Archive for the ‘ Uncategorized ’ Category

Penggiliran Tanaman


Petang Ahad kelmarin, saya telah ke kebun JV.
Lama tak ke sana sebab kena siapkan kerja luar.

Rupanya, banyak lagi yang kena bersihkan.
Harap-harap minggu depan dah boleh mula masuk media dalam polibeg.

Tanaman yang diusahakan kat kebun JV ni adalah cili. Kalau tak salah saya, dah 3 musim. Maknanya hampir 3 tahun kebun tu dipenuhi cili ja.

Di kebun tu, ada plot depan. Plot depan ni dah ditanam pokok cili sebelum saya JV. Umur pokok tu hampir sebulan dalam polibeg. Tapi saya tengok, banyak yang kena serang. Rasanya hampir 50% atau lebih pokok dah kena serangan afid, thip… dengan lalat putih dah mula datang.

Saya berpendapat, plot depan tu kena serang sebab bila pokok lama dibuang, serangga pokok lama datang ke pokok baru. Iye la… Dah sumber makanan dengan tempat tinggal dibuang, ada pulak daun muda, terus serangga serang pokok baru. 50% tu… Adeh! Risau tul saya sebab duit saya pon ada dalam tu jugak.

Saya telah bagi cadangan pada partner saya, buat penggiliran tanaman. Dengan cara ni, hasil akan diperolehi walaupon sedikit daripada buat tanaman cili yang dah nampak akan membuatkan kami keluarkan tenaga kerja dan modal yang lebih.

Sebenarnya, memang penggiliran tanaman perlu dibuat. Dalam sistem tanaman atas tanah, penggiliran tanaman dibuat untuk pulihkan tanah, kembalikan unsur-unsur dalam tanah dan kurangkan serangga perosak sesuatu tanaman. Selain tu, penggiliran tanaman dibuat berdasarkan cuaca, kerana ada tanaman yang tak tahan dengan hujan atau panas. Tapi, dalam sistem fertigasi yang tak guna tanah, tujuan buat penggiliran tanaman adalah untuk kurangkan serangga perosak sesuatu jenis tanaman. Dalam kes saya, untuk kurangkan perosak tanaman cili, sebab sumber makanan serangga tu dah tiada.

Untuk buat penggiliran tanaman, jangan gunakan keluarga tanaman yang sama. Sebab dalam keluarga yang sama, pengambilan unsur-unsur dalam tanah adalah sama, serta serangga perosak pon lebih kurang sama.

Cili adalah tergolong dalam keluarga “solanaceae”. Dalam keluarga “solanaceae”, antaranya terdapat cili, tomato dan terung. Jadi untuk buat penggiliran tanaman, saya tak akan tanam terung atau tomato. Saya akan tanam tanaman daripada keluarga lain contohnya timun, bendi dan kacang panjang.

Selepas buat sedikit chat pendek di FB dengan partner kebun JV, mungkin kami akan usahakan tanaman timun. Hasil perbincangan akan disambung esok di kebun.

Sorotan peristiwa 2010

Saat saya menulis tika ini, ada beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun baru, 2011.

Banyak perkara-perkara yang berlaku dalam diri saya dan juga syarikat ABI AGRO. Alhamdulillah. Perancangan yang dirangka ada yang berjaya dilaksanakan, dan pada hemat saya, tahun ni adalah tahun yang begitu memberangsangkan dari tahun yang lepas.

Diharapkan tahun hadapan lebih baik. InsyaAllah.

Tahun ini saya mulakan tanaman rock melon. Tapi kurang menjadi sebab kekurangan air masa pembesaran buah. Ianya disebabkan masa buah nak membesar, saya ke Sarawak selama seminggu, tiada penjaga kebun, hanya timer dan pum yang bekerja mengalirkan air kosong ke pokok. Jadi buah kecil molek yang manis. Buah pula di node yang atas, tak sempat bantu pendebungaan.

Dan kenangan paling manis, dikunjungi Dr Mahmud Shahid daripada MARDI Serdang di kebun.

Kemudian, perancangan dibuat untuk mengambil pekerja dikebun. Untuk mencapai matlamat tersebut, saya telah membina sebuah rumah pekerja. Iya la, kalau ada pekerja, tadak tempat tinggal, masalah jugak kan? :D

Guna kayu 2nd hand,bata sedia ada. 1 ruang untuk tidur dan dapur. Ada bilik air. Kos rumah ni RM4K termasuk upah.

Bermula dengan pencarian pekerja warga Thailand hasil bantuan rakan, saya dapat mengupah sepasang suami isteri untuk bekerja di kebun. Banyak juga hal yang berlaku semasa mengambil mereka bekerja yang tak dapat diceritakan disini. Yang pasti, legal :D .

Dalam masa yang sama, saya juga menjadi kontraktor membekal alatan serta benih pertanian ke Universiti Malaysia Perlis serta Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Antaranya…

Saya juga telah memerterai perjanjian sewa tanah, sebanyak 5 relong di Perlis untuk mengusahakan tanaman jagung manis. Ladang ini akan diuruskan bersama seorang rakan, dibantu oleh pekerja Thai saya.

TETAPI…. jeng! jeng! jeng!

Pekerja Thailand yang saya ambil telah minta untuk pulang melawat ibu yang sakit. Janjinya 10 hari, datang balik bekerja, tapi selepas 1 bulan, baru ada perkhabaran minta duit untuk masuk Malaysia, kembali bekerja. Disebabkan selepas 1 bulan baru mereka hubungi saya, saya berhentikan mereka.

Ketiadaan mereka menyebabkan kebun saya kurang terurus disebabkan saya sibuk dengan kerja kontraktor. Selain membekal, saya juga membuat pemasangan sistem pengairan, fertigasi serta konvensional. Tak dilupakan memasang rumah lindungan hujan. Antaranya…

Nasib baik ladang jagung belum diusahakan.  Alhamdulillah.

Dan… kenangan yang tak best tapi tak ingin dilupakan, kebun saya dilanda banjir, hampir ke paras lutut. Memusnahkan semua tanaman yang diusahakan. Satu ujian pada saya, memandangkan segala wang dan tenaga disalurkan pada kebun tersebut. Rupanya tuhan berikan pekerja bermasalah kepada saya untuk saya dapat pengalaman mengambil dan menguruskan pekerja asing dan, jika mereka terus bekerja, saya akan bermasalah untuk menempatkan mereka disebabkan banjir.


Peace Ihtisham!

Selepas banjir, dalam tahun ini juga, tanah kebun fertigasi telah berjaya dipenuhkan dengan rumah lindungan hujan. Terima kasih atas bantuan Jabatan Pertanian Perlis.

Baru-baru ini, saya telah diajak JV oleh seorang pengusaha cili fertigasi. Beliau mempunyai 3 orang pekerja. Dan, yang paling bagus JV ini, saya boleh menggunakan pekerja kebun fertigasi cili “kami” ;D di kebun fertigasi saya.

Alhamdulillah… alhamdulillah… alhamdulillah… bersyukur sangat-sangat.

Jadi, untuk tahun hadapan (esok le tu… ), perancangan saya adalah mengusahakan kebun fertigasi saya sebanyak 17 buah rumah lindungan hujan, memantau projek JV kebun fertigasi cili yang sedang beroperasi, memulakan projek jagung, dan bermula Isnin ini, syarikat saya telah menerima seorang bakal pesara UUM untuk menjalani latihan selama 3 bulan di Abi Agro.

Dalam kesempatan ini, saya ingin memohon maaf jika ada salah silap(mesti ada punya) kepada semua orang. Terutama yang selalu membaca blog ini tapi dah lama tak dapat baca tulisan terbaru, pengomen-pengomen sekalian, pelanggan Abi Agro, hampir 3 bulan saya tutup kedai online disebabkan sibuk kerja luar. InsyaAllah saya akan membuka semula kedai online Abi Agro pada Isnin ini.

Selamat Tahun Baru kepada semua, semoga tahun 2011 tahun yang lebih menyenangkan dan menggembirakan serta memberi banyak kemewahan kepada semua.

Tiket FREE Air Asia kembali lagi

Assalamualaikum

Mulai hari ni 18 May 2010 hingga 23 May 2010, Air Asia buat lagi tiket percuma. Tarikh penerbangan 3 January 2011 – 8 May 2011.

Lambat lagi. Tapi sebenarnya tak lambat pon, sebab sekarang ni masa bergerak begitu cepat. Tahun lepas, saya dah beli tiket untuk ke Kuching Sarawak.

Kami dah pon selamat ke Kuching bulan Mac 2010. Rasanya tahun ni nak booking untuk ke Bandung Indonesia. Passport pon murah je skang. RM100 untuk 2 tahun, ada 32 pages.

Baru tadi dapat sms daripada wife saya, rakan sepejabat dia pon nak ikut sama. Ermm… kosong la pejabat tu nanti? Iye la, tiket free, sapa tak nak. Tiket je free, tapi tax kena gak bayar. Tapi masih murah sebab tak perlu bayar harga tiket.

Nak buat tempahan kena cepat, pernah tahun bila ntah, masa promosi tiket free, saya sedang booking, isi form, masa tu ada lagi seat free pada tarikh dan masa yang saya nak tempah, tiba masa nak klik OK je, tempat tu dah ditempah orang lain dulu. Jadi selagi anda belum bayar tax pada laman web Air Asia, anda belum dikira mendapat tiket free. Hehe.

Sekarang ni laman web Air Asia tengah bersesak-sesak. Nak tengok tarikh pon susah. Harap-harap tahun depan dapat la ke Bandung.

Pelaburan dalam bidang agrikultur

Assalamualaikum,

Saya terpanggil untuk menulis tentang pelaburan dalam bidang pertanian ni, memandangkan ramai yang mudah terpengaruh untuk melaburkan wang mereka dalam skim atau pakej yang ditawarkan syarikat.

Sebenarnya, ada syarikat yang terlepas pandang dengan pakej yang mereka tawarkan. Jika pakej yang ditawarkan hanya jual anak pokok, anak haiwan ternakan, perkara ini tidak salah, boleh jalankan urus niaga hanya menggunakan lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Dalam kes ini, jika ada janji-janji syarikat untuk memantau, membeli balik hasil syarikat tapi tak ditunaikan, ini dah masuk dalam kes penipuan.

Tetapi, jika ada pakej, bila mana syarikat tersebut mengambil duit pelabur, semua kerja-kerja mengurus tanaman/haiwan diuruskan syarikat, pelabur hanya perlu tunggu duit selepas kutip hasil, syarikat perlu mendapat kebenarn daripada Bank Negara Malaysia dan juga Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk jalankan pakej mereka. Bukan dengan mengguna lesen AJL (Akta Jualan Langsung).

Jadi berhati-hati. Jangan terpengaruh dengan janji-janji manis. Cuba anda fikirkan, tanaman, haiwan adalah benda hidup. Benda hidup bukan macam kilang, boleh hasilkan produk yang semuanya sama. Macam-macam risiko yang perlu ditangani untuk menguruskan tanaman dan haiwan.

Sila klik untuk mengetahui Senarai Syarikat Yang Tidak Sah Dari Segi Undang-Undang Malaysia.

Sila baca lagi untuk mengetahui tentang Skim Cepat Kaya daripada Bank Negara Malaysia:

Read the rest of this entry »

Perkembangan perniagaan Abi Agro

Assalamualaikum,

Lama saya tak menulis. Ini disebabkan kesibukan menguruskan perniagaan Abi Agro secara offline. Perancangan untuk saya mencurahkan pengalaman dan sedikit ilmu yang ada ke dalam blog MohdAshraf dot Com agak terjejas. Maaf kepada pembaca sekalian.

Buat masa sekarang, perniagaan Abi Agro dikembangkan lagi kepada pembinaan rumah lindungan hujan. Alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Abi Agro. Dengan ini Abi Agro telah mempunyai sedikit ilmu dalam pembinaan rumah lindungan hujan atas tunjuk ajar beberapa agensi kerajaan dan sebuah universiti tempatan.

Selain daripada itu, saya sedang menyiapkan projek tanaman rock melon secara fertigasi. InsyaAllah jika berkesempatan, boleh saya kongsikan tentang teknik penanaman rock melon bersama pembaca.

Ini adalah projek saya sendiri, sebelum ni saya pernah menanam rock melon secara fertigasi dibawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Perihal penanaman rock melon ada saya ceritakan pada post-post terdahulu. Dalam projek ini, saya mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian Perlis dan juga FAMA. Diharapkan semoga projek ini berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Anak Kurniaan Illahi

Assalamualaikum,
Tanggal 2 Ogos 2008 jam 5am, saya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana baby dan isteri saya sihat. Sekarang masih lagi di hospital, insyaAllah esok pagi mungkin isteri dan anak saya dapat pulang ke rumah.

Semoga dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami ,dapat menambahkan lagi rezeki kami sekeluarga, agar dapat membantu insan lain pula.

Buat tatapan semua, inilah baby lelaki cahaya mata saya dan isteri….

Datuk Nicol Ann David

Saya agak tergejut dan cemburu.
Datuk termuda yang pernah saya dengar.

Nicol Ann David

Beliau adalah pemain skuasy nombor satu dunia.
Berumur 25 tahun, juga Duta Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) di Malaysia dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) membawa gelaran Datuk.

Kurniaan ini sempena darjah kebesaran hari jadi Yang di-Pertua Pulau Pinang.

Jadi, untuk sesiapa yang bercita-cita untuk mendapat gelaran Datuk, sila la berbakti pada tanah air.

InsyaAllah kalau hebat, akan mendapat gelaran.

PS: erm… kena lebih berbakti pada negara ni!

Tips beli laptop online

Assalamualaikum

Baru-baru ini, saya beli laptop Dell di laman web dell.com.my, tujuan saya beli laptop tersebut, untuk kegunaan pengajian sarjana saya (dekat nak habis belajar baru nak beli :D ) .

Selain daripada tu, untuk memudahkan isteri saya pergi kursus, tadak la besar gedabak kena bawak laptop office.

Laptop yang saya beli ni, 12" saja, berat 1.9kg, tadak la berat sangat. Mula-mula teringin sangat-sangat nak beli ASUS EEE PC, ye la, 7" , saya minat yang kecik-kecik ni, mudah dibawa kemana-mana, nak wireless kat airport ke, kat kedai mamak ke senang, tapi sebab ASUS EEE PC ni kena banyak guna external, saya batalkan niat saya. Lebih menyusahkan saya untuk buat kerja sebab laptop tu akan jadi kegunaan rasmi dah lepas ni.

Yang saya nak cerita kat sini, cuba buat perbandingan sebelum beli sesuatu.

Saya lupa nak buat perbandingan, sebab ingat dah murah, dengan erti kata lain, kurang berhati-hati (cover le tu…). Sebelum saya beli sesuatu, saya akan search kat internet dulu, kira ok la laptop yang saya nak beli, tapi lepas dah saya beli, baru saya sedar, ada spec yang lebih murah. Dalam website Dell, kita boleh ubah suai spec yang kita nak, dengan pakej yang dah diberi. Laptop yang saya beli, Dell Vostro 1200 Laptop – Mainstream (FREE extended warranty, online bonus – RM450 cash redemption, free upgrade memory from 1 GB to 2 GB dan free shipping) Harga RM2,549

Tapi, bila saya tengok balik Dell Vostro 1200 Laptop – Basic (FREE extended warranty, online bonus – RM550 cash redemption, free upgrade memory from 1 GB to 2 GB dan free shipping) Harga RM1,999 Bila saya ubah suai spec Dell Vostro 1200 Laptop – Basic, menjadi spec Mainstream, saya dapati, harga keseluruhan spec Basic yang diubah suai specnya menjadi sebijik macam Mainstream adalah RM2,449, sebab Basic mempunyai RM550 cash redemption, manakala Mainstream hanyalah RM450 cash redemption.

Assalamaualaikum

Baru-baru ini, saya dimaklumkan pinjaman Belia Tani dan Belia Niaga RM5,000 sehingga RM15,000 tidak perlukan penjamin. 

Khas untuk 2 golongan:

  • Kategori 1 ( telah berniaga dan mempunyai sijil )

Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan.

  • Kategori 2 ( memulakan perniagaan dan mempunyai sijil )

Baru memulakan perniagaan dan telah mempunyai sijil yang berkaitan.

Jadi, ini langkah yang perlu anda lakukan;

  1. Pastikan anda tergolong dalam golongan belia, Jika melebihi had umur (18-40 tahun), cari partner yang masih belia dan minta beliau mohon.
  2. Daftar dengan Jabatan Belia dan ikuti Kursus Belia Tani / Belia Niaga.
  3. Mohon bantuan belia tani bernilai RM2,000 (bantuan ni tak perlu bayar balik)
  4. Kemudian isi borang untuk pohon Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB).

* Jika nak terus buat pinjaman tanpa penjamin RM5,000 hingga RM15,000 pon boleh, download dan isi borang di bawah:

Borang Pendaftaran Skim Tabung Ekonomi Belia 

Keterangan lanjut berkenaan Skim Tabung Ekonomi Belia yang baru, sila klik di bawah:

http://mohdashraf.com/v1/?p=148

Minggu yang sibuk

Assalamualaikum

 Minggu ni saya tersangat la sibuk untuk menyiapkan questionnaire online dan buat pre test, jadi banyak pertanyaan yang saya tak jawab. Maaf dipinta. Tiada tulisan terbaru di blog ini memandangkan tahap kesibukan peringkat ke sembilan.

 InsyaAllah saya akan kembali aktif bila semuanya dalam keadaan seperti sediakala. Anda semua masih boleh menghantar komen/pertanyaan, dan saya akan cuba jawab.

Related Posts with Thumbnails