Lagi sekali keluar topik fertigasi gagal.
![]()
Saya bukan obses dengan fertigasi, cuma obses dengan teknik pertanian moden.
Fertigasi ni sistem saja.
Nak beri air dan baja pada tanaman.
Baja tu kita larutkan dalam air, pastu kita titis pada pokok.
Nak mempermudahkan cara untuk tanam pokok dari dua aspek, pemberian baja dan air ja
Yang lain tu kena buat jugak, buat pancang, ikat pokok, meracun, tanam anak pokok, kutip hasil, isi medium tanaman dalam polibeg, susun polibeg, setup sistem dan pantau pokok.
Yang ni kena buat secara manual
Biasanya yang kita dengar, fertigasi ni tak perlu buat apa2
Jadi orang invest duit dengan harapan, invest RM10K, dapat RM30K tanpa buat kerja yang banyak
Patutnya pelabur atau pengusaha perlu tau apa risiko yang akan dia tempuhi sebelum involve.
Kena buat banyak perkara secara manual, hanya pemberian baja dan air saja automatik.
Kos baja dan alat fertigasi tinggi?
Bayangkan jika anda buat tanaman dalam skala yang kecil secara konvensional…
Anda perlukan pekerja untuk membaja dan menyiram
Tapi berbaloikah anda untuk upah pekerja sepenuh masa dengan hanya projek yang berkeluasan kecil?
Sekurang-kurangnya anda perlukan kawasan yang luas baru berbaloi upah pekerja sepenuh masa untuk buat tanaman secara konvensional.
Jadi, takan nak buat semuanya sendiri?
Inilah datangnya sistem fertigasi, kos menggaji pekerja untuk membaja dan menyiram boleh diganti dengan sistem yang diguna pakai selama mana anda tidak hentikan projek tersebut.
Dan, pendapat saya yang terakhir untuk post kali ini, jika anda hanya ingin melabur, inginkan jaminan pulangan, melaburlah dalam unit amanah, kerana disana pelaburannya boleh dikatakan agak terjamin walaupon sedikit.
Jika anda sanggup menanggung risiko, ceburilah dalam bidang pertanian, penternakan dan nelayan ataupon dalam bidang perniagaan kerana walaupon pulangannya tidak terjamin, tetapi jika anda tak berputus asa, jatuh bangun semula, insyaAllah pulangan yang begitu besar menanti anda.





















