Archive for the ‘ Pinjaman ’ Category

Assalamaualaikum

Baru-baru ini, saya dimaklumkan pinjaman Belia Tani dan Belia Niaga RM5,000 sehingga RM15,000 tidak perlukan penjamin. 

Khas untuk 2 golongan:

  • Kategori 1 ( telah berniaga dan mempunyai sijil )

Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan.

  • Kategori 2 ( memulakan perniagaan dan mempunyai sijil )

Baru memulakan perniagaan dan telah mempunyai sijil yang berkaitan.

Jadi, ini langkah yang perlu anda lakukan;

  1. Pastikan anda tergolong dalam golongan belia, Jika melebihi had umur (18-40 tahun), cari partner yang masih belia dan minta beliau mohon.
  2. Daftar dengan Jabatan Belia dan ikuti Kursus Belia Tani / Belia Niaga.
  3. Mohon bantuan belia tani bernilai RM2,000 (bantuan ni tak perlu bayar balik)
  4. Kemudian isi borang untuk pohon Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB).

* Jika nak terus buat pinjaman tanpa penjamin RM5,000 hingga RM15,000 pon boleh, download dan isi borang di bawah:

Borang Pendaftaran Skim Tabung Ekonomi Belia 

Keterangan lanjut berkenaan Skim Tabung Ekonomi Belia yang baru, sila klik di bawah:

http://mohdashraf.com/v1/?p=148

Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) 2008

Adalah dimaklumkan ujian saringan Skim Tabung Ekonomi Belia ( STEB ) telah dimansuhkan. Pemohon tidak perlu mengisi borang pendaftaran STEB. Belia yang berminat untuk memohon pinjaman boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan daerah serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang terdekat untuk mendapatkan borang pinjaman.

Walaubagaimanapun permohonan adalah tetakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sistem permohonan yang baru ini akan berkuatkuasa pada 15 Mei 2008.

Pendahuluan   
1.1    Tabung Ekonomi Belia telah bermula pada 1987 – 1996 yang dilaksanakan sendiri oleh KBS telah memberi peluang kepada usahawan belia mendapat pinjaman untuk menjalankan perniagaan. Pada tahun 1997, KBS telah membuat kerjasama pinjaman dengan BSNC. Walaubagaimanapun pinjaman di bekukan semenjak tahun 2002.

Usaha telah dibuat untuk mencairkan semula tabung ini, maka pada tahun 2006, Pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah memberi persetujuan bahawa Skim Tabung Ekonomi Belia ini diteruskan dengan beberapa perubahan pelaksanaan kaedah pemberian pinjaman kepada para belia. (Ruj. Surat : (19 ) UPE.S 25/100/330 bertarikh 19 Januari 2006).

1.2    Pihak EPU menyarankan supaya :
•    Kementerian Belia dan Sukan menumpukan perhatian kepada usaha membimbing belia dalam bidang keusahawanan.
•    Urusan pemberian dan kelulusan pinjaman diuruskan oleh Institusi Kewangan yang dilantik oleh pihak kementerian.
1.3    Pada 27 April 2006, Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) telah dilancarkan oleh Y.B Dato' Azalina bt Dato' Othman Said, bekas Menteri Belia dan Sukan di Institut Latihan Keselamatan Sosial, ESSET Bangi, Selangor.
      Nama Skim
    
Skim Tabung Ekonomi Belia ( STEB ) dibahagikan kepada 2 :-
•    Skim Belia Niaga (SBN)
•    Skim Belia Tani (SBT)

      Tujuan Skim       
Skim ini bertujuan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada golongan belia yang menjalankan usaha niaga dalam pelbagai bidang. Kemudahan pembiayaan ini disediakan bagi memulakan dan menggembangkan perniagaan.

      Agensi Pelaksana       
Institusi Kewangan yang dilantik :
•    Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) – Skim Belia Niaga (SBN)
•    Agro Bank – Skim Belia Tani (SBT)

      Had Pinjaman     
Jumlah pinjaman yang dibenarkan bagi Skim Belia Niaga (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT) yang disediakan adalah dari RM 5,000.00 hingga RM 50,000.00

      Kategori Pemohon       
•    Kategori 1 ( telah berniaga dan mempunyai sijil )
Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan.

•    Kategori 2 ( memulakan perniagaan dan mempunyai sijil )
Baru memulakan perniagaan dan telah mempunyai sijil yang berkaitan.

      Kadar Bayaran Perkhidmatan:   Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan ialah 4% di atas baki pinjaman       

      Syarat Pinjaman     

Golongan belia yang layak untuk mendapat kemudahan pinjaman adalah seperti berikut :

•    Warganegara yang menetap di Malaysia berumur antara 18 – 40 tahun. (Minimum umur pemohon adalah 18 tahun dan sebelum mencapai umur 41)

•    Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan.

•    Permohonan pinjaman adalah secara individu dan menjalankan perniagaannya secara sepenuh masa.

•    Seorang sahaja antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.

•    Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang.
•    Lulusan IKTBN/IKBN diberi keutamaan bagi memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan.
     

     Syarat-Syarat Penjamin     

  • Pinjaman RM 5000.00 – RM 15,000.00 ; TIADA PENJAMIN

o    Peminjam menjadi penjamin kepada pinjaman tersebut. Peminjam akan dikenakan tindakan undang-undang jika ingkar untuk membayar balik pinjaman.
o    Peminjam tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.

•    Pinjaman RM 15,001.00 – RM 50,000.00 satu ( 1 ) orang penjamin ;
o    Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
o    Penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar ( termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 800.00 sebulan .
o    Penjamin adalah adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan atau swasta.
o    Penjamin yang bekerja disyarikat yang sama dengan pemohon tidak layak menjadi penjamin.
o    Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.

•    Syarat khas :
o    Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.
•    Had menjamin :
o    Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari satu ( 1 ) orang peminjam pada satu-satu masa.

      Permohonan Untuk Mendapat Pinjaman     
•    Permohonan untuk mendapatkan pinjaman mestilah menggunakan borang permohonan pinjaman khas institusi kewangan yang dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan.
•    Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan lima ( 5 ) salinan kertas kerja dan dimajukan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) untuk cop pengesahan.
•    Salinan asal pinjaman hendaklah dimajukan terus kepada institusi kewangan yang dilantik.
•    Manakala tiga ( 3 ) salinan permohonan diserahkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD). Satu ( 1 ) salinan adalah untuk simpanan pemohon.
•    Pegawai di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) hendaklah memajukan satu ( 1 ) salinan masing – masing kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Kementerian Belia dan Sukan (Cawangan Pembangunan Ekonomi), manakala satu ( 1 ) salinan untuk simpanan PBSD.
•    Borang permohonan yang lengkap dan kertas kerja mestilah dimajukan melalui institusi kewangan yang dilantik.
•    Hanya satu pinjaman SBN/SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.

      Soalan-Soalan Lazim     
i)    Soalan 1
     Bagaimana saya mahu memohon pinjaman di bawah Skim Tabung Ekonomi Belia?
     Jawapan 1
     Pendaftaran permohonan boleh dibuat secara on-line melalui porta MPEB, www.mpeb.gov.my atau boleh dimuat turun secara manual melalui portal. Borang juga boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Negeri dan daerah. Borang yang diisi secara manual hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri/Daerah.
     
ii)    Soalan 2
     Apakah proses yang perlu dilalui untuk memohon pinjaman?
     Jawapan 2
     Terdapat 2 peringkat saringan iaitu ujian saringan dan kursus. Pemohon yang telah lulus ujian saringan akan dipanggil untuk menghadiri Kursus Asas Perniagaan ( untuk yang memyulakan perniagaan ) dan Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan ( bagi yang mahu menggembangkan perniagaan ). Selepas melalui saringan –saringan tersebut barulah pemohon layak untuk mendapat borang pinjaman.
     
iii)    Soalan 3
     Berapakah had minimum/maksimim untuk memohon pinjaman?
     Jawapan 3
     Dari RM 5,000 – 50, 000.00
     
iv)    Soalan 4
     Bila/dimanakan ujian saringan akan dibuat?
     Jawapan 4
     Ujian saringan diuat diperingkat negeri bertempat di Jabatan belia dan sukan negeri dan pihak tuan akan dihubungi oleh pegawai pembangunan ekonomi Jabatan Belia dan Sukan negeri. Ujian akan dibuat pada setiap minggu
     
v)    Soalan 5
     Berapa lamakah proses kelulusan pinjaman?
     Jawapan 5
     Setiap pemohonan akan mengambil masa selama 2 bulan setengah untuk diproses.
     
vi)    Soalan 6     
     Apakah syarat-syarat penjamin ?
     Jawapan 6
     Setiap permohonan mesti mematuhi syarat seperti berikut :
1.    Mengemukakan dua (2) orang penjamin yang digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
2.    Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar (termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 1 ribu sebulan.
3.    Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
     
      Syarat khas
     Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.
     
     Had menjamin
     Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari dua ( 2 ) orang peminjam pada satu-satu masa.

     
vii)    Soalan 7     
     Saya telah menjalankan perniagaan dan mempunyai diplom/ijazah dalam bidang perniagaan, perlukah saya mengikuti kursus rancangan perniagaan ?
     Jawapan 7
     Bagi pemohon yang telah lulus ujian saringan, dan mempuyai ciri-ciri berikut dikecualikan daripada mengikuti kursus bimbingan rancangan perniagaan.
1.    Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan – Tidak perlu mengikuti kursus dan layak memohon pinjaman.
2.    Telah mengikuti Kursus Rancangan Perniagaan atau berkaitan yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan), di Batu Gajah Perak di bawah KBS atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang diiktiraf.   
3.    Lulusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) atau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan telah menjalankan perniagaan yang berkaitan.
4.    Mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dan telah menjalankan perniagaan dalam bidang berkaitan atau mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dalam bidang perniagaan dan telah menjalankan perniagaan.
5.    Telah mengikuti program inkubator anjuran mana-mana agensi kerajaan.     
     
viii)    Soalan 8     
     Saya berminat untuk memohon pinjaman bagi memulakan perniagaan, bagaimanakah saya boleh memohon pinjaman ?
     Jawapan 8
     Untuk makluman, permohonan pinjaman adalah kepada belia yang sudah menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Bagi yang baru merancang untuk memulakan perniagaan, pemohon akan dipanggil untuk mengikuti kursus Asas Perniagaan dan selepas itu digalakkan untuk memulakan perniagaan sendiri sebelum layak memohon pinjaman.

Download:

Borang Pendaftaran Skim Tabung Ekonomi Belia

Assalamualaikum,

Disebabkan kursus ini paling murah, jadi saya tulis juga post ini untuk kebaikan bersama walaupon sibuk.

Seperti yang selalu saya tulis, cukupkan ilmu sebelum mulakan sesuatu projek untuk mengurangkan masa belajar try and error serta dapatkan jaringan.

Dengan kenaikan harga hampir pada semua barang serta masa yang terhad, ini adalah peluang anda untuk berkursus ternak kambing paling murah. Lokasinya adalah di Melaka.

Tapi, kursus ni lain sikit. Anda baca dan khatam dulu ilmu, baru bertanya. Macam kat Universiti, student perlu cari ilmu dulu then akan senang faham dan tau apa yang perlu ditanya lecturer semasa kuliah perkara-perkara yang kurang faham.

Selepas membaca, anda akan melawat kandang sambil dapat bertanya apa yang kurang faham. Disebabkan lawatan ni hanya sehari, jadi konsep ini adalah yang terbaik bagi mereka yang sibuk dan mereka yang nak jimatkan wang, sebab anda boleh kumpul soalan dari awal. Membaca dulu baru ke kandang untuk bertanya apa yang kurang faham.

Jadi pemahaman anda akan jadi tahap maksima dalam ternakan kambing.

Contoh Kertas Kerja untuk memohon pinjaman ternakan kambing pon ada disediakan.

Terdapat juga Jaminan Pulangan Wang dalam masa 30 hari jika anda tidak berpuas hati dengan pakej yang disediakan.

Jadi, apa tunggu lagi, sila klik pada gambar di bawah untuk merebut peluang ini dan ingat, membaca dulu (anda akan diberi eBook) baru melawat kandang untuk bertanya apa yang kurang faham.

 

 

Kertas Kerja Rancangan Perniagaan MECD

 

Rancangan Perniagaan (RP)

1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan

Kegunaan (RP)

  • Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  • Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  • Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  • Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)

  • Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
  • Statistik
  • Data ekonomi
  • Data perdagangan
  • Penyelidikan pasaran

Kandungan (RP)

1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan

Penyediaan (RP)

1. Pengenalan

  • Nama Syarikat
  • Jenis Perniagaan yang diceburi
  • barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
  • lokasi premis
  • tarikh perniagaan dimulakan
  • latar belakang industri dan tren pasaran
  • Senario masa hadapan

2. Tujuan Penyediaan RP

Nyatakan sama ada:

  • memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
  • merancang pelaksanaan projek baru
  • untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
  • atau lain-lain tujuan

3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

  • Nama perniagaan
  • Alamat, No. Telefon
  • Bentuk perniagaan
  • Kegiatan utama
  • Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
  • No. Pendaftaran Perniagaan
  • Modal permulaan, modal dibenar
  • Nama dan alamat pemegang saham
  • Nama bank (jika ada)
  • No. Akaun Perniagaan(jika ada)

4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham

  • Nama, alamat, no. telefon
  • Kelulusan akademik
  • Pengalaman/kemahiran

5. Rancangan Organisasi/Pengurusan

  • Matlamat dan strategi syarikat
  • Struktur/carta syarikat
  • Senarai kakitangan pengurusan
  • Senarai perjawatan

·         tanggungjawab setiap jawatan

·         imbuhan/gaji bagi setiap jawatan

6. Rancangan Pemasaran

  • Analisis Pasaran

·         untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.

·         mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.

·         mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).

  • Barangan/Perkhidmatan – ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.

·         Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.

·         Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.

  • Ramalan Jualan

·         syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.

  • Strategi Pemasaran

·         Strategi pemasaran secara keseluruhan

·         bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan

·         kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya

  • Strategi barangan

·         faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan

  • Strategi harga

·         penentuan harga

·         tawaran harga dan sebagainya.

  • Strategi Pengedaran

·         cara pengedaran dibuat

·         kos-kos yang terlibat

·         rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut

  • Strategi promosi

·         teknik-teknik promosi yang akan dijalankan

·         Belanjawan pemasaran

7. Rancangan Pengeluaran/Operasi

  • Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
  • Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
  • Keupayaan pengeluaran
  • Rancangan pengeluaran

·         jumlah pengeluaran

·         keupayaan maksimum

·         penyimpanan stok

  • Senarai bahan mentah (jika ada)
  • Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
  • Pengendalian mesin/peralatan

8. Rancangan Kewangan

Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.

Bahagian ini merangkumi :

  • Kos pelaksanaan projek
  • Sumber pembiayaan

·         modal sendiri

·         pinjaman bank

·         sewa beli

·         lain-lain

  • Proforma aliran tunai – bulanan dan tahunan (3 – 5 tahun)
  • Proforma Penyata Pendapatan – tahunan (3 – 5 tahun)
  • Analisis Titik Pulang Modal

9. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

10. Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

Nota:
Sumber rujukan
– 'Asas Keusahawanan' oleh Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDC) /> – 'Outline for a Business Plan' – Arthur Young.

 

Pinjaman SME

Bagi mereka yang ingin membuat pinjaman SME, anda boleh memohon skim-skim yang ditawarkan oleh agensi-agensi di bawah.


Commercial Banks

  1. Affin Bank Berhad
  2. Alliance Bank Malaysia Berhad
  3. AmBank (M) Berhad
  4. Malayan Banking Berhad
  5. OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  6. Public Bank Berhad
  7. Citibank Berhad
  8. EON Bank Berhad
  9. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  10. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd
  11. HSBC Bank Malaysia Berhad
  12. RHB Bank Berhad
  13. Hong Leong Bank Berhad
  14. CIMB Bank Berhad


Islamic Banks

  1. Bank Islam Malaysia Berhad
  2. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
  3. EONCAP Islamic Bank Berhad
  4. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  5. CIMB Islamic Bank Berhad
  6. AmIslamic Bank Berhad
  7. Hong Leong Islamic Bank Berhad


Development Financial Institutions

  1. SME Bank
  2. Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)
  3. Export-Import Bank of Malaysia Berhad
  4. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
  5. Bank Pertanian Malaysia
  6. Bank Simpanan Nasional


All Financing Products offerred by Financial Institutions

Ramai yang meminta kepada saya untuk mendapatkan contoh rancangan perniagaan. Di sini, salah seorang rakan saya telah membuat eBook contoh rancangan perniagaan. Apa yang ada dapat dengan eBook tersebut?

*e-book dan panduan contoh rancangan perniagaan

*panduan dan format rancangan perniagaan @kertas kerja pinjaman

*contoh kertas kerja pinjaman :

  • Penternakan Lembu
  • Penternakan kambing
  • Penternakan Ikan Keli
  • Pertanian : Tanaman Sayuran
  • Printing @ sulaman
  • Bakery
  • computer hardware reseller (2)
  • internet cafe
  • pembelian mesin sulaman (embroidery) -RM118,000.00-word
  • Pembelian mesin perkilangan makanan ringgan- RM123,000.00 -word
  • Pertenakan kambing dan ikan keli
  • pertenakan Lembu
  • Francais Penanaman Pisang
  • Koperasi
  • Cendawan
  • salun – Word
  • Butik -PDF

#contoh terbaru kertas kerja yang baru diluluskan oleh bank Pembangunan (SME Bank) dalam bentuk word

#Worksheet Borang MARA bawah 50k/Cth borang yang telah siap diisi

#Contoh kertas kerja MARA bagi pinjaman atas RM100,000.00

#PERISIAN PERAKAUNAN DALAM BENTUK EXCELL BAGI USAHAWAN @ PANDUAN PERCUKAIAN INDIVIDU

#Worksheet @ lembaran kerja bagi bahagian projectioan dalam bentuk excell

#Panduan perniagaan bagi : kedai kek,car wash, lanskap dan tadika

HARGA RM49.90

Skim Tabung Ekonomi Belia

Pengenalan

Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) di bawah Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia adalah merupakan tabung amanah yang diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ia bertujuan untuk memberi pinjaman perniagaan kepada golongan belia. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berperanan menyediakan dana pinjaman dan melantik institusi kewangan sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memproses, mengeluarkan dan mengutip balik bayaran pinjaman.

Kelayakan dan Syarat Pinjaman

Golongan belia yang layak untuk mendapat kemudahan pinjaman adalah:-
i) Warganegara yang menetap di Malaysia berumur antara 18 – 40 tahun.( Minimum umur pemohon adalah 18 tahun dan sebelum mencapai umur 41 tahun semasa mendaftar secara on-line atau manual)

ii) Telah mendaftar sebagai pemohon (pendaftaran secara online melalui portal Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB) – www.mpeb.gov.my atau mengisi borang secara manual.

iii) Telah lulus saringan KBS

a. Ujian Minat Kerjaya dan Kecenderungan Keusahawanan
b. Kursus Asas Perniagaan (bagi pemohon yang baru memulakan perniagaan)
c. Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan

iv) Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan.

v) Permohonan pinjaman adalah secara individu dan menjalankan perniagaannya secara sepenuh masa.

vi) Seorang sahaja antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.

vii) Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang/perhutangan

viii) Mengemukakan dua (2) orang penjamin. Syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut :-

a. Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.

b. Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar (termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 1 ribu sebulan.

c. Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.

    Syarat khas

Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin

    Had menjamin :

Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari dua ( 2 ) orang peminjam pada satu-satu masa.

x. Borang permohonan yang lengkap dan kertas kerja mestilah dimajkukan melalui institusi kewangan yang dilantik.

xi. Hanya satu pinjaman SBN/SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.

Jenis dan Ciri-Ciri Skim

    1. Nama Skim: Skim Belia Niaga (SBN)

Institusi Kewangan Yang Dilantik: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
Skop Projek:
Perkhidmatan:
kedai gunting rambut, salun kecantikan dan spa, mencuci kenderaan, solekan/andaman, bengkel kenderaan motor/motosikal, fotografi/video, kimpalan, membaiki radio/tv/telefon bimbit/alat elektronik, pusat tuisyen, kedai runcit/pasar mini, kedai makan/restoran, pengiklanan dan percetakan, perkhidmatan profesional, klinik, farmasi, optik, pelancongan, kedai elektrik, kedai perabot dan kedai tayar dan kedai alat ganti.

Pembuatan:
kraf tangan, pakaian, anyaman dan produk warisan seperti labu sayung, tembaga dan batik

Perniagaan ICT:
kedai internet/pusat latihan dan one-stop-centre seperti fotokopi/alat tulis/ pembayaran bil

Kiosk/ Gerai/ Pasar malam/ Penjaja:
burger/yong tau fu/jagung/ais krim serta van/lori/motor bergerak, stokis dan francais. Tidak termasuk pembiayaan untuk membeli premis perniagaan, modal kerja untuk kontraktor dan perniagaan berkonsepkan jualan langsung

    2. Nama Skim: Skim Belia Tani (SBT)

Institusi Kewangan Yang Dilantik: Bank Pertanian Malaysia
Skop Projek:
Pengeluaran tanaman jangka pendek:
sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan herba

Ternakan haiwan:
lembu pedaging, lembu tenusu, kambing pedaging, kambing tenusu, bebiri dan ternakan puyuh

Perikanan:
ternakan ikan air tawar dan ternakan udang dalam kolam atau sangkar

Ternakan lebah madu, Industri asas tani :
kek, pastri, roti, biskut, makanan sejuk beku, makanan berproses seperti jeruk, sos, kicap, makanan tradisional seperti baulu, kerepek dll. dan makanan ringan/snek

Perkhidmatan tani:
bengkel jentera pertanian, kedai racun kawalan musuh dan perosak/baja/alat pertanian, perkhidmatan profesional, sewaan jentera pertanian, nurseri bunga-bungaan/buah-buahan/lanskap dll). Tidak termasuk pembiayaan untuk tanaman kekal seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan (durian, rambutan, cempedak dll.), kos untuk membeli tanah dan premis perniagaan, modal kerja untuk kontrak tani dan perniagaan berkonsepkan jualan langsung.

Ciri-Ciri Skim

i) Institusi Kewangan yang dilantik
Institusi Kewangan yang dilantik sebagai pengurus dana bagi skim pinjaman yang disediakan ini ialah :
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia untuk Skim Belia Niaga (SBN)
- Bank Pertanian Malaysia untuk Skim Belia Tani (SBT)

ii) Had Pinjaman
Had pinjaman bagi kedua-dua skim adalah dari RM5,000.00 sehingga RM50,000.00.

iii) Kadar Bayaran
Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan bagi kedua-dua skim adalah empat peratus (4%) setahun berdasarkan baki pinjaman.

iv) Yuran Proses
Dikena dan ditetapkan oleh kedua-dua institusi kewangan yang dilantik.

v) Kos Guaman Dan Insuran
Kos guaman bagi penyediaan surat cara pinjaman dan insuran akan ditanggung oleh peminjam

vi) Pengeluaran Pinjaman
Pengeluaran pinjaman menerusi institusi kewangan yang dilantik akan dibuat berdasarkan keperluan peminjam dan dibuat secara sekaligus atau berperingkat-peringkat.

vii) Kutipan Bayaran Balik Pinjaman
Kutipan bayaran balik pinjaman menerusi institusi kewangan yang dilantik. Tempoh bayaran balik pertama pinjaman mengikut ketetapan oleh institusi kewangan yang dilantik.

viii) Tempoh Pinjaman
Maksimun tempoh bayaran balik pinjaman dagi kedua-dua skim adalah sehingga tujuh(7) tahun.

Alamat Tempat Ujian Saringan Bakal Peminjam Skim Tabung Ekonomi Belia

    Perlis

Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, Gelanggang Budaya Tuanku Abdul Rahman, Jalan Hospital, 01000 Kangar, Perlis

Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
No. Tel : 04-9793505

    Kedah

i. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Jalan Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah
ii. Kompleks Rakan Muda Baling, Kedah, Batu 42 Mukim Pulai, 09100 Baling, Kedah

Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah
No. Tel : 04-7203500

    Pulau Pinang

i. IKBN Bukit Mertajam
Berapit, 14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
ii. Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban

Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
No. Tel : 04-2616118

    Perak

i. Kompleks Rakan Muda Kampar, Jalan Kampung Tersusun, Batu Putih, 31900 Kampar, Perak
ii. Kompleks Rakan Muda Taiping, Jalan Bukit Jana, 34600 Kamunting, Taiping, Perak
iii. Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), KM 21, Lebuh Raya Ipoh – Lumut, 31650 Siputeh, Perak

Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
No. Tel : 05-5489500

    Selangor

i. Dewan Serbaguna Kuala Selangor
ii.Kompleks Rakan Muda Puchong
iii. Pejabat Belia dan Sukan Kuala Langat

Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
No. Tel : 55192326

    Negeri Sembilan

i. Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, d/a Jalan Melang. 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
No. Tel : 06-7613163

    W.P Kuala Lumpur

i. Kompleks Belia & Sukan, Kg Pandan 4029 Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur

Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan W.P KL
No. Tel : 03-20940990

    Melaka

i. Kompleks Belia & Sukan Negeri Melaka, 75450 Ayer Keroh Melaka (Daerah Malaka Tengah)

Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka
No. Tel : 06-2825478

    Johor

i. Kompleks Belia & Sukan, Negeri Johor, Jalan Sentosa, 80350 Larkin, Johor

Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor
No. Tel : 07-2232614

    Pahang

i. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, Pahang

Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang
No. Tel : 09-5161996

    Terengganu

i. Kompleks Belia Pasir Panjang, Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu

Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
No. Tel : 09-6222344

    Kelantan

i. Kompleks Belia dan Sukan Panji, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
No. Tel : 09-7482719

    Sarawak

i. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sarawak, Jalan Ong Kee Hui, 93150 Kuching, Sarawak
ii. Pejabat Belia dan Sukan Sarikei, Tingkat 2, Wisma Persekutuan, Batu Satu, Jalan Repok, 96108 Sarikei
iii. Pejabat Belia dan Sukan Sibu, Tingkat 4, Wisma Persekutuan, Blok 3, Persiaran Brooke, Peti Surat 1607, 96008 Sibu
iv. Pejabat Belia dan Sukan Bintulu, Bangunan Bulan Sabit Merah, Jalan Sultan Iskandar, 87000 Bintulu, Sarawak
v. Pejabat Belia dan Sukan Kapit, Tingkat 2, Wisma Persekutuan, Peti Surat 152, 96807, Kapit
vi. Pejabat Belia dan Sukan Miri, Tingkat 3, Blok A Wisma Persekutuan, Jalan Cahaya Lopeng, Peti Surat 1911, 98008 Miri, Sarawak
vii. Pejabat Belia dan Sukan Limbang, Tingkat 3, Blok A, wisma Persekutuan II, Peti Surat 256, 98708 Limbang, Sarawak

Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah
No. Tel : 082-240631

    Sabah

i. Kompleks Belia & Sukan (P) Negeri Sabah, Jln Tmn Pasir Putih Putatan, Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-764488/761777/765777
Fax: 088-764488

ii. Pejabat Belia & Sukan Bahagian Sandakan, Tkt 7, Wisma Persekutuan, WDT 24, 90500 Sandakan, Sabah
Tel: 089-666119
Fax: 089-668753

iii. Pejabat Belia & Sukan Bahagian Tawau, Tkt 4, Wisma Persekutuan, 91000 Tawau, Sabah
Tel: 089-776680
Fax: 089-751759

iv. Pejabat Belia & Sukan Bahagian Kudat, Lot 7, Tkt 2, Blok E, Bangunan SEDCO, Peti Surat 373, 89058 Kudat, Sabah
Tel: 088-611449
Fax: 088-614011

v. Pejabat Belia & Sukan Bahagian Keningau, Lot 17, Bolk D8, Bangunan Yee Shing, Commercial Centre, Peti Surat 1873, 89009 Keningau, Sabah
Tel: 087-339718
Fax: 087-339842

vi. Pejabat Belia & Sukan Beaufort, Tkt 1, Wisma Persekutuan, Bahagian Beaufort, Peti Surat 329, 89808 Beaufort, Sabah

Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah
No. Tel : 088-765777

    W.P Labuan

i. Jabatan Belia & Sukan, Wilayah Persekutuan Labuan, Kompleks Sukan Labuan, Jln Mohd Salleh, Peti Surat 80906, 87019 W.P Labuan
Tell: 087-415344/417353
Fax: 087-415345

Pegawai Pembangunan Ekonomi,
Jabatan Belia dan Sukan W.P Labuan
Tel: 087-415344/417353

Soalan-Soalan Lazim

Soalan 1

Bagaimana saya mahu memohon pinjaman di bawah Skim Tabung Ekonomi Belia?

Jawapan 1

Pendaftaran permohonan boleh dibuat secara on-line melalui porta MPEB, www.mpeb.gov.my atau boleh dimuat turun secara manual melalui portal. Borang juga boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Negeri dan daerah. Borang yang diisi secara manual hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri/Daerah.

Soalan 2

Apakah proses yang perlu dilalui untuk memohon pinjaman?

Jawapan 2

Terdapat 2 peringkat saringan iaitu ujian saringan dan kursus. Pemohon yang telah lulus ujian saringan akan dipanggil untuk menghadiri Kursus Asas Perniagaan ( untuk yang memulakan perniagaan ) dan Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan ( bagi yang mahu menggembangkan perniagaan ). Selepas melalui saringan –saringan tersebut barulah pemohon layak untuk mendapat borang pinjaman.

Soalan 3

Berapakah had minimum/maksimim untuk memohon pinjaman?

Jawapan 3

Dari RM 5,000 – 50, 000.00

Soalan 4

Bila/dimanakan ujian saringan akan dibuat?

Jawapan 4

Ujian saringan diuat diperingkat negeri bertempat di Jabatan belia dan sukan negeri dan pihak tuan akan dihubungi oleh pegawai pembangunan ekonomi Jabatan Belia dan Sukan negeri. Ujian akan dibuat pada setiap minggu

Soalan 5

Berapa lamakah proses kelulusan pinjaman?

Jawapan 5

Setiap pemohonan akan mengambil masa selama 2 bulan setengah untuk diproses.

Soalan 6

Apakah syarat-syarat penjamin ?

Jawapan 6

Setiap permohonan mesti mematuhi syarat seperti berikut :
1. Mengemukakan dua (2) orang penjamin yang digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
2. Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar (termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 1 ribu sebulan.
3. Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.

Syarat khas
Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.

Had menjamin
Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari dua ( 2 ) orang peminjam pada satu-satu masa.

Soalan 7

Saya telah menjalankan perniagaan dan mempunyai diplom/ijazah dalam bidang perniagaan, perlukah saya mengikuti kursus rancangan perniagaan ?

Jawapan 7

Bagi pemohon yang telah lulus ujian saringan, dan menmpuyai ciri-ciri berikut dikecualikan daripada mengikuti kursus bimbingan rancangan perniagaan.

1. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan – Tidak perlu mengikuti kursus dan layak memohon pinjaman.
2. Telah mengikuti Kursus Rancangan Perniagaan atau berkaitan yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan), di Batu Gajah Perak di bawah KBS atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang diiktiraf.
3. Lulusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) atau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan telah menjalankan perniagaan yang berkaitan.
4. Mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dan telah menjalankan perniagaan dalam bidang berkaitan atau mempunyai kelulusan peringkat diploma/ijazah dalam bidang perniagaan dan telah menjalankan perniagaan.
5. Telah mengikuti program inkubator anjuran mana-mana agensi kerajaan.

Soalan 8

Saya berminat untuk memohon pinjaman bagi memulakan perniagaan, bagaimanakah saya boleh memohon pinjaman ?

Jawapan 8

Untuk makluman, permohonan pinjaman adalah kepada belia yang sudah menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Bagi yang baru merancang untuk memulakan perniagaan, pemohon akan dipanggil untuk mengikuti kursus Asas Perniagaan dan selepas itu digalakkan untuk memulakan perniagaan sendiri sebelum layak memohon pinjaman.

Muat Turun Borang Skim Tabung Ekonomi Belia

Daftar online Skim Tabung Ekonomi Belia

Pengenalan

Projek Peniaga Muda adalah salah satu Program Belia Niaga khusus untuk belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan. Belia yang berhasrat untuk memulakan perniagaan akan diberi bantuan insentif tidak melebihi RM 2,000 seorang.

Kelayakan dan Syarat-Syarat

i) Warganegara Malaysia
ii) Berumur antara 18 hingga 40 tahun
iii) Keutamaan kepada ahli persatuan belia
iv) Untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan
v) Mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan yang diceburi

Proses Permohonan

i) Mengisi borang KBS/PPM 001-2006 Pindaan 1/2007
ii) PBSD membuat melawat/ulasan
iii) Borang yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri
iv) Pegawai ekonomi membuat ulasan
v) Mesyuarat Jawatankuasa Projek Peniaga Muda
vi) Jawatankuasa Projek Peniaga Muda adalah terdiri daripada :-
- Pengarah Negeri / wakil
- Pengarah (PE) / Wakil
- Penolong Pengarah Negeri Bahagian Belia
- Setiausaha (Pegawai Ekonomi Negeri)
- Ketua Kerani / Wakil

Soalan-Soalan Lazim

    Soalan 1

Apa itu Projek Peniaga Muda

    Jawapan 1

Projek Peniaga Muda (PPM) ialah satu skim bantuan modal kepada usahawan-usahawan muda yang telah dan ingin memajukan diri dalam perniagaan.

    Soalan 2

Siapa yang layak menerima bantuan di bawah skim ini?

    Jawapan 2

Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun. Telah dan akan memulakan perniagaan.

    Soalan 3

Berapa had bantuan?

    Jawapan 3

Bantuan sebanyak RM2,000.00

    Soalan 4

Bentuk bantuan yang macam mana?

    Jawapan 4

Dalam bentuk barangan keperluan berdasarkan permohonan yang dikemukakan melalui borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 2007 yang boleh dicetak melalui portal ini.

    Soalan 5

Bagaimana nak dapatkan bantuan?

    Jawapan 5

Isi borang permohonan dan kemukakan bersama sebutharga bagi pembelian barangan kepada Pejabat Belia dan Sukan daerah yang berhampiran dimana projek beroperasi.

    Soalan 6

Bentuk perniagaan yang bagaimana yang diberikan bantuan?

    Jawapan 6

Semua jenis perniagaan yang dibenarkan oleh undang-undang negara dan tidak menyalahi Syariat dan hukum Islam.

    Soalan 7

Skim ini untuk bumiputra sahajakah?

    Jawapan 7

Tidak. Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun.

Muat Turun Borang Projek Peniaga Muda

Semua nak bantuan?

Assalamualaikum
Minggu lepas, saya dapat bantuan Jab Belia RM2000. Alhamdulillah :D
Tapi projek 1000 polibeg fertigasi tak boleh jalan lagi. Tapak belum boleh rata sebab hujan. Kena tunggu kot-kot tak hujan 3 hari baru boleh ratakan tanah sebab tanah tak lembut sangat, tak keras sangat. Kalau saya tergesa buat, nanti tapak kurang elok, boleh bagi masalah pada masa depan. Bagus saya bersabar dulu untuk kesenangan masa depan.

Bercakap tentang bantuan, seeloknya jangan berharap 100% pada bantuan kerajaan. Anggap saja bantuan yang dapat sebagai bonus. Sebab, bukan senang nak dapat bantuan… birokrasi la, masa yang lama untuk dapat bantuan la, semua ni boleh lemahkan semangat untuk buat projek. Seeloknya, usahakan sendiri dulu. Buat dengan apa yang kita ada. Kalau ada RM500, still boleh buat projek. Buat dulu dengan RM500, kemudian ambil gambar dan jumpa dengan agensi-gensi yang terlibat. Ada banyak agensi yang boleh beri bantuan. Tapi jangan harapkan satu agensi saja. Sebab setiap pegawai ada pe’el dia sendiri. Kalau tak dapat kat agensi yang pertama, pergi ke agensi yang kedua.

Jangan pula minta bantuan atau pinjaman daripada 1 agensi saja. Contohnya apply lah 20% daripada modal dengan agensi A, 20% lagi apply kat agensi B, 50% apply kat agensi C. Sebab buat macam tu, bila ada masalah birokrasi kat agensi A, kita masih boleh mengharapkan bantuan daripada agensi C dengan D, iaitu 70% daripada modal. Rasanya masih boleh menjalankan projek dengan 70% daripada modal asalkan? Bila dah buat projek walaupon kecik, mudah untuk dapat bantuan. Masalah birokrasi yang menyulitkan keadaan.

Kalau hanya mengharapkan 1 agensi 100%, andai kata langsung tak dapat daripada agensi tersebut, mesti kecewa yang amat sangat. Nasihat saya, jangan pula apply 100% modal daripada agensi A, 100% modal daripada agensi B dengan harapan kalau tak dapat daripada agensi A, anda boleh dapat daripada agensi B. Tapi… kalau anda dapat bantuan atau pinjaman daripada kedua-dua agensi, macam mana anda nak bayar balik pinjaman. Kalau anda tolak mana-mana 1 bantuan atau pinjaman, takut nanti nama anda akan di black list daripada agensi terbabit. Bagus anda apply 20% atau sebagainya macam ulasan saya kat atas.

Cara saya ni, untuk mereka yang baru nak start buat projek perniagaan atau pertanian. Kalau yang dah mula dan berjaya, anda tak perlu risau, sebab agensi yang bertanggungjawab akan cari anda.

Ada 1 ungkapan yang pernah saya baca, tapi tak ingat kat mana. Ungkapan tu lebih kurang macam ni…

Peniaga yang baik, menggunakan wangnya sendiri untuk menjalankan perniagaan dan mendapat untung daripadanya, TETAPI, peniaga yang bijak, menggunakan wang orang lain untuk menjalankan perniagaan dan mendapat untung daripadanya.

Satu daripada pokok cili saya, ditongkat daripada kecil, sekarang pokok ini lebih tinggi daripada pokok lain, tapi batangnya kurus dan daunnya mudah layu ke bawah sebab lembut. Tak macam pokok lain yang tidak ditongkat, tegap berdiri, batang besar dan daun tak lembut. Tiada masalah walaupon angin kencang bertiup.

Cadangan projek lembu fidlot

Untuk sapa-sapa yang nak bela lembu fidlot dan buat buat kandang fidlot… pakai kayu hutan saja..atau kayu 2nd hand. kandang paling murah, dengan paling kecik ikut modal. pastu beli anak lembu 2-3 ekoq.

contoh kandang paling murah dan minimum, kandang ni boleh masuk 5-8 ekoq lembu ibu,bapak ngn anak

bila dah ada lembu, pi mara, cakap nak besaqkan projek, nanti depa boleh bagi RM50K tanpa penjamin ngn tanpa cagaran.

guna RM50K untuk buat kandang lembu yang proper. saiz 20×30 kaki.
habiskan semua duit, tapi buat budget la… RM50k tu termasuk kandang,lembu, makanan, ubatan

tak silap lembu boleh dapat fri dengan jab haiwan. 1-1

dah siap habiskan RM50k, pi lagi apply kat agensi lain pulak.

sedikit penerangan tentang cara nak apply loan
klik ==> Cara nak mempercepatkan kelulusan pinjaman pertanian

saya pi padang besaq, tgk kandang lembu fidlot jab haiwan.
saiz kandang 20×30.. boleh isi 20-30 ekoq lembu. lembu fidlot ni keluaq masuk sebenarnya. market kena power, sebab kalau boleh dalam 3 bulan bela, lembu dah keluaq kandang (jual)

kalau permintaan banyak, beli ja lembu dari jab haiwan, simpan kat kandang fidlot.

_____________________________
Klik untuk post berkaitan pinjaman

Related Posts with Thumbnails