Archive for the ‘ Uncategorized ’ Category

Kenaikan harga minyak

Assalamualaikum,

Tepat jam 12 malam hari ini, harga petrol akan meningkat dari RM1.92 kepada RM2.70. Saya telah menunggu hampir 1 jam 15 minit baru dapat mengisi minyak. Bagaikan hari keramaian di stesen minyak, tapi tidak menyeronokkan.  

Kemungkinan besar kebanyakan harga barang akan meningkat. Jadi apa tindakan anda?

Apa yang ada difikiran saya adalah:

  1. Jika boleh, gunakan pengangkutan awam
  2. Jangan pandu laju
  3. Jika boleh, kurangkan penggunaan aircond
  4. Masak sendiri di rumah
  5. Tanam sayur-sayuran dan pelihara haiwan untuk makanan (ikan dalam tangki/tong, sepasang ayam penelur, tanaman sayuran dalam pasu, cendawan) Mungkin ada yang tak boleh dilakukan kerana tempat terhad, sekurang-kurangnya tanam sayuran dalam pasu.
  6. Buat budget setiap bulan. Dengan cara ini, anda juga dapat menyimpan wang walaupon sedikit.
  7. Jimat penggunaan letrik dan air.
  8. Cari sumber tenaga alternatif (cth: pemanas air solar, pengecas bateri solar)
  9. Cari sumber pendapatan sampingan.

Akan ditambah dari semasa ke semasa

0in 0in 0pt; text-align: justify" class="MsoNormal">

0in 0in 0pt; text-align: justify" class="MsoNormal">Apabila kita melihat diri kita dan bersedia untuk melakukan sesuatu, dan  kemudian kita tidak berapa gembira untuk melaksanakannya. Walau macam mana pun kita cuba untuk lakukan, sesusah mana pun kita ingin lakukan, ia tetap susah dan boring dan bosan untuk melakukannya terus. Ini adalah berkaitan dengan keupayaan motivasi di dalam diri kita.

0in 0in 0pt; text-align: justify" class="MsoNormal"> 

0in 0in 0pt; text-align: justify" class="MsoNormal">Di sini kita bincangkan, bagaimana untuk kita lebih bermotivasi:-

0in 0in 0pt; text-align: justify" class="MsoNormal"> 

0in 0in 0pt; text-align: justify" class="MsoNormal"> 

0in 0in 0pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify" class="MsoNormal">1.   Buat keputusan “Kenapa anda perlu melakukannya” : Tidak ada sesiapa di dunia akan melakukan sesuatu kerana ia rela dan “perlu lakukannya”. Ini disebabkan kepada pengaruh lain iaitu “ia perlu dilakukan” atau “paksaan” untuk melakukannya. Ia berkaitan soal hidup di dunia. Namun untuk membina motivate diri dalam “melakukanya” kita perlu cari sebab yang kukuh atau kata lain “keikhlasan” untuk melakukannya.

0in 0in 0pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify" class="MsoNormal"> 

0in 0in 0pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify" class="MsoNormal"> 

0in 0in 0pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify" class="MsoNormal">2.   Hadapi dengan berani terhadap kegagalan atau kebimbangan: Jika difikirkan dalam kata erti lain, anda akan malas untuk melakukan sesuatu. Anda akan mula mencari alas an untuk tidak melakukan sesuatu dengan menyalahkan pelbagai factor seperti masa, pengetahuan atau apa jua yang berkaitan. Tetapi, jika ini berterusan dan berterusan anda akan terus berada dalam kegagalan dan kebimbangan. Dalam pelbagai situasi, ia akan menghantui anda dan kebimbangan ini sering timbul dalam diri kita dalam pelbagai bentuk antaranya:

  • 0in 0in 0pt 78pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify">·     Kita takut untuk melakukanya, kerana bimbang ia tidak sebaik yang diharapkan
  • 0in 0in 0pt 78pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify">·     Anda takut untuk bertanya, atau “membuka mulut” kerana takut anda berasa diri bodoh dan tak cukup ilmu
  • 0in 0in 0pt 78pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify">·     Anda takut terhadap keputusan yang akan berlaku atas apa yang telah anda lakukan

0in 0in 0pt 78pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify" class="MsoNormal"> 

0in 0in 0pt 78pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify" class="MsoNormal"> 

0in 0in 0pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify" class="MsoNormal">3.   Mulakan langkah. Mulakan sesuatu: Sekarang anda sudah tahu apa yang ada dalam diri anda. Anda sudah sedar akan kesilapan dan ingin memulakan sesuatu yang terbaik. Maka, sudah samapai masanya untuk anda memulakan langkah untuk bergerak ke hadapan. Sesuatu yang amat bagus dilakukan adalah menukar suasana atau corak pemikiran anda, dengan ini ia akan mengubah corak pandangan anda. Sekali anda telah bermula, anda akan dapati diri anda di dalam proses perubahan yang akan membawa anda kehadapan. Sebagai langkah awal, mungkin anda boleh menggunakan kaedah ini:-

0in 0in 0pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify" class="MsoNormal"> 

  • 0in 0in 0pt 78pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify">·     Lihat semula apa yang telah saya catatkan diatas, dan fikir semula
  • 0in 0in 0pt 78pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify">·     Kemudian, ambil sehelai kertas dan tulis apa yang perlu diubah dan yang perlu dilakukan
  • 0in 0in 0pt 78pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify">·     Dari apa yang telah anda tulis tadi, pecah-pecahkan kepada perkara-perkara yang kecil atau kepada perkara yang anda boleh lakukan terlebih dahulu
  • 0in 0in 0pt 78pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify">·     Seterusnya, jadikan ia sebagai catatan tetap anda. Jadikan ia rujukan dan panduan anda. Kena disiplin lakukannya
  • 0in 0in 0pt 78pt; text-indent: -0.25in; text-align: justify">·     Akhir sekali, pergi ke cermin..(pastikan tiada orang yang memerhatikan anda) dan kemudian, SENYUM selebar-lebarnya, katakan anda sudah melakukannya!

Kredit untuk niaganews.com

Update DIY Set Fertigasi

Assalamualaikum

Hari ini saya berkesempatan untuk update produk dan harga DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro di website Abi Agro.

DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro  berharga RM170 untuk Semenanjung Malaysia dan RM190 untuk Sabah dan Sarawak. Harga tersebut termasuklah penghantaran. Bagi pelanggan dari Singapura, Indonesia dan Brunei, anda perlu hubungi pihak Abi Agro untuk mendapatkan harga penghantaran.

Pakej DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro  mengandungi:

- 10 helai Polibeg Putih 16″ x 16″
– 10 unit mini tubing
– 10 unit dripper
– Tiub Poli 16mm
– 1 unit Pam
– 1 unit Pengukur Masa Digital (Digital Timer)
– 1 unit racun serangga
– 1 set Baja Fertigasi A dan B dalam bentuk pepejal untuk dijadikan baja stok 10 Liter
– Media semaian
– Biji benih cili
– Silvershine
– Peralatan Asas
– Manual Pemasangan Sistem Fertigasi & Penjagaan

** Anda hanya perlu menyediakan media semaian yang ada dijual di nursery dan bekas untuk bancuhan air baja.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di link di bawah:

DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro 

——————————————————————————

 Produk ke dua yang ditawarkan oleh pihak Abi Agro adalah DIY Sistem Fertigasi 100 unit yang berharga RM697.50 . Harga tidak termasuk penghantaran. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link di bawah:

 DIY Sistem Fertigasi 100 unit

——————————————————————————

Produk ke tiga pula adalah DIY Sistem Fertigasi 1000 unit yang berharga RM2545.00 . Harga yang dinyatakan tidak termasuk penghantaran.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di bawah:

 DIY Sistem Fertigasi 1000 unit

 ——————————————————————————

Diharapkan, dengan pengubahsuaian harga yang saya buat, akan dapat memperbanyakkan lagi pengusaha fertigasi di Malaysia. InsyaAllah, saya akan update harga dari semasa ke semasa dan akan bagi harga paling murah yang mampu saya berikan kepada anda.

Sampai berjumpa lagi… 

Pungut buah

Tanggal 25 Mac 2008, saya telah memungut buah rock melon yang telah matang. Ada lebih kurang 171 biji buah yang telah saya pungut. Kebanyakan buah terletak di node yang bawah, sebab buah disitu yang mula-mula terjadi dan membesar.

Sepatutnya bunga dibuat pendebungaan berbantu untuk berbuah pada node 6-12, untuk pembesaran buah yang hampir seragam. Tapi disebabkan saya tidak membuat pendebungaan berbantu, ada bunga yang tidak menjadi buah pada node tersebut, tapi menjadi buah pada node yang atas. Oleh sebab itu, buah di peringkat atas lambat sedikit membesar.

Buah dalam balutan pada bahagian bawah sedia untuk dipungut.

Penuh buah dalam kereta

Bonet kereta pon penuh dengan rock melon

Rock melon yang telah dikumpulkan dan sedia untuk dibuat pengredan

Hutang dan dadah

Post kali tentang hutang dan dadah.
Tadi, saya kawan saya bercerita tentang hutang.
Orang yang berhutang dengan dia liat nak bayar hutang
Masa mula-mula minta pinjam, pukul 6.30am dia telefon, cakap perlukan duit.
Kawan saya bukan orang senang, sebab dia suka membantu, terus dia pinjam kat ahli keluarga dia untuk dipinjamkan kepada orang.
Dia dijanjikan bahawa duitnya akan dibayar balik pada 21 Mac 2008, tapi pada 21 Mac lalu, dia cuba mohon duit dia balik, tapi orang yang meminjam wang tu liat nak bayar.
Patutlah dalam buku motivasi perniagaan, telah ditulis jangan pinjamkan wang atau jangan beri hutang kepada orang lain.
Banyak lagi cara lain untuk membuat amal, seperti bersedekah wang, buat jamuan/ kenduri kecil-kecilan, buat khidmat masyarakat.

Dah 2 orang yang beri peringatan kepada saya, disebabkan wang, ada yang berpecah belah. Untuk selamat, berterus terang dengan orang yang nak pinjam, bahawa bukan tanak bagi pinjam, cuma tanak tanggung risiko susah nak dapat balik wang. Atau, minta cagaran. Kadang-kadang sebab orang dalam kesusahan, hati berbagi tadak bagi pinjam. Anda ada cara untuk mengelak daripada orang pinjamn wang? Sila tulis di bahagian komen.

Berkaitan dadah pulak. Perkara ni hampir terjadi kat wife saya di airport. Ada orang yang nak tumpang barang menggunakan kuota wife saya. Setiap penumpang telah dihadkan boleh membawa beberapa kilo barang sahaja, selebihnya kena bayar wang tambahan. Sekarang ni banyak cerita tentang warga Malaysia kena tahan di airport sebab ditangkap bawa dadah. Ada 3 kemungkinan:
1. memang dia bawa dadah
2. ada orang minta tumpang kuota, macam kes isteri saya
3. ada orang masukkan dadah kat beg tanpa disedari, jadi jaga elok-elok beg anda

p/s: wife saya tak mau tumpangkann barang orang tu menggunakann kuota dia.

Petua Minta Hutang

“La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin.”

(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. –al-Anbiya’: 87.

Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat/tasbih diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda.

sumber: Petua Minta Hutang.. dari blog linncomel.com

Salon dalam bas

Assalamualaikum
Semasa saya menonton rancangan Panorama di TV1 tadi, ada dibuat slot tentang salon dalam bas.
Hebat betul idea dia.

Rupa-rupanya dah setahun salon dalam bas ini beroperasi. Target mereka, mereka mencari pelanggan, bukan pelanggan mencari mereka. Kebiasaannya, pelanggan yang perlu pergi ke salon, tetapi dengan adanya salon dalam bas ini, pelanggan hanya perlu telefon mereka dan setelah cukup 4 orang pelanggan di kawasan yang sama, mereka akan datang ke tempat pelanggan.

Ramai pelanggan mereka terdiri daripada pelajar kolej, pelajar tidak perlu lagi ke salon, hanya telefon dan tunggu salon dalam bas itu datang. Memang menarik idea ini.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang salon dalam bas di http://www.myzass.com.

Idea begini yang diperlukan untuk maju dalam perniagaan, KELAINAN

WiFi di kebun

Assalamualaikum
Akhirnya, dengan adanya laptop, saya boleh akses internet di kebun. Jarak antara rumah saya dengan kebun lebih kurang 250 meter, tapi ada halangan rumah jiran dengan beberapa pokok besar. Memandangkan router saya letak di tingkat atas dalam bilik yang menghadap ke kebun, saya harap kedudukan router saya akan membolehkan saya akses internet di kebun.

Peralatan yang saya gunakan untuk buat WiFi adalah:


1. Line streamyx


2. Modem Streamyx


3. Wireless Router


4. Laptop

Saya bercadang nak share internet dengan 2 buah rumah jiran. Semuanya berhampiran kebun. Lagipon, yang ada kat rumah jiran saya, anak mereka yang masih bersekolah. Boleh juga mereka cari maklumat kat internet untuk buat kerja sekolah. Bagi saya, internet ni penting untuk pembelajaran dan pengetahuan. Tapi saya kena buat filter lah. Nanti budak-budak ni masuk web yang boleh merosakkan iman pulak. Maklum la, mereka dah masuk dalam dunia tanpa sempadan ni, semua boleh dapat.

Kad nama

Hari ini, saya baru saja tukar wajah website Abi Agro ( http://abiagro.com.my ), termasuklah logo syarikat.
Tujuan saya buat demikian kerana ingin memberi wajah baru kepada Abi Agro, yang lebih fresh.

Berbalik kepada kad nama, kalau anda baru nak buat kad nama, jangan terus buat banyak keping. Cukup 100 keping saja, sebab nanti boleh tukar-tukar design kad tu. Macam saya sekarang, saya dah tukar logo baru, tapi disebabkan saya hanya buat sedikit saja kad sebelum ini dan kad tu dah nak habis, jadi, bila buat kad baru, saya akan menggunakan logo baru.

Selain daripada ubah suai design atau logo, anda juga boleh ubah perkhidmatan yang anda buat. Mungkin sebelum ini anda hanya ada 4 perkhidmatan, tetapi sekarang anda menambah perkhidmatan, maka anda boleh tambah perkhidmatan baru pada kad.

Bagi yang suka buat design macam saya (walaupon tak terrer), syiok juga dapat buat design baru dan terus dapat print. Kalau buat sesuatu jenis kad tu banyak, kena tunggu kad tu habis baru dapat print design baru, kalau tak, membazir. Dari segi psychology pulak, tadak le boring dok tengok design lama je.

Tips beli laptop online

Assalamualaikum
Saya baru saja beli laptop online, dari website Dell. 12″, dijamin ori :D
Untuk kegunaan sarjana (dah nak habis study baru nak beli :D ) dan untuk kegunaan wife g kursus, tadak la besar gedabak dia nak bawa laptop office.

Dulu niat di hati nak beli ASUS EEE PC, sebab saiz 7″ je, senang nak bawa ke mana-mana untuk buat kerja, tapi banyak pula kena bawa barang external, ye la, dah kecik, mana muat nak letak harddisk besar dengan DVD Rom kat dalam laptop tu. Untuk sapa-sapa yang belum pernah tengok ASUS EEE PC, ni la gambarnya.


Cantik, menarik, tertarik, kau memang da doom


Jadi, lepas dibuat penghitungan, saya beli la Dell Vostro 1200 – Mainstream RM2,549 (FREE extended warranty, FREE upgrade 1GB to 2 GB, RM450 Instant Cash Redemption dan FREE shipping). Ciri-ciri yang saya cari… murah, kecil dan ada wireless.

Lepas dah bayar, saja je saya suka-suka tengok balik web Dell, baru sedar, ada Dell Vostro 1200 – Basic RM1,999. Saya ingat hanya ada pakej RM2,549 tu je sebab Dell buat trick sket kat website dia. Saya tak jumpa pakej lagi murah bila buka page yang RM2,549. Iye la, dah nama pon bisnes, mesti ada trick yang boleh menarik pelanggan. Untuk makluman, kat laman web Dell, kita boleh ubah suai pakej yang dorang dah tetapkan. Dan promosi untuk Dell Vostro 1200 – Basic (FREE extended warranty, FREE upgrade 1GB to 2 GB, RM550 Instant Cash Redemption dan FREE shipping).

Saya cuba ubah suai spec Dell Vostro 1200 – Basic menjadi spec Mainstream. Saja suka-suka, mana la tau, kot-kot pakej Mainstream lagi murah daripada ubah suai pakej Basic. Saja untuk kepuasan dapat beli barang murah. Tapi, bila saya jadikan spec Basic ke Mainstream, harganya menjadi RM2,449. Aik, murah RM100. Mungkin saya terlepas pandang spec Mainstream. Saya cuba sekali lagi dan harganya tetap sama RM2,449.

Cuba tengok balik promosi Basic dan Mainstream, nampak sama tapi tak serupa. Pakej Basic RM550 Instant Cash Redemption, manakala Mainstream RM450 Instant Cash Redemption. Saya jimat RM100 kalau saya upgrade spec Basic jadi Mainstream. Tapi apa boleh buat, saya jadikan pengalaman saya untuk orang lain pula, semoga anda pon dapat beli dengan harga murah.

*Disebabkan website Dell tak boleh compare spec, saya buka spec Basic guna Firefox dan spec Mainstream guna IE.

Jadi… renung-renungkan :D

Kewajipan dalam tanaman cili

Assalamualaikum
Lama saya tidak menulis sebab agak sibuk kebelakangan ni. Kali ini saya nak ceritakan tentang kewajipan dalam tanaman cili. Perkara paling penting yang anda harus lakukan adalah meracun pokok cili anda, sebab pokok cili senang kena serangan serangga.

Dalam sistem fertigasi, pembajaan dan pengairan dilakukan secara automatik, jadi tiada masalah. Tapi dari segi serangan serangga, pengendalian racun serangga antara tanaman cili secara fertigasi dan atas tanah adalah sama. Daripada pengalaman saya dan perbualan dengan beberapa orang rakan, cili besar tidak sama dengan cili kecil atau orang kampung sebut cili/cabai burung atau cili/cabai Melaka. Cili/cabai burung atau cili/cabai Melaka lebih kebal daripada serangan serangga.

Sebab tu kalau kat kampung-kampung, mudah untuk nampak pokok cili kecil ni, berbanding dengan cili besar, sebab penjagaannya yang sukar dan banyak serangga perosak yang gemar kepada pokok cili besar.

Semburan racun serangga perlu dilakukan seminggu sekali, sebelum kena serangan lagi, sebab “lebih baik mencegah daripada mengubati”. Pokok cili yang dah kena serangan memang boleh diubati, tetapi kadang-kadang susah jugak nak ubati pokok-pokok ni. Semburan seminggu sekali tu dari pokok masih kecil lagi hinggalah tamat riwayat pokok. Ada yang bertanya saya, kalau pokok dah berbuah macam mana? Memang pokok cili perlu semburan racun serangga walaupon dah berbuah. Sebolehnya, pakailah racun yang kurang kuat, kelas 3 ke atas agar tidak membahayakan pengguna.

Kalau boleh, gunakan jenama racun yang berbeza-beza setiap kali meracun supaya serangga tidak imun dengan racun yang kita gunakan. Tapi, buat meraka yang bermula dari kecil dan modal tidak besar, pakai 1 jenama pon boleh, untuk musim yang seterusnya, beli jenama lain.

Kalau ladang tu besar, 1 botol racun tidak cukup untuk semusim, jadi boleh beli jenama lain pula bila racun tu dah habis.

Untuk pakaian meracun pula, pastikan anada menutup keseluruhan badan, sekurang-kurangnya seperti dibawah untuk menjaga jangka hayat hidup anda. Jangan sambil lewa kerana anda sedang menggunakan racun dan bila dinamakan “racun”, ia boleh memudaratkan anda.

Related Posts with Thumbnails