Archive for the ‘ kursus ’ Category

DVD Kursus Fertigasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar?
Bagaimana dengan puasa tuan puan muslim sekalian?
Sudah hari yang ke lapan kita di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Bagi yang pembaca blog saya, saya doakan semoga minggu ini memberi seribu keceriaan dan kemewahan kepada tuan puan sekalian.

Berkenaan dengan tajuk post pada hari ini adalah kursus fertigasi. Untuk pengetahuan, saya telah menanggguhkan seketika kursus fertigasi bermula Mei yang lepas. InsyaAllah akan disambung semula pada masa akan datang dan pastinya akan dimaklumkan pada tuan puan semua.

DVD Kursus Fertigasi

DVD Kursus Fertigasi, DVD video ini dihasilkan oleh Tuan Faidzal daripada Agro Fast Forward. Rakan penceramah saya dalam kursus fertigasi yang pernah kami jalankan di seluruh Malaysia.

Dalam DVD ini, telah dimasukkan sebanyak 6 modul di dalam empat keping DVD yang akan dihantar terus ke rumah tuan puan.
Modul-modul ini merangkumi pengenalan, penyemaian benih, penyediaan tapak dan pemasangan sistem, pengurusan dan penjagaan tanaman serta pengurusan hasil dan pemasaran.

Modul-modul ini lengkap huraiannya seperti dalam kursus sebenar. Tuan puan boleh memulakan tanaman secara fertigasi, samada secara komersial atau hobi setelah menonton video dalam DVD ini.

Jika tuan puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan DVD ini, boleh layari link di bawah:

Kursus Fertigasi

http://bit.ly/kursusfertigasi

Kursus cili fertigasi sesi 3 2009

Alhamdulillah, berakhir sudah sesi hari ni. Letih sangat tapi gembira.

Terima kasih kepada semua peserta.

8 peserta termasuk seorang OKU. InsyaAllah semua peserta boleh berdikari selepas ni.

Segala teori dan praktikal dari pemilihan biji benih, semaian biji benih, perpindahan anak pokok, pencampuran baja serta formulasi baja fertigasi cili dan pemasangan sistem di adakan dan setiap peserta dapat merasai pengalaman bagaimana melakukan setiap perkara.

Untuk maklumat lanjut kursus cili fertigasi anjuran Abi Agro dan Agro Fast Forward, boleh layari laman web di bawah:

http://affekursus.blogspot.com/

Assalamualaikum,

Disebabkan kursus ini paling murah, jadi saya tulis juga post ini untuk kebaikan bersama walaupon sibuk.

Seperti yang selalu saya tulis, cukupkan ilmu sebelum mulakan sesuatu projek untuk mengurangkan masa belajar try and error serta dapatkan jaringan.

Dengan kenaikan harga hampir pada semua barang serta masa yang terhad, ini adalah peluang anda untuk berkursus ternak kambing paling murah. Lokasinya adalah di Melaka.

Tapi, kursus ni lain sikit. Anda baca dan khatam dulu ilmu, baru bertanya. Macam kat Universiti, student perlu cari ilmu dulu then akan senang faham dan tau apa yang perlu ditanya lecturer semasa kuliah perkara-perkara yang kurang faham.

Selepas membaca, anda akan melawat kandang sambil dapat bertanya apa yang kurang faham. Disebabkan lawatan ni hanya sehari, jadi konsep ini adalah yang terbaik bagi mereka yang sibuk dan mereka yang nak jimatkan wang, sebab anda boleh kumpul soalan dari awal. Membaca dulu baru ke kandang untuk bertanya apa yang kurang faham.

Jadi pemahaman anda akan jadi tahap maksima dalam ternakan kambing.

Contoh Kertas Kerja untuk memohon pinjaman ternakan kambing pon ada disediakan.

Terdapat juga Jaminan Pulangan Wang dalam masa 30 hari jika anda tidak berpuas hati dengan pakej yang disediakan.

Jadi, apa tunggu lagi, sila klik pada gambar di bawah untuk merebut peluang ini dan ingat, membaca dulu (anda akan diberi eBook) baru melawat kandang untuk bertanya apa yang kurang faham.

 

 

Related Posts with Thumbnails