Rasanya sekarang ni ramai yang dah kenal apa itu bisnes internetkan?
Saya mengenali bisnes internet dari tahun 2005, tapi tak dibuat secara serius. Setelah agak lama meninggalkan dunia internet, pada tahun ni, saya telah hadirkan diri dalam Official WC Gathering 2011, yang telah diadakan pada 23 Julai 2011 di Dewan Serbaguna, Menara Usahawan, Presint 2 , Putrajaya.

Seramai 108 orang yang telah hadirkan diri. Sebenarnya, saya ada mengenali beberapa orang “otai” sewaktu ketika dulu dalam tahun 2005. Mereka ini adalah orang yang mahir dalam menjana pendapatan melalui internet.
Tapi pada perjumpaan kali ini, hanya beberapa orang saja “otai” yang hadir. Saya ada juga ajukan soalan pada “otai” yang hadir, mereka juga tertanya-tanya tentang “otai” lain. Ada yang diketahui sedia sibuk, tapi masih lagi dapat diketahui perkembangan dalam Face Book. Tetapi ada juga yang terus menghilang. Mungkin agak sibuk dengan urusan harian memandangkan internet dapat menjana pendapatan yang agak mewah bagi mereka yang berkecimpung secara serius atau mereka telah menumpukan pada kawasan yang lebih luas di arena antarabangsa.
Tidak saya nafikan, walaupon tanpa kehadiran orang lama, peserta yang hadir juga membuat duit daripada internet. Buat yang betul-betul buat duit, yakni secara serius. Pendapatan 4 angka adalah biasa dan ada yang lebih daripada itu. Owh, kecilnya diri ini.
Terfikir juga jika saya serius membuat duit dari tahun 2005 daripada internet… hehe
Okay.. okay… “Ter “berangan seketika
.
InsyaAllah saya akan buat bisnes internet secara serius lepas ni. Mungkin akan saya ambil pembantu untuk bantu saya memandangkan saya sedang uruskan syarikat www.abiagro.com.my sepenuh masa.
Alhamdulillah, dipermudahkan lagi urusan saya ke arah tu, pada 16 hingga 18 Disember 2011, akan diadakan satu boot camp usahawan internet, yang mana akan diajar jana pendapatan dari internet secara hands on. Boot camp ini dinamakan Bootcamp Usahawan Kedai Kopi IM.
Program 3 hari 2 malam. Tapi harganya boleh tahan, RM659.00 untuk 1 orang peserta dan paling menarik RM1,590.00 untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Bagi saya, harga tersebut agak berbaloi memandangkan saya akan diajar secara hands on. Dan semestinya saya akan bina dulu beberapa site yang saya dah kenalpasti untuk diperkemaskan semasa bootcamp nanti. Jadi, orang kata, terus jalan je
.
Bagi sesiapa yang berminat untuk join saya nanti, bolehlah daftar pada link di bawah:
http://bit.ly/perniagaan-internet
Bootcamp ni khas buat 60 tempat saja. Terhad ni.
Saya memang serius untuk berbisnes internet kali ini. Peluang dah ada di depan mata sebab ada orang yang sanggup habiskan ribuan ringgit untuk belajar. InsyaAllah, semoga saya akan punyai 1 lagi sumber pendapatan selepas ini.














