Archive for the ‘ Promotion ’ Category

Projek fertigasi untuk dijual

 

*UPDATE: Sudah Dijual

Selamat sejahtera semua pembaca blog.
Apa khabar harini?

Dalam post kali ni, saya iklankan projek fertigasi rakan saya.
Bukan hanya projek fertigasi, terdapat juga tapak projek tanaman secara konvensional.
Sesuai untuk mereka yang minat tapi tidak mempunyai tapak dan juga bagi mereka yang ingin meluaskan projek sedia ada. Lokasinya adalah di Melaka.

Rakan saya telah mengusahakan projek ini selama 2 tahun. Memandangkan terdapat kekangan masa kerana beliau berada di Kuala Lumpur, beliau telah mengambil keputusan untuk mengalihkan projek ini kepada orang lain.

Berikut adalah maklumat tentang projek fertigasi yang ingin dijual:

(Bukan jual tanah, tapi jual alatan yang siap dipasang dan tempat projek, tuan puan perlu menyewa tanah tersebut dengan tuan tanah).

Berikut adalah maklumat projek tersebut:

  • Tepi Jalan Utama
  • Tanah seluas 3 1/2 ekar
  • Untuk Fertigasi ada baki polibeg hitam dlm 3k bagi sistem fertigasi (Kena pipingkan balik, polytank 600gelen 2 biji, 400 gelen 2 biji, waterpump 2 hp 1 unit, tong baja 4 unit dah ada).
  • Untuk Tanaman Konvensional ada 10 batas sepanjang 100m setiap satu (Buat masa sekarang ada tanaman bendi)
  • Rumah Pekerja (Boleh Buat Ofis Juga )
  • 90% Kawasan telah berpagar.
  • Kemudahan Elektrik Dan Air Bersih.
  • Sewa yang berpatutan.

Beliau boleh tolong carikan pekerja jika memerlukan.

Gambar tapak dan projek yang telah diusahakan:

Kebun beserta rumah pam dan alatan.

Kebun cili fertigasi.

Kebun fertigasi dan konvensional.

Tanaman timun secara konvensional.

Pukat timun.

Update DIY Set Fertigasi

Assalamualaikum

Hari ini saya berkesempatan untuk update produk dan harga DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro di website Abi Agro.

DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro  berharga RM170 untuk Semenanjung Malaysia dan RM190 untuk Sabah dan Sarawak. Harga tersebut termasuklah penghantaran. Bagi pelanggan dari Singapura, Indonesia dan Brunei, anda perlu hubungi pihak Abi Agro untuk mendapatkan harga penghantaran.

Pakej DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro  mengandungi:

- 10 helai Polibeg Putih 16″ x 16″
– 10 unit mini tubing
– 10 unit dripper
– Tiub Poli 16mm
– 1 unit Pam
– 1 unit Pengukur Masa Digital (Digital Timer)
– 1 unit racun serangga
– 1 set Baja Fertigasi A dan B dalam bentuk pepejal untuk dijadikan baja stok 10 Liter
– Media semaian
– Biji benih cili
– Silvershine
– Peralatan Asas
– Manual Pemasangan Sistem Fertigasi & Penjagaan

** Anda hanya perlu menyediakan media semaian yang ada dijual di nursery dan bekas untuk bancuhan air baja.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di link di bawah:

DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro 

——————————————————————————

 Produk ke dua yang ditawarkan oleh pihak Abi Agro adalah DIY Sistem Fertigasi 100 unit yang berharga RM697.50 . Harga tidak termasuk penghantaran. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link di bawah:

 DIY Sistem Fertigasi 100 unit

——————————————————————————

Produk ke tiga pula adalah DIY Sistem Fertigasi 1000 unit yang berharga RM2545.00 . Harga yang dinyatakan tidak termasuk penghantaran.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di bawah:

 DIY Sistem Fertigasi 1000 unit

 ——————————————————————————

Diharapkan, dengan pengubahsuaian harga yang saya buat, akan dapat memperbanyakkan lagi pengusaha fertigasi di Malaysia. InsyaAllah, saya akan update harga dari semasa ke semasa dan akan bagi harga paling murah yang mampu saya berikan kepada anda.

Sampai berjumpa lagi… 

Pokok pisang dan fertigasi

Kelmarin saya baru sampai dari Sabah. Letih betul. Kenduri di sana start jam 4 petang, tak macam di semenanjung, pukul 6 dah habis kenduri. hehe. Tapi seronok sebab terlibat sama dalam kenduri tu. Tahun lepas boleh la saya jadi raja sehari, tapi kali ni, saya la pulak kena tolong masa kenduri kakak ipar di Keningau haritu.

Pagi semalam saya bersihkan pokok buah naga. Dah membesar rupanya pokok tu. Saya tanam saja suka-suka. Ada 3 tiang semuanya. Buah naga isi merah. Ntah la nama spesis dia apa. Saya tanam je asalkan ada. Hehe

Pukul 10 am, saya ke kebun pisang, sebab masa di Sabah, saya ada kol mak, bertanyakan tentang pokok pisang, banyak yang daunnya kuning kata mak. Tapi hasil pemerhatian, rupanya kekurangan air. Kesian betul pokok-pokok tu. Hanya mengharapkan air hujan untuk dapatkan air. Sempat juga saya letak baja kat pokok pisang. Semoga pokok pisang ni akan cepat membesar.

Pukul 6 petang pula, saya semai benih tomato, untuk fertigasi. Sebenarnya sebelum pulang ke Sabah, saya dah boleh semai benih, cuma malas nak suruh mak jaga dan bagi air kat pokok tu. Insyaallah, bulan 7 ni, terpaksa la minta tolong mak untuk tengok-tengokkan baja dan air fertigasi, sebab kena pulang lagi sekali ke Sabah. Adik ipar pula kawen. Besnya dapat banyak kali pulang. Kali nie, akan ke Sandakan. Wife saya cakap, buah salak di Sandakan semuanya manis. Erm… tak sabar rasanya nak merasa.

Pembeli Online 6 Juta

Populasi penduduk Malaysia, 26.6 juta…

Jumlah pembeli online di Malaysia, 6 juta (tahun 2006) 4.7 juta (tahun 2005)

Maka, 22.6% daripada populasi rakyat Malaysia telah membeli barangan secara online. Satu angka yang boleh dikatakan tinggi. Tahniah kepada rakyat Malaysia. Nilai yang dibelanjakan oleh rakyat Malaysia adalah sebanyak RM9.8bil pada tahun lepas meningkat sebanyak 43% daripada RM6.6bil pada tahun 2005.

Statistik yang telah diperolehi oleh IDC dalam kajian mereka yang bertajuk Malaysia Internet and e-commerce 2006–2010 Forecast: Tracking the Development.

(IDC:Sebuah badan yang membuat kajiandi seluruh dunia tentang market intelligence, advisory services, and events for the information technology, telecommunications, and consumer technology markets http://www.idc.com)

Daripada statistik tersebut, boleh dikatakan rakyat Malaysia telah menukar cara pembelian mereka daripada cara konvensional kepada Internet. Disebabkan harga yang murah yang ditawarkan oleh penjual (penjual tidak perlu lesen perniagaan, kedai, upah pekerja) barangan yang ditawarkan menjadi lebih murah.

Kelesaan pembeli juga menjadi faktor untuk pembeli membeli melalui internet. Pembeli tidak perlu bersusah payah membayar parking kereta, tol, minyak dan sebagainya.

Selain daripada itu, sistem internet banking yang ditawarkan di Malaysia serta kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada sistem internet banking juga menjadi faktor kepada kenaikan peratusan pembeli. Tidak juga disangkal, sistem pos yang begitu cepat serta mempunyai sistem tracking memberi sepenuh kepercayaan daripada pembeli terhadap pembelian yang mereka lakukan.

Apa rasionalnya semua angka-angka yang saya sebutkan? Kepada semua internet marketer, tingkatkan promosi, war-warkan kepada pengguna online tentang barangan anda, tingkatkan kepercayaan pengguna terhadap sistem pembelian yang anda tawarkan. Sertakan maklumat yang lengkap kepada pembeli, nombor telefon dan alamat yang boleh dihubungi.

Kepada pembeli, anda perlu lebih berhati-hati, mungkin selepas ini, akan ada orang yang akan mengambil kesempatan dengan keghairahan pembeli membeli secara online.

Related Posts with Thumbnails