Mohd Ashraf dot Com : Blog Siswazah Tani Moden

Blog tentang pertanian moden terutama tanaman sayuran, cili, rock melon, tomato fertigasi dan tisu kultur. Juga mengandungi tips rancangan perniagaan serta teknologi pertanian, penternakan, perikanan dan industri asas tani.

Technorati
Subscribe to Mohd Ashraf dot Com : Blog Siswazah Tani Moden

Archive for the ‘Pertanian’ Category

Jul
05

Sabut oh Sabut!

Posted under Pertanian

Lebih sebulan saya menunggu medium tanaman untuk sampai pada saya
Sebelum ni saya menggunakan medium sekam bakar, tapi sekarang ni bukan musim menuai, jadi agak sukar untuk dapatkan sekam bakar.

Sebab tu saya terpaksa mencari sabut.
Untuk kurangkan kos, saya terpaksa cari sabut di lokasi terdekat yang mungkin.

Memang saya selalu ingatkan rakan-rakan untuk siapkan segala infrastruktur sebelum menyemai benih.
Alhamdulillah, pengalaman dulu mengajar saya untuk tidak tergopoh gapah menyemai benih.

Harapan saya agar projek terbaru saya ini tidak tertangguh untuk kali ke2.. ops… kali ke3 sebenarnya
Jika minggu depan saya tak dapat peroleh sabut, saya akan cari alternatif lain.

Dah jadi habit saya untuk selalu bersedia dengan plan yang banyak
Minggu depan projek saya mesti diteruskan, sebab esok dah start semester akhir.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Jun
21

Sekam dalam fertigasi

Posted under Pertanian

Assalamualaikum
Ini adalah pendapat saya dalam penggunaan sekam sebagai medium tanaman dalam teknik penanaman secara fertigasi.

Pastikan medium (sekam/sabut) tidak tercemar
Bukan yang terdedah pada cuaca walaupon dalam guni
Seeloknya lepas di proses terus digunakan.

Sekam bakar/ sekam stim/ sekap wap/arang sekam yang digunakan dalam sistem fertigasi bukanlah sekam yang dibakar hingga jadi debu.
Ia adalah sekam arang… sekam yang dibakar tapi masih lagi ada bentuk, bukan debu. Sekam jenis ni yang digunakan dalam fertigasi.

Sepengetahuan saya, di Jepun pon ada guna arang sekam, mungkin idea dari sana penggunaan arang sekam diterapkan di Malaysia. Indonesia juga gunakan arang sekam.

Untuk pokok yang bermasalah semasa guna arang sekam ni,sebenarnya ada banyak faktor. Antaranya:

1. Pemberian air dan baja yang kurang betul
2. Ada unsur lain selain sekam dalam polibeg
3. Serangga perosak yang terlalu banyak di sekitar kawasan projek.
4. Kawalan racun perosak kurang efficient.
5. Unsur dalam baja tak cukup.
6. Penggunaan sekam yang terlalu lama.

Tidak dilupakan, flushing juga kena buat. Alirkan air biasa dalam polibeg sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk buang unsur berlebihan dalam medium tak kira sabut atau sekam.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Jan
30

Pungut sayur hidroponik

Posted under Pertanian

Assalamualaikum

Sayuran hidroponik yang saya semai bulan lepas dah boleh dipungut. Seronok juga hidroponik ni. Tanam, Tinggal dan Tuai.

Tapi tak boleh terus tinggal, kena refill air dalam takung bila dah berkurangan.

Makan sayuran fresh dari ladang, tanpa racun serangga.

Tapi ada juga pelombong daun dok kat daun sawi dan kangkung. Tak pe la. Memang rezeki pelombong daun tu. Sikit ja daun yang kena serang. Pelombong daun tu sejenis serangga. Nanti saya ambil gambar kesan seranggan pelombong daun.

Owh! Lupa pula nak maklumkan, saya tanam sawi hidroponik dan kangkung hidroponik.

Lepas ni ada tambahan salad hidroponik pula.

Ni kangkung yang dah boleh pungut

Tu kangkung yang saya dah harvest. Banyak gak la. Boleh 2 kali masak. Untuk 2 orang makan. Kangkung paling bes, jangan potong habis, sebab nanti pokok baru akan tumbuh. Kangkung boleh ditanam guna keratang batang.

Ni plak sawi hidroponik. Mak saya kata lobak. Erm… konfius jugak saya. Yang saya paham, kalau lobak, yang Roger Rabbit dok makan atau dalam bahsa omputehnya carrot.

Sawi ni amik 2 - 3 pokok sekali masak. Jadi ada 3 kali masak sebab set hidroponik tu ada 8 lubang.

Mana nak beli hidroponik tu?

Klik link kat bawah:

http://abiagro.com.my/v1/diy-set-hidroponik

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Dec
13

Kursus Fertigasi di Putrajaya

Posted under Pertanian

Assalamualaikum,

Pada 24 Januari 2009, Abi Agro dengan kerjasama Agro Fast Forward akan menganjurkan kursus fertigasi selama 1 hari (short course) di Putrajaya.

Saya juga terlibat untuk memberi ceramah dalam kursus ini.

Jadi, sesiapa yang berminat, boleh layari laman web di bawah untuk kursus fertigasi tersebut:

http://affekursus.blogspot.com/

Tempat adalah terhad!

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Nov
28

Program Ladang Kontrak FAMA

Posted under Pertanian

Ada dikalangan pengusaha yang baru atau ingin ceburi bidang pertanian mengharapkan FAMA untuk pasarkan hasil mereka. Dengan cara ini, pengusaha tak perlu fikir tentang pasaran, hanya perlu tumpukan pada pengeluaran hasil.

Objektif diadakan ladang kontrak untuk menjamin pasaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan pengeluar. Mempertingkatkan buah-buahan dan sayur-sayuran melalui perancangan pengeluaran dan pemasaran bersistematik. Memastikan hasil yang berkualiti dan mapan serta menepati kehendak pasaran melalui Amalan Pertanian Baik (GAP). Mempertingkatkan pemindahan teknologi di dalam rantaian bekalan.

Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan atau Agensi di bawah program ladang kontrak.

  1. FAMA
    • Jaminan Pasaran
    • Insentif Bimbingan
    • Pengaturan Pasaran
    • Khidmat Sokongan Pemasaran
  2. LPP
    • Pembiayaan Insfrastruktur Asas
    • Penyaluran Input Awal
    • Pembiayaan Insfrastruktur Pengeluaran dan Pemasaran
    • Pengaturan Program Latihan
    • Penyediaan Kemudahan Komunikasi/ICT
  3. DOA
    • Khidmat Nasihat Pengembangan
    • Bantuan Insentif Pertanian
    • Latihan dan Kursus Teknikal serta Motivasi
    • Penyertaan Skim SLAM
  4. LPNM
    • Bantuan Input Pertanian
    • Bantuan Tambahan Input Tambahan
    • Kemudahan Insfrastruktur
  5. MARDI
    • R&D
    • Perkhidmatan Bimbingan
    • Program Latihan

Jenis Sayuran

  1. Bendi
  2. Cili
  3. Halia Tua
  4. Jagung Manis
  5. Kacang Buncis
  6. Kacang Panjang
  7. Keledek
  8. Kobis
  9. Labu Manis
  10. Petola
  11. Roselle
  12. Terung
  13. Timun
  14. Tomato
  15. Ubi Kayu
  16. Kentang

Jenis Buah-buahan

  1. Belimbing
  2. Betik
  3. Buah Mata Naga / Dragon Fruit
  4. Durian
  5. Jambu Batu
  6. Limau
  7. Mangga
  8. Manggis
  9. Nanas
  10. Nangka
  11. Pisang
  12. Rambutan
  13. Tembikai

Syarat Untuk Menyertai Ladang Kontarak

  • Individu Perseorangan atau Kelompok Petani atau Syarikat (Kelebihan pada Kelompok).
  • Ada tanah tapak projek. Jika tanah sewa, perlu surat perjanjian yang sah disisi undang-undang. Bukan hanya cakap mulut saja.
  • Terlibat secara langsung atau sepenuh masa dalam projek yang diusahakan. Kalau bekerja, perlu ada seorang rakan kongsi yang menjalankan projek sepenuh masa.
  • Ada pengalaman dalam pengeluaran komoditi buah yang diusulkan.
  • Modal yang cukup untuk menjalankan projek dari sebelum tanam sehingga menguruskan hasil.

Cara Memohon

Dapatkan borang di agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) - FAMA, Jabatan Pertanian, LPP/PPK, LPNM.

Boleh juga dapatkan borang pada link di bawah:

http://mohdashraf.com/download/borang-ladang-kontrak.pdf

Proses Permohonan

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Aug
18

Kursus Cendawan Tiram Kelabu di Kelantan

Posted under Pertanian kursus-cendawan-tiram-kelabu-di-kelantan

Assalamualaikum,
Jika anda ingin mengikuti kursus cendawan di Kelantan, anda boleh berhubung dengan En Faizal di talian 013 952 9040.

Sila lihat gambar di bawah untuk keterangan lanjut.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Aug
10

Pemangkasan Cili

Posted under Cili

Pokok cili perlu dipangkas untuk dapatkan hasil yang optimum.

Tujuan pemangkasan untuk beri pokok cili berbuah besar pada batang utama.

Tapi ada pengusaha cili yang menanam pokok dalam keadaan serong untuk memperbanyakkan pengeluaran dahan dan akan banyak mengeluarkan buah.

Jadi, cara dan kaedah bergantung pada pengusaha itu sendiri. Tapi saya lebih suka tanam tegak dan hanya jaga batang utamanya saja.

Cara untuk memangkas, buang semua tunas yang keluar di batang utama.

Jika daun pada bahagian atas banyak, baru saya buang daun di batang utama. Kira dogol la batang utama tu, tiada daun dan dahan.

Kalau daun sikit di bahagian atas, saya biarkan saja daun di batang utama hinggalah daun di bahagian atas tu banyak, Jika tidak, pokok akan kekurangan daun untuk buat proses fotosintesis.

Di bawah ni adalah gambarajah pemangkasan pokok cili

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Jul
30

Senario cili negara

Posted under Pertanian senario-cili-negara

Assalamualaikum
Pertamanya, tahniah buat sahabat saya, En Ghazali @ Bang Li yang berjaya memenangi tempat pertama kategori Cili pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Perlis 2008. Ini adalah cili beliau.

cili kulai

Terdapat maklum balas daripada post saya sebelum ni yang bertajuk Cili Fertigasi.

Sebenarnya, saya tidak bermaksud untuk melemahkan semangat mana-mana pihak. Tujuan saya menulis post tersebut untuk menggambarkan senario yang berlaku pada pada tanaman cili.

Semoga bakal penanam cili akan bersedia mengalami segala kemungkinan yang mungkin berlaku pada harga cili.

Kenapa ramai yang takut untuk jadi peniaga?

Antara sebabnya adalah belum tentu lagi untung rugi perniagaan tersebut. Itu yang selalu kita dengar.

Walaupon begitu, ada juga peniaga yang berjaya.

Begitu juga dengan pertanian “Pertanian adalah Perniagaan“. Tagline yang membuka minda ramai untuk menjadi seorang usahawan tani yang berjaya. InsyaAllah.

    Tapi setiap perniagaan ada turun naik, ada untung, ada rugi. Kena ingat dan bersedia. Walaupon untung, kita perlu bersedia untuk menguruskan keuntungan tersebut. Jika tidak, kita akan rugi. Jika rugi, kita lagi perlu bersedia, jika tidak lagi rugi.

Ada yang bankrupt selepas untung besar, ada yang bunuh diri kerana gagal dalam perniagaan.

Ini adalah pendapat peribadi saya bagaimana caranya untuk saya jadi seorang peniaga / usahawan yang berjaya.

Saya perlu tahu apa yang saya buat, dan saya perlu ambil tahu apa kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku, seterusnya saya dapat mengatur strategi bagaimana untuk mengatasi kemungkinan tersebut.

Berbalik pada tanaman cili, apa yang perlu anda buat jika harga borong cili jatuh pada harga RM0.80? Anda sudah tanam cili, cili pon dah ada depan mata, anda boleh jual pada pemborong dengan harga RM0.80, tapi untungkah? Kalau tak jual, lagi rugi, apa pon tak dapat.

Kalau anda ada masa, jual sendiri di pasar malam atau open table depan rumah. Kalau tiada masa, tanya rakan pejabat samada mereka nak beli cili. Anda sudah boleh jual harga lebih mahal daripada anda jual kepada pemborong.

Kenapa harga cili murah?
Kerana kemasukan cili dari luar negara. Cara untuk mengatasi kemasukan cili luar negara- TIADA, selagi kerajaan tidak menghadkan kemasukan cili dari luar negara.

Kenapa harga cili mahal?
Semasa musim hujan, kebanyakan pokok cili bermasalah, jadi pengeluaran buah yang elok berkurangan, maka harga akan meningkat. Jika negara pengeksport cili mengalami cuaca hujan, maka mereka juga akan kurang mengeksport cili mereka ke Malaysia, jadi negara kita akan mengalami kekurangan cili.

Yang ada hanyalah cara untuk kita mengatasi harga cili yang murah iaitu jual sendiri atau jadikan cili tersebut kepada produk lain (tambah nilai).

Negara kita memang kekurangan cili, jika tidak diimport dari negara luar, maka ada rakyat Malaysia yang tidak dapat makan cili, yang mana cili adalah salah satu bahan utama dalam masakan harian masyarakat Malaysia.

Jadi, kita perlukan lebih ramai pengusaha cili di Malaysia ini sehinggalah pengeluaran cili yang banyak dalam negara menyebabkan kita tidak perlu lagi mengimport cili dari luar negara.

Dengan teknik fertigasi pula, pengusaha dapat menjimatkan masa, tenaga kerja dan upah untuk pengairan dan pembajaan dan kos yang terlalu sedikit berbanding dengan tanaman secara konvensional pada pusingan / tanaman seterusnya.

Semoga contoh saya di atas dapat memberi idea kepada anda dalam menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku. Setiap satu masalah, pasti ada penyelesaian. Perlu sentiasa tenang, dan berfikiran positif yang anda pasti temui jalan penyelesaian.

Harga ladang cili kulai pada 29 Julai 2008 mengikut FAMA

Negeri/ Harga Tinggi Purata Rendah
JOHOR BHARU, JOHOR 7.50 7.00 6.50
KOTA SETAR, KEDAH 7.50 7.25 7.00
KOTA BHARU, KELANTAN 4.00 4.00 4.00
MELAKA TENGAH, MELAKA 4.80 3.90 3.00
SEREMBAN, NEGERI 9 5.00 5.00 5.00
KUANTAN, PAHANG 5.10 4.90 4.70
SEBERANG PERAI TENGAH 6.00 5.50 5.00
KINTA, PERAK 7.60 7.30 7.00
KANGAR, PERLIS 6.50 6.50 6.50
KLANG, SELANGOR 4.90 4.55 4.20
KUALA TERENGGANU 5.30 5.20 5.20
KUCHING, SARAWAK 3.00 2.00 1.00
MIRI, SARAWAK 6.00 6.00 6.00

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Jul
28

Cili Fertigasi

Posted under Pertanian cili-fertigasi

Assalamualaikum,
Ramai bertanya kepada saya tentang cili fertigasi.

Tahukah anda, bahawa tanaman cili adalah tanaman yang sukar untuk ditanam?
Sebab tu harga cili mahal.

Jika cili mudah di tanam, maka harga cili mesti murah dari dulu lagi.

Tanaman cili fertigasi bukan boleh dibuat sebagai main-main. Anda perlu sedar yang anda perlukan masa untuk belajar tanam cili ni. Modal yang diperlukan juga agak tinggi. Ada yang sanggup keluarkan wang simpanan, tapi tiada wang untuk modal pusingan. Kena buat perancangan yang teliti. Jangan hanya budget untuk modal setup sistem fertigasi sahaja.

Tiada yang mudah. Walaupon meracun 3 hari sekali, tetapi tetap ada yang kena serangan penyakit. Semua terserah kepadaNya. Kita dah berusaha sebaik mungkin untuk jaga pokok tersebut.

Saya tanak ada yang sanggup melabur beribu-ribu ringgit hanya kerana tertarik dengan hasil jualan yang akan diperolehi kelak.

Tidak semestinya anda dapat jual hasil dengan harga yang tinggi.

Harga cili pernah jatuh hingga RM0.80 / kg. Apa yang anda perlu buat jika harga serendah itu? Bagi saya, cili ni bagaikan pasaran saham yang turun naik harganya. InsyaAllah jika anda bersabar, akan tiba masanya pokok anda akan mengeluarkan hasil yang tinggi dan harga pada masa tu juga tinggi. Itu semua ketentuan pasaran dan tuhan saja yang dapat berikah hasil yang tinggi atau rezeki yang banyak kepada anda. Terserah kepadaNya.

Doa yang paling penting.

Saya tahu post saya kali ini akan sedikit menutup periuk nasik saya, tapi, saya lebih gembira jika ramai yang tangguhkan dulu untuk ceburi bidang pertanian kerana sedar tentang jenit perih untuk memulakan sesuatu projek.

Jika anda tidak mampu bahagikan masa di ladang, atau tiada pembantu yang dapat membantu anda, tangguhkan dulu projek cili fertigasi anda. Seeloknya, simpan dulu wang anda di dalam saham amanah.

Bila tiba masa yang sesuai, baru anda mulakan projek. Ada dikalangan rakan-rakan saya yang gagal dalam pusingan yang pertama saja kerana terpedaya dengan cerita penanam cili yang dah berjaya (mesti ada cerita dia tak berjaya, tetapi hanya diceritakan tentang kisah kejayaan saja).

Sedikit tips dari saya, jika anda kurang berjaya dalam tanaman cili terutamanya dan projek agro khasnya,

Bila kita dah buat sesuatu projek, dalam masa pengetahuan kita yang ada pada waktu itu, baja kita dah bagi cukup ikut pengetahuan pada waktu itu, racun cukup, kawasan bersih, setiap langkah penjagaan dah buat, sekarang ni semuanya bergantung kepadaNya.

Kalau dah rezeki kita, insyaAllah dapat la hasil yang tinggi.

Dalam masa yang sama, pencarian ilmu tu yang paling penting. Ilmu yang kita tau ni, umpama setitik air di lautan. Banyak lagi ilmu yang kita kena pelajari.

Bagi saya, tiada perkataan gagal, yang ada cuma belum berjaya. Kalau dah berputus asa, masa tu la dikatakan gagal.

Thomas Edison pon kena buat 100 ribu percubaan baru dia berjaya cipta lampu. Ada 99, 999 percubaan dia yang belum berjaya. Kalau dia berputus asa, mesti kita tadak lampu sekarang ni.

cili fertigasi Anak buah saya, Nuren Irdina, bersama hasil buah cili di tapak RnD cili fertigasi. Pembantu setia tanpa gaji :D Selalu tolong kacau pastu upahnya, saya bawa dia jalan-jalan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Jul
14

Pejabat Urusan Abi Agro dan Abi Agro Farm

Posted under Pertanian pejabat-urusan-abi-agro-dan-abi-agro-farm

Assalamualaikum
Alhamdulillah, sekarang ni saya sedang berurusan dengan tukang rumah untuk menyiapkan pejabat urusan Abi Agro.
Diharap budget yang saya peruntukan untuk buat pejabat ini cukup, memandangkan harga barang pembinaan yang meningkat.

Sekarang juga saya dalam proses untuk renovate ladang Abi Agro dengan bantuan Kementerian Belia dan Sukan.
Ladang fertigasi dan mempunyai struktur lindungan hujan dan jaring kalis serangga.

InsyaAllah lepas ni peserta kursus fertigasi dapat berkursus dengan lebih selesa.

Jadi, buat masa sekarang, saya tangguhkan dulu kursus fertigasi dan juga lawatan orang awam ke Abi Agro Farm.
Saya akan maklumkan jika semuanya siap, bila kursus fertigasi akan diadakan semula dan pembukaan Abi Agri Farm kepada orang ramai.

Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Doakan saya berjaya.

Terima kasih.