jemput la datang. Saya bercadang nak beli lori jugak, senang nak angkut barang ke tapak projek. Selain daripada tu, boleh jugak saya sewakan lori bila musim menuai padi. Selain daripada tu jugak, saya boleh juga buat iklan untuk orang sewa lori saya, iye la, lori bukan keluar selalu, jadi bole la disewakan (dalam konteks diri saya kalau ada lori 1 tan)
saya salah seorang pelajar u, hari tu saya ada buat lawatan ke projek lembu fidlot kat sik seronok walaupun tak tahan dengan bau tahi lembu… tapi..tiba2 terdetik dihati saya kalu saya diberikan rezeki saya akan buat projek lembu fidlot ini bila abis belajar nanti…lagi pun saya kat u ini ada belajar kokurikulum dalam mata pelajaran veterinar. dalam banyak2 yang saya belajar saya amat berminat dengan projek ini..
Mohd Ashraf: Semoga anda berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi.
p/s: orang kata, bahan buangan lembu fidlot, lebih busuk daripada lembu lepas, sebab lembu fidlot makan palet. Tapi lembu fidlot lagi lembut dagingnya daripada lembu lepas, tak banyak bergerak, ototnya jadi lembut.
Assalamualaikum,
En. Ashraf, saya amat berminat untuk dalam penternakan ikan keli dalam kanvas. Tetapi saya tiada asas-asas dalam pertanian or perternakan. Bolehkah En.Ashraf memberikan contoh kertas kerja untuk projek ini?Apakah maklumat-maklumat yang diperlukan? Berapakah kos modal yang diperlukan dan bagaimana sekiranya saya ingin memohon bantuan pinjaman?Untuk pengetahuan encik, saya tidak mempunyai masalah dari segi tapak untuk memulakan projek ini.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Saudari Idayu, untuk kertas kerja, boleh klik link ini KERTAS KERJA
saya ingin bertanya mengenai bayaran pengurusan untuk skim ini. adakah perlu apa-apa bayaran di buat untuk memohon skim ini. terima kasih.
Mohd Ashraf: Alin, sepanjang pengetahuan saya, tiada dikenakan apa-apa bayaran.
saya telah berniaga restoran selama 4 tahun, bolehkan saya buat pinjaman untuk tujuan menambah baik restoran dengan membeli peralatan dapur yang lebih baik agar lebih variety makanan dapat ditawarkan, serta untuk tujuan aktiviti promosi serta menjadikan restoran lebih attractive untuk menarik lebih ramai pelanggan
Mohd Ashraf: Sepanjang pengetahuan saya, memang boleh buat pinjaman untuk menambah baik restoran. Boleh cuba apply dengan MARA
saya ada tanah dan ingin memulakan nurseri tanaman , di mana saya boleh dapat bantuan nasihat dan bantuan modal ? Saya ingin mulakan projek ini sebelum saya bersara 6 tahun lagi
Mohd Ashraf: Anda boleh cuba buat pinjaman daripada MARA. Tapi, saya ada satu cadangan. Disebabkan 6 tahun lagi anda akan bersara, apa kata anda kumpul pokok-pokok hiasan dan cuba biakkan pokok tersebut. Anda akan dapat banyak anak pokok hiasan yang boleh dijual kelak.
Assalamualikum
Saya berminat dlam perternakan lintah, agensi manakah yg. terlibat dlm. bidang tersebut.. adakah bidang ini mendapat pulangan yg. mengutungkan.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Dalam penternakan lintah, tiada agensi kerajaan yang terlibat dalam bidang tersebut kerana belum lagi dibuat keputusan lintah dalam kategori ikan atau tidak. Hanya agensi swasta yang terlibat. Hal ini pernah dibangkitkan dalam Forum Bicara Tani yang saya hadiri sebelum ini. Cuba hubungi http://www.artsoulist.com.my/ untuk kursus ternakan lintah.
assalamualaikum ashraf, nak tanya sket ye…apa beza fertigasi dgn hidroponik yg digembar-gemburkan suatu masa dulu?bole terangkan tak?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Hidroponik bermaksud tanaman menggunakan air yang dicampur nutrien tanpa menggunakan tanah. Fertigasi juga tergolong dalam keluarga hidroponik, iaitu tanpa menggunakan tanah sebagai media tetapi bezanya dengan hidroponik, pembajaan dan pengairan diberi secara titisan. Untuk keterangan lanjut tentang fertiggasi, boleh ke http://abiagro.com.my
Assalamualaikum,
Yap, hang dah set standard tersendiri buat Gengserdang yang lain.
Pengajarannya, buat kerja biaq bersungguh2 and buat sampai berjaya. Jgn mati separuh jalan.
Tahniah.
All the best bro.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Terima kasih Mexx. Kalau ada peluang, mungkin Gengserdang boleh buat projek secara besar-besaran. InsyaAllah dalam perancangan tapi peluang belum ada.
assalamualaikum saya nak tanya pasal hibah fund yang masih beroperasi di bawah syarikat 3a tu siap ada pinjaman lagi sedangkan dia masih tersenarai dalam list apa cerita please …
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Kalau sesuatu syarikat ada tersenarai dalam list, harap invenstor berhati-hati sebab bukan sengaja Suruhanjaya Sekuriti mengeluarkan list tersebut. Jangan terpengaruh dengan wang yang “akan” diperolehi.
saya ada tanah dan bercadang nak memulakan tanaman cili fertigasi,saya perlukan pendapat encik adakah kita perlukan polybeg yg baru apabila kita hendak membuat tanaman semula cili ini,dan berapa lama ketahanan cili ini dan tempoh boleh ia mengeluarkan hasil berapa lama?
Mohd Ashraf: Kalau tak rosak, boleh guna polibeg yang sama, ketahanan pokok cili 5-7 bulan, 2.5 bulan – 3 bulan dah boleh keluar hasil sehinggalah pokok tu tua (umur pokok 5-7 bulan)
saya baru sahaja menerima ijazah sarjana muda sains makanan dan kini bergelar penggangur. saya berharap peluang perniagaan dapat membantu saya membina masa depan yang lebih cerah. walaubagaimanapun bidang perternakan lembu atau kambing yang ingin saya sertai ini diluar bidang saya dan bolehkah encik ashraf membantu saya dalam menceburi bidang ini. saya berharap pihak mohd ashraf dapat membantu saya dalam menceburi bidang ini….disini saya sertai no telefon saya….0179709691…..diharap pihak tuan dapat menghubungi saya bagi menjelaskan selok belok dalam menternak lembu dan kambing….atau pihak tuan dapat emailkan sahaja pada alamat email yang saya berikan…kerjasama pihak tuan amat saya hargai….
??) Bila dapat tawaran kerja dan pada masa sama, bisnes slow, kemungkinan besar anda akan terima tawaran kerja tersebut dan tinggalkan bisnes. Tambahan kalau buat penternakan, kena tunggu setahun baru boleh jual. Jadi, renung-renungkan…. apakah matlamat anda?
Mohd Ashraf: Kena tanya diri sendiri, anda nak bisnes sebab tiada kerja atau sebab memang ingin bekerja sendiri? Ramai yang saya dengar, ingin berniaga sebab tiada kerja, tapi bila dapat kerja, terus tinggalkan perniagaan/projek yang telah dijalankan. Pendapat saya, kalau betul-betul ingin menjalankan perniagaan, jangan apply kerja lain, teruskan dengan bisnes sebab bukan senang nak senang, dan bisnes bukannya senang. Banyak cabaran yang boleh melemahkan semangat anda. Tambah lagi kalau anda buka bisnes dan apply kerja, (kalau dah niat nak buka bisnes, buat apa apply kerja
assalamualaikum..
saya bercadang nak bela kambing susu.sebagai permulaan, saya nak bela 1-2 ekor shj, dan buat kandang di belakang rumah. saya masih bekerja.saya ingin jadikan kerja penternakan ni sbg sampingan. apa pendapat tuan? Sekiranya saya dah stabil sikit, baru saya libatkan diri secara langsung. Saya pernah pergi Jabatan Haiwan dan bertanyakan tentang bantuan, diorang ckp kena start bela dulu, baru diorang bantu. Agak2 berapakah modal permulaan saya? Perlu ke saya hadiri kursus dulu, kemudian baru beli kambing?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Kena ada ilmu dulu untuk bela kambing, leceh sikit haiwan ini. Nak ilmu free dan lambat, tanya orang yang dah pernah bela kambing, nak cepat dan kena bayar, ikut kursus. Dalam kursus akan diajar dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Modal untuk 2 ekor baka kambing, RM2000. Kandang boleh buat guna kayu terpakai.
saya tak dapat membuat pinjaman di jaabtan pertanian mara kerana jabatan tersebut tidak wujud….tolong saya….
Saya perlu membuat pinjaman tersebut secepat mungkin…
Mohd Ashraf: Bukan jabatan pertanian mara. Jabatan Pertanian dan MARA. Dua agensi yang berbeza. Jika anda perlukan pinjaman secepat mungkin, hanya personal loan atau pinjaman peribadi yang boleh keluarkan loan secepat mungkin. Tapi walaupon ALONG boleh bagi pinjam duit, tak payah la pinjam dengan ALONG, buat la personal loan atau pinjam dengan saudara mara. Kalau dapat kontrak kerajaan, bawa kontrak tu ke Bank Rakyat, boleh buat pinjaman dengan sehingga 80% daripada nilai kontrak tak kira sebesar mana nilai kontrak tu.
Selamat sejahtera
Saya parveen kumar yang sedang belajar di utm dalam bidang kejuruteraan. Namun, saya berminat dalam bidang penternakan udang dan ikan air tawar. Namun saya tiada pengetahuan yang luas dalam bidang ini. Oleh itu saya sedang mencari kursus sambilan dalam bidang akuakultur disebabkan kemungkinan besar saya akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Dimanakah saya boleh mendapat kursusu-kursus sambnilan ini? Selamat sejahtera
saya parveen kumar yang sedang belajar di utm dalam bidang kejuruteraan. Namun, saya berminat dalam bidang penternakan udang dan ikan air tawar. Namun saya tiada pengetahuan yang luas dalam bidang ini. Oleh itu saya sedang mencari kursus sambilan dalam bidang akuakultur disebabkan kemungkinan besar saya akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Dimanakah saya boleh mendapat kursusu-kursus sambnilan ini?
Mohd Ashraf: Hi Parveen. Selamat sejahtera. untuk kursus akuakultur, anda boleh menghubungi Jabatan Perikanan yang berhampiran. Banyak kursus yang dianjurkan termasuklah penternakan udang dan ikan air tawar
en mohd ashraf,
saya adnan dari kuching, saya tengah cari investor dalam ” TRADING” saya dapat product consumer goods direct dari kilang and will be brand under my brand ( contract manufacturing per say ).
now i’m looking for an investor to invest in to get some capital to purchase the product. i.e Virgin Coconut Oil in softgel capsule, herb sanitary pads, pre mix coffee etc.
so now tengah bengang nak cari investor and nak do some working paper to bring the investor in.
plse response.
tq
Mohd Ashraf: En Adnan,saya tiada cadangan dalam hal ni. Tapi pendapat saya, cuba cari individu yang sanggup melabur sebbanyak mungkin dan jangan ramai. Sebab anda nak jual produk itu nanti. Kalau ramai jadi investor, kemungkinan besar anda susah nak jual barang tersebut.
asalamualaikum…
sy seorang belia yg berminat untuk memulakan perniagaan dlm bidang penternakkan kambing…sy x de ape2 sijil pendidikan..sy blajar hanya sampai tahap tingkatan 3..tp saya mmang btl2 minat dalam bidang ni…sy ade sebidang tanah…se-ekar lebih…sy cuma x tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan dlm bidang ini…sy ada lah sidikit ilmu tntang penternakkan ni..coz sy pernah bantu pakcik saya menternak di sik,kedah..saya belajar dari beliau secara tidak formal..boleh x En Mohd Ashraf bantu saya dari A-Z untuk memulakan perniagaan..untuk pengetahuan En Ashraf..saya telah memohon skim tabung belia tani dari kementrian belia negara..saya akan meghadapi ujian saringan pd 11 mac ni…sy masih blurr tntng ujian saringan tu..pe yg ptt sy buat..??bantu lah sy En Ashraf…
Mohd Ashraf:Waalaikummussalam. Jangan risau, ujian saringan tu untuk uji sejauh mana seseorang bakal pengusaha sanggup nak jalankan projek, tentang kecenderungan dan minat saja. Lepas ni, kalau ada modal, pelihara sepasang kambing saja dulu. Tak perlu buat kandang, buat pagar saja dengan pondok untuk kambing berteduh.
Agaknya perniagaan saya nie salah disisi undang-undang ke atau macam mana?… cuba lihat http://www.duitxxxxxx.com (belum dilancarkan lagi)! klik signup lepas tu lihat produk yang saya jual iaitu bukuA4 dan Cd. Andai kata ianya salah disisi undang-undang samada berunsur piramid atau sistem cepat kaya atau memerlukan lesen AJL dan mana-mana yang menyalahi Akta perniagaan maka saya terpaksa menutup web ni. Tapi jika sebaliknya ianya SAH, maka saya perlukan pinjaman untuk teruskan pernigaan ONLINE DAN OFFLINE. So, ada tak cara yang terpantas untuk dapatkan pinjaman? rakan kongsi pun boleh jugak!… Al maklum lesen syarikat saya nie sudah expiry date gak!. Opis pun tak lengkap!… eheheh…
Mohd Ashraf: Saya rasa cara yang anda nyatakan adalah salah disisi undang-undang. Cadangan saya, anda boleh buat perniagaan secara offline dan online,kemudian buat sistem affiliate.
assalamualaikum;
en. asyraf, saya berminat untuk mengusahakan penanaman kelapa sawit. adakah bantuan mara membolehkan saya membuat pinjaman untuk penanaman dan pembelian tanah.
kalau ada, berapa interset yang dikenakan untu setahun.
terima kasih
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. MARA boleh keluarkan pinjaman untuk tanaman kelapa sawit, tapi kena ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Interest MARA adalah sebanyak 4%
hai saya berminat untuk menceburi bidang pertanian(cili dan jagung), boleh saya tahu bagaimana caranya untuk saya memulakan bidang ini.maksudnya dari segi pendaftaran,permohonan pinjaman.langkah-langkah awal yang di perlukan untuk terjun ke bidang ini.saya adalah pemegang diploma jurusan pengajian perniagaan(pengurusan) mempunyai tanah 3ekar.kalau boleh juga saya ingin meminta bantuan jentera pertanian..
Mohd Ashraf: Mula-mula, daftar dengan pertubuhan peladang, kemudian minta khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian. Rajin-rajin melawat kebun2 cili dan jagung untuk mendalami lagi ilmu tanam cili dan jagung.
Salam, saya berminat menanam jagung secara komersial, saya ada modal sebanyak RM20k tapi saya tiada tanah/ladang untuk memulakan nya. Bolehkah En.Ashraf mengajar bagaimana mendapat tanah untuk pertanian jagung dengan budget yang sedia ada. Lokasi saya di Segamat, Johor. Terima kasih.
Mohd Ashraf: Salam David, ramai yang mempunyai masalah tanah untuk buat projek pertanian. Cadangan saya, anda cuba cari tanah untuk disewa. Jangan tertumpu pada kawasan yang berdekatan saja, sebab memang susah nak cari tanah. Cuba cari diluar kawasan anda atau di negeri yang bersebelahan.
Saya bercadang untuk menternak ikan siakap secara oceantronic yang telah diusahakan oleh Encik Zul. Sistem ini telah direka oleh Encik Zul sendiri. Saya telah melawat tapak projek itu. Masalah saya ialah modal yang diperlukan adalah sekitar 18k. Saya telah mengusulkan cadangan ini kepada pihak Mara tetapi ditolak mentah-mentah dengan alasan perlu mulakan projek selama 6 bulan iaitu untuk pengeluaran hasil yang pertama. Saya telah berbincang dengan encik Zul iaitu pemasangan akan dibuat secara 3 peringkat. Pembayaran perlu dibuat secara progress berperingkat. Latihan teknikal disediakan.
Bagaimana saya hendak membuat pinjaman? Dengan jabatan mana saya perlu mengusulkan cadangan saya selain Mara. Saya tiada tanah tetapi tapak tanah untuk projek telah diberikan oleh rakan saya secara perjanjian.Cagaran tiada yang ada semangat sahaja. Boleh encik cadangkan Bank atau jabatan mana yang boleh membuat pinjaman dengan mengusulkan kertas kerja? Tolong berikan nasihat.
Mohd Ashraf: Cuba apply loan dengan Bank Pertanian. Tapi, sebenarnya, susah nak dapat loan kalau anda hanya bermodalkan idea. Buat kertas kerja dan tunjukkan pada pihak bank yang anda mempunyai pengetahuan dari segala segi sebab anda tak boleh bergantung sepenuhnya pada en Zul.
assalamualaikum;
en. asyraf, saya graduan IT swasta. saya berminat untuk memulakan perniagaan dlm bidang penternakkan kambing, lembu dan ikan dalam kolam secara besar2an. saya mempunyai asset berbentuk tanah yang besar. tetapi saya tidak mempunyai modal..jadi saya ingin membuat pinjaman bagi membiaya kos projek penternakan yang ingin saya jalankan..dimana dan bagaimana saya boleh membuat pinjaman tersebut?
sekian terima kasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam firdaus. Anda ada kelebihan kalau ada tanah. Pendapat saya, buat satu2 projek dulu hingga berjaya. Jangan serentak semuanya sekali sebab banyak modal yang perlu dikeluarkan untuk satu2 projek. Anda boleh mulakan projek anda dengan menternak lembu/kambing/ikan. Pilih satu projek saja dan buat secara kecilan atau berapa modal yang mampu anda keluarkan sendiri. Cuba dalami ilmu penternakan dengan projek yang berskala kecil ni dulu. Pada saya, walaupon saya ada modal yang banyak, permulaannya, buat projek secara kecil-kecilan dulu sehinggalah berjaya, untuk mempelajari selok belok tentang projek. Donald Trump ada nasihatkan dalam bukunya, buat sesuatu projek hingga berjaya barulah berubah ke projek lain.
assalamualaikum en. ashraf
saya ingin bertanya, di manakah saya boleh menyertai kursus dalam bidang pertanian?
terima kasih
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Ada banyak kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Pertanian dan Mardi. Anda boleh menghubungi mereka untuk mengetahui bila dan kursus apa yang ditawarkan.
assalamualaikum..
En.asraf saya sebenarnya bukanlah terlalu berminat dengan bidang pertanian mahupun perikanan. Namun setelah memikirkan tentang peluang pekerjan yg semakin terhad saya telah terpanggil untuk menceburi bidang ini.saya merupakan salah seorang pelajar dari Universiti Sains Malaysia dan bakal menamatkan pengajian akhir bulan lima ini. oleh krna saya mempunyai sebidang tanah di kampung saya ingin menjalankan penternakan udang. Namun saya tidak mempunyai modal. Tetapi sya juga merupakan anak kpada peneroka Felda. Apakah yg harus saya lakukan?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Nasihat saya, jangan buat projek pertanian atau penternakan kalau tiada minat. Banyak halangan yang perlu ditempuhi untuk berjaya dalam apa jua bidang. Buat permulaan, cuba dalami ilmu penternakan udang dulu, cuba dapatkan minat dulu. Takut nanti duit akan dibazirkan separuh jalan kemudian perlu menanggung hutang pula.
assalamualaikum..
saya dan suami berminat menanam rock melon, minat i timbul apabila kami melawat jabatan pertanian kelantan..skrg kami dalam proses utk membuat rumah lindungan hujan..semoga kami mendapat lebih banyak info tenteng rock melon ni drp saudara..
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. insyaAllah saya akan ceritakan pengalaman saya tanam rock melon di blog ini.
Assalamu’alaikum wbr
En Ashraf, saya ader membeli pokok pisang tisu kultur pada MAHA 2006 yang lalu dengan ketinggian lebih kurang 8″-10″ dan pokok pisang itu kini masih berketinggian 10″. Pokok pisang itu ader mengeluarkan pucuk baru. Saya setakat nieh hanya menggunakan baja tahi ayam. Nk guna baja kimia saya tk berani sbb pernah kematian pokok hasil penggunaan baja kimia(maybe terlebih kot). Dari tulisan EN Ashraf pokok pisang tisu nieh cepat membesar. Mohon En Afraf beri nasihat dan panduan kepada saya.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Sepanjang pengetahuan saya, baja tahi ayam kurang sesuai untuk tanaman pisang. Anda boleh gunakan baja kimia, tapi dengan kadar yang betul untuk tumbesaran pokok yang optimum.
suami menjalankan pertanian fertigasi.Baru2 ini beliau menanam pokok cili kulai dalam 1500 pokok dan telah menuai hasilnya.Tak banyak sebab harga cili jatuh teruk.Sekarang sedang membuat persediaan untuk menanam melon.suami saya ingin membesarkan pertaniannya.Apakah agensi yang boleh suami minta pinjaman untuk membiayai kos membesarkan skala pertanian nya itu.
Terima kasih
Mohd Ashraf: Suami puan boleh memohon bantuan MARA atau Bank Pertanian. Disebabkan projek dah mula, insyaAllah mudah untuk dapat pinjaman.
saya berminat untuk membuka nursery tumbuhan hiasan. Saya memerlukan panduan untuk memulakan perniagaan tersebut.
Mohd Ashraf: Perkara yang anda perlu kenal pasti adalah lokasi dan juga supplier. Kemudian buat kertas kerja dan boleh apply bantuan MARA atau Bank Pertanian.
Assalamualaikum
Nak tanya pasal HTO,,
Ader lagi ke dah jalan….
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Maaf, saya tiada maklumat lanjut berkenaan HTO.
assalamualaikum…
en mohd ashraf,
saya firdauz dari kuching, saya berminat dalam perniagaan dan penternakan kambing, lembu, arnab dan ikan dalam kolam…sekarang ni saya bekerja sebagai pembantu operasi syarikat, saya bekerja dalam 9 buah syarikat swasta…saya mempunyai tanah yang banyak d serata negeri sarawak. tetapi saya tidak mempunyai modal pusingan untuk memulakan perniagaan..sekiranya saya hendak membuat pinjaman perniagaan. di mana dan bagaimana proses pinjaman?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam firdauz. Anda ada kelebihan kalau ada tanah. Pendapat saya, buat satu2 projek dulu hingga berjaya. Jangan serentak semuanya sekali sebab banyak modal yang perlu dikeluarkan untuk satu2 projek. Anda boleh mulakan projek anda dengan menternak lembu/kambing/ikan. Pilih satu projek saja dan buat secara kecilan atau berapa modal yang mampu anda keluarkan sendiri. Cuba dalami ilmu penternakan dengan projek yang berskala kecil ni dulu. Pada saya, walaupon saya ada modal yang banyak, permulaannya, buat projek secara kecil-kecilan dulu sehinggalah berjaya, untuk mempelajari selok belok tentang projek. Donald Trump ada nasihatkan dalam bukunya, buat sesuatu projek hingga berjaya barulah berubah ke projek lain. Untuk buat pinjaman, boleh ke MARA atau Bank Pertanian.
sy ingin membuka peternakan .tapi saya tak tau nak ternak ape .ayah saya ader tanah di kampung dan saya ingin memulakan di sana. ader tanah kt pahang 1ekar .sy tiada modal nk mula kn dan saya tak tau cara nak buat pinjaman.boleh bantu saya
Mohd Ashraf: Anda perlu cari dulu apa minat anda, sebab setiap ternakan ada kaedah berbeza untuk menjaganya selain daripada keuntungan yang boleh diperolehi.
saya nak buat pinjaman untuk membuka kolam ikan .saya ada tanah di kampung.sekarang saya tidak ada slip gaji tetap.
Mohd Ashraf: Ada boleh cuba mulakan dengan buat 1 kolam menggunakan modal anda sendiri. Kemudian insyaAllah mudah untuk anda buat pinjaman MARA atau Bank Pertanian.
Adakah saudara mengalami serangan lalat putih (whitefly), kutu daun (aphids), spider mites (hamama), lelompat (leaf hopper), teririp (scale insects), kulat Botrytis pada tanaman rock melon saudara. Cara mana saudara kawal nya
Mohd Ashraf: Pastikan anda meracun 3 hari sekali sehingga masalah serangan serangga itu hilang. Buah pula dibalut semasa sebesar bola pimpong.
assalamualaikum……
saya bercadang nak menternak itik daging dan itik telur.Buat permulaan saya nak ternak dalam 50 ekor sahaja.Saya hanya menternak di rumah saya,memandangkan rumah saya bersebelahan sungai,saya juga mempunyai kolam ikan(size kolan kecil sahaja).Saya membuat secara sampingan sahaja.Saya nak minta pandangan dari pihak tuan.Kalau hasil berjaya saya nak memberi tumpuan sepenuh masa.saya juga mahu khimat nasihat,panduan serta teknik-teknik menjadi usahawan muda yang berjaya.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Jangan putus asa. Banyak cabaran kalau nak berjaya. Semoga anda berjaya ternak itik.
saya berminat untuk menceburi dalam bidang penternakan kambing, merupakan graduan yang baru bekerja ..saya berminat untuk memulakan perniagaan kambing secara sambilan..untuk pengetahuan tuan saya tiada asas dalam bidang tersebut tapi saya sangat berminat untuk menceburi dalam bidang ini..
apakah pandangan saudara atau nasihat..
tk..
Mohd Ashraf: Anda perlu ikut kursus untuk dapatkan ilmu tentang penternakan kambing dengan cepat dan dapatkan khidmat nasihat selepas anda jalankan projek penternakan kelak. Memang boleh anda jalankan projek tanpa kursus, tetapi mungkin sukar bagi anda sebab anda bekerja.
salam…
sy & suami berhasrat menceburi bidang perniagaan tp masih mencari2 bidang yg sesuai samaada pertanian atau perniagaan berasaskn pertanian.
web ini menarik, byk info. tahniah.
Mohd Ashraf: Assalamualaikum. Semoga anda berjaya cari apa yang anda nak buat dan berjaya dalam bidang tersebut.
askum bro…saya berminat menternak kambing dan lembu di lanchang pahang atas tanah seluas 6.5 ekar….tapi saya risau terhadap penyelenggaraan kerana saya mnetap di johor bahru dan bekerja sebagai kakitangan kerajaan…selain itu, maslah memasarkan hasil tersebut…boleh bro tolong saya berkanaan hal ini?…terutamanya dalam mencari market untuk ternakan ini
Mohd Ashraf: w’salam. Anda perlu cari orang untuk bekerja dengan anda sepenuh masa di tapak projek. Kalau nak daftar perniagaan, gunakan nama orang lain sebagai pemilik. Sebenarnya, market memang banyak, cuma anda perlu cari. Kat Malaysia ni kekurangan daging.
Assamualaikum ashraf, saya tertarik dengan sistem fetigasi anda dalam penanaman cili.. Saya nak bertanya sistem dan peralatan yang akan di beli dan di gunakan adakah untuk sekali sahaja? ataupun boleh di guna berkali-kali? Contohnya poli bag dan tanah adakah di buang selepas semusim telah di gunakan.. Dan bagaimana peralatan lain-lainnya..
Terima kasih dan semoga anda lebih berjaya lagi di masa hadapan..
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Hanya polibeg yang rosak perlu ditukar. Bila buang pokok, ada media yang melekat bersama akar, topup saja media yang tak cukup. Baja, anak pokok, racun, bil air dan letrik adalah kos yang perlu dikeluarkan semula. Barang lain semua kekal
Assalamualaikum ….
En Mohd Ashraf , saya amat berminat dengan penternakan ikan dalam kanvas secara kecilan dan telah mempunyai tapak untuk diusahakan .Masalahnya dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai ternakan ikan dalam kanvas dan mencukupikah jika saya mempunyai modal permulaan sebanyak RM5000 ?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Anda boleh ke Jabatan Perikanan yang terdekat untuk dapat maklumat lebih lanjut tentang keli dalam kanvas. RM5K cukup untuk permulaan.
saya bercadang untuk membuka sebuah ladang penternakan burung puyuh di sabah. bagaimana prosedur untuk saya membuat pinjaman pertanian mara ini. berapakah modal yang saya perlukan untuk membuka 8 buah kandang yang menempatkan 1000 ekor puyuh setiap kandang. termasuk kos tetap dan kos berulang.
Mohd Ashraf: Assalamualaikum en Hadzrul. Maaf saya tiada pengetahuan tentang penternakan burung puyuh. Tapi sebelum anda menceburi sesuatu bidang, seeloknya anda kaj bidang tersebut secara mendalam.
assalamualaikum;
en. asyraf, saya ingin bertanyakan pendapat en. asraf…sekiranya saya menternak lembu & kambing, kaedah menternak dalam kandang atau haiwan ternakan dilepaskan di dalam ladang ternakan. kaedah ternakan dalam kandang atau haiwan ternakan di lepas di dalam ladang, yang lebih baik dan berkesan? dan bagi ternakan ikan dalam kolam dan kanvas pula yang mana lebih menjimatkan kos pembiayaan projek?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en Firdaus. Kalau ternak secara fidlot (kandang), lembu dapat membesar dengan cepat, duit pon dapat cepat. Lembu tersebut kena juga lepas ke padang untuk mengelakkan stress. Tapi kosnya tinggi. Pendapat saya bagi penternakan ikan, jika mempunyai tanah uuntuk dibuat kolam, better buat kolam sebab boleh jimatkan air.
Saya, suami dan bapa saya berminat untuk melaksanakan projek penanaman rock melon di tanah milik bapa saya dan adik beradiknya di Raub, Pahang.Kami sekeluarga telah sepakat untuk menjalankan projek di tanah seluas 1.5 ekar milik keluarga itu dengan surat pemberian kuasa daripada penama2 tanah tersebut. Kami telah berjumpa dengan Konsultan yang akan menjalankan projek tanaman ini. Masalahnya adalah kami memerlukan modal kapitol sebanyak lebih kurang RM45,000
00. Bagaimanakah caranya kami boleh mendapatkan pinjaman modal bagi tujuan tersebut? Apakah yang kami perlu lakukan bagi mendapatkan bantuan tersebut?
Mohd Ashraf: Puan boleh buat personal loan untuk dapatkan wang tersebut dengan kadar segera. Tapi pastikan anda kewangan yang cukup untuk membayar balik pinjaman tersebut pada bulan seterusnya. Personal loan untuk dapatkan wang segera. Boleh juga apply loan Bank Pertanian, sehingga RM100,000 melalui skim AGRO Cash. Keterangan lanjut, puan boleh ke link Bank Pertanian dibawah.
http://www.bpm.com.my/article.cfm?id=129
Assalamulaikum Mohd Ashraf.
Saya nak bertanya jika tanaman fertigasi seperti cili apakah mesti menggunakan bumbung plastik? Jika tiada berbumbung adakah boleh juga di lakukan?
Tq
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Kegunaan bumbung hanyalah pelindung hujan. Jadi memang boleh ditanam tanpa bumbung, kurang hhasil kurang elok pada musim hujan.
Salam…
Saya bercadang nak bela lembu daging..saya ada sedikit modal, tapi masalah saya susah saya nak cari baka yang umur bawah 2 tahun saya dah pergi jabatan haiwan tapi dia cadangkan saya beli dengan penternak tapi harganya cukup tinggi. lagi satu saya nak tanya wajib ke saya pergi kursus terlebih dahulu memandangkan saya tiada pengalaman langsung dalam penternakan lembu? berapa anggaran sebenarnya anak lembu bawah 2 tahun dan di mana saya patut perolehi baka dengan harga berpatutan
Mohd Ashraf: Salam, harga baka memang mahal. Sebab baka yang baik akan menentukan anak baka tersebut sihat dan berkualiti. Saya syorkan anda ikut kursus dengan Jabatan Haiwan, kalau taknak kursus, anda boleh belajar daripada pengalaman sendiri. Kena rajin bertanya dan sanggup tanggung risiko. Kalau iikut kursus, kita dah boleh jangka apa penyakit yang mungkin di hadapi dan cara pencegahan dan rawatan, pemakanan mengikut peringkat umur, siapa yang perlu dihubungi jika sesuatu berlaku dan sebagainya.
assalamu’alaikum mr. ashraf,nama saya kiki dari Indonesia, saya sangat tertarik dengan perdagangan online yang anda geluti, saya ingin sekali mencobanya, tidak hanya untuk mempromosikan usaha ayah saya, tetapi juga untuk menerapkan bidang ilmu pemasaran yang sudah saya pelajari di bangku kuliah, plus untuk menambah pengetahuan saya, saya mohon anda bisa menjelaskan langkah-langkah konkrit untuk memulai menggeluti perdagangan online ini, terima kasih.
Mohd Ashraf:Waalaikummussalam kiki. Terdapat banyak cara untuk menjalankan perniagaan di internet. Sukar untuk saya jelaskan secara terperinci hanya di ruangan komen ini.
Sebenarnya, banyak sumber yang kita boleh dapat wang daripada internet ni.
1. Melalui rungan lelongan, iaitu eBay dan juga Lelong.com.my
2. Forum, anda boleh jual barang-barang anda diforum yang berkaitan dengan produk anda.
3. Membuat google adsense, anda buat sebuah laman web berbahasa inggeris, pastu letakkan code google adsense, jika ada pelawat yang datang ke website anda dan klik pada iklan tersebut, anda akan mendapat wang dalam bentuk USD.
assalamualaikum;
en. asyraf, sy nak tanya…kt mana saya boleh dapat maklumat2 mengenai penternakan ikan dalam kolam dan kanves serta hiawan ternakan, seperti ayam, burung puyuh, arnab, kambing, rusa dan lembu dengan lebih lengkap seperti kaedah penjagaan, kos penyelengaraan pembiayaan makanan, kandang dan ubat2an?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Firdauz, anda boleh dapatkan semua maklumat berkaitan perikanan di Jabatan Perikanan dan maklumat berkaitan penternakan di Jabatan Haiwan. Jabatan-jabatan ini juga ada buat kursus tentang setiap jenis ternakan.
salam en mohd Asraff, skrg saya sedang mengusahakan tanaman serai dari baka peha ayam, diatas sebidang tanah seluas 5 ekar…. memandangkan serai hanya boleh dituai selepas 6 bulan maka saya bercadang untuk menternak lintah. Apa pendapat encik berhubung dgn penternakan tersebut. Adakah mana2 agensi yang menyediakan pinjaman bagi projek tersebut. TQ
Mohd Ashraf: Bagi saya, anda boleh buat apa saja, tetapi perlu tau kat mana nak pasarkan hasil.
hai,
saya sedang belajar diploma industri bioteknologi. saya berpendapat nak wujudkan pertanian bunga bunga komersial seperti jasmine, kekwa serta bunga ros selepas graduate. tapi saya tak tahu mana nak mula atau consult siapa. saya juga nak adakan kedai jualan yang tersendiri bahan paertanian tadi tapi macam mana nak jaga ladang serta kedai pada masa yang sama ?boleh encik berikan tips dan nasihat berhubung dengan ni. thx …
Mohd Ashraf: Daniel, menurut Robert Kiyosaki dan Donald Trump, seelok-eloknya mulakan satu-satu perniagaan hingga berjaya barulah beralih ke perniagaan yang lain. Bukan senang nak uruskan sesuatu perniagaan atau projek, perniagaan atau projek hanya akan mudah diuruskan apabila dah berjaya. Setelah berjaya, barulah anda tambah bidang perniagaan atau projek.
assalammualaikum…
sy berminat sgt nak menceburi bidang pertanian(cendawan tiram) dan akan mgambil kursus tersebut.Tanah sy dah ade,tp modal yg masih tiada.En.Asraf kata ade bantuan dr pejabat belia kan (terbaca msg di atas) ape syarat2 yg di kena kan utk mendpt bantuan tersebut?
Mohd Ashraf: Waalaukummussalam. syarat tersebut adalah anda perlu mulakan projek untuk dapatkan bantuan.
as`kum…
sy nk tnye mcm mane dgn pasaran. di mana kt hndak pasarkn hasil cili ini dan mcm mana pulak dgn harge, adakah hrge nye sering turun naik..
Mohd Ashraf: W’salam. Disebabkan Malaysia kekurangan cili, kebanyakan hasil dijual di kawasan setempat. Harga cili sering turun naik disebabkan keadaan cuaca dan kemasukan cili negara asing ke Malaysia.
assalamualaikum.
boleh tumpang tanya. macam mana permintaan pisang diseluruh dunia? apa expectation untuk perniagaan pisang dimasa akan datang? naik ke @ turun?
thanx for responding and gud luck
Mohd Ashraf: InsyaAllah harga pisang akan meningkat disebabkan harga kos (racun, baja dan pengangkutan) bertambah. Dari segi permintaan pula, MUNGKIN bertambah selari dengan pertambahan jumlah penduduk sesebuah negara.
saya dan rakan2 pemuda di kg saya ingin menubuhkn 1 koperasi bersama yang akan membuat projek seperti ikan keli,lintah,ikan puyu dan cendawan.bagaimana pecahan peratusan saham yang patut saya dapat sekiranya saya yg memberi idea,membuat kertas kerja,mencari pasaran dan bertindak selaku pengurus.
Mohd Ashraf: Bergantung kepada budi bicara saudara. Idea adalah sesuatu yang sangat berharga, jadi mesti mahal harga yang perlu dikeluarkan. Anda juga boleh buat, gaji pengurus adalah RMxxxxxxxxx, setiap bulan. kemudian untung bersih boleh lah diberi sama rata. Semuanya mesti dibincang bersama ahli lembaga pengarah.
as’kum…sdr. ashraf…..sekarang baru saya tahu performance sdr. ashraf…..tahniah….semoga teruskan usaha awak…..apa yg. saya boleh bantu saya akan bantu awak……inipun kerana web site bicarajutawan server down……godek sana……godek sini….terjumpa web site blog ni……niat dihati nak cari contact no. sdr. pak di…..tuan punya BICARAJUTAWAN.COM…..tapi terjumpa blog THINK TANK……
blog ni memang kena dgn. jiwa dan prinsip saya……ALWAYS THINK BIG……ayat yg. TUN MAHATHIR selalu guna……saya jadikan pegangan prinsip saya bisnes saya……alhamdulillah…..bisnes saya dah maju sekarang ini……saya bangga awak jadi customer saya….
….kepada sdr. sawardi@pak di……teruskan usaha awak….dgn. bantuan awak insyallah akan muncul ramai usahawan melayu…..jangan terkejut satu hari muncul seorang jutawan lahir dari FORUM BICARAJUTAWAN……sekian terima kasih….
Mohd Ashraf: Terima kasih. Nie pon atas tunjuk ajar daripada ramai pihak. Semoga kita dapat majukan rakyat Malaysia supaya tak bergantung kepada orang lain lagi
En. Ashraf.
Saya nak tanya jika saya nak perbesarkan tanaman cendawan ditanah saya sendiri apakah dokumen yang diperlukan. Sekarang ini saya ada menjalankan tanaman cendawan tiram secara kecil-kecilan dan permintaan pelanggan tidak dapat saya tunaikan kerana tidak cukup untuk melaksanakannnya. Saya bercadang ingin membuka ladang cendawan yang lebih besar untuk menampung permintaan pelanggan. Saya dah kira semua kosnya lebih kurang dalam RM50K. Saya nak minta pandangan En. Ashraf bagaimana saya nak permudahkan urusan pinjaman ini.
Mohd Ashraf: Cuba buat pinjaman dari banyak agensi. Kalau boleh, dapatkan perjanjian kontrak untuk membekalkan cendawan tersebut untuk memudahkan proses pemberian pinjamana.
En Ashraf,
Bagaimana pula dengan sistem lindungan hujan?Adakah kemestian?Apa risiko jika tidak pasang?Berapa modal sistem lindungan hujan untuk 1000 polibeg?Ladang En Ashraf guna sistem ni?
Mohd Ashraf: Tidak wajib gunakan sistem lindungan hujan. Tapi banyak kelebihan kalau ada. Harga untuk Sistem Lindungan Hujan 20″ x 100″ dan boleh memuatkan 800 polibeg rock melon atau 400 polibeg cili adalah RM15,000 bergantung kepada tempat.
lain kali pak haji jangan lawan tok guru.ikut aje lah cakap dia.kalau dah putus 400 pk. buat aje lah;yang 400 pun dah tak larat nak urus.
Mohd Ashraf: Insyaallah, lepas ni saya buat betul-betul
Tahniah.Anda adalh seorang usahawan yang tak kedekut ilmu.Apa pun yang kita lakukan(yang halal) dan mendapat RM yang lumayan jangan lupa keluarkan zakat.
p/s walaupun anda akan tamat program pembelajaran fertigasi di jabatan pertanian perlis,anda boleh menghubungi saya sekiranya ada sebarang masalah dalam bidang pertanian samada emel mahupun talipon.
Mohd Ashraf: Terima kasih. Saya akan menghubungi tuan jika mempunyai sebarang masalah berkaitan pertanian
assalamualaikum…
saya nak tanya bagaimana utk saya dapatkan pinjaman pertanian dari mara.saya ada mengusahakan tanaman serai seluas 2 ekar. jadi skrg saya mahu tambah bg besar…kerana saya mahu buat kerja pertanian sepenuh masa.plg kurang saya perlukan rm100k. dan saya dah ada kontrak utk pasaran…..
Mohd Ashraf: waalaikummussalam. Anda boleh berhubung dengan pihak MARA untuk pinjaman pertanian
Saya ada menanam tanaman pisang jenis jelai berangan yang ditanam secara anak benih.Untuk makluman tuan apakah baja yang paling sesuai untuk tanaman pisang ini selain daripada menggunakan baja organik seperti tahi lembu dan sebagainya.Kalau baja kimia apakah nama baja tersebut dan kandungan N:P:K. Wassalam.
Mohd Ashraf: Pada awalnya boleh gunakan NPK 15:15:15 kemudian pada usia 6 minggu, boleh pakai NPK 12:12:17:2
apa khabar En Ashraf
saya berminat dalam penternakan ikan keli tapi modal saya tiada untuk memperbesarkan lagi tangki ikan saya.selain dari bank pertanian ada jabatan lain yang menolong.ikan saya pun tidak cukup untuk dijadikan modal.sekian
Mohd Ashraf: Salam Carter, saya sihat, alhamdulillah. Anda boleh cuba apply loan di SME bank, MARA, Pertubuhan Peladang
i try ternak itik telurr,kuatt sangat itik makan,utk 50 ekor saja seguni seminggu dan kan meningkat bila dia makin membesarrrr.camner nk cari n wat makanan altanatif?
Mohd Ashraf: Makanan itik perlu terdiri daripada protein, lemak, serat kasar, vitamin dan mineral. Antaranya adalah batang rumbia, nasi yang dicampur air dan ikan, beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, batu kapur, jagung, sisa makanan
askum..sy nak tanya, apakah maksud fertigasi? cntoh2 prjek fertigasi?
Mohd Ashraf: Fertigasi adalah teknik pembajaan dan pengairan yang diberi serentak. Contoh projek fertigasi boleh dilihat di blog ini atau di http://abiagro.com.my
Ni yang tok guru nak marah ni.Awat tak ikut segala arahan yang diberikan.
Mohd Ashraf: Tak sempat buat pendebungaan berbantu. Hanya 200 pokok lebih kurang yang sempat buat
tumpang membaca di blog saudara…banyak matlumatb bermanfaat dapat dikongsi disini
Mohd Ashraf: Terima kasih. Cara ni saja saya boleh sumbang kepada orang lain. Nak kasi duit tadak pula
saya sdang mengusahakan tanaman cili secara fertigasi. nak buat loan tak boleh. sebab black list. bagaimana nak buat pinjaman. tolong bagi cadangan untuk dapatkan modal tambahan.
Mohd Ashraf: Saya tiada pengalaman bagi yang dah black list. Kalau tak dapat buat pinjaman, terpaksa lah en amrin simpan sedikit demi sedikit untuk besarkan projek.
salam… saya pemegang diploma dari politeknik dan sekarang saya bekerja dengan TM. keluarga saya ada banyak tanah terbiar dan saya sangat berminat dalampertanian.
masalah saya… saya tiada modal. dan tiada pengalaman.
bolehkah encik beri tunjuk ajar pada saya, bagaimana hendak mendapatkan modal, dan pengalaman seperti kursusr dan sebagainya.
buat masa ini saya berminat dalam menternak kambing, lambu, puyuh.
dan keutamaan saya sekarang menternak udang, tetapi tanah ini tiada tali air, jadi saya bercadang membuat kolam simen atau kanves. bolehkah encik membantu atau memberi tunjuk ajar kepada saya..
saya amat berminat dalam pertanian.
Mohd Ashraf: Assalamualaikum. Saudara boleh cuba berhubung dengan Jabatan Perikanan untuk khidmat nasihat menternak udang serta kursus yang mereka anjurkan dalam penternakan udang.
Apa Khbr En.Ashraf,
Keluarga kami amat berminat utk memajukan (pelbagai Pertanian) d atas Tanah Kami sendiri yg berukuran 6 Hektar, separuh dari kawasan Tanah telahpun di terokai dan adanya permulaan pengushaan tanaman kecil-kecilan dalam bentuk tanaman jangka masa pendek. Kami berminat dan sangat sangat memerlukan MODAL utk pengubahsuaian/pemagaran utk sempadan sistem pengaliran parit bagi kawasan tanah ini. Apakah yang sangat berbaloi dan tidak terlalu membebankan jenis pinjaman untuk kami?
Mohd Ashraf: Assalamualaikum. Saya sihat, alhamdulillah. Daftar dengan pertubuhan peladang kawasan anda dan buat pinjaman dari PPK untuk membuat pagar.
Assalammualaikum.
Saya amat berminat untuk bertani dan buat masa nie setelah banyak membaca tentang fertigasi tumbul keinginan untuk mencuba.
InsyaAllah saya akan menyertai kursus tentang fertigasi.
Saya juga nak ucapkan syabas untuk En Ashraf kerana sudi melayan pertanyaan sahabat dalam blog nie. Semoga Allah merahmati usaha baik anda.
Mohon sedikit nasihat kepada yg baru hendak menceburi dlm bidang fertigasi ini.
TQ
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam saudara Sham. Saya doakan semoga saudara juga berjaya dalam bidang yang diceburi.
assalamkum m.ashraf, saya pun dah tanam pokok cili dan insyaallah mg depan boleh dah ambik hasil untuk 2500 poko yang pertama ni dan yang batch ke-2 baru 1 minggu transplant…cuma saya nak berkongsi ngan asyraf saya masih baru dan banyak kena belajar paling utama tentang penyakit…dan cara campurannya..
Mohd Ashraf; W’salam. InsyaAllah saya sedia membantu. Selamat berjaya
alamualaikum,
saya dali, begitu berminat dengan tanaman cili yg saudara paparkan tetapi tidak mempunyai modal, tapak tanah ataupun pengalaman menanam cili. pernah saya berkongsi suatu ketika dahulu menanam cili secara biasa di kawasan sepang bersama pekerja indonesia tetapi pasaran kami tidak begitu teratur dan sistematik walhal saya beralih bekerja makan gaji.
minat saya begitu mendalam dengan alam pertanian. bagaimanakah cara permulaannya.
saya pernah bincang dengan saudara mara untuk memajak tanah(negeri) sekitar kawasan janda baik sekitar 10 ekar tetapi sedang mencari idea untuk membuat kertas kerja.
bolehkah saya mendapat petunjuk daripada saudara.
h/p : 016 9696977
Mohd Ashraf: Saya cadangkan anda cari pasaran dulu. Bila anda keluarkan hasil yang terlalu banyak, ada pemborong yang akan bermain harga dengan harapan anda jual semua hasil dengan harga yang murah.Seboleh-bolehnya, cari lebih dari satu pemborong dulu.
assalamualaikum.
keluarga kami ada memelihara lembu 8 ekor di ladang kelapa sawit.
tetapi semuanya bertambat kerana tiada pagar.nak pasang pagar memerlukan kos yang agak besar jugak sebab keluasan ladang kami 10 ekar.macam mana cara untuk kami buat pinjaman dan dengan siapa kami perlu hubungi?
Mohd Ashraf:
Waalaikummussalam. Jadi ahli Pertubuhan Peladang tak? Pertubuhan Peladang pon boleh bagi pinjaman kepada ahli.
Salam
Nak tanya nih, asyraf orang Perlis ka?
Mohd Ashraf: Salam, ya saya orang Perlis
asslmkum mr ashraf..Ari ni tanggal 15hb April saya dah mula mengutip hasil..alhamdulillah ada la sikit..tapi pokok saya banyak yang x berapa elok kata kawan saya byk kena kutu trip..pening kepala saya tapi petang nanti saya nek cuba guna racun Avemec …agak2 Mr Ashraf camna?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Ya, boleh guna avamec. Kena juga sembur racun kulat, sebab buah mudah kena penyakit antraknos musim hujan.
Assalammualaikum..
Dalam sibuk mencari2 peluang pekerjaan yg baik saya di sedarkan oleh rakan utk menceburkan diri dlm bidang pertanian moden iaitu fertigasi. Ayah saya mempunyai keluasan tanah 10 ekar yg terbiar dan tak di kerjakan.saya bercadang utk memulakan bisnes pertanian ini dan minat saya utk mengusahakan cili..berbaloikan pasaran cili sekarang?
bagaimana utk saya mulakan bisnes ini?
adakah wajib utk saya menghadiri kursus utk pertanian moden?
siapa atau badan manakah perlu saya rujuk utk memulakan langkah
usaha pertanian moden ini.
harap dapat bantu
aishah
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam, langkah pertama, anda ikuti kursus, dari kursus anda akan didedahkan selok belok fertigasi secara detail dan praktikal. Dari situ insyaAllah anda dah boleh mulakan projek fertigasi.
assalamualaikum…..
baja apa yang sesuai untuk pisang berangan?
berapa kadar diperlukan setiap pokok dan kekerapan membaja dalam setiap kitaran hasil?
Mohd Ashraf: Waalaaikummussalam, anda boleh juga gunakan baja NPK. Untuk pokok berumur 1 – 5 bulan, anda gunakan NPK 15:15:15, bulan ke6 12:12:17:2, bulan ke7-8 Muriate of Potash, bulan ke9-11 12:12:17:2, bulan ke12 15:15:15, bulan ke13-14 Ground Magnesium Limestone, bulan ke 15-17 15:15:15, bulan 18-20 15:15:15, bulan 21-24 15:15:15
Salam ashraf, saya syahrul kawan mizal saya dapati harga baja fertigasi meningkat oleh yang demikian saya bercadang nak buat baja sendiri awak ada tak link mana2 bole saya dapatkan bahan kimia campuran baja tersebut?
Mohd Ashraf: Salam, anda boleh dapatkan bahan kimia tersebut di kedai yang menjual bahan kimia untuk makmal sekolah.
saya sudah penat kesana sini,bank sana sini utk membuat pembiayaan untuk penternakan lembu fidlot..saya bekerja di sektor awam..
layakkah saya membuat pembiayaan penternakan sedangkan saya sedang bekerja di dalam sektor awam?
Mohd Ashraf: Anda boleh gunakan nama anak/isteri/ibu/bapak/sedara mara atau sesiapa sahaja yang tidak bekerja dalam sektor awam untuk membuat pinjaman perniagaan.
secara amnya,bagaimana prosedur bagi memulakan sesebuah perniagaan?
ada tak pinjaman selain daripada MARA dan BANK PERTANIAN?
Mohd Ashraf: Secara amnya, anda perlu ada barang atau perkhidmatan untuk dijual untuk memulakan perniagaan. Terlalu banyak bank dan skim yang ditawarkan untuk membuat pinjaman. Anda boleh klik link ini http://mohdashraf.com/v1/?p=133 untuk melihat bank dan agensi yang memberi pinjaman perniagaan.
assalamualaikum,
insyaAllah dlm bulan jun akan datang ni, saya akan mulakan projek perikanan ikan keli dlm kolam tanah.. tapi saya kalau boleh ingin meminta pertolongan en. ashraf utk memberi secara kasar kos operasi utk membuat projek ini.. fyi, satu kolam sebesar 10m kali 30m… saya amat menghargai usaha en ashraf dlm membantu saya… terima kasih…
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Kos operasi bergantung kepada tempat dan apa yang anda buat. Seelok-eloknya kos dan sebagainya anda perlu buat sendiri, sebab itu adalah jangkaan apa yang akan berlaku pada projek anda. Dengan cara ini, anda boleh bersedia apa yang akan berlaku.
Mohd Adeey Bin Sam: saya sedang jalankan projek pertanian terbu serta ternakan kambing. Saya ingin mengembangkan lagi pertanian serta ternakkan saya. Saya sudahpun buat kertas kerja tapi bagaimana saya hendak memohon pinjaman ini
Mohd Ashraf: En Adeey, anda boleh bawa kertas kerja tersebut kat bank dan berbincang dengan pegawai untuk membuat pinjaman.
Salam,
Saya seorang kakitangan kerajaan yang dah lama bertugas lebih kurang 28 tahun. Saya mula meminati agro apabila anak no. 2 saya mengambil kursus agro di Kolej Profesional Mara Beranang Selangor.
Beliau baru habis belajar dan menanti untuk menyambung ijazah.
Masa lapang anak saya menanam pokok bunga yang menjadi masalahnya kami tinggal dirumah teres yang mana tiada tanah yang banyak untuk menanam tapi atas minat kami menanam dalam pasu.
Kami ingin tahu bagaimana kalau nak menanam pokok buah secara kecil-kecilan. Kami berharap En. Mohd Ashraf dapat membantu dalam hal ini.
Mohd Ashraf: Salam Kak Ton, untuk menanam pokok buah, Kak Ton terpaksa beli tanah. Kak Ton boleh cari tanah kampung untuk dibuat dusun kecil. Tapi jangan terlalu jauh dari tempat tinggal atau boleh cari di negeri bersebelahan.
Assalamualaikum..
Saya bersama suami ada mengusahakan projek cendawan serta tanaman cili.masalah yang kami hadapi,adalah dari projek cendawan.kami memerlukan modal untuk pembelian bahan mentah.sepatutnya kami mendapat peruntukan dari jabatan pertanian dari segi benih.tapi jabatan pertanian tidak dapat tunaikan janjinya disebabkan kekurangan bahan benih itu.jd jabatan pertanian mencadangkan kami supaya menghasilkankan sendiri bongkah benih itu.dan memberi jaminan akan membantu dari segi peralatan mesin.masalah yang kami hadapi ialah kami kekurangan kewangan untuk membeli bahan mentah.untuk membuat pinjaman mara,saya rasa saya ada masalah sedikit.sblm ini saya pernah membuat pinjaman mara untuk pelajaran.dan saya ada mslh dari segi pembayaran kerana saya tidak bekerja.kini saya mengusahakan pertanian secara sederhana.jd soalan saya,sekiranya saya boleh melangsai kembali pinjaman pelajaran saya,bolehkah saya membuat pinjaman untuk pertanian.dan berapa tempoh kelulusan bg pinjaman itu.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Untuk pinjaman MARA tersebut, anda boleh berbincang dengan pihak MARA untuk membayar pinjaman pelajaran sedikit demi sedikit setiap bulan dengan persetujuan bersama berapa jumlah yang mampu anda bayar untuk melangsaikan pinjaman. Kemudian anda boleh buat pinjaman MARA untuk perniagaan anda. Jadi, selalulah berbincang dengan MARA untuk melangsaikan hutang. Jika pada masa depan, anda mampu membayar lebih, bayar la lebih. Jika tak mampu bayar jumlah yang dipersetujuai bersama, bincang juga dengan pihak MARA untuk mengurangkan jumlah tersebut buat sementara waktu.
Di doakan semoa memperoleh hasil yang lumayan hasil dar jerh titik peluh ini…
Mohd Ashraf: Terima kasih dan semoga anda juga berjaya.
salam perkenalan..
Mohd Ashraf: Salam perkenalan buat saudara.
Assalamualaikum,
Saya baru hendak memulakan tanaman cili merah.Boleh tak En. Ashraf berikan panduan bagaimana hendak menanam dan jarak antara pokok dan batas. Bagaimana pula dengan tanah dan jenis baja.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Jarak tanaman adalah 90cm antara pokok dan 150cm antara baris. Tabur baja NPK 12:12:17:2 di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar @ 10g setiap 2 minggu. Bagi tanah pula, untuk persediaan tanam pokok, gaulkan tanah dengan tahi ayam reput sebanyak 25kg untuk 50 meter persegi.
Tuan Ashraf,
saya ingin memulakan perniagaan tetapi tiada modal, jadi sy ingin membuat pinjaman dari mara adakah begitu sukar seperti yg didakwa dan apakah langkah-langkahnya?
Mohd Ashraf: Kesukaran dapatkan pinjaman bergantung kepada pegawai dan juga pengalaman yang anda ada. Kalau kurang pengalaman, kena ikuti kursus yang MARA anjurkan.
Assalamualaikum En Asyraf,
Ingin bertanya berapakah keluasan tanah minima bagi permulaan membela lembu secara feedlot.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Keluasan tapak minima untuk seekor lembu fidlot adalah 30 kaki persegi untuk seekor lembu. Jadi buat pengiraan untuk berapa ekor lembu yang ingin dipelihara atau berapa ekor lembu yang dapat dipelihara dengan keluasan yang anda ada.
En. Ashraf,
Kami telah memulakan perniagaan Kedai Kopi, Tapi malangnya lokasi dan mungkin menu kami tidak bersesuaian. Niat utk membesarkan perniagaan terbantut kerana kekurangan modal, harap tolong bantu kami bagaimana utk mendptkan pinjaman modal dan prosesnya.
Mohd Ashraf: Adakah dengan membesarkan perniagaan boleh menjadikan perniagaan anda makin maju padahal lokasi dan menu anda tidak sesuai? Pendapat saya, usahakan menu @ sesuatu yang istimewa kat kedai anda, dan lakukan promosi secara besar-besaran.
salam en. ashraf
saya inginkan pendapat en. ashraf…sekiranya saya hanya sanggup menggunakan RM15000 untuk memulakan suatu perniagaan..tanpa sebarang idea, tanpa tanah dan tanpa sebarang pengalaman…cuma yang ada minat yang mendalam dan perasaan ingin mencari kebebasan kewangan…Bidang apakah yang patut saya ceburi sekarang ini..?
untuk pengetahuan, sy memang berminat terhadap sektor pertanian dan perikanan…tapi tiada sebarang idea dan dorongan kearah tersebut… celik mata je, kena pikir kerja..maklumlah kerja disektor awam…tapi didalam hati,tuhan aje yg tahu
Mohd Ashraf: Anda ada masa dan semangat yang kental? Susah kalau nak buat banyak kerja dalam satu2 masa. Sebenarnya projek pertanian, perikanan dan penternakan ni susah untuk permulaan. Tapi senang dikemudian hari bila dah dapat rentak. Kalau anda tiada masa dan semangat yang betul-betul kental, laburkan wang anda tu dalam saham amanah sehingga anda ada masa dan semangat yang diingini. Banyak cabaran dalam bidang ni, takut wang melayang begitu saja. Buat perancangan yang betul-betul teliti baru mulakan projek agro ni.
a’kum….. Tuan sy dah pun sewa tanah di N.Sembilan hampir 2 thn dan dah byk melabur modal termsk membeli traktor dan sebagainya ttp hingga kini masih memikirkan tanaman yg sesuai & pasaran modal pun dah tggl ciput, asalnya nak tanam jagung tp x tau mana nak jual. boleh Tuan advice sy skt
Mohd Ashraf: W’salam. Bagaimana kalau tanam sayur ? Hantar terus ke pemborong di pasar. Atau terus ke kedai makan. Memang nak berniaga ni susah kalau tiada pembeli, seelok-eloknya, cari pembeli dulu. Kat perlis ada seorang penanam jagung. Dia jual jagung tu tepi jalan. Besar gerai dia. Setiap masa dia jual jagung je. Bila orang dah tau sesuatu tempat ada jual sesuatu benda setiap masa, tiada masalah di kemudian hari, bila orang nak makan jagung, orang akan ke tempat dia… Mulanya memang sukar, sebab orang belum tau, tapi bila orang dah tau, tiada masalah. Promosi yang penting.
hi,
june belum mulakan fertigasi cili lagi. sibuk posting sana sini. tapi nak tanye gak, blh ke ternakan kanvas buat kat depan umah gak? takde la sampai 5-6 kolam kan, at least 1-2 kolam pun dah good enuff.
dah dpt tanah kat kuantan, tapi kat situ potensi untuk naik air masa banjir tersangat la tinggi. ada lebih kurang 5ekar..any advice?
Mohd Ashraf: Ternakan dalam kanvas boleh buat depan rumah, tiada masalah. Unuk tanah kat kuantan, kena tinggikan tanah atau buat sistem perparitan yang menjamin kawasan tu nanti tak ditenggelami air. Kena pastikan betul2 takut projek dah jalan, pokok ditenggelami air.
asslmkum…saudara ashraf ..saya dah pun menyemai pokok baru. hari ini dah usianya15 hari…2 ari lepas saya ada melakukan semburan racun untuk anak benih iaitu score…setengah2 anak daun nampak layu…adakah ini disebabkan racun…lagi 1 jika di kawasan pokok kita x nampak ada serangan serangga perlukah kita meracun.tima kasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Kalau pokok masih lagi kecil, seeloknya guna racun kurang daripada yang disyorkan pada label. Ada 2 cara meracun. 1 untuk pencegahan, sebelum kena serangan, kita dah sembur racun. 1 lagi cara, sembur bila kena serangan saja dan pada pokok yang kena serangan saja. Pilihan terletak pada pengusaha.
salam en. Ashraf,
Saya merupakan siswazah IPTA. Saya sedang menjalankan projek kambing boer Fullblood yang diimport dari Australia. Kos awal yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM30k termasuk maintenance kambing dan tapak yang disewa (selama 2 tahun). Saya ingin menyuntik modal sebanyak RM50k untuk membesarkan lagi perniagaan ini melalui pinjaman bank. Saya ada beberapa persoalan:
1) Saya bermasalah mendapatkan penjamin untuk membuat pinjaman. Skim SUTKS Bank Pertanian memerlukan penjamin berpendapatan tetap paling kurang RM1000 sebulan. Adakah terdapat skim agensi lain yang hanya memerlukan penjamin berpendapatan bersih bawah RM600?
2) Fokus perniagaan kami setakat ini hanya pada (breeding)pembakaan dan sekiranya kami ingin menambah fokus kepada pedaging (fattening), adakah ini akan mengganggu dalam proses permohonan pinjaman?
Terima kasih.
Mohd Ashraf:
1) Cuba berhubung dengan pihak MARA.
2) Dalam pinjaman, anda perlu bagitau apa yang anda nak buat dengan pinjaman tersebut, tiada masalah kalau anda nak buat pinjaman untuk breeding dalam masa yang sama, anda gunakan wang anda sendiri untuk fattening. Tapi kalau anda nak buat pinjaman untuk breeding dan fattening, just nyatakan dalam projek paper anda nak buat breeding dan fattening. Tiada masalah. Cuma jangan buat pinjaman berlebihan, hanya buat pinjaman untuk berapa banyak yang anda perlu pakai saja, nak elak daripada tanggung hutang yang banyak.
Hi En. Mohd Asraf. Saya Humphrey dari kuching Sarawak.
Saya mempunyai beberapa persoalan:
1) Adakah MARA atau Bank Pertanian Menyediakan pinjamakan kepada orang bukan bumiputera?
2) Saya berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dalam penternakan kambing. Dari agensi manakan saya patut mendapatkan maklumat ini?
3) Berapakah modal yg diperlukan untuk permulaan penternakan kambing tak mengira secara full time atau part time?
Terima Kasih.
Mohd Ashraf:
1) MARA khas untuk bumiputera, tapi Bank Pertanian (sekarang Agro Bank) terbuka kepada semua kaum.
2) Anda boleh berhubung dengan Jabatan Haiwan di kawasan anda.
3) Modal bergantung kepada keluasan tanah untuk tapak ragut dan kandang serta jumlah kambing yang anda boleh pelihara dengan luas kawasan yang ada.
assalamualaikum, en ashraf. saya juga ingin memndapatkan pendapat daripada encik. saya berminat untuk mengusahakan tanaman ubi kayu secara komersil bersama 2 orang rakan saya yang lain.
untuk pengetahuan encik, saya merupakan lepasan ijazah sarjana muda perakaunan, dan 2 orang rakan yang lain merupakan lepasan ijazah sarjana muda pengurusan hotel & perlancongan.
kami sedar bahawa minat kami agak lari dari course kami, tapi kami bertiga amat berminat dgn perusahaan ini.
kami diberi tanah oleh FELDA sebanyak 10 ekar. sekarang, kami ingin mendapatkan pembiayaan daripada pihak MARA utk projek ini.
salah seorang dpd kami mempunyai pengalaman dlm perusahaan tanaman pertanian secara kecil-kecilan, termasuk penternakan kambing & kuda.
dengan pengetahuan & pengalaman yg kami ada, apakah pendapat encik ttg projek ini? berapa anggaran pembiayaan yg menepati planning kami? apakah proses yg perlu dilalui utk memperoleh pembiayaan dpd pihak MARA?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Memandangkan anda ditawarkan 10 ekar oleh FELDA untuk tanaman ubi kayu, rasanya tak susah, hanya berjumpa dengan pegawai MARA saja. Kalau tak dapat pinjaman, anda boleh buat dulu dengan modal yang anda bertiga sanggup laburkan dalam projek ini. Kalau sorang RM500, dah ada RM1500, gunakan RM1500 tu untuk bersihkan tanah dan beli anak (pakai batang pokok ubi). Buat budget berapa luas kawasan yang anda dapat tanam dan beli benih dengan wang yang anda ada. Kemudian baru kembangkan projek ni sedikit demi sedikit hingga penuh 10 ekar. Kadang-kadangada pe’el pegawai, susah nak dapat loan. Kadang-kadang senang-senang je dapat loan, terus boleh buat 10 ekar.
Assalamualaikum…
sebelum ini saya mengusahakan projek tanaman pisang,kini saya bercadang untuk menternak lembu pedaging secara fidlot.Kertas kerja dan segala dokumen sokongan telah saya siapkan saya memohon pinjaman sebanyak 150K.
1. adakah pinjaman lebih daripada 50k sukar untuk diluluskan oleh pihak MARA ? kerana nie projek permulaan.
2. untuk pinjaman lebih daripada 50k, wajib ada cagaran?
,kerana skrg sy juga ada apply loan dengan Agro Bank menggunakan dokumen dan cagaran yang sama.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam.
1. Bergantung kepada pegawai MARA, anda juga ada kelebihan sebab dah ada projek yang boleh cover untuk bayar balik pinjaman tu kelak (pisang)
2. pinjaman lebih 50K wajib ada cagaran
harga dah naik nampak!!!!!!
Mohd Ashraf: En Jesri, harga bukan naik, tapi dikurangkan. Harga Set Mini Fertigasi termasuk penghantaran adalah RM170. Sebelum ini harga RM168 belum termasuk penghantaran. Pakej kali ini juga dibekalkan dengan silvershine, baja A & B dalam bentuk pepejal untuk dijadikan 10 liter baja stok dan juga media semaian iaitu peatmoss, media yang digunakan untuk menyemai benih secara komersial.
Askum…saya sekarang belajar cara-cara penternakan di j.p.h di tahap 1,,sekarang saya tidak mahu sambung sampai tahap 3 krn yakin dapat menguruskan dgn baik jika buat bisne3s sendiri,,jadi saya tidak ader masalah dgn cra menternak dan penjagaan lembu..cuma sekarang saya nak tahu pendapat saudara…samada membela lembu fidlot lebih baik atau secara integrasi?…modal ditangan saya sekarang ader dlm rm35 ribu…aper yg harus saya lakukan dulu?saya bercadang ingin memulakan dibelakang rumah kawasan kampung….
Mohd Ashraf: W’salam. Bagi saya, fidlot paling bagus kalau ada pasaran. Duit lagi cepat masuk.
salam…
ni saya nak tanya ni cara2 utk sya nak menanam poko cili padi..
mana nak dapat kan bibit pokok cili padi ni?? dan semua2 yang berkenaan dengan pokok cili padi ni la.. dan kalau la saya tanam pokok cili padi tu di kebun sawit tak memudaratkan pokok sawit atau pun pokok cili padi tu tak hidup langsung???
Mohd ashraf: Bibit cili padi boleh dapat dari saya atau kedai barang pertanian. Tanaman cili perlu cahaya yang banyak, jadi kalau letak kat dalam kebun kelapa sawit, takut pokok cili kurang cahaya, jadi kurang lah hasil cili tu nanti.
saya berminat dlm bidang pembiakan lintah,tapi tak tahu mcm ne cara nak mula.agensi kejaan apakah yang boleh memberi kursus dalam bidang ini.dan mcm ne langkah-langkah untuk memulakan projek ini. En. boleh ke memberi anggaran modal untuk projek ini
Mohd Ashraf: Buat masa ni tiada agensi kerajaan yang boleh bagi penerangan tentang lintah. Boleh ikuti kursus yang dianjurkan pihak swasta (pengusaha)
en.ashraf saya nak bertanya jika saya ada mempunyai tanah seluas 5000 kaki persegi,berapa banyak pokok cili menggunakan sistem fertigasi boleh di tanam?di samping itu boleh tak pokok cili ni ditanam di kawasan yang agak terlindung oleh pokok buah-buahan?
Mohd Ashraf: En Ramlan, dapat masuk lebih kurang 1600 polibeg. Pokok sayur kena tanam dikawasan yang tiada lindungan. Jadi tak boleh tanam bawah pokok buah-buahan.
Assamualaikum ABG.ASHRAf. Insyaallah sekiranya saya balik kampung di Arau,Perlis. Boleh x saya singgah ke tempat Abg untuk mempelajari bidang ini.? Bidang perternakan n pertanian ini menarik minat saya. Cuma saya di Kuala Lumpur ini tiada tempat yang boleh saya mulakan & tiada pengetahuan dalam bidang ini. Selama ini saya hanya membaca dan tidak dapat dipratikkan kerana tempat tinggal saya di sini hanya rumah Flat shj. Boleh saya mempelajari pengetahuan n pengalaman dari Abg?? -Fadzli
Mohd Ashraf: Waalaikummusalam. Boleh, datang la. InsyaAllah saya cuba kongsi apa yang saya tau dan boleh bertukar-tukar pendapat nanti.
Assalamualaikum,
Saya baru ingin memulakan tanaman cili padi kampung, iaitu cili yang lebih kecil dari photo diatas blh x Encik Ashraf beri anggaran berapa harga 1kg jika kita menjual kepada pemborong di pasar borong..
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Harga cili padi tinggi dan pengurusan serangan serangga dan penyakit lebih mudah daripada cili merah/besar. Tapi kalau nak dapat 1kg cili padi, kena banyak biji sebab cili padi kecik.
salam ,saya berminat dengan membela kambing,lembu tapi tak cukup modal apakah yang harus saya buat a to z .bolehkah memberitahu macamana mula
Mohd Ashraf: Ada tiga cara.
a) mulakan dengan pinjaman pertanian (cara lambat sebab jangkamasa dapat loan bergantung kepada agensi tapi boleh terus start dengan bilangan yang banyak bila dah dapat pinjaman)
b) mulakan dengan pinjaman peribadi (cepat tapi bulan ke2 dah kena bayar balik pinjaman)
c) mulakan dengan modal sendiri mengikut kemampuan ( cara lambat, kalau modal hanya boleh beli 2 ekor kambing, just dapat 2 ekor kambing saja, tapi dengan adanya 2 ekor kambing, boleh belajar macam mana pengurusan tanpa risiko kegagalan yang tinggi sebab ada 2 ekor saja. Kemudian dengan 2 ekor tu, kembangkan lagi bila dah ada modal sedikit demi sedikit)
assalamualaikum,
saya seorang wanita yang menyimpan hasrat untuk menternak kambing atau lembu secara komersal.memandangkan modal dan pengalaman saya belum mencukupi,maka saya ingin menternak lintah dahulu.tetapi saya tiada pengalaman.apakah yang saya perlukan untuk memulakan projek ternakkan saya? saya mempunyai sebidang tanah yang tidak diusahakan.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam, anda boleh ikuti kursus-kursus yang dianjurkan berkaitan dengan ternakan lintah. Dengan berkursus, anda akan mendapat ilmu asas dengan cepat dan boleh juga dapat link perniagaan dengan bidang yang sama dengan anda (lintah)
En Ashraf..
Saya bercadang ingin membuka KIOSK menjual tart , carrot cake, biscuits (yang seakan2 sama konsep seperti Famous Amos), saya ingin memohon pertolongan andai En ashraf ada contoh Kertas kerja yang berkaitam dengan perniagaan yang mahu saya usahakan ini.
Mohd Ashraf: Anda boleh gunakan contoh dan panduan rancangan perniagaan pada link di bawah:
Panduan Rancangan Perniagaan
salam motivasi
Mohd Ashraf: Salam motivasi kepada anda
salam…
saya dan kawan saya bercadang untuk menjalankan pertanian penanaman cili… kami perlukan pendapat and bantuan saudara berkenaan dengan kos sebenar dan bagaimana ingin membuat pinjaman…
Mohd Ashraf: Salam rais, anda perlu email kepada saya untuk mendapat maklumat lanjut, boleh guna borang hubungi untuk email.
Assalamualaikum..syarikat saya bakal menjadi pengeluar santan segar dipekkan dalam stand pauches menggunakan retort sistem supaya santan ini akan bertahan 9 bulan ke 15 bulan.Kilang saya salah sebuah vendor untuk projek halal hub melaka yang akan mula beroperasi antara bulan julai hingga september ini.Oleh yang demikian,jika ada pembekal kelapa,isi kelapa,sila hubungi saya 014-2261500.Terima kasih
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Tahniah dan selamat berjaya. Semoga ada pembekal kelapa kepada anda melalui blog ini.
good info boss.
terima kasih
Mohd Ashraf: Terima kasih
Salam ayap..hang dah jadi petani moden ya? baguih la no..jangan lupa mai kenduri aku k…hehehe. Gudluck
Mohd Ashraf: Salam own. InsyaAllah aku p kenduri ang nnt.
Assallammualakim En. Ashraf,
Saya Noryati. Ingin bertanya samada anda ada maklumat berkenaan penggunaan plastik HDPE untuk mengatasi masalah kebocoran kolam ikan. Adakah penggunaan platik HDPE ini merbahaya kepada ternakan ikan tersebut. Dan jika dapat dibantu, dimana boleh saya beli platik HDPE ini dan berapa harganya. Maklumat anda amat membantu saya. Jutaan terima kasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam . Maaf, saya tiada maklumat berkenaan plastik HDPE ni
assalamualaikum en.ashraf…saya berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian…saye berfikir untuk bermula dengan tanaman buahan tempatan yang mempunyai permintaan yang tinggi di negara kita…saya ingin mengetahui pandangan dan cadangan dari en.ashraf sendiri…
memandangkan saya tidak mempunyai pengalam dan hanya berbekalkan pengalaman menanam pokok buahan sejak kecil dan secara kecil-kecilan…saya ingin menghadiri kursus yang berkaitan untuk menambah ilmu pengetahuan…jadi dimanakah kursus dan tempat yang sesuai untuk saya hadiri?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Sepengetahuan saya, tiada kursus untuk pokok buah-buahan, jadi perlu sentiasa berhubung dengan pegawai pertanian. Kat website Kem Pertanian ada Dr Pokok, just bertanya di sana masalah pokok. Untuk melengkapkan diri, Mardi Serdang ada jual buku berkenaan penyakit pokok. Boleh berhubung dengan Mardi untuk mendapatkan buku ni.
tahniah di atas kegigihan anda dalam bisnes. Saya bekerja di pejabat tapi teringin juga nak menceburi bidang perniagaan online nih. Pada pendapat saya tunggak utama ebiz ni ialah sistem penghantaran. Boleh tak saudara kongsi pengalaman saudara mengendalikan bahagian penghantaran produk. Maksud saya, apakah syarikat penghantar yang paling murah dan selamat dan apakah ciri2 utama yang ditekankan dalam memilih syarikat penghantar.
Terima kasih ya dan teruskan usaha anda.
Mohd Ashraf: Terima kasih. Sebenarnya saya dah tulis sikit tentang syarikat penghantar ni cuma belum dipublish sebab belum siap. InsyaAllah saya akan publish bila siap nanti.
hang dah cuba spray ayeq sabun kat anai-anai?
Mohd Ashraf: Abg budie, saya belum cuma, insyaAllah nnt nak try jugak sebab kat rumah pon ada anai2
salam,
saya Rosliza. Ingin minta pendapat En Ashraf tentang tanaman cili. Saya bercadang untuk mulakan secara kecil kecilan dahulu, tapi saya tak ada pengetahuan langsung tentang tanaman cili ni. Macamana nak mulakan ye?
Mohd Ashraf: Anda boleh cuba semai dan tanam pokok cili beberapa pokok. Boleh juga membeli Set Mini Fertigasi Abi Agro jika nak belajar teknik fertigasi dan penjagaan pokok. Manual dan cara penjagaan juga disediakan bersama set tersebut.
Good luck
Mohd Ashraf: Terima kasih kak adawiyah.
selamat sejatera…
saya berminat dalam penternakan ayam daging. tapi tidak mempunyai pengalaman. tapi mempunyai modal rm 15,000. tolong memberi tunjuk ajar bagaimana na mula ?
terima kasih…
Mohd Ashraf: Salam sejahtera Kumar. Anda boleh ikuti kursus atau melawat projek penternakan ayam pedaging untuk melihat cara penternakan ayam dan mendapat khidmat nasihat daripada pengusaha. Jangan lupa untuk menjemput pegawai Jabatan Haiwan untuk melawat tempat anda kelak untuk mendapat khidmat nasihat dan bantuan daripada mereka.
Assalamualaikum Saudara Ashraf… Saya memang seorang yg berminat dgn bidang pertanian ini, Saya mempunyai 3 ekar tanah dikawasan Klang, Selangor dan sekarang didalam proses untuk memulakan tanaman nenas. Disamping itu saya ingin mempelbagaikan tanaman saya untuk dijadikan pendapatan sampingan sebelum hasil nenas dapat dituai kerana nenas mengambil masa yg agak panjang untuk mendatangkan pulangan. Saya ingin bertanya apakah tanaman lain yg boleh saya usahakan disamping tanaman nenas ini (tanaman utama).
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Biasanya tanaman nanas diintegrasi dengan kelapa sawit. Saya tak pasti samada tanaman lain boleh ditanam dicelah2 batas nanas takut akan menyukarkan pengurusan pokok nanas. Kalau tak mengganggu, saya cadangkan tanam sayuran daun sebab tempoh hayat yang singkat (kailan, kangkung, bayam dsb)
Assalamualaikum,…
En. Ashraf, sy berminat nak usahakan tanaman cili…
bab tanah, insyaAllah tak de masalah…
cuma sy tak tau pihak yg menawarkan kursus (MARA?)…
cadangannya nak buka di Johor (simpang renggam)…
dan selalunya, kepada siapa akan kita jual hasil tanaman?…
Terima kasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Jabatan Pertanian dan pihak swasta ada juga menyediakan kursus. Tapi perlu berhubung dengan pihak terbabit. Kalau buat banyak, hasil tanaman bagi kat pemborong atau jual sendiri. Kalau buat sedikit boleh jual pada rakan, saudara atau jiran.
assalamualaikum…
en ashraf..sy nak mintak pendapat???
saya nak buat ternakan kambing..la ni mmg dah ada pun kambing tp cara tradisional la..buat kat belakang rumah..niat di hati nak la tambah ternakan and buat scr commercial la..tp modal mmg takde..mcm ner nak wat pinjaman dengan bank pertanian???perlu penjamin gak ke???thank you
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam Sally, anda boleh berbincang dengan pihak Agro Bank sebab anda dah jalankan projek. InsyaAllah tak susah sebab anda nak besarkan projek, bukan nak mulakan projek.
Salam tuan..
saya ingin bertanya utk 100 pokok,berapakah kos pembajaan utk 1 musim dan berapa lama tempoh utk pokok mula membuahkan hasil?
Mohd Ashraf: Salam. Kos baja untuk 1 musim adalah RM320. Anda boleh pungut hasil yang pertama antara 2.5 bulan hingga 3 bulan.
Assalamualaikum saudara Ashraf…
Blog anda membuatkan saya jadi lebih berminat dgn bidang pertanian ini dan terima kasih kerana sudi menjawab soalan dari para pembaca blog anda. Info yg anda berikan memang berguna terutamanya buat para pembaca yg bercadang dan baru menceburi bidang pertanian ini.
Saya ada beberapa soalan buat saudara, seperti yg saudara cadangkan supaya saya menanam sayuran sebagai sampingan selain nenas sebagai tanaman utama, saya rasa kurang berminat untuk memberi tumpuan kepada sayuran kerana proses penjagaan yg agak rumit. Apa pendapat saudara sekiranya saya ingin menanam pisang sebagai tanaman sampingan saya tetapi bukannya bersama-sama dgn nenas tetapi saya akan memperuntukkan seekar untuk tanaman pisang. Soalan saya:-
1) Berapa lama pokok pisang akan mengeluarkan hasil untuk dijual?
2) Apakah jenis pisang yg laris dan agak sukar dijumpai dipasaran semasa?
3) Berapa byk pokok pisang yg boleh ditanam didalam kawasan seluas 1 ekar?
4) Apakah risiko utama dalam menanam pokok pisang ini?
5) Bagaimanakah caranya untuk saya membeli benih pisang dari saudara dan berapakah harganya?
Mungkin agak byk soalan saya pada saudara tetapi bila membaca blog saudara saya rasa pisang memang boleh mendatangkan hasil jika tumpuan diberikan sepenuhnya.
Terima kasih saudara.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam iswan.
1. Untuk pusingan yang pertama, ambil masa 9-10 bulan, seterusnya 3-4 bulan.
2. Pisang berangan, pisang mas, pisang rastali selain pisang yang dibuat kerepek atau digoreng.
3. Lebih kurang 950/ekar
4. Masalah tanaman pisang yang utama (selain daripada tanaman pisang untuk digoreng/kerepek) adalah penyakit fusarium. Penyakit ini datangnya daripada tanah. Kalau kawasan tersebut tiada penyakit fusarium, insyaAllah tiada masalah yang kronik. Hanya kawalan serangga bila memerlukan.
5. Untuk membeli anak pisang tisu kultur, sila klik link di bawah:
http://mohdashraf.com/v1/?page_id=103
apa kegunaan silvershine tu
Mohd Ashraf: Guna silver shine untuk tutup tanah, nak halang rumput daripada tumbuh.
Salam Saudara Mohd Ashraf, tahniah kerana mempunyai blog yang bermutu.
Saya pernah kerugian puluhan ribu ringgit kerana kegagalan projek kambing. Selepas 2 tahun, saya mahu kembali dgn azam & semangat baru. Namun, kali ini biarlah saya terus bekerja makan gaji dahulu & hanya terlibat secara perkongsian. Kemusykilan saya adalah bagaimana hendak menyediakan satu surat perjanjian antara saya & ahli kongsi berdasarkan beberapa senario berikut:-
1. Rakan kongsi adalah penternak sepenuh masa, manakala saya hanya akan datang ke kandang paling kerap pun 2 kali sebulan ?
2. Saya melaburkan sedikit modal di dalam pembinaan kandang kambing (konsep fedlot) & tanaman rumput napier taiwan
Mohd Ashraf: Salam Saudara Shahril. Anda boleh berbincang sesama sendiri berapa peratus perkongsian dan hasil yang akan dipersetujui bersama. Kemudian anda boleh berjumpa dengan peguam di mana-mana syarikat guaman untuk memeterai perjanjian tersebut. Hal ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk masa depan sebab adik beradik pon boleh bergaduh disebabkan wang.
Ada banyak cara, antaranya:
1. Tubuh syarikat
1. Kumpulkan berapa banyak modal yang rakan anda keluarkan dan berapa banyak modal yang anda keluarkan
2. Daripada keuntungan, bahagikan dalam bentuk % untuk membayar semula modal anda dan rakan anda serta % yang akan anda berdua perolehi sebagai pelabur.
3. Buat sistem gaji untuk rakan yang menjaga kandang.
Anda boleh berbincang dengan peguam tentang hal ini. Yuran guaman perlu juga dibahagi antara anda dan rakan anda.
salam sejahtera,
saya berminat untuk menjalankan projek ikan keli dan lintah. untuk pengetahuan tuan saya mempunyai tanah (keluarga) untuk memulakan projek tersebut. bagaimana caranya untuk memohon pembiayaan tersebut. berapakah jumlah pembiayaan yang boleh di berikan
Mohd Ashraf: Salam sejahtera. Jumlah pembiayaan bergantung kepada kertas kerja yang saudara kemukakan kepada agensi/bank iaitu berapa modal yang diperlukan untuk projek tersebut di tanah anda.
assalamualaikum…saya berminat dengan tanaman pisang secara tisu kultur tetapi saya saya tidak mempunyai pengetahuan tentang kaedah tanaman ini. Boleh En. ashraf terangkan serba sedikit tentang kaedah penanaman ini dan bagaimana saya boleh mendapatkan kursus untuk penanaman cara ini. Sekian terima kasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en kamarulhisham. En boleh klik link di bawah untuk mengetahui teknik semaian anak pisang tisu kultur. Kaedah penjagaan adalah sama seperti tanaman pisang yang lain. Saya juga sediakan manual tanaman serta penjagaan untuk setiap pembelian anak pisang tisu kultur daripada saya.
http://mohdashraf.com/v1/?p=104
saya tinggal di rumah teres shj. jadi tak banyak ruang utk saya menanam sayur2an di tanah! saya amat berminat dgn penanaman hidroponik, saya banyak membaca tentang kaedah ini. sukar bagi saya utk mendapatkan peralatan hidroponik ni. dimana blh saya dapatkan peralatan seta baja2 yg digunakan utk memulakan penanaman hidroponik ni? saya tinggal di Subang Jaya Selangor.
Mohd Ashraf: Puan Maimunah, saya ada menjual baja hidroponik. Puan boleh gunakan borang di pautan Hubungi untuk membeli baja hidroponik daripada saya.
assalamualaikum Mohd.Ashraf..Saya bumiputra.Cara untuk menjadi pembekal alat ganti motorsikal dan yang berkaitan,terutama dari SAMATA.Boleh kah dapatkan maklumat dan cara untuk berhubung langsung dengan pihak berkenaan?ok Terima kasih atas bantuan yang diberikan.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam zizuu.
SAMATA INDUSTRIES CO. LTD.
E-mail : info@samata.com.my
Web Site : http://www.samata.com.my
Address: :
Lot 12725, Lengkuk Teluk, Bt 4 1/2 , Kg. Jawa,
AMJ Industrial Park, Off Jalan Kebun,
41000 Klang, Selangor, Malaysia.
Hunting Line : 03- 5161 9651
Fax Number : 03- 5161 9751
Contact Person H/P :
016- 330 9051 *En.Roslan
013- 788 3186 *En.Eshak
013- 201 8121 *En.Anuar
016- 330 8993 *En.Ismi
sedara, saya dah surf ssm site tue.. masalahnyer, nk msuk tang mane utuk dftr prniagaan tue, sbb borang yg ada tuh, cuma contoh ajer.. adusss… x jmper carik laa…
hehehe.. tulum yer..
-Tartan_elf-…
Mohd Ashraf: Elf, kalau nak daftar perniagaan, anda kena ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang berdekatan anda. Tak boleh register online. Sekarang ambil masa sejam dua dah siap daftar perniagaan.
Salam…
Terima kasih atas semua panduan yang diberikan dalam website ni. Saya dapat belajar banyak drpdnya. Saya ingin menceburkan diri dalam pertanian, to be more specific, tanaman cili dan timun jepun menggunakan teknik fertigasi. Kalau boleh nak jadikan kerjaya tetap, usahawanita berjaya. Saya setuju bila saudara Ashraf kata kena pergi kursus terlebih dahulu. Tetapi saya rasa kalau pergi kursus tanpa sekurang-kurangnya mencuba mini model, kita tak berapa bersedia kerana tiada pengalaman. Saudara Ashraf tak adakan kursus ke? Saya rasa kalau saudara buat kursus, saya gerenti akan daftar. Satu lagi, kalau beli set mini fertigasi, mana nak dapatkan benih atau anak pokok? Boleh bagi panduan atau step-step yang perlu saya buat untuk jadi petani berjaya ni?
p/s selalu tertanya-tanya, mampu ke bertani dengan badan yg kurus kering ni??? hehehehe….
Mohd Ashraf: Dalam set tersebut, saya dah sediakan biji benih. Jangan cepat putus asa dan sentiasa berfikiran positif, itulah antara kunci kejayaan dalam apa jua bidang yang anda ceburi.
salam…
Harap-harap saya tak akan demotivate. Keluarga telah memberi saya masa selama 1 tahun, bermula dari sekarang untuk prove diri saya boleh menjadi petani yang berjaya. Ada nasihat bagaimana untuk menguruskan masa, kerana saya masih kerja makan gaji dan belum bersedia berhenti selagi projek pertanian tidak berjaya? Kalau dapat tuai hasil 2-3 kali, saya sanggup berhenti untuk jadi petani full-time.
Mohd Ashraf: Assalamualaikum. Bila buat banyak kerja dalam 1 masa, pengurusan masa memang penting. Pastikan anda siapkan semua kerja di ofis, kemudian balik dari kerja, boleh ke tapak projek. Saya tak tau apa projek yang anda buat, tapi cuba cari projek yang kurang pengurusan.
salam …
saya faizul dari kemaman terengganu, skrg saya telah jalankan kontak farming tanaman serai herba. macam mana saya boleh mohon untuk pinjaman Mara ni ? tujuan permohonan adalah utk menambah modal dan penyelenggaran ladang serai saya.
harap saudara dapat jelaskan secepat mgkin.
terima kasih
Mohd Ashraf: En Faizul, sila buat permohonan Skim Tabung Ekonomi Belia . Klik link di bawah untuk maklumat lanjut:
Skim Tabung Ekonomi Belia
Salam sejahtera, saya sedang mencari contoh2 RP yang sesuai dengan bidang perniagaan pengurusan latihan & seminar. Bule tlg tak???
Mohd Ashraf: Anda boleh klik di bawah untuk panduan rancangan perniagaan
Rancangan Perniagaan
panduan ini amat berguna bagi peniaga peniaga yang ingin membuat pinjaman mahupun bantuan dari kerajaan.nampaknya petani petani tempatan ada pakar rujuklah selepasni.ringan sikit kerja saya ada pembantu
Mohd Ashraf: En Jesri, Bukan pakar rujuk, tapi sekadar berkongsi ilmu
InsyaAllah tiada masalah, saya boleh bantu
En Ashraf
bagai mana saya nak dapatkan benih cili padi yang baik.saya baru nak memulakan penanaman cili padi
Mohd Ashraf: Anda boleh dapatkan benih cili padi di kedai pertanian atau daripada saya. Sila gunakan borang di pautan Hubungi untuk membeli cili padi daripada saya.
Assalamualaikum..
abg sy berminat untuk menanam beberapa jenis tanaman seperti
1. pisang abu
2. labu manis / keledek
3. kacang bende / terung
masalah abg sy ialah die tidak pasti samada perlu baja tanah dulu baru gembur atau genbur dulu baru baja..
sila beri tunjuk ajar..
terima kasih
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam
Semuanya boleh. Tiada masalah. Nak letak kapur kemudian gembur pon boleh. Kemudian, buat lubang, letak baja lepas tu baru tanam pokok dalam lubang tadi.
Assalamualaikum
Praktikal tak kalau serai tanam dalam polibag? Benih serai apa yang elok? berapa bulan baru boleh harvest?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Saya belum pernah dengar serai ditanam dalam polibeg, tapi saya pernah dengar halia di tanam dalam polibeg. Anda boleh cuba tanam serai paha ayam dalam polibeg.
macam mna nak buat jadual perlaksanaan perniagaan
Mohd Ashraf: Contoh buka kedai runcit, bulan Januari -> daftar perniagaan, bulan februari-mac -> cat dan susun perabut, bulan april -> susun barang untuk jualan, bulan mei ->mulakan perniagaan
Halia ambik masa berapa lama untuk harvest?, satu polibeg boleh hasil berape kilo?, penjagaan perlu rapi atau lebih kurang macam serai? En Ashraf ada tak benihnya?
Mohd Ashraf: Saya tidak pasti berapa kilo boleh harvest untuk 1 polibeg. Tapi 5 bulan dah boleh harvest
salam..
nak tumpang tanye..
kat mane beli mesin potong rumput tu ek?
and… harge die bape biasenye?
kat area kl ade dak?
plz.. do inform me.. ym! nameck_5
Mohd Ashraf: Anda boleh cari mesin rumput tersebut di kedai alatan pertanian. Harga bergantung kepada jenis. Kalau buatan China, harga dalam RM300 saja.
saya nak tnya pasal benih pisang ni..saya ada tanah tepi sungai adakah ia sesuai untuk binih pisang cik..berapa lama jangka pembesaran sebelum di tuai hasilnya
Mohd Ashraf: En Azree, jika tempat tersebut tidak ditenggelami air, tiada masalah untuk tanam di sana. Tempoh pengeluaran hasil anak pisang kultur tisu lebih kurang 9 bulan.
assalamualaikum. saya berminat untuk menjalankan projek sama ada pertanian atau penternakan. tetapi apakah projek yang paling sesuai untuk saya yang berusia 22 tahun sekarang. apakah langkah-langkah yang perlu saya lakukan bermula dari asasnya dan bagaimana membuat pinjaman. saya juga ingin mengetahui tentang modal yang boleh diberikan.
Mohd Ashraf: Memandangkan anda tidak tahu projek apa yang anda ingin lakukan, saya cadangkan anda mendaftarkan diri dengan Jabatan Belia dan Sukan dan mengikuti Bengkel Bimbingan Niaga Tani. Anda akan didedahkan dengan projek2 pertanian / penternakan / perikanan dan anda pilih projek apa yang anda minat. Dengan mengikuti Bengkel tersebut, anda layak untuk membuat pinjaman Skim Belia Tani sehingga RM50K.
saya ingin mengetahui apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk mendapatkan pinjaman memandangkan saya sekarang sudah bekerja di syarikat swasta sebagai kerani selepas menamatkan pengajian tahun lepas dalam bidang pengurusan pelancongan. tetapi rakan saya bekerja di proton shah alam. adakah dia juga layak mendapatkan pinjaman.
Mohd Ashraf: Saya tidak pasti pinjaman apa yang anda nak buat. Kalau pinjaman pertanian, anda memang tidak layak sebab agensi yang terlibat inginkan pengusaha yang akan mengusaha sepenuh masa untuk projek tersebut. Apa yang anda boleh lakukan, gunakan nama seseorang yang tidak bekerja.
askum,
saya berminat untuk menternak lembu dan lintah. bapa saya mempunyai tanah pusaka yang dikongsi besama 11 orang adik beradiknya. untuk pengetahuan tuan bapa dan seorang adik beradiknya telah menternak kambing. lembu dan ayam kampung. bagaimana untuk saya membuat pinjaman sedangkan semua agensi pembiayaan memerlukan geran untuk memerlukan sesuatu projek.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Geran diperlukan jika anda memohon >RM50K. Jika projek anda bawah RM50K, maka anda tak memerlukan geran tersebut. Tambahan jika anda nak besarkan projek sedia ada.
asskum. en.ashraf..
saya telah buat pertanian serai sbanyak 2 ekar. masalah skrang, saya perlukan peruntukan pinjaman untuk menambah pndapatan. saya dah buat banyak pinjaman peribadi dngan bank. sehingga telah sampai tempoh limit untuk buat loan lain dngan sebarang bank. Apa yg buat saya buntu skrang, sya memerlukan modal yg lebih untuk mengembangkan pertanian saya ini. apakah mara boleh membantu saya untuk menghadapi kemelut ini? saya amat-amat berharap agar dapat loan tersebut. Tapi, rasanya syarat2 untuk memohon loan tersebut adalah rumit. Boleh bagi pandanagn?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam eiza. Cuba buat pinjaman pertanian dengan Agro Bank atau MARA. Saya tidak pasti boleh atau tidak, tapi pendapat saya, anda boleh buat pinjaman pertanian tersebut memandangkan anda hanya buat pinjaman peribadi sebelum ini.
Salam sejahtera,
5 tahun saya bekerja di sektor awam dan menerima gaji RM3000 sebulan tetapi saya hilang minat pada kerjaya saya. saya meletakkan matlamat untuk memiliki perusahaan/perniagaan sendiri pada usia 35 tahun(sekarang 30thn dan tiada pengalaman berniaga). apakah saya patut berhenti kerja dan tumpukan 100% masa untuk bekerja sendiri? minta nasihat saudara ashraff…..
Mohd Ashraf: En Razak, untuk memulakan perniagaan, perlukan semangat yang kental. Anda perlu bekerja 24 jam setiap hari. Pendapat saya, en Razak cuba buat rancangan perniagaan. Dengan adanya rancangan perniagaan, en Razak perlu mengkaji perniagaan yang akan en Razak jalankan, apa yang en Razak kena buat, adakah perniagaan tersebut berdaya maju dan sebagainya. Sila buat perancangan jangka panjang dan jangka pendek. Kemudian, dengan adanya rancangan perniagaan tersebut, anda boleh lah membuat keputusan untuk memberi tumpuan 100% atau tidak. Ada juga perniagaan yang tidak memerlukan anda berhenti kerja, anda boleh mengupah orang untuk menjaga perniagaan anda.
saya ader rm50ribu…saya pening nak buat projek ternak lembu@kambing..kawasan ader..kemahiran kurusus pun saya penah pegi..kalu tuan jadi saya nak buat camner???
Mohd Ashraf: Cuba anda kaji, di kawasan anda, berapa orang pengusaha lembu atau kambing? Buat yang mana paling sikit orang usaha di kawasan anda.
Salam sejahtera…
Saya berminat dalam penanaman cili fertigasi..adakah penanaman cili
fertigasi memerlukan modal yang besar .adakah saya perlu buat atap untukmeneduhkan tanaman saya kerana setahu saya cpokok cili akan layu dibawah terik matahari.saya bercadang buat permulaan tanam sekitar kawasan rumah dulu….slow slow cari modal.adakah jarak tertentu untuk menyusun polybag seperti kita menanam atas tanah.saya tak pernah mengadiri kursus kerana kursus yang diadakan bayaran nya terlalu mahal..adakah laman web tertentu
yang mengajar cara menanam ciri fertigasi.minta nasihat encik ashraff.
Mohd Ashraf: Dalam fertigasi, hanya modal permulaan yang mahal, jika untuk jangka masa panjang, tanaman secara fertigasi lagi murah daripada konvensional. Rain shelter/atap bergantung kepada modal setiap pengusaha. Bila buat sistem fertigasi automatik, pengairan dibuat 4-5 kali sehari selama 10-15 minit. Jadi tiada masalah pokok tak cukup air. Jarak pokok cili boleh buat 3″x4″ atau 2″x4″. Anda boleh kunjungi http://www.abiagro.com.my untuk mengetahui tentang teknik fertigasi.
tuan…
saya masih menunggu maklumat drpd tuan… iaitu mcmana nak buat pinjaman pertanian dgn mara ni,
saya buat contract farming projek tanaman serai dengan sebuah syarikat di kemaman terengganu ni, masalah nye skrg nak tambah modal untuk projek ni. dah bnyak tempat cuba… payah lah nak dapat.
Mohd Ashraf: En Faizul, boleh bagitau agensi/bank yang dah anda cuba mohon pinjaman? Biasanya jika anda ada contract farming, tiada masalah. Hanya kertas kerja dan salinan contract farming tersebut. Bawa kertas kerja da contract farming tersebut ke agensi (MARA dll) . Untuk Agro Bank pula, jika tempat anda tak boleh tawarkan pinjaman, anda perlu ke luar daripada kawasan. Saya pernah dengar, ada orang Kedah, apply loan daripada Bank Pertanian kangar, dan permohonan diluluskan. Usaha tersebut perlu dilakukan memandangkan permohonan untuk dapatkan pinjaman di Kedah tidak diluluskan. Semoga berjaya
Saya Ab.Aziz pesara swasta yang hidup dengan duit EPF saja.Umur 60 tahun buat trading kambing untok akikah dan membela ikan secara kecil kecilan.Tanpa membuat apa apa pinjaman saya sudah menjalankan perusahaan ini salama 5 tahun.Saya bercadang memelihara ayam dan ingin memohon pinjaman entah dari bank mana (tidak tahu).Saya memerlukan rm20,000.Saya ada tanah untok cagaran tapi yang jadi masaalahnya adakah umur saya itu layak diberi pinjaman.Harap dapat nasihat dari pehak tuan.
Mohd Ashraf: En Aziz, umur en Aziz tak melayakkan anda untuk buat pinjaman. Anda boleh gunakan nama anak/cucu/saudara untuk buat pinjaman tersebut.
Salam sejahtera En. Ashraf,
Saya sedang menjalankan penternakan cacing secara kecil-kecilan, merupakan lepasan diploma sains komputer . Berniat untuk menjalankan perusahaan cendawan tiram juga.Saya sudah memiliki tempat untuk mengusahakannya.Bagi permulaan kedua-duanya saya hendak melakukan dalam skala yang kecil. Mara ada tak menyediakan kursus dan bantuan kewangan untuk projek ini??Dan apa pandangan/prospek En. Ashraf dengan projek ini.
Mohd Ashraf: Sila buat permohonan Skim Tabung Ekonomi Belia . Klik link di bawah untuk maklumat lanjut:
Skim Tabung Ekonomi Belia
salam…saya nak tanam dalam 50 pokok belakang rumah saya …tapi macam mana nak cari pasaran..saya nak jual kat siapa…tq
Mohd Ashraf: Kalau 50 pokok, jual kat jiran.
Slm En Ashraf..saya bekas pelajar IPT dah 2 tahun menganggur, ada skit keebolehan dalam menggunakan adobe photoshop. Bleh wat gambar n kad yang simple2. Saya bercita2 untuk membuka kedai printing yang melibatkan prinntig gambar, kad, baju n yang brkaitan. Saya nak tanya, bank ada tak buat pinjaman untuk bidang ni. biasanya banyak untuk pertanian.
Mohd Ashraf: Salam. Untuk pinjaman selain pertanian, sila check link ni http://mohdashraf.com/v1/?p=133
Salam sejahtera En. Mohd Ashraf,
Saya, Sarah seorang surirumah sepenuh masa berniat hendak memulakan penternakan itik secara komersil tetapi masalah saya tiada pengalaman langsung di dalam perkara ini dan modal pun tiada. Saya ada tapak untuk projek ini tetapi sebagai permulaan apakah yang harus saya lakukan seperti:-
1. Bagaimana mendapatkan pinjaman?
2. Berapa luas tapak yang diperlukan untuk 50 ekor itik?
3. Dimanakah saya mendapatkan info mengenai penternakan itik?
Harap dapat nasihat dari pihak tuan, terima kasih.
Mohd Ashraf: Salam sejahtera Puan Sarah. Untuk pinjaman, puan kena buat kertas kerja dan submit kat Agro Bank. Untuk info, boleh tanya Jabatan Haiwan. Saiz tapak yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi.
Salam Ashraf..
Sy Wan Shahrul. Sy ni berminat nak buat tanaman rock melon ni. Nak dpt info skit dr awak, boleh eh…
1. dah brp lama awk buat tanaman ni?
2. full time ke part time?
3. brp luas kawasan awak tu?
4. brp modal? boleh bg detail tak modal utk apa?
5. bila income start dpt sejak mulakan tanaman?
6. brp income utk keluasan tanaman awk tu?
7. dan kalau ada lain2 info yg boleh kongsi dgn saya….
saya bercadang utk buat fulltime.
Mohd Ashraf:
1. Lebih kurang 5 bulan
2. Part time
3. 40′ x 100′
4. RM30K (Rumah Lindungan Hujan, sistem piping fertigasi)
5. 3 bulan dah boleh harvest
6. Kasar lebin kurang RM3600
salam.
saya ermie.bekerja disyarikat swasta. saya berminat untuk menternak ikan keli dan ketutu, masalah utama saya adalah modal.bagaimanakah untuk saya dapatkan modal permulaan.
Mohd Ashraf: En, sila buat permohonan Skim Tabung Ekonomi Belia . Klik link di bawah untuk maklumat lanjut:
Skim Tabung Ekonomi Belia
Saya sedang menjalankan penternakan siakap dlm sangkar. Saya baru saja ambil alih sangkar ini dari seorang taukeh dan sekarang saya ada 50 lubang sangkar namun hanya sebahagian sahaja yang ada ikan. Saya juga bercadang utk memenuhi dan memaksimumkan benih siakap dlm sangkar saya tetapi masalah saya sekarang modal saya agak terhad kerana dah banyak modal habis utk membeli sangkar dan juga running kos harian sebelum hasil boleh dituai.
Soalan saya macamana dan melalui jabatan apakah saya nak memohon samada pinjaman ataupun bantuan kepada petani macam saya ni?
Mohd Ashraf: En Azman, sila buat permohonan Skim Tabung Ekonomi Belia . Klik link di bawah untuk maklumat lanjut:
Skim Tabung Ekonomi Belia
Assalamu’alaikum Ashraf,
Sy Wan, sy jumpa blog awk ni semalam masa surfing topik rock melon. Pastu baru arini tau awk di Perlis ye? Kalau tau awal boleh sy singgah di tempat awk dan tgk hasil kerja awk. Sy ada balik perlis minggu lepas anta wife cuti sekolah. Wife sy org sana. Duk taman Dato Jaafar, Kangar. Smlm sbnrnya sy ada tulis kat salah satu topik kat blog ni, tp tak tau nak carik camana. Sy ada tya pasal rock melon awk ashraf. Sy sbnrnya dah bosan keje skrg ni, tp still ok lg la kalau x dpt mana2 atau lobang perniagaan. So, sbb tu sy nak betul2 sure kalau nak berhenti dan nak start berniaga atau rock melon nih.
Wassalam
Mohd Ashraf: Walaikummussalam en Wan. Maaf en Wan, bulan 6 ni saya akan berada di UPM untuk uruskan pengajian saya. Pastikan anda ada simpanan untuk menyara keluarga selama 6 bulan yang akan datang sebelum berhenti kerja dan sebelum berhenti kerja, pastikan anda dah pelajari teknik fertigasi serta kunci kira2 untuk jalankan perniagaan kelak.
Salam.
Tahniah En. Ashraf. bagus sangat u punye blog ni. very informative. banyak membantu. if sesiapa yang dah berjaya tu, harap2 dapatla berterima kasih pada En. Ashraf ni.
i have 2 questions:
1. i ada terdengar yang contract farming ni kadang2 menipu.Bila seseorang tu join kursus yang dibuat oleh sebuah kompeni, bile beliau join untuk buke contohnya keli kanvas, kompeni tu ade janji untuk beli hasil ikan tu apabila sudah matang. tapi sebaliknya berlaku, penternak dibiarkan sahaja dan perlu cari pasaran sendiri. betul ke berlaku begitu?
2. Apakah bentuk pemasaran yang kite bole buat untuk pasarkan atau jual ikan keli? adakah secara contract farming lebih untung ataupun jual sendiri lebih untung? Dimana lagi boleh dipasarkan keli selain jual di pasar?
3. Benarkah hanya bermodalkan rm5k, kite boleh memulakan perniagaan menternak keli?
Mohd Ashraf:
1. Ya, perkara begini memang ada berlaku.
2. Jual sendiri lebih untung, tapi anda kena keluar mencari pasaran. Contract farming pula memudahkan kerja pengusaha sebab tak perlu cari pasaran tetapi biasanya harga yang ditawarkan lebih murah. Walaubagaimanapon, anda boleh berbincang tentang syarat-syarat contract farming.
Selain pasar, anda juga boleh jual kepada rakan pejabat, saudara mara ataupon direct supply kepada kedai makan.
3. Ya, dengan RM5K, anda dah boleh mulakan penternakan ikan keli.
salam. saya merupakan engineer tetapi baru berjinak-jinak dalam bdg pertanian. Saya berminat untuk memulakan projek penternakan kambing di kampung suami. Setakat ini suami telah memulakan langkah membeli 10 ekor kambing dan membina kandang. Saya ingin melaburkan share dalam bidang tersebut dan ingin menambah bilangan kambing. Pinjaman yang manakah paling layak untuk saya buat? Sekiranya saya sudah mempunyai pekerjaan tetap adakah ia menjadi satu faktor halangan untuk kelayakan saya membuat pinjaman?
Mohd Ashraf: Pekerjaan tetap puan memang menjadi faktor penghalang untuk puan membuat pinjaman pertanian. Tapi untuk cuba mohon pinjaman pertanian, cari share partner (adik beradik/saudara mara dll) yang tidak bekerja sebab syarat utama buat pinjaman pertanian adalah mempunyai seorang pemilik yang akan mengusaha projek sepenuh masa.
mcm mana sekiranya,saya mmg tiada modal 1 sen pun tapi keinginan n pengalaman saya untuk memulakan peternakan ayam n itik ……mslhh yg dihadapi hanyalah kewangan?
- apa yg diperlukan?
-bgmana hdk memohon?
-terima kasih-
Mohd Ashraf: Anda perlu tingkatkan keinginan anda dan jadikannya kemahuan yang kuat. Bila ada kemahuan yang kuat, anda akan berusaha untuk mencari modal. Dengan modal yang ada, anda beli 1 ekor itik betina atau ayam betina. Kumpul lagi modal dan beli 1 itik jantan atau ayam jantan. Anda boleh tambah bilangan haiwan tersebt sedikit demi sedikit sehinggalah sampai 10 ekor dan buat pinjaman pertanian. Dalam masa yang sama, tambah itik/ayam incase 10 ekor itik/ayam tu belum cukup melayakkan anda buat pinjaman. Ulangi proses ini sehinggalah anda berjaya buat pinjaman. Sukar untuk mendapat pinjaman jika belum jalankan projek.
Selamat Tengahari hai En.Ashraf saya Linda@KasturiBalan saya berminat menceburi bidang pertanaman sayuran,minat mula menceburi dalam pertanian timbul sejak saya mula menanam terung,cili,limau kasturi dan beberapa tanam lagi untuk kegunaan sendiri.Di Kuala Lumpur amat sukar untuk mendapat tanah oleh itu saya berminat untuk memulakan di kampung ibu saya tapi saya mempunyai minat tapi tiada modal untuk melaksanakan untuk projek kecil ini saya memerlukan sebanyak RM5000-RM7000 dimanakah saya boleh mendapatkan pinjaman tersebut.
Mohd Ashraf: Sukar untuk mendapatkan pinjaman pertanian jika belum menjalankan projek. Tapi anda boleh buat pinjaman peribadi mengikut kemampuan anda untuk pembayaran balik kelak. Jika anda hanya mampu pinjam RM3K, jalankan projek menggunakan RM3K yang dipinjam. Buat permulaan, tak perlu usahakan sepenuhnya tanah yang ada. Kemudian buat pinjaman pertanian daripada bank.
Assalamualaikum Sdr. Ashraf,
Saya bersama rakan berminat untuk mencuba penanaman cendawan untuk komersial dan bercadang untuk memohon sedikit pinjaman kewangan. Kami sudah ada sebidang tanah dan sekarang, kami hanya perlu sedikit modal awal dan latihan penanaman cendawan yang mana kursusnya banyak disediakan. Bolehkah Sdr. Ashraf cadangkan kertas kerja yang terbaik utk memohon pantuan kewangan tersebut.
Terima kasih.
Wasalam
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Anda boleh tengok di link http://mohdashraf.com/v1/?cat=10 untuk melihat contoh dan panduan kertas kerja.
saya sedang menternak ayam kampung secara kecil-kecila sebanyak 200 ekor. Saya perlukan bantuan kewangan untuk mengembangkan perniagaan dan berminat utk pinjaman MARA. Sila hubungi saya sekiranya saudara boleh membantu untuk mendapatkan pinjaman. 012-602****
Mohd Ashraf: Rasanya tiada masalah untuk anda buat pinjaman MARA memandangkan anda telah jalankan projek. Cuba tanya di MARA yang berhampiran.
Salaam En. Mohd Ashraf,
Saya Faten,baru je habis belajar dlm bidang psikologi..saya berminat untuk menternak lintah.Saya dah ambil kursus dengan Artsoulist Agrotech.Masalah saya ialah tanah untuk dijadikan kolam lintah.saya bercadang untuk menyewa tanah tersebut.saya ingin tahu,adakah MARA mnyediakan perkhidmatan sewa tanah.memandangkan saya tinggal di Bangi Lama,jadi saya ingin sewa tanah di area semenyih / ulu langat / banting.jika Mara tidak menyediakan tanah untuk disewa, apa pendapat en. Ashraf?Apakah langkah-langkah yang perlu saya ambil.
Mohd Ashraf: Sepengetahuan saya, MARA tiada menyedia tanah untuk disewa. Anda perlu bertanya orang-orang di kawasan yang anda berminat untuk menyewa. Jika tiada, anda perlu keluar daripada kawasan yang anda kehendaki untuk jalankan projek. Memang sukar nak dapatkan tanah untuk disewa memandangkan ramai yang berminat untuk buat projek pertanian. Anda boleh juga sewa kedai/rumah untuk dijadikan tapak memandangkan projek anda tidak perlukan cahaya matahari dan hanya kawasan kecil.
Assalllammualaikum sdr Ashraf,
Saya bersama isteri saya telah memulakan perniagaan jamu air dan sehingga kini permintaan melebihi dari jangkauan.Apakah tindakan yg selanjutnya yg patut kami buat untuk memajukan perniagaan ini?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam, en boleh apply loan untuk dapatkan mesin dan tingkatkan pengeluaran. Kalau tak tau mesin apa nak pakai, boleh hubungi Mardi untuk khidmat nasihat design mesin, packaging hinggalah pemasaran.
salam bro. Gua baru nak cuba dlm perniagaan perikanan ikan keli tapi banyak yg tak tahu. Banyak package yg dia org bagi. Rasa -rasa boleh ke kita mengambil risiko utk package yg diaorag offer kan tu.
Mohd Ashraf: Saya cadangkan anda berurusan dengan Jabatan Perikanan untuk keterangan lanjut. Kalau nak ambil package, pastikan kredibiliti syarikat tersebut, tanya pengusaha yang pernah berurusan dengan mereka.
askum… saya adalah pelajar IPTA yang baru tamat pengajian. saya ingin bertanya tentang beberapa perkara tentang minat saya dalam pembiakan dan penternakan ikan air tawar. soalan2nya adalah seperti di bawah..
1) apakah prosedur2 yang perlu bagi memulakan satu projek pembiakan ikan air tawar seperti tengas dan kelah di kawasan sungai.?
2) apakah badan-badan kerajaan @ pihak yang perlu saya hubungi / berurusan?
3) bantuan2 drp mana2 pihak untuk makanan-makanan ikan kalau ada???
Mohd Ashraf: Anda boleh hubungi Jabatan Air dan Saliran untuk maklumat lanjut dan permohonan penternakan di kawasan sungai
Akum. Saya berminat nak tau pasal kursus pertanian ni sebab nak tolong adik saya yang belum ada keje tetap lagi. Bagaimana dengan tanaman cendawan.. agak- agak awak berapa modal yang diperlukan?
Mohd Ashraf: w’salam. Modal dari Rm5,000
baja apa yg sesuai untuk semua jenis pokok pisang untuk cepat membesar dan menghasilkan buah dgn cepat
Mohd Ashraf: Saya gunakan baja kimia tapi mengikut sukatan dan secara berkala.
Assalamualaikum Sdr Ashraf…
Saya Ingin Tahu bagaimana saya ingin menmulakan perniagaan restoran dan dapatkan kertas kerja yang boleh saya ikut supaya peniagaan saya berjalan lancar
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. En Omar boleh dapatkan eBook Koleksi Contoh-Contoh Rancangan Perniagaan di http://mohdashraf.com/rancangan-perniagaan.html/ sebagai panduan. Tapi tiada contoh perniagaan restoran. Boleh gunakan contoh perniagaan yang ada sebagai panduan.
Salam,
E-Book ni ..kandungan dia details ngan contoh2 ayat kertas keja atau hanya ringkasan format sahaja iaitu apa yg diperlukan untuk buat kertas keja.oh
Mohd Ashraf: En Rejab, ebook ni ada detail contoh2 kertas kerja dengan format sekali.
En Ashraf,
Saya teringin benar nak try set mini fertigasi tu. Saya ada beberapa soalan nak tanya.
Thanks
1. Senang ker nak setup sistemnya? Agak2 berapa jam leh siap?
2. Perlu attentive care tak? Saya ni kerap takde rumah.
3. Maybe buat atas simen jer, so perlu tak pakai silvershine tu?
4. Apakah kaedah optimum untuk penjagaan pokok cili tu, in terms of scheduling of baja-ing, siram-ing, ubat-ing etc. Apa yang perlu lah.
5. Cara bayaran untuk order DIY set tu camne? Agak2 ambik masa berapa lama untuk dapat?
Setakat itu soalan saya. Kalau ada lagi, nanti saya post comment lagi lah…
Mohd Ashraf:
1. Senang sangat. Sambung-sambung paip saja. Macam pasang pam akuarium
2. Seminggu sekali kena ada rumah. Sebab seminggu sekali kena tambah air dalam tangki.
3. Tak perlu pakai silvershine. Tapi silvershine tetap diberi pada setiap set.
4. Untuk kaedah fertigasi, penyiraman adalah automatik, jadi tiada masalah. Cuma meracun dan memungut hasil kena buat manual. Meracun 3 hari sekali @ seminggu sekali.
5. Cara bayaran akan diberi selepas buat tempahan di http://abiagro.com.my/v1/set-mini-fertigasi . InsyaAllah kalau tiada masalah, akan terima dalam masa seminggu.
salam…
syukur sy trjumpe blog u ni, sy baru setahun mnceburkn diri dlm bidang prtanian ni, pagi sy pegi kebun, pastu gi ofis, balik dr ofis pegi kebun plak, itulah rutin hidup sy, mula2 tu smue org tk sokong, tp sekarang bila hasil dh dapat br diaorg diam, malah ada dikalangan org kg ikut jejak langkah sy, buat masa ni sy usahakan tanaman jagung hibrik dan sy plan nk tanam serai n ternak ayam kg dlm masa terdekat ni… so harap kita boleh jadi kawan untuk berkongsi ilmu dan tempat untuk bertukar pendapat berkaitan pertanian..bersama2 kita realisasikan ‘pertanian satu perniagaan..’
Mohd Ashraf: InsyaAllah boleh… saya memang nak kumpul banyak kawan.
cara nak buat kertas kerje .saya baru nak mula brniaga.nak dapat kan dana .boleh tolong saya
Mohd Ashraf: Anda boleh ke http://mohdashraf.com/v1/?cat=10 untuk tengok panduan dan kalau nak dapatkan contoh kertas kerja sebenar, boleh dapatkan di http://mohdashraf.com/rancangan-perniagaan.html/
Salam.Bro Ashraf,
Saya ingin tahu adakah saya perlu membuat pendaftaran syarikat di SSM jika saya hanya ingin membuat ladang kelapa mawar?Ini kerana kelapa itu nanti saya akan pasarkan di seluruh kampung /bandar saya.Sekian
Mohd Ashraf: Salam Ejoi, kalau tiada budget, tak perlu daftar perniagaan, tapi kalau ada budget, better daftar perniagaan dan buka akaun semasa. Senang nak buat pinjaman kelak.
Bro.blog anda memang byk membantu la.
Untuk permulaan ni memang up motivasi la.
Thanks.and keep going.
P/s:kalao boleh nak tengok jenama abi agro la kat oversea
Mohd Ashraf: Sebenarnya dah sampai ke Brunei, insyaAllah akan diperluaskan lagi jenama Abi Agro. Terima kasih atas sokongan anda semua.
saya mempunyai tapak tanah sawah. dan saya ingin bertukar kepada penternakan udang.. Adakah keadaan tanah baik untuk pembiakan udang nanti. Dan bagaimana cara hendak menangani masalah banjir yang sering berlaku di kawasan tersebut.
Mohd Ashraf: Sila berjumpa dengan Jabatan Perikanan, mohon mereka untuk check kesesuaian tanah anda sebelum mulakan projek ternakan udang. Elak banjir, buat longkang yang dalam disekeliling kolam.
assalamuilaikum
en ashraf racun jenis apa yg sesuai utk serangga dan buah cili.harga di pasaran berapa serta berapa hari penggunaanya.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Dalam tanaman cili, sekurang-kurangnya 6 jenis racun diperlukan untuk menghalang penyakit tanaman.
salam..saya baru je tamat ijazah saya..sekarang ni saya ingin memulakan perniagaan cendawan atau pun cili fertigrasi (tak tau ejaan betul atau tak)..saya sudah mempunyai kawasan, tetapi tidak mempunyai modal. untuk maklumat pihak encik, saya adalah “fresh graduate”..saya telah pun membuat kajian saya sendiri keatas kudua-dua jenis tanaman tersebut..bolehkah encik membantu saya dalam mencari jalan utk menjalankan perniagaan saya itu..sekian terima kasih..
soalan tambahan : macam mana nak dapatkan skim pinjaman lepasan graduan? swasta atau pun kerajaan..
Mohd Ashraf: Untuk pinjaman, sila ke link di bawah:
Pinjaman Tanpa Penjamin RM5,000 hingga RM15,000
asslmkm…….
saya dah baca semua jawapan dan pesoalan yg diberi…..
alhmdulilah bg saya mmg semuanya dijawap dengan teliti, banyak gak benda baru yg saya dapat, tq….
saya berminat nak bela keli, saya ada beberapa persoalan harap dapat En.Ashraf menjawapnya…..
1) adakah perniagaan keli memerlukan kursus……apa gunanya sijil yg dikeluarkan dr kursus tersebut, dimanakah saya boleh mendapatkan kursus tersebut
2) ada x perniagaan ini berbentuk kontrek kerna bagi saya ia dapat mengurang kan risiko kerugian…..dari mana saya boleh dapat kontrek tersebut serta bagaimana saya hendak menghubunginya untuk keterangan dengan lebih lanjut…….
3) boleh terangkan pada saya bagaimana cara untuk membela keli didalam tangki, adkah ia akan memudaratkan dari segi penyakit@ pembesaranya…..
4) kerajaan support x perniagaan keli ini, jabatan mana, dan bagaimana saya nak menghubungi jabatan tersebut serta siapa?
saya harap en. ashraf dapat menolong saya yang masih tercari2 ni….jutaan terima kasih didahulukan……
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam Raymee
1. Kursus untuk dapatkan sesuatu ilmu dengan cepat dan dapatkan rakan-rakan yang sealiran. Sijil kursus perlu untuk mohon pinjaman.
2. Cuba buat kontrak dengan kedai-kedai makan / kantin atau peniaga pasar. Untuk kontrak dengan syarikat besar, saya tiada maklumat tentang hal ni.
3, Kaedah ternak ikan dalam takungan tiada masalah penyakit dan pembesaran.
4. Hubungi Jabatan Perikanan untuk maklumat lanjut ternakan ikan keli.
Pokok cili saya kena penyakit. daun nya jadi layu dan buah bertukar dari hijau ke coklat. Racun apa baik perlu saya pakai dan kaedah semburannya bagaimana?
Mohd Ashraf: Pokok anda kena antraknos, mungkin sebab hujan, sila gunakan racun Top M @ Flint + Antracol 70WP @ 0.25g + 1.5g/L untuk pencegahan
ASSALAMUALIKUM EN ASHRAFF,
saya nak tau apa perlu buat….
saya nak buat ketam dalam aquarium 1 set tu dalam 6500/set
saya x ada tempat nak buat bangsal jadik saya fikir nak buat pinjaman dalam 100000 termasuk nak cari tanah dan buat bangsal termasuk 10 set aquqrium tu mcm mana nak bat….
Mohd Ashraf; Waalaikummussalam. Cuba bincang dengan pihak agro bank. Buat projek dengan nilai pinjaman yang dapat. kalau dapat RM10K, buat dulu dengan nilai RM10K, kemudian besarkan lagi projek bila dah dapat untung atau bila dapat loan/bantuan dengan agensi lain.
salam. saya nak mintak khidmat nasihat ttg pembelian ladang kelapa sawit. Tanah kelapa sawit felda ada orang offer harga rendah, umur pokok 7 tahun, ladang 10 ekar. pinjaman bank yang boleh saya pohon. interest? saya blacklist, masih layak apply loan?
Mohd Ashraf: Susah kalau black list. Cari partner (isteri, adik beradik, saudara mara, ibu bapa) yang tak black list, gunakan nama dia untuk buat pinjaman.
as`kum..sy berminat dgn pertanian terutamanya hasil yg kluar jangka masa pendek seperti cili,tomato,tembikai..di mana blh sy dpt info or kursus yg berkaitan..
Mohd Ashraf: w’salam en syed, cuba hubungi Mardi atau Jabatan Pertanian untuk kursus berkaitan
nasha 12.6.2008
saya ingin bertanya bagaimana/ cara nak buat satu expo atau pun pesta untuk banyak perniagaan untuk jualan disatu satu tempat saya nak tahu kertas kerja bagaimana nak buat
Mohd Ashraf: Anda perlu berhubung dengan pihak PBT di kawasan yang terlibat untuk buka expo atau pesta
haiiii a’kum..sy ain..sy mmg berminat nak ceburi bidang pertanian ni cuma tak tau nak bermula macam mana..tanah pon sy tak ade..boleh share pengalaman awak semasa awak baru nak mulakan business awak?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Ain, daftar dengan Jabatan Belia dan Sukan kawasan anda dan ikuti kursus Belia Tani untuk pendedahan dalam bidang-bidang pertanian.
ASSALAMUALAIKUM EN ASHRAF,
kalau pinjaman mara tu kertas kerja banyak ke?kalau buat pinjman dalam rm50000 apa yang perlu?kalau nak buat projek kat bagandatoh ,mohon kat shah alam boleh ke?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam Anip. Kertas kerja semuanya sama saja. Sekarang ni Skim Tabung Ekonomi Belia ada pakej pinjaman menarik, cuba ke link kat bawah:
http://mohdashraf.com/v1/?p=149
saya penternak ikan keli.saya dah buat dalam 5 bulan. saya ade 6 kolam tanah.tujuan mesej saya,saya perlukan modal untuk menambah lagi kolam dan memagari kawasan persekitaran serta membeli peralatan yang perlu.
1-apa yang diperlukan untuk memohon pinjaman
2-perlukan kertas kerja?-apakah maklumat dalam kertas kerja
3-tempoh pengesahan pinjaman.
Mohd Ashraf: Anda boleh layari link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang keperluan dan panduan permohonan pinjaman:
http://mohdashraf.com/v1/?cat=10
Salam En. Ashraf..
Harap di saudara dapat menerangkan tentang cara-cara penjagaan tanaman cili fertigasi seperti kekerapan menyiram air, membaja, meracun dan sebagainya.
Bolehkah sistem ini dilakukan secara part time memandangkan saya masih bekerja secara full time?
Apakah nasihat saudara tetntang situasi saya sekarang ini?
Mohd Ashraf: Kalau guna sistem fertigasi automatik, siram air baja 5-6 kali sehari selama 5-10 minit. Meracun sekurang-kurangnya seminggu sekali. Anda boleh melakukan fertigasi secara part time untuk 1000 pokok cili. Kalau lebih, anda perlu pembantu sebab kerja terlalu banyak. Sekurang-kurangnya sekali sehari anda perlu ada di ladang untuk check samada dripper tersumbat atau tidak.
assalamualaikum,
saya nak tanya.perlukah kita meletak seperti kain or jaring hitam untuk megelak daripada cahaya matahari yang terik or biarkan pokok di bawah cahaya matahari?.if pokok lada tidak boleh terlalu lembap?tapi juga tidak terlalu panas?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Pokok perlu dibiarkan dibawah cahaya matahari untuk proses fotosintesis yang optimum. Pastikan media jangan kering dan tidak menakung air.
salam bro..sy berminat nak buat cili fertigasi nie…nak tya pendapat bro ashraf…pasaran cili bagus lagi ka since dah ramai yg buat dan haritupun exco perlis ada bg 2juta anak pokok free ja…
sy la dok kat perlis.
sy nak tya jugak pendapat bro pasai ternakan lintah..ada peluang yg baik ka…
sy ada masalah bab pasaran atau marketing..
Mohd Ashraf: Memang rata-rata orang ada masalah marketing. Kena cari pasaran dulu. Cuba fikir nak market kat mana. Tentang 2 juta anak pokok free, jangan risau, sebab tiada effek apa-apa pon. Tentang ternakan lintah, saya kurang berpengalaman. Tapi kalau ada pasaran, contohnya supply kat syarikat ubat, rasanya tiada masalah.
salam En.ashraf
apakah benih cili yang baik utk tanaman sistem fertigasi dan tolong berikan senarai kelengkapan sistem paiping sistem fertigasi
Mohd Ashraf: En Kamal, benih cili yang baik adalah cili hibrid F1. Gunakan mana-mana varieti cili tapi pastikan ianya hibrid F1. Untuk kelengkapan sistem fertigasi, sila ke http://www.abiagro.com.my
kat perlis ni dah ada ka penternak lintah?
ada sapa2 yg bro kenai..?
pasaran untuk cili camna?
sy dulu dah penah p tgk tanaman cili bro…
ada sy p ngan 3org kwn..kami keja kukum..
Mohd Ashraf: Saya tak kenal mana-mana penternak lintah kat Perlis. Pasaran cili cuba hantar terus ke kedai makan.
Assalamu’alaikum Mr. Ashraf …
saya dari Terengganu, wife saya orang kodiang, saya tertarik mengenai usaha gigih anda menceburi bidang pertanian. saya mengusahakan kebun sayur secara kecil-kecilan dan pendapatan bersih sekitar RM500 sebulan. sebelum ini saya mencari extra income dengan membuat kerja kerja freelance berkaitan software development, tetapi ianya memenatkan otak walaupun income menarik. kini setelah menceburkan diri dalam pertanian walau part time, badan pun sihat dan berat badan makin susut.
selepas ini saya merancang untuk mara ke hadapan lagi untuk mengusahakan sayuran secara intensif. saya tumpukan kepada dua tanaman sahaja iaitu terung panjang dan sawi panjang. penanaman sawi memerlukan netting untuk menjaga pancaran cahaya dan curahan hujan.
saya bercadang nak bina netting house untuk tanaman sawi lengkap dengan paip semburan kabus + automasi untuk timer masa siram. memandangkan kos membina semua infra agak mahal, apakah alternatif lain yang lebih murah untuk menyediakan netting house ?
Mohd Ashraf: Assalamualaikum en Syahman, netting house, gunakan kayu terpakai. Buat rangka sahaja kemudian pasang netting. Piping tak mahal sangat, boleh buat sendiri. Selamat berjaya.
Assalamualaikum……
Saya ingin mengetahui strategi untuk meningkatkan perniagaan restoran ke luar negara dgn memperkenalkan makanan D malaysia sprt nasi lemak,sate,laksa,asam pedas dan sebagainya secara ringkas dan padat……………Terima kasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam.
Buat promosi secara besar-besaran.
salam En Ashraf,
terima kasih kerana mewujudkan laman ni.Ianya amat membantu kpd mereka yg baru nak berjinak dlm bdg pertanian & penternakan spt saya.
Saya bercadang utk menternak ketam dlm tngki fiber.Kos satu set tngki fiber tu dlm RM 6500.FYI modal yg saya ada skrng tidak mencukupi.Saya dah ada tempat utk memulakan projek ni.Soalan saya adalah:-
1) Bagaimanakah caranya utk saya membuat pinjaman?
Mohd Ashraf: En Kamal, cuba mohon dengan SKIM TABUNG EKONOMI BELIA. RM5,000 hingga RM15,000 tanpa penjamin.
Klik di bawah untuk maklumat lanjut.
SKIM TABUNG EKONOMI BELIA
assalammualikum,
nama saya faizal. saya ingin menceburkan diri di dalam bidang perternakan ayam secara komersil. namun hasil dari financial projection saya , saya memerlukan lebih kurang RM 500, 000 untuk menjalankan project tersebut (contract farming). saya ingin bertanye adakah badan badan tertentu yang dapat membantu saya dalam pinjaman modal tersebut? saya bercadang menjalankan perniagaan ini secara partnership. terima kasih
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Cuba mohon dengan Agro Bank memandangkan anda dapat contract farming. Tapi sukar juga nak dapatkan pinjaman setengah juta ni, apa kata pinjam sedikit dulu, RM50,000 dan jalankan projek dengan nilai RM50,000. Boleh buat pinjaman di bawah Skim Tabung Ekonomi Belia. Klik link di bawah untuk maklumat lanjut.
SKIM TABUNG EKONOMI BELIA
Salam Hormat En Mohd Ashraf : Nama saya Gunasegaran . mail saya monster_kkss@yahoo.com . Saya minat sangat nak memulakan perternakan lembu dan kambing . Agak-agak En berapa modal yang perlu untuk memulakan perternakan lembu sebelum pinjaman perniagaan . Berapa lama kah tempoh perniagaan harus dijalankan sebelum meminta pinjaman perniagaan . Lagi pun saya anak tunggal , so x ada org jadi penjamin . Tapi saya telah hbs kan pengajian tinggi saya di kolej komuniti .
Mohd Ashraf: Modal awal untuk ternakan kambing RM5,000, lembu pon RM5,000. Mohon pinjaman belia tani. Tak perlukan penjamin untuk pinjaman sehingga RM15,000
macam mana nak dapatkan bantuan untuk membeli makanan ayam dan anak ayam..reban dah siap. ayam pun dah ada..
Mohd Ashraf: Cuba daftar dengan Jabatan Belia dan Sukan di kawasan anda dan mohon untuk ikuti Kursus Belia Tani. Kemudian lepas kursus, bohon bantuan belia tani bernilai RM2K beli makanan ayam dan anak ayam. Tak perlu bayar balik RM2K tu.
askum,
saya sedang usahakan ternakan kambing n lembu.
buat masa ni saya ada kambing (kg) 10 ekor lembu 8 ekor dan buat masa ini saya menggunakan tanah saudara yang dipajak kepada saya.Saya amat berminat untuk membesarkan projek ini tapi tidak mempunyai modal. Bolehkah saudara membantu saya untuk kertas kerja bagi pinjaman mara atau penternakan?
Jika saudara sudi membantu, hubungi saya di talian 012-5732427 atau emel saya disini. adibnajwa_zulna@yahoo.com.
Mohd Ashraf: Anda boleh capatkan contoh kertas kerja ternakan di sini http://mohdashraf.com/v1/?p=102
Assalamualaikum En Ashraf,
Saya ada menternak 5 ekor kambing, Saya ingin meminta cadangan dan cara bagaimana ingin membesarkan dan memajukan lagi ternakan saya itu. Boleh tak en terangkan cara-cara permulaan momohon pinjaman hingga saya memperolehi pinjaman. Terima Kasih. email acetomicrobium@gmail.com
Mohd Ashraf; Waalaikummussalam en Jamhadi. En boleh dapatkan eBook ni untuk buat kertyas kerja pinjaman http://mohdashraf.com/v1/?p=102
ello. bro.. nak tanya la camne lak nak daftar produk? yela maksudnye produc tu milik syarikat.. kueh2 yg ade teknik sndri yg uniqe…
Mohd Ashraf: Anda boleh check kat sini untuk daftar patent http://www.mipc.gov.my/
assalamualaikun en ashraf………
saya nak cari info tentang penanaman cendawan secara komercial dan cepat
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Anda boleh lawati blog sahabat saya, Fatisha http://siswazah-tani.blogspot.com/ untuk tanaman cendawan.
Nak bertanya bagaimana nak tanam serai dengan kos yang rendah.
Satu masalah untuk serai semasa nak pungut hasil.
bolehkah bagi cadangan untuk mengtasi maslah pekerja
Mohd Ashraf: Maaf, saya kurang jelas dengan soalan anda. Adakah meliputi pembersihan kawasan atau hanya kos benih. Tapi jika nak tanam serai dengan kos yang murah (saya maksudkan benih serai), boleh tanam dulu dengan modal yang anda ada, bila pokok tu dah banyak pada 1 rumpun, ambil sedikit untuk dijual dan untuk dibuat benih baru.
Soalan ke dua pula berkenaan kesukaran mendapatkan tenaga kerja? Upah pekerja asing. Jangan upah bulanan, tapi secara kontrak. Upah bila diperlukan sahaja. Cuba tanya agen pekerja asing tentang hal ni.
salam..
saya bercadang untuk ternak ayam kampung.
apakah yang sepatutnya saya buat sebagai langkah pertama dan apa yang saya perlukan utk dapatkan loan sebagai modal permulaan?
Harap dapat membantu.
Mohd Ashraf: kaji pasaran, cari pembekal anak ayam kampung, buat kawasan dan ternak anak ayam kampung dengan modal yang ada, buat kertas kerja, mohon bantuan belia tani atau pinjaman untuk besarkan projek
salam sejahtera En Mohd Ashraf . Saya ingin menceburi bidang perternakan lembu tenusu dan kambing . Modal ada sikit je . Blh ke Encik memberi tunjuk ajar . Dah 6 bulan saya mencuba tapi x dpt menyelesaian .
Mohd Ashraf: Salam sejahtera. Cuba anda dapatkan nasihat kat Jabatan Haiwan. Kalau modal sikit, buat satu jenis haiwan dulu. Kalau dengan modal yang ada, anda hanya mampu ternak 3 ekor termasuk sediakan kandang, makanan dan ubat, ternak lah 3 ekor tu dulu. Kemudian, kumpul modal/buat pinjaman untuk tambah kapasiti ternakan anda.
assalamualaikum sdr asraf
Ada tak buku atau e book tentang manual teknik mudah tisu kultur
t/k
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam
Maaf, en, tiada buku atau manual tentang hal ini lagi.
Saya nak ternak belut tapi tak tahu macamana nak bermula,pimjaman ,tanah,penjagaan serta pasaran kat mana.harap dapat beri maklumat pada saya.
terima kasih
Mohd Ashraf: Untuk maklumat yang lebih detail tentang persoalan anda, sila ikuti kursus ternakan belut anjuran pihak swasta atau pihak kerajaan jika ada.
assamualaikum,
Saya Is dari klang. Saya berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penternakn cacing tanah. Saya ingin bertanya adakah pihak MARA ada mnyediakan kursus menternak cacing tanah? Permasalahan saya sekarang ini adalah ketiadaan tanah dan modal, adakah pihak MARA ada menyediakn skim-skim tertentu untuk membantu golongan seperti saya atau pun ada agensi kerajaan yang lain yang ada mnyediakan skim-skim tersebut?
Harap dapat perjelaskan dengan lebih terperinci…..
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Cuba tanya PPK untuk kursus cacing tanah. Sukar jika tiada tanah dan modal, sebab memang ramai yang tiada tanah dan modal. Tapi apa yang boleh anda buat, cari tanah untuk disewa. Dan memang sukar untuk dapatkan tanah sewa. Jadi, jika anda tak jumpa tanah sewa, boleh sewa rumah untuk ternak cacing seperti apa yang saya pernah tonton di TV.
mahal la harga baja semusim utk 100 pokok.kalau mcm tu brp sgt untung bersih bleh dpt bg 100 pokok?
kalau baja fertigasi(A&B) 100L tahan brp lame bg tanaman 100 pokok?
setakat kajian saya dlm internet ape yg saya paham baja hanye diberi seminggu sekali manakala air 2 kali setiap hari.betul ke?
klu btl nape kos baja byk sgt pulak.
Mohd Ashraf: Untuk masa sekarang, memang semuanya naik harga, sebelum kenaikan harga minyak lagi dan saya percaya, harga akan meningkat dengan peningkatan harga minyak pula. Air yang diberi pada pokok adalah air baja, 4-6 kali sehari. Saya ulangi 4-6 kali sehari. 1 set baja (25kg) untuk 3 bulan.
Salam,En Mohd Asharaf
Saya ada pengamalan berniaga selama 3 tahun.Tetapi bukan i punya business sendiri,bapa punya.Sekarang saya ingin memohon pinjaman utk memulakan perniagaan sendiri.Tetapi saya sudah memohon di semua bank yang ada di malaysia tapi memohon saya ditolak.Pihak bank enggan memberitahu kenapa tidak layan.Saya tidak ada sebarang masalah dengan CCRIS,BMC,CTOS.Semua clear.Saya pun sudah mendaftar nama syarikat di SSM.Saya menpunyai semua dokumen yang lengkap dan rancangan perniagaan sendiri.Jadi apa saya boleh buat…..ADA PENYELESAIAN….tlg saya.
Mohd Ashraf: Cuba buat personal loan. Jika berjaya, mungkin rancangan perniagaan anda ada masalah.
saya baru terjun dalam bidang agrobznes ni, dalam saya tercari2 website berkaitan pertanian saya terserempak dgn ur website..cam org mengantuk disorongkan bantal…saya harap banyak lagi info berkaitan dgn bidang pertanian ni u ketengahkan….buat masa sekarang saya mengusahakan tanaman jagung hibrik n ternakan ayam kg, semua ni saya buat partime disamping keje opis…selain mengisi masa terluang saya juga memperolehi pendapatan sampingan yang lumayan….saya cuba aplikasikan pertanian adalah perniagaan…..
Mohd Ashraf: Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Selamat maju jaya.
saye nak buat projek ternakan ikan dalam sangkar menggunakan kolam ikan yang sedia ada. tapi masih keliru dgn jenis ikan yang ingin diternak dan dari mana nak dapatkan modal.
Mohd Ashraf: Cuba berbincang dengan Jabatan Perikanan kawasan anda. Sebab ada ikan yang senang diternak, ada ikan yang sukar diternak. Anda boleh dapatkan khidmat nasihat jabatan perikanan jika bertanya dulu dengan mereka ikan yang mereka mahir.
cmner market jika ternak udang.
Mohd Ashraf: Assalamualaikum, anda perlu pasarkan sendiri hasil atau cari contract farming. Cuba tanya FAMA.
Assalamualaikum,
pasal ternakan udang lagi. Adakah cara penjagaannya agak rumit berbanding ternak ikan. Dalam istilah lain, udang ni agak manja sedikit, penjagaannya kena teliti.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Bagi saya, rumit/susah tu kalau tak tahu cara. Bila dah tahu cara/teknik, insyaAllah akan jadi mudah. Jadi, cuba berbincang dengan Jabatan Perikanan untuk khidmat nasihat dan kalau berpeluang, melawat la kolam-kolam udang pengusaha lain.
Saya bukanlah seorang usahawan namun ada cita2 juga untuk bersedia melangkah ke arah sana..
Sekarang ni berjinak2 dengan penternakan cacing untuk penghasilan baja vermikompos.. Masih dalam peringkat pembelajaran lagi..
Mohd Ashraf: Selamat berjaya. Tak pe, belajar dari bawah. InsyaAllah kalau tak berputus asa, semua boleh jadi.
a.kum
sy ingin bertanya, sy akan memulakn penanaman cili kulai dalam 200 polybag, apakah jenis baja yg palig baik untuk pemulaan ank pokok
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Guna baja 15:15:15 untuk permulaan anak pokok
akum..
berapakah nisbah campuran sekam,sabut,dan baja organik diperlukan..dalam proses penyediaan media..
tq.
Mohd Ashraf; w’salam. Nisbah sekam,sabut,dan baja organik 2:3:1
saya ingin mengusahakan ternakan kambing…saya berminat untuk meningkatkan industri negara disamping sara hidup.cuma saya memerlukan modal dan latihan yang sewajarnya.jadi apakah pandangan pihak tuan bagi saya menjayakan usaha perternakan ini.
Mohd Ashraf: En boleh dapatkan eBook Rahsia Kambing ( http://mohdashraf.com/v1/?p=145 ) untuk mempelajari tentang ternakan kambing dan daftarlah dengan Jabatan Belia untuk bantuan modal.
salam. En asharaf.
Nama saya sheikh fazli. Saya adalah penternak kambing baka boer / feral dikuantan pahang. Saya juga adalah dealer jualan ubat EM untuk ternakan & pertanian dikawasan kuantan. Saya bercadang hendak buat pula ternakan lembu fidlot ( mybe prmulaan dlm 10ekor ) dengan konsep ‘ all in one pit’. orang nak beli kambingpun ada… nak beli lembupun ada. Bolehkan tuan bantu saya dimanakah saya boleh dapatkan lembu fidlot yang murah dan bolehkan saya buat kandang lembu fidlot degan budget sekitar RM10k ? adakan budget sebanyak ini sudah boleh dapat sistem kandang yang baik ? minta emailkan saya : globalmaju@yahoo.com
Mohd Ashraf: Cuba berhubung dengan Jabatan Haiwan untuk bekalan lembu fidlot. Anda boleh buat kandang lembu fidlot dengan budget RM10K tersebut.
Ok.
Terima kasih dengan maklumat yang En.Ashraf bagi 2.
Saya berminat gak nak menceburi bidang penternakan nie, tp bkn dalam masa terdekat la.
Saya nak cari maklumat dlu sebanyak yang mgkin, dan himpun modal sendiri.
Mohd Ashraf: Kumpul modal untuk permulaan saja. Kemudian mohon bantuan Kem Belia. Donald Trumph dan robert kiyosaki pernah berkata, guna wang orang lain untuk dapatkan keuntungan. Jadi bagi saya, buat lah pinjaman bila sampai waktunya. Jangan teragak-agak sebab untuk besarkan projek, perlukan wang yang banyak. Anda boleh kumpul wang sendiri, tapi akan mengambil masa yang lama.
a’kum..
mungkin ptg ni sy n patner nak mulakan proses media ke dlm polybag.
anak pokok dalam usia 27 hari. paling lewat berapa hari usia anak pokok boleh dipindahkan?
Bolehkah campur sedikt dgn tanak soksoil.?
Adakah pasaran cabai masih tinggi?
Mohd Ashraf: W’salam. Paling lewat pindah masa umur 30 hari. 27 hari tu dah elok pindah. Boleh campur sedikit dengan tanah top soil kalau ada budget lebih. Pasaran cabai memang tinggi sebab kebanyakan orang Malaysia makan pedas dan cabai digunakan setiap hari dalam masakan.
Salam,
Sdra. Ashraf,
Saya mmg berminat utk menjalankan aktiviti pertanian. Skrg ni, saya dah mula menyemai benih cili, tomato, bendi dan petola. Alhamdulillah, dah 2 minggu, anak benih dah tumbuh. Saya berminat utk menggunakan sistem fertigasi. dan skrg ni tgh kumpul maklumat.
Saya nak tahu, berapa anggaran kos bagi 100 polybeg bagi tanaman cili dan tomato. Dan ada tak manual untuk menjalankan sistem ini?
Terima kasih.
Mohd Ashraf: Salam, anda boleh layari web http://www.abiagro.com.my untuk menjawab persoalan anda.
aslkum..tuan boleh e-mail kpd sya cara2 dan tempoh matang sayur daun??
Mohd Ashraf: Sayur daun kebanyakannya matang dalam tempoh sebulan hingga 2 bulan
Askum..saya jali dari sabah ingin tahu samaada Mara disabah ada memberi pinjaman untuk penanaman sawit disabah..dan apakah syarat-syaratnya..
Mohd Ashraf: W’salam. Boleh aplly loan daripada Agro Bank. Refer kat sini:
http://mohdashraf.com/v1/pinjaman/skim-tanaman-semula-kelapa-sawit-tasks-agro-bank/
Saya bercadang untuk mengusahakan tanaman cili fertigasi tetapi tiada bekalan elektrik yg berdekatan. Bekalan air tiada masalah kerana berdekatan dengan sungai. Adakah saya boleh menggunakan bateri kereta untuk menggantikan bekalan elektrik? harap encik ashraf dapat membantu. Terima Kasih
Mohd Ashraf: En Nizam, tak boleh pakai bateri kereta. Tenaga letrik yang dikeluarkan bateri kereta tak cukup untuk jana pam.
Saya bercadang untuk membeli anak pisang tisu kultur dari saudara, tetapi ada beberapa soalan yang saya hendak tanya.
1. Tak mati ke anak pisang ni semasa penghantaran? kebun saya di temerloh.
2. Rendam anak pisang kultur tisu dengan racun kulat (eg: 0.1% Thiram) sebelum tanam di dalam polibeg.
Mohd Ashraf: InsyaAllah pokok tu tak mati, seluruh Semenanjung Malaysia dah pernah saya hantar. Cuma pastikan tarikh yang akan saya bagitau masa penghantaran bukan hari cuti dan ada orang di alamat yang dinyatakan.
2. Celup saja untuk pastikan racun Thiram lekat pada anak pokok. Saya ada sediakan manual. Thiram saya jual 20gm RM3, cukup untuk kegunaan 1000 anak pokok.
Saya berhajat mahu menceburi bidang ternakan kambing secara kormisel, tapi tiada pengalaman,
Yang ada hanyalah bantuaan dari datuk saya yang hanya memelihara beberapa ekor kambing secara kecil kecilan,
Adakah saya layak untuk memohon pinjaman mara?.
jika saya ingin memohon pinjaman rm100k apakah nilai cagaran yang patut dikemukakan?
Mohd Ashraf: Anda perlu berbincang dengan pihak MARA tentang kelayakan. Cagaran bergantung kepada nilai harta yang nak dicagarkan.
a’kum.
Dimana bleh dapat sabut selain kedai2. yg kampet saiz 25kg tu. Dkt abiagro ada jual tak? Kalu ada sy akan p bli ptg ni. insyaallah.
Mohd Ashraf: W’salam. Sila buat tempahan dulu untuk mengetahui samada ada stok atau tidak, berapa banyak yang nak serta harga semasa.
a’kum.
habuk kayu bleh guna tak menggantikan sabut?
TQ
Mohd Ashraf: W’salam. Steam dulu habuk kayu tu, untuk bunuh bakteria dan kulat, sebab kulat memang suka habuk kayu. Boleh pakai sekam 100% atau sabut 100% sebagai media.
Salam E.Asraf,
Saya dan suami ingin memulakan ternakan lintah/keli..tapi tak tahu macam mana nak mulakan..adakah saya perlu ikuti kursus dahulu atau terus mulakan..tentang modal dan tanah tidak menjadi masalah bagi kami tapi caranya tu yang menjadi masalah kerana kami ni tiada pengetahuan yang khusus.
Mohd Ashraf: Puan perlu ikuti kursus dulu. Kemudian baru mulakan projek sebab pengetahuan, selok belok ni penting, supaya dapat gambaran yang jelas apa yang akan dan mungkin ditempohi semasa jalankan projek ni. Dengan kursus juga, puan dapat ilmu dengan cepat.
Salam,
Terima kasih kerana menjaawab soalan saya sebelum ini.
menurut pengalaman saudara, dengan projek kecil yang dimulakan dah boleh dijadikan sebagai bukti utk mohon bantuan pihak tertentu. tapi skrg saya msh bekerja, dan bercadang nak terlibat sepenuh masa dalam bidang pertanian 1-2 tahun lagi.
Persoalannya, perlu ke saya senaraikan setiap perbelanjaan yang telah saya keluarkan sebagai penyata kira-kira saya?
Mohd Ashraf: Ya, perlu keluarkan penyata kira-kira. Kalau pon anda tak buat pinjaman, seeloknya buat la penyata kira-kira sebab anda boleh tengok perniagaan anda berkembang. Satu kelebihan kepada mereka yang buat penyata kira-kira untuk buat memohon pinjaman sebab itulah bukti anda mampu bayar balik pinjaman.
Assalamualaikum……..
Kaedah Fertigrasi nie, klu gna untuk tanam sawi ka kangkung ka bleh dak?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Boleh, tapi membazir sebab harga murah. Better tanam secara biasa untuk sayuran daun
assalamualaikum..
Boleh bagi saya contact no. untuk saya beli anak benih pisang tisu kultur atau yang lain?
urgent.
Tq.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. En boleh hubungi saya di talian 017-3458032 (Ashraf)
saya hendak membuat pinjaman rm10k untuk memulakan
penternakan ikan keli ditanah saya sendiri seluas 3/4 ekar di kg.sg.machang hilir lenggeng negeri sembilan
Mohd Ashraf: Sila berhubung dengan Jabatan Belia dan Sukan berdekatan anda.
bagaimana nak mendaftar sebagai ahli.
Dimana sy boleh dapatkan senarai Pejabat Belia dan Sukan daerah
serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri ?
Mohd Ashraf: Anda boleh check di post saya yang lepas untuk dapatkan senarai Jabatan Belia http://mohdashraf.com/v1/?p=99
aslmkm…saya ada 24 kolam simen ikan keli. jadi stok saya ada terlalu bnyk. bagaimana saya nak dapatkan contact no untuk pasatkan ikan ni?
Mohd Ashraf: W’salam. Cuba tanya dengan FAMA
akum..
ank pokok patah batang pastu layu..
kenapa yer?/….
Mohd Ashraf: W’salam anuar, racun ulat sembur tak? Ke ada kucing / ayam yang naik kat pokok?
assalamualaikum…
1-Adik saya telah memulakan penanaman lengkuas secara kecil-kecilan. Kelulusannya setakat PMR sahaja. Katakan dia ingin besarkan projek tanaman dan ingin memohon pinjaman dari pihak MARA, adakah sukar untuknya mendapat pinjaman tersebut, memandangkan dia bukanlah seorang graduan.
2-saya sendiri ingin menternak kambing boer. saya merupakan seorang graduan. tp tidak mempunyai modal. saya mempunyai pekerjaan tetap dan ingin membuat secara sambilan. jika saya menggunakan nama abang saya untuk mohon pinjaman, adakah ia senang diluluskan? Abang saya akan menjalankan penternakan ini secara fulltime.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Cuba ikuti kursus di Jabatan Belia dan Sukan. Kursus ini tidak terhad kepada graduan. Begitu juga dengan MARA, tidak terikat dengan status graduan, sesiapa yang penuhi syarat boleh memohon pinjaman.
salam,
1. saya baru menamatkan pengajian (ijazah mekanikal) dan berminat menceburkan diri dalam bidang penternakan ikan air masin(kelong).tetapi saya masih tidak jelas tentang pinjaman dan badan-badan yang dapat memberi bantuan khas nya kepada graduan.
2. saya bercadang untuk mengusahakan tanah milik keluarga tetapi masih ragu-ragu tentang jenis pengusahaan yang sesuai dengan modal yang terhad. apakah cadangan saudara …
harap En. Ashraf dan anda semua dapat membantu…=)
burn8work@yahoo.com
Mohd Ashraf: Saya cadangkan anda daftar dengan Jabatan Belia dan Sukan atau Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk Latihan Asas Keusahawanan, Skim Usahawan Siswazah
Salam, susahnya nak daftarkan premis perniagaan rupanya..
Mohd Ashraf: Salam, en Azlan, apa yang susah? Boleh kongsi tak?
a’kum,
racun ulat apa pling sesuai?
apakah yg harus dilakukan selepas tanam ank pokok dalam polibag.?
bilakah pembajaan dapat dilakukan?
TQ.
Mohd Ashraf: W’salam. Bergantung pada ulat. Cuba racun deltamethrin.
akum..
apakah pendapat en. tentang tanaman kunyit dan halia
masa kini?
apakah pasarannya menarik?
TQ
Mohd Ashraf: w’salam. insyaAllah ada pasaran. Kalau tanam banyak, boleh hantar kat pasar
salam. batang ank pokok umur 8 hari layu dan rebah ke tanah seperti tak mampu menampung beratnya. kenapa ya?
Mohd Ashraf: Mungkin kena lecuh anak benih kot. Benih tu rendam dalam racun kulat tak? Kalau pakai benih F1, mungkin media semaian ada kulat. Boleh guna racun kulat seperti Thiram
askum,
media mana lebih baik sekiranya kita hendak menanam cili merah dan cili padi…tanah atau sabut nyok(kata orang taiping…sabut kelapa da..)
…adios…
Mohd Ashraf: W’salam Kemungkinan dalam tanah ada penyakit akar/fusarium. Jadi seboleh-bolehnya jangan guna tanah langsung. Dalam teknik fertigasi, tak guna tanah.
askum….
mana lebih baik tanam cili merah dan cili padi dalam polybag atau direct atas tanah….
…adios…
Mohd Ashraf: W’salam kalau tanam dalam polibeg, boleh elak pokok dari kena penyakit akar / fusarium
akum..
biji benih dimsukan terus ke dalam racun kulat ke tanpa dicampur dengan air ke? berapa lama tempoh yg perlu direndam?
Mohd Ashraf: W’salam kalau guna thiram, kena campur air suam. Boleh rendam 2-3 jam.
salam.
baja Uria padi bleh guna tak nak sembur pkk cabai?
Mohd Ashraf: W’salam saya belum pernah dengar orang sembur baja uria kat pokok cabai. Mungkin anda boleh cuba dan report result kat sini
akum,
kenapa daun ank pokok cabai sy jd warna putih mcm kering tu dan layu..? keridik mkn pucuk ke sbb ank pkk sy mcm ada serangga mkn ja daun nya .
Mohd Ashraf: W’salam. Mungkin siput atau belalang yang makan daun tu. Cuba tengok waktu malam sebab serangga suka keluar waktu malam. Kalau bawah daun ada warna putih macam kapas, mungkin ada bena putih bawah daun atau kalau anak pokok dok tempat yang terlalu panas, klorofil akan hilang
halo bro.. nak tanye sket.. saya ade dengar crita lepas kita daftar syarikat dengan SSM ni, surat income tax akan mula datang ke alamat kita. betul ka? lagi satu, sekali daftar kat SSM, valid untuk berapa tahun?
Mohd Ashraf: Kenyataan tu tak betul. Income tax tak datang lepas kita register SSM. Lepas daftar SSM, valid untuk setahun. Kalau nak bayar untuk banyak tahun pon boleh.
erk..baru aku tahu pasal benda nih..
Sila la cuba, takyah beli spray semut dah
Mohd Ashraf: Terima kasih sebab melawat blog ni.
akum,..
baja apakah yg digunakan untk fertigasi?
berapa harganya?
Mohd Ashraf: W’salam. Anuar, guna baja fertigasi untuk sistem fertigasi. Harga RM240/set
assalamualaikum encik asyraf,
boleh x encik asyraf berikan sy contoh rancangan perniagaan untuk fotografi yang lengkap?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Khai, sila gunakan guide untuk buat kertas kerja / rancangan perniagaan dalam blog ni.
A’kum..
Saya adalah graduan lulusan ijazah dari UPM yang masih menganggur. Saya ingin membuat pinjaman untuk membawa masuk pekerja asing dari Indonesia dalam sektor perladangan(kelapa sawit). Tetapi saya tiada modal untuk membawa masuk pekerja itu ke malaysia kerana memerlukan modal untuk membayar approval, levi dan sebagainya.Pada permulaan saya ingin membawa masuk 10 orang kerana saya sudah mendapat peluang untuk menguruskan ladang kelapa sawit di KOPERASI FELDA di Pahang. Modal di anggarkan lebih kurang 50k-60k. Sekiranya saya ingin memohon pinjaman MARA, apakah syarat-syarat yang patut saya sediakan kerana pihak koperasi Felda tidak menyediakan surat ketika ini.Surat tawaran kerja akan dikeluarkan oleh pihak koperasi setelah pekerja masuk dan bekerja. Selepas itu baru ada tandatangan perjanjian. Sekian..
Mohd Ashraf: W’salam. Sila baca di sini, mungkin boleh membantu http://mohdashraf.com/v1/pertanian/pembiayaan-perniagaan-mara/
Batang Ank pokok umur 2 minggu berwarna coklat. Adakah itu serangan kulat dan apakah cara memulihkannya?
Mohd Ashraf: Kebiasaannya, kalau batang pokok warna coklat, batang anak pokok nak melalui proses pengerasan, batang nak jadi kayu pokok dah.
Assalamualaikum En Ashraf,
Kalau saya nak melawat ladang saudara, bagaimana? Perlu buat temujanji atau ada syarat2 yang saya kena patuhi? Maaf bertanya, kerana saya takde pengalaman dalam bidang ni. Dah lama tangguh niat ni, masa tak mengizinkan. Kalau boleh nak bagi jadi jugak dlm bulan ni.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Bagi saya no telefon, nanti saya kol. Gunakan borang kat bahagian Hubungi.
akum,,
baja A+B kena sembur setiap minggu ke?
Mohd Ashraf: W’salam. Baja AB diberi pada pokok 4-5 kali sehari. Tapi bukan banyak sekaligus. Baja tu perlu dicampur dengan air dengan kadar yang betul (sikit saja). Dalam media fertigasi (sekam atau sabut atau kedua-duanya sekali) tadak baja atau nutrien. Sebab tu baja diberi setiap kali pengairan. Mudah ja, hanya campurkan baja dalam air ikut sukatan, kemudian pam akan salurkan baja ke pokok mengikut masa yang ditetapkan, 5-10 minit (titis saja) secara automatik menggunakan timer.
Seperti juga manusia, pokok juga perlukan makanan yang cukup dengan kadar yang betul. Kalau tanaman secara konvensional, baja ditabur disekeliling pokok, tapi kadang-kadang terlebih baja, membazir, kadang-kadang tak cukup baja, kurus la pokok tu.
Sebagai contoh, baja diberi pada pokok pada jam 9.00am selama 5 minit. Sesi seterusnya adalah pada jam 11am. 5 minit air baja yang dialirkan pada jam 9.00am tu cukup untuk pokok gunakan untuk buat makanan selama 2 jam. Kemudian pokok akan dapat air baja semula pada jam 11am, sesi seterusnya pada jam 1pm dan seterusnya.
Kuantiti air baja yang diberi selama 5 minit secara titis tu hanya separuh mug saja.
p.s: Pokok buat makanan melalui proses fotosintesis, baja digunakan dalam proses buat makanan (fotosintesis).
a’kum..
Tq penerangan diatas.
Bagaimana pula degan media apabila dicampur dgn baja
organik gro.Perlukah di alir juga baja A B setiap hari? Sbb sy menggunakan campuran sekam+SABUT+ORGANIK GRO pada media.. sy tgk pkk cabai saya segar lg buat masa skrg. sy baru sj alirkan sekali baja A B dalam masa 2 minggu.:)
TQ.
Mohd Ashraf: W’salam. Anuar, tak perlu baja AB, alirkan air biasa saja. Bila daun dah kuning, baru letak baja AB sebab tadak baja dah dalam polibeg tu. Ni adalah salah satu cara nak jimat baja.
MLM has always required its workers to be bold and aggressive. Let’s face it. Unless you were willing to approach John at work and Aunt Mary at the bridge club with your sales pitch, your retail sales and MLM downline development were never going to go anywhere.
Mohd Ashraf: I agree with you. But the truth is there are real people that make huge income with MLM. There are many ways to become rich, MLM is just one of it. By the way, thank Jay for dropping by
akum…sy ni baru nak abis study..so nanti sebelum dpt keje agak2 nak wat tanam cili nih..but xtau nak mula mcm mne r..kat tepi umah ada tanah luas 50×40 kaki..kira mcm padang futsal gak la..tuh la nak tanye mcm mne nak mulakan..nak pakai bagplastik ke or tanah biasa yg ada kat padang tuh??agak2 bpe anak pokok perlu yek??tima kasih..
Mohd Ashraf: W’salam. Saya cadangkan tanam dalam polibeg, sebab kos murah, tak perlu bajak dan bebas penyakit akar. Baja pon tak dibazirkan sebab semua baja dapat kat pokok dalam polibeg tu ja. 50 x 40 boleh letak lebih kurang 250 polibeg (jarak polibeg 2 x 4 kaki)
sy nak memulakan perternakan lintah, modal diperlukan dalam 50K tapi takder modal, leh ker klu nak pinjam mara?
sbb ka cinie tak der ckp klu nak memulakan perternakan lintah?
Mohd Ashraf: Sebenarnya, banyak projek pertanian boleh buat dengan kurang daripada RM50K. Lintah pon macam tu jugak. Cuba daftar dengan Jab Belia. Pinjaman RM5K hingga RM15K tanpa penjamin.
Di mana saya boleh hubungi untuk mengikuti kursus menanam betik di kawasan Johor . TQ
Mohd Ashraf: Dinnes, cuba berhubung dengan jabatan Pertaniian di kawasan anda untuk khidmat nasihat tanaman betik.
Salam Sejahtera,
Saya nak minta khidmat nasihat mengenai di mana nak mendapatkan pinjaman bagi tujuan membuka tanah untuk tanaman kelapa sawit. Saya mempunyai tanah seluas 30 ekar bergeran, saya juga ingin tahu sekiranya ada institusi pinjaman pertanian yang boleh menagguhkan tempoh pembayaran balik pinjaman sehingga 3-4 tahun kemudian iaitu sehingga tanaman kelapa sawit tersebut mengeluarkan hasil.
Sekian, terima kasih.
Mohd Ashraf: Cuba pinjaman Skim Tanaman Semula Kelapa Sawit Agro Bank. Tempoh penangguhan bayaran pokok adalah tidak melebihi 4 tahun. Untuk maklumat lanjut, sila ke link di bawah:
http://mohdashraf.com/v1/pinjaman/skim-tanaman-semula-kelapa-sawit-tasks-agro-bank/
assalamualaikum encik asyraf,
saya sudah memulakan perniagaan cyber cafe selama 3 bulan dgn bermodalkan sendiri, sekarang sya ingin expand biz sya dgn membuka sebuah pusat cuci kereta, adakah saya bleh membuat kertas kerja utk membuat pinjaman dibank..? untuk makluman tuan saya pernah mengikuti kurus usahawan siswazah sebelum ini ttp kertas kerja saya telah beberapa kali direject.
harap En. Ashraf dan anda semua dapat membantu…
terima kasih
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Anda boleh buat kertas kerja. Saya pon dah ikuti kursus Skim Usahawan Siswazah (SUS) MECD. Mereka akan check dan akan baik pulih kertas kerja anda sebelum diserahkan kepada bank. Saya rasa, anda tidak melalui MECD, anda terus serahkan kertas kerja anda kepada bank. Cuba melalui MECD dulu.
Atau, anda boleh cuba pinjaman Belia MPEB
akum..
anak pkk yg patah boleh dibiarkan ke ? sbb ayam patuk..heheh
biar tumbuh cabang.. ok ke? Tp mkn masa la skit? ada risiko tak utk dpt penyakit tak?
Tq..
Mohd Ashraf: W’salam. Hehe. Tak pa… Biaq ja pokok tu. Kalau nak tanam semula lagi lambat nak tunggu. Baguih buat pagar, nanti ayam masuk terus dalam polibeg.
assalamualaikum… saya baru nak memulakan projek penternakan cacing.. pada peringkat permulaan saya membeli 10 kilo induk cacing… tapi dalam masa akan datang saya ingin membesarkan projek ini … masalahnya boleka saya membuat pinjaman untuk projek ini…
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. InsyaAllah boleh apply loan sebab dah start projek. Selamat berjaya.
assalamualaikum saudara,
sy seorang kakitangan awam(kontrak)
baru menanam minat untuk menceburkan diri dalam bidang agro.
saya ada beberapa soalan Yang ingin sy utarakan:
1)APAKAH PROSPEK PENANAMAN SERAI DI MALAYSIA???
2)BERAPAKAH MODAL PERMULAAN UNTUK MEMBUKA SEBUAH LADANG SERAI???
3)BERAPA LAMAKAH HASIL SERAI BOLEH DITUAI???
4)ADAKAH PETANI BARU PERLU MENGHADIRI SEBARANG KURSUS???
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam
1) Permintaan serai di Malaysia sangat tinggi memandangkan serai adalah salah satu ramuan utama dalam masakan Malaysia. Selain daripada serai untuk masakan, serai juga ditanam untuk dapatkan minyak pati serai.
2) Modal permulaan bergantung kepada keluasan tanah yang anda ada. Harga benih serai adalah RM2 – RM3 per kg.
3) Penuaian serai boleh dilakukan 6 bulan hingga 8 bulan selepas ditanam.
4) Bergantung kepada pengusaha itu sendiri, jika pengusaha merasakan bahawa cukup ilmu yang dia ada untuk memulakan sesuatu projek, pengusaha tersebut boleh terus menjalankan projeknya.
askum…
saya tak mempunyai apa2. tanah takda. apa pun takda. modal pun takda. pemgalaman pun takda. saya cadang nak pergi kursus pertanian dan peternakan. saya bercadang nak buka ladang ayam. tapi yang merunsingkan kepala saya sekarang ialah tiada tempat nak buka ladang tu. boleh tak encik tolong bagi pandangan ke akar umbi apa yang patut saya lakukankan untuk membuat bisnes ini. terima kasih….
Mohd Ashraf: Wsalam. Saya cadangkan anda ikuti dulu kursus tersebut. Kemudian cari tanah untuk disewa. Boleh juga sewa tanah di ladang kelapa sawit. Tapi kena bincang dengan pengusaha ladang la.
salam..saya ingin bertanya..bolehkah saya mendapatkan info tentang pisang tissue culture ni??harap en ashraf dpt membantu saya
Mohd Ashraf: Salam. InsyaAllah boleh
assalammualaikum…
En Mohd Ashraf, saya baru nak bermula projek tanam cili secara fertigasi, namun masih dalam proses pembelajaran, saya nak bertanya dengan kandungan baja A & B……Sekian Terima Kasih
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Kandungan baja fertigasi A dan B adalah:
1. Nitrogen
2. Fosforus
3. Kalium
4. Sulfat
5. Magnesium
6. Mangan
7. Ferum
8. Kuprum
9. Zink
10. Boron
11. Ammonium
12. Molibdenum
13. Natrium
14. Kalsium
source: http://abiagro.com.my/v1/baja-fertigasi.html
akum..
Baja A+B diguna untuk lebat buah ke? Baja apa lagi yg diginakan untuk melebatkan buah cabai?
tq.
Mohd Ashraf: W’salam. Baja AB digunakan untuk tumbesaran pokok dan tumbesaran buah. Tentang melebatkan buah, bergantung pada pokok itu sendiri. Saya pernah dengar ada dijual foliar untuk lebatkan buah mempelam di jual di Thailand.
PS: saya tak pernah dengar orang guna foliar tersebut untuk lebatkan buah cili.
Assalamualaikum,Encik ashraf.Saya ada beberapa soalan pasal anak pisang berangan kultur tisu.
1)Boleh saya mendapat pesanan lebih awal ,lebih kurang 1 minggu.
2)Pesanan di hantar ke rumah atau ke tempat lain.
3)Sesuaikah anak pisang boleh tumbuh subur di kawasan penanaman semula ladang getah yang berusia berusia 2 tahun dan keluasan 10 ekar.
4)Bagaimana dengan pemasaran secara kormesial.Bolehkah pihak tuan menolong.
Maaf kerana terlalu byk soalan.
Rosli.
EADS
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam En Rosli
1. Maaf en Rosli. saya tak dapat siapkan anak pisang dalam masa 1 minggu.
2. Pesanan dihantar menggunakan kurier Nation Wide dan ke alamat yang en Rosli beri.
3. Pisang memang ada ditanam secara integrasi dengan pokok getah. Tapi saya kurang pasti ketinggian pokok getah yang berumur 2 tahun. Jika cukup cahaya untuk pokok pisang buat fotosintesis, insyaAllah tiada masalah pokok pisang tu nak membesar.
4. Untuk pasaran, en Rosli kena berbincang dengan kedai buah-buahan yang terdapat disekitar tempat en.
Assalamualaikum…
Saya mengusahakan ternakan itik pedaging secara kecilan dibelakang rumah.Pasaran setempat adalah memberangsangkan. Saya berminat untuk mengembangkan perniagaan ini bersama ayam kampung dan puyuh.
Masalahnya saya tidak mempunyai tanah yang luas. En. Ashraf bagaimana caranya hendak memohon TANAH TERBIAR kerajaan?
Mohd Ashraf: Waalaikummusalam en Hazeem. Anda boleh berhubung dengan Pejabat Tanah atau apply tanah TNB. Berhubung dengan pihak TNB
akum..
daun jadi bintik2 seperti hilang klorofil lalu menjadi kuning dan gugur ke bumi,kenapa yer?
Disebabkan serangga atau kulat? Sbb sy dah sembur dgn racun tad jadi jugak..Tension,,,
Tq,
Mohd Ashraf; Wsalam. Mungkin kekurangan unsur dalam baja. Email gambar pokok tu kat contact@mohdashraf.com
Assalamulaikum,
Saya nak minta bantuan daripada En. Mohd. Asraf mengenai perkara ini:-
1.Saya merupakan kakitangan awam dan telah berkhidmat selama 10 tahun, saya nak minta nasihat daripada En. Ashraf mengenai perkara ini iaitu ayah saya memiliki tanah P.T seluas 230 ekar dgn ahli, oleh kerana kos terlalu tinggi utk urusan ke status geran, ayah saya telah menjual tanah tersebut dgn syarat 50 ekar dia tak jual. Kini tanah tersebut sudah berstatus geran dan si pembeli telah bersetuju bahawa 50 ekar drp tanah tersebut diserahkan kpd ayah saya dgn kos telah dipotong drp hasil penjualan tanah tersebut. Sekarang ni ayah saya nak tanah tersebut diatas namakan terus kpd saya atas sebab beliau sudah lanjut usia dan beliau mahu saya yang mengusahakan tanah tersebut, apakah boleh saya sebagai kakitangan awam memiliki tanah tersebut?
2. Saya juga nak minta bantuan drp En. Ashraf apakah aktiviti pertanian yang sesuai dgn tanah seluas itu, bagaimana dengan penanaman kelapa sawit?
3. Dimana boleh membuat pinjaman utk tujuan pertanian, bolehkah saya memohon? Saya juga sebenarnya berminat menceburi bidang pertanian.
Sekian,
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en Hafiz
1. Anda boleh memiliki tanah tersebut. Anda perlu ke pejabat tanah dan tanah tersebut perlu diukur, kemudian bolehlah dibuat geran. Kos untuk dipecahkan geran (jika nama ayah anda ada di dalam geran tersebut) lebih kurang RM4 ribu (anda RM2K, pemilik seorang lari RM2K). Jika nama ayah anda tiada dalam geran, anda perlu berbincang dengan pemilik geran untuk menyerahkan 50 ekar tersebut dan perlu dibuat pecahan geran atau dibuat nama bersama dalam geran tersebut. Tapi anda perlu ingat, jika tiada nama ayah anda dalam geran, maka pemilik memiliki sepenuhnya tanah 230 ekar.
Ini adalah berdasarkan pengalaman saya memecahkan geran, jadi anda perlu berhubung dengan pejabat tanah untuk keterangan lanjut.
2. Bergantung kepada tanah dan apa yang anda minat, anda boleh tanam kelapa sawit, getah, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya
3. Anda boleh buat pinjaman di Agro Bank.
salam perpaduan…….
Saya telah memulakan kebun sayuran tanah tinggi saya
dan terpaksa memerlukan kos yang banyak untuk membeli baja subur.apa yang menyedihkan,harga baja telah naik hampir 2x ganda.macamana untuk meminta bantuan dari pihak pertanian sedangkan tanah yang saya usahakan belum ada geran dari jabatan tanah?
Mohd Ashraf: Salam. Tiada masalah jika tiada geran. Hanya tunjuk bukti pokok yang anda tanam kepada pihak yang berkenaan.
Saya baru ingin menceburi bidang tanaman cili kampung,saya ingin bertanya berapa banyak pokok yang dapat ditanam dalam seekar tanah dan anggaran kosnya, terima kasih
Mohd Ashraf: Seekar tanah lebih kurang 4000 pokok. Harga lebih kurang RM11600
assalamualaikum..
en ashraf, sy ingin tahu brp jumlah kos sbnar bg mmulakan penanaman cili n jumlah minimum keluasan tanah y dprlukan?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Sukar saya nak jawab. 25′ x 35′ untuk 100 pokok kos lebih kurang RM1500. 100 ‘ x 80′ untuk 1000 pokok, kos lebih kurang RM5000
Salam, En.Asraf.saya baru nak menceburi penanaman cili merah ni. Tanah terbiar saya seluas 50m x 10m dan cadangan nak guna pilobeg (putih) dan nak buat sungkup (bumbung plastik putih) ..boleh bantu saya dgn maklumat :
1- berapakah kos utk keseluruhan penyediaan tapak termasuk buat bumbung dan polibeg?
2- benih cili merah yang sesuai dan berapa banyak pokok boleh diletak dgn keluasan tersebut?
3- kos baja dan bagaimana nak buat ‘racun serangga semulajadi’ dari daun serai wangi?
4- kat mana nak di pasar nanti FAMA ke atau pasar borong?
Mohd Ashraf: Salam.
Anggaran 50m x 10m = 408 polibeg
1- Kos sistem RM1977.60 kos rain shelter RM15K
2- Semua jenis sesuai. Pastikan ianya hybrid F1
3- Kos baja RM920.
4- Pemasaran bergantung kepada tempat anda sendiri. Ada yang hanya jual di sekitar rumah
akum..saya ena dr jb. bekerja di bhgia pembinaan di slah sbuah syarikat swasta.
saya bercadang untuk membuat pertenakan lintah. tp masalahnya sekarng,saya tidah tahu macammana nak memulakannya. saya juga tidak berpengetahuan tentang penternakan ini.dan bagamana untuk membuat pasaran nanti. adakah perlu saya mengikuti khusus trlebih dhlu dan di mana saya perlu rujuk untuk mengikutinya.
Mohd Ashraf: Cuba masuk web ni untuk kursus http://agrifarmresources.blogspot.com/
Assalamualaikum..
pokok cili saya mulanya subur..tapi tiba-tiba menjadi layu dan akhirnya mati. pada daun,ranting dan batang terdapat sesuatu bewarna putih seperti debu-debu. apakah penyakit ini dan bagaimanakah untuk mengatasinya?apakah racun yang diperlukan?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Adakah kena bena putih? Kalau bena putih, guna Pegasus atau Confidor
assalamualaikum.
bagaimana sy boleh mndpt pnjaman ini..?
adakah hny dgn mngisi borg atau perlu mngikuti mana2 kursus yg d anjurkan oleh belia tani/belia niaga?
Mohd Ashraf: Anda perlu isi borang yang disediakan dan ikuti 1 kursus Jabatan Belia.
assalamualaikum,berapa banyak polibeg yang perlu saya gunakan untuk mendapatkan jumlah satu ekar tanah dan bolihkah saya gunakan tandan sawit yg telah diproses sebagai medium? tkasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Sebanyak 5000 polibeg dapat diletakkan dalam 1 ekar tanah. Kalau guna baja fertigasi, kurang sesuai untuk gunakan tandan kelapa sawit sebab kandungan kalium yang tinggi. Takut terlebih unsur nutrien kat pokok.
salam en mohd asraf…
saya ingin bertanyakan apakah projek-projek pertanian atau ternakan yang seniasa atau sedang mendapat permintaan yang tinggi di malaysia…tq
Mohd Ashraf: Penternakan lembu atau kambing kerana daging tak cukup dalam Malaysia sejak dulu lagi.
salam..saya berminat dalam penternakan lembu fidlot ni.saya nak tahu anggaran modal yang perlu untuk disediakan untuk membeli baka lembu,kandang,makanan dan ubat-ubatan.tanah di kawasan manakah yang sesuai untuk penternakan lembu fidlot tersebut?sebab mak mertua saya ada ladang kelapa sawit.
Mohd Ashraf: Salam. En Azli boleh buat projek tersebut di dalam ladang kelapa sawit. Modal bergantung kepada berapa besar dan berapa banyak wang yang en sanggup laburkan samada melalui wang sendiri atau pinjaman.
Assalamualaikum…
Sekarang nie emak saya ada menjalankan proses membuat jamu secara manual,pasaran sekarang cuma pada orang2 kampung shja,saya bercadang untuk mengkomersialkan perniagaan emak saya sehingga pasaran luar,tetapi kami tidak mempunyai modal yang cukup,bagaimana caranya untuk pengurusan membuat pinjaman ini?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. En Azmi, anda perlu berjumpa dengan Pegawai MARA untuk berbincang tentang hal ini.
smekom wbt..sy ade tnah 3ekar kt kmpung,nk wat projek tnam serai n cili(bsar)..tp sy xde pngalaman n pngetahuan bab2 b’tani,Loan,n sbgnye,n sy bkeje d sektor swasta d ibu ngara. mse pn terhad utk uruskn..minat utk mndalami tu mmg ade..
Leh x bg hint utk sy?? pihak mne yg ptut sy refer 4 1st effort??
Mohd Ashraf” Waalaikummussalam. Tindakan pertama, jumpa PPK atau Jabatan Pertanian terdekat. Saya syorkan jumpa PPK
saya staff MAS.Sekarang ni MAS pun tak berapa kukuh.Saya bercadang untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan ikan keli.
Saya mempunyai satu bidang tanah berukuran 3 ekar milik ibu saya di kuala selangor.
Soalan saya,bagaimana saya ingin memohon bantuan kewangan sebagai pinjaman untuk memulakan projek tersebut ? saya amat meminati bidang penternakan tetapi tiada modal untuk memulakannya.Saya telah mendapat keizinan ibu saya untuk mengusahakan tanah tersebut.
Mohd Ashraf: Anda perlukan seseorang yang tidak bekerja. Susah pemberi pinjam nak bagi pinjaman kepada individu yang sedang bekerja. Jumpa pegawai MARA atau Agro Bank, isi borang dan submit kertas kerja.
assalamualaikum saudara ashraf,saya amat berminat dgn ruangan saudara,begini saya ada tanah seluas 8 ekar tanah kepunyaan bapa mertua dan ingin memulakan usaha diatas tanah tersebut apakah tanaman yg sesuai dan di manakah saya ingin dapatkan pinjaman(lokasi di segamat)..
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Bergantung pada minat anda, kesesuaian tanah dan pasaran, anda yang perlu tentukan tanaman apa yang anda minat. Cuba jumpa dengan PPK, Jabatan Pertanian atau FAMA untuk tentukan tanaman apa yang sesuai dengan tanah dan kawasan anda.
salam,
lama tak jumpa sorry sgt2 arituh p UK baru balik skang busy ngan biz n hal2 peribadi. Koperasi apa cerita? senyap skang nih. sorry again buat masa nih tak leh nk bg komitmen byk urusan perlu dibereskan.
nak tanyer pasal loan CIMB bole uruskan ke?nk suntik modal sikit kat biz nih. leh dapat cepat ke?
Mohd Ashraf: Salam Syahrul. Selamat pulang ke tanah air
Patut kol tak dapat. Duk UK rupanya.
Urusan Koperasi Belia Tani Malaysia akan disambung bulan 8. Saya sibuk sikit nak habiskan thesis. Doakan saya siap thesis hujung tahun ni. Tak pa, biasa la tu, utamakan yang perlu dulu, koperasi ni kita akan realisasikan juga walaupon bergerak agak perlahan. Selalunya bila dah bergerak dan dapat rentak, tak susah dah.
Saya akan telefon anda berkaitan dengan pinjaman perniagaan CIMB.
Tahniah diatas kesudian & kesedian sdra untuk berkongsi ilmu dengan semua orang. Semoga usaha murni ini diberkati. Sebenarnya tidak ramai daripada kalangan kita yang sanggup untuk berkongsi segala ilmu yang ada.
Mohd Ashraf: Terima kasih atas doa anda dan semoga pembaca sekalian mendapat manfaat daripada blog ini.
masih ada lagi ke pinjaman ni?mesti kene ada partner ke?sebab saya da daftar online tp takde sebarang panggilan pun…
Mohd Ashraf: Masih ada lagi, cuba berhubung dengan pihak Jabatan Belia dan Sukan berhampiran anda.
Untuk senarai alamat dan no telefon Jabatan Belia, sila lawati
http://mohdashraf.com/v1/pertanian/skim-tabung-ekonomi-belia/
Lihat pada bahagian Alamat Tempat Ujian Saringan Bakal Peminjam Skim Tabung Ekonomi Belia
*Adalah dimaklumkan ujian saringan Skim Tabung Ekonomi Belia ( STEB ) telah dimansuhkan. Pemohon tidak perlu mengisi borang pendaftaran STEB. Belia yang berminat untuk memohon pinjaman boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan daerah serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang terdekat untuk mendapatkan borang pinjaman.
Walaubagaimanapun permohonan adalah tetakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sistem permohonan yang baru ini akan berkuatkuasa pada 15 Mei 2008.
http://mohdashraf.com/v1/pertanian/skim-tabung-ekonomi-belia-steb-2008/
salam,
camne nak daftar kelas utk kontraktor?
Mohd Ashraf: Salam Ajell.
Anda perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan melalui eperolehan.
Lawati http://www.eperolehan.com.my untuk pendaftaran secara dalam talian atau maklumat lanjut.
assalamualaikum,
En Mohd Ashraf, saya mohamad noh dari sg buloh…saya da buat prasarana/infra untuk menternak cacing di kawasan sg buloh….tapi saya kekurangan modal untuk menambah bil cacing yg sediaada 2 kg dgn kawasan yg boleh memuatkan kapisiti cacing yg banyak iaitu 50kg dan membeli mesin pengisar untuk menghancurkan makanan cacing…
Bagaimana cara untuk membuat permohonan pinjaman dari mara dan adakah pihak mara akan melawat tapak ternakan cacing?
Dengan cara inilah sahaja yang boleh saya mengembangkan hasil baja dari pemprosesan cacing….
Itu terkluk pada syarat yg tuan berikan…
Sekian, Terima Kasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam En Mohamad Noh
Anda perlu mengisi borang yang dikeluarkan MARA untuk pinjaman pertanian.
Setiap permohonan pinjaman pertanian memerlukan seorang pengusaha sepenuh masa.
Jika anda bekerja, anda perlu mencari seorang rakan kongsi untuk menjalankan projek cacing sepenuh masa.
Itu syarat yang dikeluarkan setiap agensi.
Carilah sesiapa sahaja yang belum bekerja, lepasan siswazah atau pon ayah anda, asalkan tidak bekerja dengan mana-mana syarikat.
Buka syarikat perkongsian, masukkan nama anda dan rakan kongsi dalam perniagaan tersebut. Kemuadian baru anda boleh buat pinjaman.
Situasi lebih mudah jika anda tidak bekerja dengan mana-mana pihak tetapi bekerja sendiri.
InsyaAllah anda perlu mengisi borang di MARA dan maklumat lanjut secara terperinci akan diterangkan oleh pegawai MARA yang terbabit.
Selamat maju jaya.
assalam….
En.Asraf saya baru nak memulakn tanaman lada di kawasan blakang rumah,keluasan anggaran 1/2ekar,saya amat memerlukan bantuan nasihat dari En.Asraf sblm memulakannya n teknik2 tanaman
Untuk pengetahuan En.Asraf permulaan modal yg saya ada adalah terlalu minima
Saya memerlukan tip2 yg dapat membantu saya
1-keperluaan2 seblum memulakan tanaman
2-benih2,baja
3-penjagaan
4-jangka hayat setiap pokok
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam En Zali,
Anda boleh dapatkan Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi di link di bawah. Ianya percuma.
http://mohdashraf.com/v1/ebook/panduan-asas-tanaman-cili-secara-fertigasi/
terima kasih atas jawpan yang diberikan, saya ingin bertanya berapa banyak hasil yang dapat dikeluarkan bagi satu pokok(dalam sebulan)dan jangka hayat pokok cili berapa lama..terima kasih.
Mohd Ashraf: En Yuszaine,
Anda boleh dapatkan Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi di link di bawah. Ianya percuma.
http://mohdashraf.com/v1/ebook/panduan-asas-tanaman-cili-secara-fertigasi/
assalamualaikum…..
en.mohd ashraf,sy siti hajar bg pihak ayah saya nak brtnya ni,ayah sy tanam pokok kelapa sawit dalam 200 pokok,adakah ayah sy blh buat pinjaman mara untuk kos penjagaan pokok kelapa sawit trsbut(baja & lain2)?
Mohd Ashraf: Waalaikummusssalam. Memandangkan ayah cik sudah tanam, kemungkinan besar boleh mohon pinjaman MARA. Selain MARA, anda juga boleh mohon bantuan daripada Pertubuhan Peladang.
assalamualaikum..abang ashraf…saya berminat untuk memulakan tanaman cili merah..tapi saya takda info yang tepat dan bentuk bentuk latihan untuk penanaman tersebut..so.bagaimana saya bleh dapatkan semua info, maklumat dan apa apa penerangan untuk memulakan tanaman…tq
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam Muzairi,
Anda boleh dapatkan Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi di link di bawah. Ianya percuma.
http://mohdashraf.com/v1/ebook/panduan-asas-tanaman-cili-secara-fertigasi/
Tahniah En.Ashraf!
Fadzil MADA
Mohd Ashraf: Terima kasih en Fadzil
.
assalamualaikum..
saya ingin memulakan projek penternakkan cacing. saya telah menghadiri kursus dan telah membina rumah untuk projek ini bermodalkan wang sendiri. bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan bantuan pinjaman untuk membeli benih cacing tersebut. saya bukanlah kakitangan kerajaan. apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam Pn Rohana. Dalam hal ini, Pn Rohana perlu beli cacing dengan gunakan wang sendiri, tapi beli dalam kuantiti yang sedikit, contohnya 1 kg. Kemudian mohon pinjaman dengan tajuk kertas kerja membesarkan projek ternakan cacing. Gunakan pinjaman tersebut untuk beli benih cacing.
Alhamdulillah..bertambahlah rezeki anda..
Mohd Ashraf: Terima kasih Nabil atas doa anda.
Assalamualaikum,
Saudara Ashraf,saya sekarang mengusahakan perniagaan pakaian terpakai dan alhamdulillah pulangannya juga amat memuaskan..
Saya amat memerlukan tambahan modal utk memperluaskan lagi perniagaan saya yang tak seberapa ini…
Nak tahu macamana nak dapatkan pinjaman perniagaan dari CIMB seperti yang saudara citerkan.
Terimakasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Anda perlu isi borang di pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman CIMB.
http://mohdashraf.com/v1/pinjaman/pinjaman-cimb/
Salam..
Tahniah dan moga bertambah rezeki.
anak lelaki abah tu..
Mohd Ashraf: Terima kasih. A’ah… buat masa sekarang, ni la anak kesayangan ayah. hik!
Sya dah buka bines sejak 7 bkan lalu…sepanjang tempoh itu sy bisness secara runner iaitu berdasarkan permintaan…sya mahu buat pinjaman dengan untuk buka kedai,,pada pendapat saudara adakah permohanan saya akan lulus,,,
Mohd Ashraf: Bergantung pada keadaan. Jika anda tiada masalah dengan CTOS, akaun anda ada transaksi keluar masuk wang ke dalam akaun, insyaAllah tiada masalah. Anda boleh cuba isi borang di pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman CIMB.
http://mohdashraf.com/v1/pinjaman/pinjaman-cimb/
assalamualaikum…
mohon khidmat nasihat en mohd ashraf utk memulakan penternakan lembu. sy berminat menceburi bidang perniagaan ternakan. sy hanya ada modal 10000 dan sebidang tanah seluas 1 ekar. apa yang perlu?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Pandangan saya, anda perlu berjumpa dengan pegawai haiwan dan maklumkan pada mereka tentang hasrat anda. Banyak bantuan yang dapat mereka berikan termasuk dari segi induk, penjagaan dan pasaran.
Saya seorang kakitangan awam.Ingin menjalankan ternakan cacing.Sekarang,saya dalam proses eksperimen . Utk permulaan,saya beli 1kg cacing(induk).Tetapi buat berdasarkan pemerhatian shj.belum ambil kursus. sbg kakitangan kerjaan,bolehkah saya diterima untuk aktiviti ini dan layak ke tak berdaftar dgn JAB. BELIA?
Mohd Ashraf: Anda boleh mendaftar, tetapi antara syaratnya adalah pengusaha perlu mengusahakan projek sepenuh masa. Sila berhubung dengan Jab Belia berdekatan anda untuk keterangan yang lebih jelas.
apakah syarat-syarat utama yang diperlukan untuk memohon pinjaman dari MARA? Kami menganggarkan modal sebanyak Rm50,000.00 . Kami mempunyai sebuah syarikat dan telahpun mengusahakan projek penanaman roselle dan telahpun mendapat kontrak sebagai pembekal. kami hanya mahu memperluaskan perniagaan kami.
Mohd Ashraf. En Zam, sila ke link di bawah untuk mengetahui syarat pinjaman MARA
http://mohdashraf.com/v1/pertanian/pembiayaan-perniagaan-mara/
Assalamualaikum….bleh saya tau projek tanaman jagung manis di kawasan atau area selangor atau negeri lain selain di Bukit Kayu Hitam…Trima kasih =]
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Maaf Mazu, saya hanya tau di kawasan Bukit Kayu Hitam sahaja.
Assalammualaikum, boleh ker tanaman pisang ini dibaja dgn menggunakan baja kompos?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Boleh dan digalakkan
Assalamualaikum…. saya pun bercadang nak membantu kepada sesiapa yang ingin membuat loan perniagaan seperti pertenakan cacing. Saya ada menyedia perkhidmatan membuat kertas kerja untuk menguatkan lagi permohonan anda.
hubungi saya AmRi : 019 460 4373 / 016 515 2743
[...] Hubungi [...]
mengapa selalu tangkai putik bunga menjadi kuning lalu gugur tak sempat nak mengeluar buah dah gugur.
Adakah kurang baja?
atau disebbkan racun?
utk pkok yg galak megeluarkan bunga baja apakah yang sesuai untuk mendapat hasil buah yang baik?
Mohd Ashraf: Antara penyebab bunga gugur:
1. Kurang K, solution sembur baja yang K tinggi
2. ph media terlalu masam
Nak halang bunga gugur, boleh sembur dengan bahan kimia nama hibor atau boric asid
askum che ashraf..apakah maksud WC yang tertera di baju itu?setakat ini apakah kejayaan abi agro dlm tanaman cili mahupun rock melon?bilakah kami dpat membuat lawatan rasmi ke ladang abi agro?berapa ekarkah ladang abi agro ini?adakah milikan tunggal ataupun perkongsian?
Mohd Ashraf: W’salam. En Mizi, kebun saya kecik je. Saya baru start fertigasi, hampir 2 tahun. Baru lagi. Ladang sendiri hasil kumpul wang sendiri lepas belajar.
a’kum.
K tu apa maksudnya? hehehe
mana bleh dapatkan bahan kimia jeni tu?
TQ.
Mohd Ashraf: Potassium (K)… Cuba tanya kat kedai pertanian di behor empiang. Cari foliar yang K tinggi
Satu tips yang menarik dan boleh dijadikan panduan untuk penanam baru.
Mohd Ashraf: Terima kasih zool kerana sudi melawat blog ni.
assalamualaikum saudara ashraff…
saya berminat nak tau lebih lanjut mengenai cara tanaman cili secara fertigasi..berapa modal yang digunakan sebab saya tidak mempunyai banyak modal. Mungkin saudara boleh memberi sedikit maklumat mengenai fertigasi ini.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam.
Kalau 100 polibeg, kos lebih kurang RM1500. Anda boleh muat turun Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi pada link di bawah:
http://abiagro.com.my/v1/
assalamualaikum encik asyraf
saya sudah memulakan perniagaan cyber cafe selama lebih kurang 2 tahun dgn bermodalkan sendiri,tetapi komputer hanya terdapat 6 sahaja di kedai saya.pelanggan juga boleh dikatakan ramai.masalahnya,saya tidak pernah mengikuti kursus komputer,tetapi ingin membuat pinjaman bank untuk membesarkan perniagaan saya.bolehkah encik asyraf memberi pandangan kepada masalah saya…
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en Redzuan. Tiada masalah jika anda tiada sijil kursus komputer kerana anda sudah menjalankan perniagaan hampir 2 tahun. Anda boleh hubungi rakan saya di CIMB untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjanjian perniagaan.
Sila klik di bawah untuk maklumat lanjut tentang pinjaman perniagaan.
http://mohdashraf.com/v1/pinjaman/pinjaman-cimb
askum .saya nak tanya en asraf, bagaimana caranya fertigasi rockmelon. berapa kosnya ,jika saya berhajat untuk tanam hanya 2000 polibeg saja.sekian
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en Mizi. Anda hanya perlu sediakan sistem fertigasi seperti tanaman cili yang anda buat. Jarak tanaman pula adalah separuh daripada tanaman cili. Maksudnya, anda hanya perlukan kawasan 1000 polibeg cili untuk menanam 2000 polibeg rockmelon. Saya akan keluarkan Panduan Asas Tanaman Rock Melon Secara Fertigasi tidak lama lagi.
Saya akan menjalankan penanaman halia. Tapi hasilnya selepas 9 bulan. Saya melakukan secara besar dan memerlukan kewangan yang dianggarkan sebanyak rm 25,000.00. Masalahnya bolehkah saya membayar pinjaman selepas 9 bulan atau bagaimana caranya. Terima kasih
Mohd Ashraf: Sukacita dimaklumkan bahawa ada pinjaman yang anda boleh bayar selepas anda memungut hasil. Anda boleh buat pinjaman daripada saudara mara anda. Cuba berbincang dengan mereka.
assalam..
saya brminat utk menanam cili padi/kampung menggunakan polibag dlm kawasan belakang rumah. adakah sama cara penanaman cili merah dan cili padi? biasany medium apa dan bagaimanakah rationya?
harap en. ashraf dpt membantu.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Kalau guna kaedah fertigasi, biasanya medium yang digunakan adalah sekam atau sabut 100%. Tujuan medium tu hanya untuk akar berpaut. Segala nutrien diperolehi daripada air baja yang dititiskan ke pokok 4-5 kali sehari. Cara tanam cili merah dan cili padi adalah sama, kecualii jarak tanaman cili merah boleh didekatkan kerana pokok cili padi adalah kecil. Walau bagaimanapon, anda perlu jarakkan ruang untuk anda berjalan antara baris polibeg.
Assalamualaikum.. sy ada pertanyaan mengenai komposisi tanah bagi fetigasi. berapa banyak tanah sabut dan kompos perlu dipakai dalam 1 polibeg. Kalo boleh en asraf sertakan sekali harga tanah yang diperlukan untuk tanam dalam polibeg.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Kalau guna kaedah saya, untuk media fertigasi, gunakan 100% sekam atau 100% sabut. Harga bergantung pada tempat.
a’kum.
Biasanya berapa tempoh masa dari putik bunga hingga buah cabai menjadi merah ?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam Anuar. Tempoh putik bunga hingga buah cili menjadi merah lebih kurang 1 bulan.
a’kum.
Boleh tak bagi 1contoh kertas kerja untuk tanaman cili fertigasi? kalau untuk 2000 polibag @ apa-apa2 kertas keja untuk tanaman lain . sy nak buat rujukan.
TQ.
Mohd Ashraf: W’salam. Anuar, sila rujuk panduan di bawah untuk kertas kerja:
http://mohdashraf.com/v1/category/rancangan-perniagaan/
assalamualaikum saudara ashraf..
sy nk mtk pendapat saudara tentang penjagaan lembu fidlot..so sekarang nie sy sudah ada 3 ekor lembu kacukan brahman-kk.
sy teringin sgt nk memperbanyakan ternakn.
sy xdapat nak cari lembu yg sesuai utk utk menambah ternakan sy.dimanakah sy boleh cari?
sy ingin mencari lembu jantan yg berusia 8 bulan hingga ke 1 thn lebih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en Sahhir.
En Sahhir boleh berhubung dengan Jabatan Haiwan berdekatan untuk dapatkan baka.
Saya pernah mengikuti kursus jabatan perikanan untuk ikan marin dan sedang mengusahakan ikan keli secara kecil-kecilan kerana sukar mendapatkan tempat di samping modal mengusahakan ikan marin yang tinggi. Baru-baru ini saya terjumpa kawasan yang sesuai dan berpotensi yang mana baru seorang pengusaha mengusahakan kawasan sangkar di situ. Saya pernah bertanya dengannya untuk menetahui proses membuat dan ‘apply’ kawasan sangkar tetapi tidak memberikan kerjasama. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat ini kerana saya juga telah berjumpa dengan pegawai perikanan di kawasan tersebut tetapi masih tidak mendapat jawapan.Dan adakah pihak mara memberi pinjaman modal jika saya sedang mengusahakan ikan keli tetapi ingin memulakan penternakan ikan siakap dan kerapu.(Saya tinggal di n.sembilan tetapi kawasan sungai di selangor).Di harap en Ashraf dapat membantu saya..
Mohd Ashraf: Jika kawasan sungai, sila berhubung dengan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk penyewaan tapak. Berkenaan pinjaman, anda boleh berhubung dengan pihak MARA di kawasan anda.
akum…saya ingin memulakan pertanian,boleh x saudara emailkan sy contoh surat akur janji untuk pajakan tanah dan bagaimana untuk menyediakan paper work utk loan…terima kasih..
Mohd Ashraf: W’salam. Mr Yen, segala perjanjian yang perlu dibuat hendaklah dihadapan peguam. Peguam memang ada surat perjanjian yang en perlukan. Berkenaan paper work untuk loan, sila ke link di bawah:
http://mohdashraf.com/v1/category/rancangan-perniagaan/
saya kagum dgn usaha anda untuk membantu ramai usahawan yang baru nak belajar…semoga berjaya!!!
Mohd Ashraf: Terima kasih Mr Yen
Sdr Ashraf, saya sedang berusaha menanam pisang berangan secara kecil-kecilan dikawasan kampung saya di Perlis.Saya dapat tahu sdr. ada bekalan benih pisang kultur tisu. Saya berminat mendapatkannya. Kalau tak keberatan minta sdr bagi tahu alamat sdr supaya dpt saya hubungi.
Sekian.
Mohd Ashraf: Ni alamat saya:
Abi Agro,
No.7, kampung Tengah Abi,
01000 Kangar
Perlis.
017-3458032
Sila telefon saya dulu sebelum datang.
salam,mana yg lebih efektif,sekam atau sabut,bolehkah fertigasi dibuat antara semaian anak sawit?
Mohd Ashraf: Salam. Sabut paling efektif. Sebab dapat simpan air baja lebih lama. Jika kawasan tersebut tidak terlindung, tiada masalah nak buat fertigasi antara semaian anak sawit.
saya berminat untuk menanam cili. Tetapi adakah En.Ashraf boleh memberi tunjuk ajar ataupun kursus.
Adakah perlu modal yang banyak.
sekian, terima kasih.
Mohd Ashraf: Saya boleh tunjuk ajar. Kursus pon saya buat jugak, tapi buat masa ni kursus ditangguhkan sebab sedang renovate ladang.
saya pelajar sijil pengajian perniagaan di politeknk.saya berminat nak buat pertanian tanaman cili menggunakan teknik fetegasi ini tapi tak tahu nak dapatkan maklumat daripada siapa dan di mana.boleh bantu saya????
Mohd Ashraf: Anda boleh ke http://www.abiagro.com.my untuk keterangan lanjut penanaman secara fertigasi.
assalamualaikum pd ashraf dan kalian semua,
saya ada bekalan sayuran yang di reject…dlm lbh kurang 100kg sehari, seperti sawi,bayam dll elok untuk pengusaha lembu, kambing, itik dan ternakan yang makan sayur. HARGA MURAH JE.
kawasan area serendah. kalau berminat talipon saya atau email kat donohm@gmail.com
akum..
kenapa tangkai buah cabai menjadi kuning dan layu pastu luruh. Sbb sy tengok hujan 2 3 hari ni baru jadi mcm tu? kenapa yer?
Mohd Ashraf: W’salam. Anuar, pokok awak kena antraknos. Biasanya jadi waktu hujan sebab kena serangan kulat. Sembur racun Topsin M
akum..
racun kulat disembur ke daun pokok atau disiram terus ke akar?
Mohd Ashraf: W’salam Anuar. Racun tu disembur ke pokok sebab kulat biasanya menyerang daun dan buah.
tahniah buat ashraf,pggl sy kak yus.berminat nk ternak kmbing dn lembu.ada modal pun setakat sekor dua kmbing dn seekor lembu.nk buat buat pinjaman tekun tp bagaimana?…nk sewa tnh pun mahal..
Mohd Ashraf: Terima kasih Kak Yus. Cadangan saya, akak mulakan 1 jenis ternakan dulu. Berdasarkan modal yang akak ada, saya cadangkan akak beli kambing 2 ekor dan pohon untuk besarkan projek ternakan akak.
Akak perlu ke agensi yang terlibat untuk dapatkan pinjaman. Bukan TEKUN saja, MARA, Pertubuhan Peladang dan Agro Bank juga ada menyediakan pinjaman.
satu set baja AB boleh di gunakan berapa lama dan sabut boleh digunakan berapa kali untuk tanaman cili
Mohd Ashraf: 1 set Baja AB 25kg untuk kegunaan 100 pokok selama 3 bulan. Jika pokok lama tidak berpenyakit, masih boleh pakai lagi sabut tu. Kalau pokok lama berpenyakit, dikhuatiri penyakit akan menyerang pokok baru.
Salam Ashraf,
Tahniah kpd saudara kerana berjaya membuat saya berminat dalam bidang pertanian ini. Ingin bertanya bagaimana hendak memulakan proses fertigasi untuk tanaman rock melon. Bermula dari segi kos, penyedia tapak & proses penanaman. fyi, saya ada tanah lebih kurang 1/2 ekar di kuantan. bolehkah saudara membantu?
Mohd Ashraf: Kalau nak cakap tentang kos, susah jugak. Kalau kos besar, maka ladang pon besar. Begitulah sebaliknya. InsyaAllah saya boleh bantu tapi pastikan dulu ada tempat untuk jual buah tu kelak sebelum mula buat projek.
Assalamualikum, bolih ke saya lawati ladang en.ashraf ?,jika tak keberatan tolong bagi contc no encik. saya juga ingin bertanya alamat ldg fertigasi milik en Hatel Hashim. jika en Ashraf tahu tolong berikan alamatnya ye. Contc no saya: hj din 0192692736.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Maaf Hj, buat masa ni, saya belum lagi buka ladang untuk lawatan. Berkenaan dengan no telefon en Hatel, maaf, saya tiada maklumat beliau.
salam sejahtera encik…
saya sangat berminat untuk menjadi seorang usahawan.
sekarang ini saya telah merancang dan telah memilih 2 jenis perniagaan berdasarkan kesesuaian di tmpt saya, iaitu perniagaan cyber cafe& nursery tanaman hiasan.untuk permulaan dgn skala modal yg kecil, boleh tak encik cadangkan yang mana lebih sesuai untuk saya.dimanakah saya boleh mendapatkan pinjaman kewangan bagi perniagaan spt ini.
terima kasih..
Mohd Ashraf: Salam sejahtera. Saya cadangkan anda mulakan dengan hanya 1 perniagaan dulu dan gunakan semua modal yang ada. Jenis perniagaan pula bergantung kepada modal dan kajian pasaran di tempat perniagaan anda.
Jika saya, saya akan pilih satu perniagaan yang dapat beri saya pulangan yang cepat untuk mulakan perniagaan satu lagi. Itu pon setelah perniagaan pertama stabil tidak kira berapa lama masa yang diperlukan untuk stabil, yakni saya tidak perlu lagi menumpukan 100% perhatian pada perniagaan tersebut untuk membolehkan saya menguruskan perniagaan baru.
Untuk pinjaman, anda boleh lihat pada pautan di bawah:
http://mohdashraf.com/v1/pinjaman/Pinjaman%20SME/
.
a’kum..
bolehkah sy buat pinjaman bank untk membeli traktor?
Bank mana yang sesuai?
TQ
Mohd Ashraf: W’salam. Kalau pinjaman berkaitan pertanian, boleh pinjam dengan Agro Bank.
kenapa pokok cili jarang berbuah merah .. hijau je time nampak tua gugur.. tak sempat merah apasebab?
Mohd Ashraf: Mungkin kena antraknos, bole beli racun antraknos kat kedai pertanian. Masalah ni adalah biasa kalau musim hujan kecuali anda ada rain shelter.
bg yg baru nak berjinak dgn tanaman lada nii..brape kos permulaan(modal) andai kata nak tanam dalam setengah ekar tanah….
Mohd Ashraf: Setengah ekar lebih kurang 2000 polibeg. Kos lebih kurang RM9,000
akum..
pokok sy ada 150.dah mengeluarkan hasil panjang2 sejengkal..heheeh ,tp ada yg kena kulat kat buah, tension gak.dah sembur racun jd gak.. TQ atas tunjuk ajar dan nasihat.. hasil tak tau nak p juai kat mana.. nak kena cari bayer lak ni,…
hehehe..
tq.
Mohd Ashraf: W’salam. Itu la cabaran dalam tanaman cili, PENYAKIT. Kalau 150 pokok, jual kat jiran. Heboh-hebohkan pasai ni, kalau tak, orang tak tau. Jangan jual mahal, average harga runcit cili sekarang RM9/kg. Jadi jual la RM7/kg kat orang kampung.
akum…saya ingin memulakan penternakan lintah,tanah dan modal untuk membuat sebuah kolam kanvas tiada masalah.tetapi saya kekurangan modal untuk membeli benih lintah dan ingin membuka lebih kurang 5 buah kolam lagi.boleh x saudara menerangkan cara untuk membuat pinjaman mara dengan lebih terperinci lagi..terima kasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Memandangkan anda ingin memohon pinjaman MARA, seeloknya anda ke MARA untuk dapatkan borang dan dapatkan penerangan terperinci dari pegawai.
Assalamualaikum,
Saya berminat untuk menghadiri kursus berkenaan cara penanaman cili mengunakan kaedah fertigasi.
Harap En.Ashraf dapat memberi keterangan terperinci mengenai hal ini.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Banyak kursus fertigasi yang diiklankan di internet. Cuba check di sana.
assalamualaikum saudara Mohd Ashraf,
saya bersama 4 lagi rakan yang lain telah pun secara skala yang kecil memulakan penternakan cacing di mana penghasilan vermi kompos akan menjadi produk utama kami.
sekiranya saudara dapat membantu memberi idea atau sedikit info , adakah di mana mana kami boleh menyewa mesin pengisar? harap saudara ashraf dapat memberi contact mana mana pihak atau individu yg ada menyediakan mesin pengisar untuk di sewa. atau pun 2nd hand mesin pengisar.
maklumat saudara amat kami hargai, sekian.
Mohd Ashraf: Maaf, saya tiada maklumat seperti yang en hendak. Cuba tanya kedai buat mesin, kadang kala kalau buat mesin lebih murah daripada beli yang dah siap.
klau benih pisang berangan tisu kultur ni…
Boleh bebas dr penyakit fusarium tu ke?
Mohd Ashraf: Fusarium tu datang daripada tanah. Tapi memang anak pisang tisu kultur ni bebas daripada fusarium.
Tahniah En. Ashraf.
Semoga dimurahkan rezeki atas kelahiran putera baru.
Semoga usaha Tuan diberkati, insyaAllah.
Assalamualaikum en. ashraf. Bolih bagi tahu saya dimana bolih saya dapat beli segala set lengkap / peralatan mengenai tanaman kaedah fertigasi ni. Jika en.ashraf sendiri pembekalnya, tolong berikan qoatation nya. T.kasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Hj, Saya dah email quotation seperti yang diminta.
Saya orang baru dan sangat berminat bidang pertanian khasnya sistem fertigasi. Malangnya saya tinggal jauh dari KL dan menghadapi masalah untuk mendapat bekalan baja fertigasi.Sekian. TQ
Mohd Ashraf: Saya boleh pos baja tersebut kepada en.
saya nak minta tolong tuan memberi saya satu contoh surat perjanjian pajakan tanah.
Mohd Ashraf: En Adi, sila berhubung dengan peguam berdekatan. Mereka sudah ada template perjanjian pajakan tanah. Seelok-eloknya, buat perjanjian dengan kehadiran peguam untuk mengelakkan kejadian tidak diingini di kemudian hari.
salam.. saya pelajar daripada IPTA. semester ini saya ditugaskan untuk membuat Rancangan Perniagaan. saya berminat dengan perniagaan cendawan. adakah buku encik ini lengkap sebagai panduan saya untuk membuat kertas kerja bagi rancangan perniagaan cendawan..?? ada sekali kos-kos yang terlibat dan peralatan yang perlu digunakan serta modal permulaan???
Mohd Ashraf: Salam Saffiya. Rancangan Perniagaan Cendawan tersebut lengkap termasuk kos-kos yang terlibat dan peralatan yang perlu digunakan serta modal permulaan.
salam, thx 4 de info, help me alot.
but, juz wana ask u where u got the free signboard??
Mohd Ashraf: Salam Fairuz. Apply from MARA for free signboard.
salam en ashraff,
saya dah letih bekerja makan gaji ni,dan ingin membuka perniagaan sendiri. Idea setakat ini adalah samada membuka kedai dobi ataupun beauty salun & spa. Masalahnya sekarang saya tidak berapa mahir utk membuat rancangan perniagaan utk apply loan,adakah ebook en ashraff betul2 boleh membantu saya? user friendly tak software tersebut?
Mohd Ashraf: Salam Kaseh. User friendly. Selain itu, sdr akan dibantu untuk membuat RP jika mempunyai masalah.
Saya amat bersetuju dengan En ashraf,masyarakat kita dan saya sendiri selalunya akan menjadi teruja tidak kena tempat apabila orang lain mengatakan ada peluang perniagaan yang menguntungkan.Tanpa usul periksa dan ilmu yang cukup,kebiasaannya kegagalan sesuatu perniagaan adalah kerana kekurangan ilmu dan pelaksanaan kerja yang tergesa-gesa tanpa ilmu yang mencukupi. Penulisan saudara ini banyak membantu dan diharap ia akan berterusan mendidik ahli perniagaan yang berilmu,beretika dan berjaya. Tahniah
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
http://www.ebook-melayu.blogspot.com
Mohd Ashraf: Terima kasih en Haizal. Selamat menjalani ibadah puasa
salam ramadhan tuk en.asraf,
sy merupakan seorang pelajar college tahun akhir dan berminat tuk menceburkan diri dalam penternakan lintah.. apa yang ingin sy tau adakah lintah tahan lasak..? adakah boleh lintah diternak menggunakan t