Hatel Buktikan Sistem Fertigasi Mampu Beri Keuntungan Lumayan

July 17, 2008 · Filed Under Keratan Akhbar 
hatel-buktikan-sistem-fertigasi-mampu-beri-keuntungan-lumayan

SIKAP berani mencuba yang ditunjukkan Mohd Hatel Hashim, 39, membuahkan hasil apabila projek pertanian moden yang diusahakannya lebih setahun lalu mendapat perhatian banyak pihak.

Minat Hatel dalam bidang pertanian bukanlah baru. Jika sebelum ini menggunakan cara tradisional mengusahakan tanaman sayur-sayuran, kini Hatel beralih ke pertanian moden menggunakan sistem fertigasi.

Menariknya, projek tanaman cili yang menggunakan sistem fertigasi ini dijalankan di atas tapak yang dulunya menjadi tempat pembuangan sampah. Terletak di tanah rezab di tebing Sungai Gombak, projek ini secara tidak langsung menghalang pertumbuhan kawasan setinggan haram.

Projek yang dimulakan atas sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, YB Yuszahari Mohd Yusof dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengaliran dan Saliran itu juga adalah salah satu cara memperindahkan kawasan sungai.

Hatel kemudiannya dipilih sebagai calon yang sesuai untuk mengendalikan projek tanaman tomato itu atas semangat tinggi dan minat mendalam beliau dalam bidang pertanian.

Pada awal projek itu, Hatel mengusahakan tanaman tomato hibrid yang biasanya ditanam di tanah tinggi Cameron Highland.

Kejayaan projek tanaman tomato jenis 1039 itu mendorong Hatel untuk mencuba tanaman cili dan rock melon.

Projek pertanian cili fertigasi ini juga mendapat sokongan Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Dr Raman Ismail yang melancarkan program anak angkat pertanian sistem fertigasi.

Menurut Hatel lagi, pertanian cara fertigasi ini mampu memberi hasil hingga empat kali ganda daripada cara biasa. Melalui empat struktur rumah kalis air, keuntungan yang mampu diraih hasil jualan cili dalam sebulan ialah kira-kira RM5,000.

“Untuk menceburi pertanian moden ini paling penting ialah kita harus belajar cara dan sistemnya. Beberapa pendekatan perlu diberi perhatian yang lebih kerana teknik pertanian ini amat peka terhadap perubahan cuaca dan suhu persekitarannya,” jelas Hatel.

Beliau berkata dengan teknologi fertigasi, pengusaha boleh mengawal dan membekalkan air dan nutrien yang cukup dan seimbang mengikut fasa pertumbuhan pokok.

Hasilnya, tanaman dapat membesar dengan sihat dan subur serta berupaya mengeluarkan hasil yang maksimum dan bermutu tinggi.

Dengan kaedah perlindungan menggunakan rumah kalis hujan, tanaman akan terlindung daripada sinaran ultra ungu yang boleh mencederakan pokok dan mengurangkan serangan penyakit.

“Bagaimanapun, pertanian cara ini memerlukan kewangan yang besar dimana harga satu struktur binaan saja mencecah sehingga RM13,000. Sekiranya ada bantuan kewangan, saya berhasrat untuk mempelbagai lagi jenis tanaman,” katanya.

Kejayaan Hatel sebagai petani moden wajar dicontohi kerana sudah terbukti bidang pertanian adalah salah satu cabang perniagaan yang menguntungkan. - NOOR ALLIA KASSIM

Sumber: http://www.suaraselangormaju.com.my

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Comments

3 Responses to “Hatel Buktikan Sistem Fertigasi Mampu Beri Keuntungan Lumayan”

  1. mizi on August 19th, 2008 1:48 pm

    askum che ashraf..apakah maksud WC yang tertera di baju itu?setakat ini apakah kejayaan abi agro dlm tanaman cili mahupun rock melon?bilakah kami dpat membuat lawatan rasmi ke ladang abi agro?berapa ekarkah ladang abi agro ini?adakah milikan tunggal ataupun perkongsian?

    Mohd Ashraf: W’salam. En Mizi, kebun saya kecik je. Saya baru start fertigasi, hampir 2 tahun. Baru lagi. Ladang sendiri hasil kumpul wang sendiri lepas belajar.

  2. hj din - btg kali. on September 7th, 2008 3:42 am

    Assalamualikum, bolih ke saya lawati ladang en.ashraf ?,jika tak keberatan tolong bagi contc no encik. saya juga ingin bertanya alamat ldg fertigasi milik en Hatel Hashim. jika en Ashraf tahu tolong berikan alamatnya ye. Contc no saya: hj din 0192692736.

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Maaf Hj, buat masa ni, saya belum lagi buka ladang untuk lawatan. Berkenaan dengan no telefon en Hatel, maaf, saya tiada maklumat beliau.

  3. hj din - btg kali. on September 14th, 2008 11:38 pm

    Assalamualaikum en. ashraf. Bolih bagi tahu saya dimana bolih saya dapat beli segala set lengkap / peralatan mengenai tanaman kaedah fertigasi ni. Jika en.ashraf sendiri pembekalnya, tolong berikan qoatation nya. T.kasih.

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Hj, Saya dah email quotation seperti yang diminta.

Leave a Reply