Musim orang kahwin
Posted by Mohd AshrafNov 4
Hujung tahun ni, memang banyak undangan perkahwinan yang saya dapat. Kawan rapat saya saja dah 4 orang nak kahwin. Insyaallah saya akan pergi kalau tiada aral melintang. Selain memenuhi undangan, saya suka jugak tengok-tengok tempat orang. Apa aktiviti yang dijalankan terutama dalam sektor pertanian dan penternakan.
Sekarang ni lah orang sibuk nak edarkan kad perkahwinan. Jadi, siapa-siapa yang ada bisnes kad, klipkan sekali dengan kad kahwin. Salah satu promosi tu. Kalau tiada kad atau nak jimat kad, tulis perniagaan apa yang anda jalankan atau website anda di satu sudut pada kad.
Untuk pemberi hadiah pula, sertakan sekali kad nama anda bersama hadiah atau tuliskan perkara berkaitan di atas kad yang dilampirkan bersama hadiah.
Jadi… Selamat Pengantin Baru kepada bakal pengantin dan semoga dimurahkan rezeki dan kekal sampai akhir hayat.
Nie gambar salah satu pokok cili saya











Salam kasih sayang,
Tahniah,
Semoga succes dan sentiasa dikurniakan rezeki yg melimpah ruah.
Semoga diberkati. Amin.
Mohd Ashraf: Terima kasih atas doa anda. Semoga kita semua berjaya dalam bidang masing-masing.