Archive for the ‘ Perniagaan ’ Category

Pinjaman SME

Bagi mereka yang ingin membuat pinjaman SME, anda boleh memohon skim-skim yang ditawarkan oleh agensi-agensi di bawah.


Commercial Banks

  1. Affin Bank Berhad
  2. Alliance Bank Malaysia Berhad
  3. AmBank (M) Berhad
  4. Malayan Banking Berhad
  5. OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  6. Public Bank Berhad
  7. Citibank Berhad
  8. EON Bank Berhad
  9. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  10. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd
  11. HSBC Bank Malaysia Berhad
  12. RHB Bank Berhad
  13. Hong Leong Bank Berhad
  14. CIMB Bank Berhad


Islamic Banks

  1. Bank Islam Malaysia Berhad
  2. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
  3. EONCAP Islamic Bank Berhad
  4. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  5. CIMB Islamic Bank Berhad
  6. AmIslamic Bank Berhad
  7. Hong Leong Islamic Bank Berhad


Development Financial Institutions

  1. SME Bank
  2. Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)
  3. Export-Import Bank of Malaysia Berhad
  4. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
  5. Bank Pertanian Malaysia
  6. Bank Simpanan Nasional


All Financing Products offerred by Financial Institutions

Jual hasil

Assalamualaikum

Nampaknya rakyat Malaysia sekarang ini dah sedar tentang kepentingan pelaburan.Ramai yang berminat untuk mengusahakan projek pertanian, perikanan atau penternakan sebab disogokkan dengan cerita pulangan yang tinggi yang bakal diperolehi. Ada juga syarikat yang menyediakan konsep pelaburan dalam bidang agro ini. Contohnya perlu keluarkan wang pelaburan dan tanpa susah payah berusaha, akhirnya dapat pulangan berlipat kali ganda dengan syarikat membeli semula hasil. Tapi ada wang pelaburan hangus begitu saja sebab hasil tidak dibeli semula oleh syarikat seperti dalam perjanjian.

Ramai yang bertanya saya kat mana nak jual hasil yang akan diusahakan atau telah diusahakan. Setiap hasil yang dikeluarkan belum dikira sebagai pendapatan selagi anda tak jual hasil yang anda keluarkan. Tidak kiralah anda jual sendiri hasil kepada pengguna akhir atau anda jual hasil kepada pemborong.

Hasil perbualan saya dengan seorang penjual Kedai Buah Bimbingan Fama, penjual hanya akan melayan pertanyaan pengusaha yang telah menjalankan projek dan bukan semua buah yang diterima. Ada buah yang tidak diterima oleh penjual sebab telah mempunyai pembekal tetap. Jadi, kalau anda bercadang untuk bercucuk tanam, pastikan anda tahu kat mana nak jual hasil.

Sebagai tips, bila ke kedai buah untuk tinjau pasaran, anda cakap kat pekedai, anda baru saja usahakan tanaman, kelak baru keluarkan hasil. Jadi adakah pekedai tersebut ingin mengambil hasil anda? Jika ya, baru anda tanam.

Saya ada juga tanya pekedai buah, samada dia ingin membeli pisang berangan yang saya tanam, tapi katanya dia telah mempunyai pembekal tetap, tetapi tetap akan terima pisang dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, selepas ini, saya dah tau kat mana nak pasarkan pisang berangan yang telah saya tanam dan saya tak boleh tanam pisang secara besar-besaran di tempat saya kerana mungkin susah nak jual pisang tersebut kelak.

Sepohon pokok kelapa boleh hasilkan berpuluh-puluh biji kelapa, tapi belum tentu semua orang boleh jual sebiji buah kelapa.

Salon dalam bas

Assalamualaikum
Semasa saya menonton rancangan Panorama di TV1 tadi, ada dibuat slot tentang salon dalam bas.
Hebat betul idea dia.

Rupa-rupanya dah setahun salon dalam bas ini beroperasi. Target mereka, mereka mencari pelanggan, bukan pelanggan mencari mereka. Kebiasaannya, pelanggan yang perlu pergi ke salon, tetapi dengan adanya salon dalam bas ini, pelanggan hanya perlu telefon mereka dan setelah cukup 4 orang pelanggan di kawasan yang sama, mereka akan datang ke tempat pelanggan.

Ramai pelanggan mereka terdiri daripada pelajar kolej, pelajar tidak perlu lagi ke salon, hanya telefon dan tunggu salon dalam bas itu datang. Memang menarik idea ini.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang salon dalam bas di http://www.myzass.com.

Idea begini yang diperlukan untuk maju dalam perniagaan, KELAINAN

Bicara Tani

Assalamualaikum,
Pada 14 Februari yang lepas, saya telah mengikuti forum Bicara Tani anjuran Kementerian Pertanian di Putra Palace. Antara agensi yang terlibat adalah Kementerian Pertanian Malaysia, FAMA, MARDI, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Bank Pertanian Malaysia.

Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah peluang penternakan yang ada di Malaysia. Umum mengetahui kekurangan daging kambing dan daging lembu di Malaysia. Pada tahun 2006, peratus pengeluaran lembu adalah 7% dan kambing adalah 0.4%. Jadi negara kita kekurangan daging lembu sebanyak 93%, kambing sebanyak 99.6% dan semuanya terpaksa di import dari luar negara.

Di Malaysia, hanya ada 26 orang pengusaha lembu komersial. Untuk mentakrifkan sesuatu projek penternakan lembu secara komersial, pengusaha perlu mempunyai sekurang-kurangnya 50 ekor lembu.

Pada masa sekarang, kebanyakan ternakan diberi secara kelompok, tidak seperti dulu, yang mana diberi 1:1 untuk setiap pengusaha. Sekarang, pengusaha disuatu kawasan perlu membentuk kelompok untuk memohon bantuan. Bantuan yang diberikan adalah ruminan, kandang dan makanan. Ini untuk menghalang daripada penjualan baka yang diberi percuma oleh Jabatan Haiwan oleh sesetengah pengusaha seperti yang berlaku sebelum ini. Tapi, dengan adanya kelompok, bantuan yang lebih besar akan diberikan.

Selain daripada tu, peluang kepada penggemar ikan hiasan untuk mengkomersialkan hobi mereka. Ikan guppy yang dikatakan senang dipelihara juga boleh di eksport ke luar negara. Tanpa peralatan yang canggih, mahal dan luas, sesiapa pon boleh memelihara guppy ni. Eksport ikan hiasan pada tahun 2006 adalah berjumlah RM101.4 juta.

Tumbuhan akuatik air tawar pon boleh juga ditanam dan di eksport. Kenapa banyak permintaan untuk ikan hiasan? Masa saya mengikuti Bengkel Bimbingan Niaga Tani anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, ada dimaklumkan bahawa rakyat eropah gemar memelihara ikan untuk ketenangan fikiran. Jiwa tenang je bila tengok ikan berenang-renang. Tapi, disebabkan mereka selalu keluar bercuti, ikan hiasan mereka akan mati sebab tadak orang jaga, jadi mereka akan membeli ikan hiasan yang baru pula.


Majlis perasmian program Bicara Tani oleh YB Cikgu azam, Exco Pertanian Negeri Perlis

Peluang di pilihan raya

Assalamualaikum
Bulan 3 ni, dijangka akan di adakan pilihan raya. Masa ni lah anda kena ambil peluang, sebab kebanyakan permintaan anda akan dipenuhi. Banyak projek-projek pertanian seperti keli kanvas dan fertigasi akan diberi kepada bakal pengusaha. Rajin-rajinlah bertanya di Jabatan Haiwan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan untuk projek-projek yang diberi kepada awam. Hantar proposal anda kepada mereka jika anda mempunyai projek-projek yang tidak ditawarkan. Mungkin anda tahu dan lupa tentang peluang yang ada di musim pilihan raya.

Semoga anda berjaya jalankan projek. Pastikan anda beri projek tersebut kepada mereka yang memerlukan jika anda gagal jalankan projek tersebut di kemudian hari. Ada yang saya dengar, sesetengah individu senang untuk berhubung dengan pihak atasan, tapi kurang masa untuk jalankan projek. Apa kata mereka-mereka ini membantu orang lain yang susah untuk berhubung dengan orang atasan dengan membantu dapatkan projek.

Atau, selepas anda mencuba jalankan sesuatu projek yang diperolehi, tetapi tiada masa untuk uruskan projek tersebut, cari belia yang berminat untuk jalankan projek. Ramai belia yang berminat untuk jalankan projek pertanian, perikanan, penternakan, tapi tiada modal. InsyaAllah, mungkin rezeki anda ada di tempat lain, bukan dalam pertanian, cuma anda ada kekuatan untuk dapatkan sumber, jadi bantulah mereka yang memerlukan.

1 Pengusaha, 5 Projek

Assalamualaikum
Hari ini saya mengupah 2 orang pekerja untuk masukkan sekam+sabut dalam polibeg di Projek Fertigasi Bukit Temiang. Insyaallah dalam 1 hari semuanya siap 400 polibeg. Kemudian, saya akan mengupah mereka untuk menyusun bata. Insyaallah akan dibincangkan kemudian kerana dalam perjanjian, hanya masukkan sekam+sabut dalam polibeg.

Bagaimana seorang pengusaha boleh buat 5 projek? Sebenarnya, banyak kerja yang mampu dilakukan oleh seseorang. TETAPI, dengan bantuan orang lain.

Anda boleh melakukan banyak projek yang anda impikan. Caranya, buat sesuatu projek sehingga berjaya dan kemudian beralih ke projek yang lain. Projek yang telah berjaya itu diteruskan dengan bantuan pekerja. Pastikan anda buat sesuatu projek sehingga berjaya dan kemudian barulah beralih ke projek lain.

Walaupon anda mengupah pekerja, anda perlu memantau kerja yang dilakukan oleh pekerja tersebut. Contohnya dalam sehari, perlu ke tempat projek walaupon sekejap.

Adakah semua projek boleh dilakukan secara serentak? Secara logiknya, semua projek memang boleh dilakukan serentak. Tetapi, pastikan projek yang dilakukan berjaya kemudian barulah beralih ke projek yang lain.

Projek Jagung Manis NCER

Pada 30 Disember lalu, saya ke Bukit Kayu Hitam menghantar Set Mini Fertigasi Abi Agro kepada salah seorang pelanggan. Sampai di sana, saya ternampak signboard Projek Jagung Manis yang besar di tepi jalan.

Selepas saya pasang Set Mini Fertigasi Abi Agro untuk pelanggan, terus saya ke Projek Jangung Manis di Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam. Jauh juga jalan masuk ke projek tersebut dari jalan utama. Perlu melalui ladang getah dan naik turun bukit.

Rupa-rupanya projek jagung manis ni dibuat berhampiran sempadan Malaysia Thailand. Saya tinggalkan IC di pos kawalan tentera dan perlu melalui 2 pos kawalan lain untuk sampai ke projek jagung manis. Sampai di tapak projek jagung manis, saya berjumpa dengan pegawai yang menguruskan tempat tersebut kerana rupa-rupanya, projek ini belum dibuka kepada orang awam lagi. Tapi disebabkan saya dah pon sampai ke sini, jadi beliau sanggup melayan pertanyaan saya.


Sempadan Malaysia-Thailand

Projek Jagung Manis ni dibuat di atas tanah bukit seluas 800 hektar. Projek ini akan dijalankan oleh beberapa peserta dibawah seliaan Sime Darby. Tapi masa saya sampai, projek ini baru diperingkat permulaan dan dijalankan sendiri oleh Sime Darby.


Pintu masuk ke Projek Jagung Manis


Tanaman jagung, seluas mata memandang


Anak pokok jagung manis


Pokok jagung manis dalam pasu untuk pameran. Boleh ditiru ni :D

Dalam perjalanan pulang pula, saya ternampak tanaman getah yang di integrasikan dengan tanaman tembikai. Disebabkan anak pokok getah ni masih kecil, memang sesuai diintegrasikan dengan tanaman lain, untuk memberi pulangan yang cepat, sekurang-kurangnya, dapat menampung keperluan baja pokok getah tu nanti.

Cili terlalu masak

Assalamualaikum
Hari Isnin yang lalu, 100 pokok cili saya telah mengeluarkan 7 kilo cili
Alhamdulillah, ni disebabkan 4 hari baru saya pungut cili tu, maklumla hari raya, peraih tak datang.


4 kilo cili, baki 3 kilo telah dipungut oleh mak

Tapi bila 4 hari baru pungut, ada buah cili yang jadi kecut kat hujung dan pada pengamatan saya, cili yang terlalu masak ni ringan. Jadi rugi sikit la hasilnya.


Ni gambar buah cili yang terlalu ranum.


Dan ni pula gambar buah yang segar.


Kalau nak pungut buah untuk dijual, boleh pungut yang merah, merah-hijau ataupon yang berwarna coklat, sebab buah-buah cili tu akan merah jugak dalam sehari dua selepas pungut.

Musim hujan

Sekarang ni musim hujan
Peluang kepada penanam cili fertigasi yang menggunakan rumah lindungan hujan.
Sebab kalau hujan, sukar untuk sembur racun pada tanaman
Banyak pokok saya yang kena penyakit
Tapi pokok-pokok tersebut masih lagi mengeluarkan hasil yang banyak
Alhamdulillah
Hujan ni pulak, bukan sepanjang tahun. Insyaallah lepas musim hujan, boleh la saya ubati pokok-pokok cili saya.

Dalam setahun, hanya 4-5 bulan saja hujan lebat
Jadi, pendapat saya, masih lagi praktikel buat fertigasi secara terbuka tanpa rumah lindungan hujan walaupon saranan Jabatan Pertanian, buat rumah lindungan hujan.

Insyaallah, buat permulaan, kalau kurang mampu, buat dulu tanpa rumah lindungan hujan, tapi pelan-pelan kumpul duit hasil tanaman untuk buat rumah hujan.

Bila ada rumah hujan ni, hasil pon lebih sebab air hujan tak bercampur dengan baja dalam polibeg dan kita dapat sembur racun kat pokok walaupon hari hujan.

Ni hasil untuk hari ini. Hari akhir kutip, Khamis lepas, sekarang hari Isnin. Sebab saya kutip lewat, Pak Joe yang dok ambik Cili saya nak Cili tu hari ni. Jadi disebabkan saya nak cili tu segar lagi untuk dijual pada Pak Joe, saya tak kutip awal, biar saja cili tu di pokok.

Saya tengok jugak, ada lebih kurang 20 biji cili yang saya kutip Khamis lepas kat dalam bakul Pak Joe, masih elok lagi cili-cili tersebut.

Hasil daripada lebih kurang 78 pokok = 3kg untuk 3 hari. Alhamdulillah

Kisah fertigasi saya

Assalamualaikum. Ada yang masih bertanya saya bagaimana nak mulakan projek pertanian. Sekali lagi saya menulis tentang pengalaman.

Saya bermula dengan kecil-kecilan. Saya bermula dengan 8 polibeg tomato fertigasi (16 pokok tomato) disebabkan saya hanya mampu mengeluarkan modal untuk 16 pokok tomato sahaja. Dengan 16 pokok tomato tersebut, saya telah memohon bantuan kerajaan (Jabatan Belia dan Sukan). Dalam masa yang sama, saya juga mengumpul modal untuk membesarkan projek fertigasi. Dengan wang yang saya kumpul, saya berjaya menanam dalam 150 polibeg fertigasi. Sekarang saya sedang membesarkan projek fertigasi saya kepada 1000 polibeg. Pembesaran 1000 polibeg disebabkan tanah yang saya ada, hanya mampu menampung sebanyak 1000 polibeg sahaja (separuh saya dah tanam pisang).

Jadi, kalau boleh, cuba usahakan dengan apa yang ada dulu. Kalau modal yang dikeluarkan tu besar, maka besar jugalah risiko yang perlu ditanggung kerana saya bermula dari “kosong”.

Pada mulanya, saya juga inginkan sesuatu projek yang dapat memberikan pulangan yang lumayan. Pisang dan betik menjadi pilihan saya. Tapi, saya perlu realistik dengan kemampuan saya (tanah). Dengan setengah relong tanah, hanya mampu menampung sebanyak 200 pokok pisang atau 350 pokok betik. Tapi hampir setahun baru boleh dapat hasil dan saya seboleh-bolehnya ingin dapatkan hasil yang cepat dan banyak, kerana sara hidup saya adalah bergantung kepada projek pertanian yang saya jalankan.

Jadi, selepas dibuat kajian, saya membuat keputusan dengan mengusahakan cili fertigasi. Kerana dengan setengah relong tanah, saya boleh menanam hampir 1600 polibeg cili (keluasan tanah yang ada juga perlu dibahagikan kepada pondok tangki dan pam).

Tentang Gambar: Cili sedia untuk dijual, dengan kurang daripada 100 pokok cili yang saya kutip selang sehari, boleh dapat hasil 1.5kg2.0kg.

Kepada sesiapa yang nak cuba buat fertigasi, saya sarankan buat dulu dengan 10 polibeg dan bila sudah yakin ingin membuat sistem fertigasi lengkap, cuba buat 100 pokok cili, sebab dapat juga jual cili tersebut. Dapat juga kumpul duit hasil cili untuk buat projek yang lebih besar atau untuk membeli barang-barang keperluan fertigasi seperti baja dan racun.

Related Posts with Thumbnails