Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2009

June 21, 2009 · Filed Under semasa · Comment 

Pada 25 Jun 2009 hingga 28 Jun 2009 akan diadakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2009 peringkat Negeri Perlis.

Saya juga terlibat dalam hari peladang dibawah Usahawan Bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Sekarang ni agak sibuk untuk membuat persiapan pameran.

Pada kali ini, ABI AGRO akan membuat jualan alatan fertigasi, set hidroponik dan juga kursus fertigasi. Memandangkan ABI AGRO terlibat dalam dunia internet, maka tak ramai penduduk Perlis yang sedar kewujudan ABI AGRO.

Jadi untuk sesiapa yang ada kelapangan, boleh lah datang ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2009 bertempat di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad berhadapan dengan Bangunan SUK. InsyaAllah saya akan berada di sana hampir sepanjang masa selama 4 hari.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Sekam dalam fertigasi

June 21, 2009 · Filed Under Pertanian · Comment 

Assalamualaikum
Ini adalah pendapat saya dalam penggunaan sekam sebagai medium tanaman dalam teknik penanaman secara fertigasi.

Pastikan medium (sekam/sabut) tidak tercemar
Bukan yang terdedah pada cuaca walaupon dalam guni
Seeloknya lepas di proses terus digunakan.

Sekam bakar/ sekam stim/ sekap wap/arang sekam yang digunakan dalam sistem fertigasi bukanlah sekam yang dibakar hingga jadi debu.
Ia adalah sekam arang… sekam yang dibakar tapi masih lagi ada bentuk, bukan debu. Sekam jenis ni yang digunakan dalam fertigasi.

Sepengetahuan saya, di Jepun pon ada guna arang sekam, mungkin idea dari sana penggunaan arang sekam diterapkan di Malaysia. Indonesia juga gunakan arang sekam.

Untuk pokok yang bermasalah semasa guna arang sekam ni,sebenarnya ada banyak faktor. Antaranya:

1. Pemberian air dan baja yang kurang betul
2. Ada unsur lain selain sekam dalam polibeg
3. Serangga perosak yang terlalu banyak di sekitar kawasan projek.
4. Kawalan racun perosak kurang efficient.
5. Unsur dalam baja tak cukup.
6. Penggunaan sekam yang terlalu lama.

Tidak dilupakan, flushing juga kena buat. Alirkan air biasa dalam polibeg sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk buang unsur berlebihan dalam medium tak kira sabut atau sekam.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Belia (STEB)

June 19, 2009 · Filed Under Rancangan Perniagaan · Comment 

FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN (RP)

Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB)

1. PENGENALAN – Apa itu Rancangan Perniagaan?

i. DEFINISI

Rancangan perniagaan atau ringkasnya RP ialah sebuah dokumen bertulis yang memberi keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh.

RP juga dikenali sebagai kertas kerja atau kertas projek.

ii. TUJUAN RP

Menyatakan dengan spesifik sebab RP disediakan. Antaranya ialah seperti berikut:

- Memohon pembiayaan kewangan dari institusi kewangan atau yang berkaitan, nyatakan amaun dari institusi kewangan berkaitan.

- Merancang projek baru itu.

- Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan.

- Menilaikan daya maju projek yang dicadangkan dan sebagainya.

2. ISI KANDUNGAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Rancangan perniagaan umumnya mengandungi perkara-perkara berikut:

i. Latar belakang perniagaan

ii. Latar belakang pemilik dan rakan kongsi

iii. Rancangan Organisasi

iv. Rancangan Pemasaran

v. Rancangan Operasi

vi. Rancangan Kewangan

i. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Mengandungi maklumat-maklumat perniagaan yang dicadangkan.

i. Alamat

Nyatakan alamat perniagaan dan alamat surat menyurat. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.

ii. Bentuk Perniagaan

Nyatakan sama ada perniagaan berbentuk perseorangan, perkongsian atau syarikat sendirian berhad.

iii. Tarikh dan Nombr Perniagaan

Hanya untuk perniagaan yang telah didaftarkan sahaja, jika belum berdaftar, nyatakan masih dalam proses pendaftaran.

iv. Modal Permulaan

Merupakan jumlah modal yang dilaburkan oleh usahawan ke dalam perniagaan. Bagi perniagaan Sendirian Berhad, nyatakan Modal Dibenar dan Modal Dibayar perniagaan.

v. Bank

Nyatakan bank di mana perniagaan mempunyai akaun.

ii. LATAR BELAKANG PEMILIK DAN RAKAN KONGSI

Menyatakan maklumat 2 pemilik atau pemilik-pemilik perniagaan dan perlu disediakan untuk setiap rakan kongsi :-

i. Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Tarikh Lahir, Umur, jantina

ii. Alamat Tetap, No.Telefon, Tarikh Perkahwinan

iii. Kelulusan Akademik

iv. Kursus yang pernah dihadiri

v. Kemahiran, pengalaman

vi. Pekerjaan sekarang

vii. Perniagaan lain yang pernah diceburi

iii. RANCANGAN ORGANISASI

1. Pengenalan Organisasi :-

Memperkenalkan organisasi perniagaan dengan menerangkan butiran berikut :-

i. Alamat penuh perniagaan

ii. Melukis plan lokasi perniagaan, kilang atau bengkel atau ladang atau premis perniagaan

iii. Jelaskan bentuk perniagaan yang dipilih sama ada rumah kedai, kilang, ruang pusat

membeli-belah, dan lain-lain

iv. Nyatakan sama ada premis perniagaan disewa, dibeli atau dibina sendiri

v. Jelaskan juga kemudahan infrastruktur yang ada seperti bekalan air, elektrik, telefon, dan

lain-lain

2. Carta Organisasi

Secara ringkas carta organisasi perniagaan yang dirancangkan.

3. Senarai Jawatan dan Bilangan Pekerja Pentadbiran

Nyatakan nama jawatan yag wujud dalam pentadbiran perniagaan dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan berkenaan.

4. Huraian Tugas

Nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan yang dinyatakan.

5. Imbuahan Balas Jasa, Gaji atau Ganjaran

Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan, mingguan atau harian bagi setiap jawatan atau termasuk caruman KWSP dan PERKESO yang berkaitan.

Caruman KWSP sebanyak 12% dari gaji pokok tertakluk kepada perubahan yang diumumkan dari pihak kerajaan.

CONTOH FORMAT PERBELANJAAN PENTADBIRAN

BUTIRAN

(PERKARA)

PERBELANJAAN

ASET TETAP

(Harta)

(RM)

Modal Pusingan

(Bulanan)

(RM)

Lain-lain

(RM)

Aset Tetap

Contoh: Mesin Jahit

2,000

Modal Pusingan

Contoh: Gaji Pekerja

8,000

Lain-lain Perbelanjaan

Contoh: Deposit Api/Air/ Telefon

800

JUMLAH

2,000

8,000

800

iv. RANCANGAN PEMASARAN

i. Barangan atau Perkhidmatan yang Ditawarkan

Terangkan dengan jelas bentuk barangan atau perkhidmatan yang akan ditawarkan kepada pelanggan.

ii. Sasaran Pasaran

Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang terpilih. Kenalpasti dan wujudkan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen di kawasan berkenaan.

iii. Saiz Pasaran

Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit atau ringgit jualan, atau kedua-duanya sekali. Ini merupakan langkah pertama dalam menganggarkan ramalan jualan.

iv. Ramalan Jualan

Untuk membantu syarikat mengeluarkan produk bagi memenuhi permintaan dan membantu menyediakan anggaran kewangan yang mencukupi bagi meneruskan perniagaan pada tahun-tahun berikutnya.

v. Anggaran Jualan Bulanan / Tahunan

Bulan

Item

Contoh: Baju Kurung

Harga Sepasang

Harga Sebenar

1

2000

RM 40.00

RM 80,000.00

2

3

vi. Jadual Pesaing dan Perkongsian Pasaran

Perkongsian pasaran selepas Syarikat Anda memasuki pasaran:

Contoh :-

Nama Pesaing

Kelebihan

Kelemahan

Syarikat A

Syarikat B

Syarikat C

Syarikat Anda

Syarikat A 40%

Syarikat B 25%

Syarikat C 20%

Syarikat Anda 15%

JUMLAH: 100%

CONTOH FORMAT PERBELANJAAN PEMASARAN

BUTIRAN

(PERKARA)

PERBELANJAAN

ASET TETAP

(Harta)

(RM)

Modal Pusingan

(Bulanan)

(RM)

Lain-lain

(RM)

Aset Tetap

Contoh: Kenderaan

12,000

Modal Pusingan

Contoh: Promosi

8,000

Lain-lain Perbelanjaan

Contoh: Road Tax / Insuran

800

JUMLAH

12,000

8,000

800

v. RANCANGAN OPERASI

i. Sediakan Proses

Operasi / carta aliran proses / keperluan bahan / plan lokasi kilang / susun atur dalaman kilang / senarai keperluan mesin dan peralatan.

Sediakan juga perbelanjaan operasi seperti perbelanjaan pentadbiran dan pemasaran.

Proses Operasi / Carta Aliran Proses

Menerima Tempahan à Memproses à Menghantar

ii. Plan Lokasi

Anda hendaklah melukis sebuah plan lokasi syarikat atau kilang yang anda miliki.

iii. Plan Susun Atur Premis

Anda hendaklah melukis sebuah plan susun atur premis yang anda miliki.

CONTOH FORMAT PERBELANJAAN OPERASI

BUTIRAN

(PERKARA)

PERBELANJAAN

ASET TETAP

(Harta)

(RM)

Modal Pusingan

(Bulanan)

(RM)

Lain-lain

(RM)

Aset Tetap

Contoh: Bangunan Kilang

32,000

Modal Pusingan

Contoh: Bahan Mentah

20,000

Lain-lain Perbelanjaan

Contoh: Permit dan Lesen Road Tax / Insuran

1,800

JUMLAH

32,000

20,000

1,800

vi. RANCANGAN KEWANGAN

i. Kos Pelaksanaan Projek

ii. Sumber Pembiayaan Projek

iii. Aliran Wang Tunai

iv. Penyata Pendapatan (Untung / Rugi)

v. Kunci Kira-kira

vi. Jadual Bayaran Balik Pinjaman / Sewa Beli

vii. Jadual Susut Nilai Kenderaan / Bangunan / Perabot dan lain-lain Aset Tetap

3. RUMUSAN

Pemohon hendaklah mengulas serba ringkas tujuan projek ini dijalankan dan RP disediakan serta menekankan harapan agar RP ini dipertimbangkan dengan ayat dan terma yang bersesuaian supaya RP anda menyakinkan pihak penilai projek.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Abi Agro di Astro Awani

June 16, 2009 · Filed Under semasa · Comment 

Pada 22 May 2009, saya telah dijemput oleh pihak Astro Awani untuk menjadi panel dalam sesi webcam dalam rancangan U-Wartawan bersama Nazri Kahar.

Sesi berlangsung selama setengah jam. Ini adalah kali pertama saya ke udara di kaca TV. Rasa gugup walaupon hanya sesi webcam.

Topik yang dibincangkan adalah Pertanian Adalah Perniagaan. Selain saya, en Mohd Aqram daripada Syarikat Kebunku Sdn Bhd juga dijemput sebagai panel dalam sesi telefon. Beliau mengusahakan tanaman cendawan.

Untuk makluman pembaca, U-wartawan mengutarakan pandangan generasi muda terhadap pelbagai isu semasa yang mendapat perhatian dalam dan luar negara ke arah revolusi minda kelas pertama.

Untuk menonton ulangan setiap episod yang telah dibincangkan dalam rancangan U-Wartawan, anda boleh ke blog mereka di

http://u-wartawan.blogspot.com/

atau untuk menonton temubual saya bersama en Nazri Kahar, boleh layari link di bawah:

http://u-wartawan.blogspot.com/2009/05/pertanian-adalah-perniagaan.html


ABI AGRO @ Astro Awani part 1


ABI AGRO @ Astro Awani part 2


ABI AGRO @ Astro Awani part 3

Terima kasih diucapkan kepada setiap krew rancangan U-Wartawan dan tuan Nazri Kahar kerana sudi menjemput saya dalam rancangan U-Wartawan.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Dana Usahawan Belia masih berbaki RM21j

February 20, 2009 · Filed Under Pinjaman · Comment 

Assalamualaikum

Dana Usahawan Belia masih berbaki RM21j

Itulah tajuk akhbar dalam Utusan hari ni yang menarik perhatian saya.

Dana pinjaman Skim Belia Niaga dan Skim Belia Tani yang dikendalikan Kementerian Belia dan Sukan melalui Bank Rakyat dan Agro Bank sehingga awal Febuari 2009 masih berbaki 21 juta.

Jumlah yang agak besar. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mensasarkan untuk mengagihkan baki pinjaman sebelum berakhirnya Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK-9)

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Rancangan Malaysia ke sembilan bermula pada 2006 dan berakhir pada 2010. Jadi inilah peluang anda untuk dapatkan bantuan menjalankan projek perniagaan dan pertanian.

Tetapi sebenarnya bukan semudah yang digambarkan pihak terbabit.

Apa yang saya boleh cadangkan disini adalah anda mulakan dulu projek dengan apa yang anda ada. Saya pernah menulis berkenaan hal ni.

Klik dibawah jika anda belum pernah membaca post tersebut:

“Siapa yang anda nak bagi pinjam

Pihak pemberi pinjaman perlu menanggung riziko bila meminjamkan wang mereka kepada peminjam. Jadi untuk mengurangkan risiko, kebanyakan pinjaman mudah diluluskan untuk mereka yang sudah menjalankan projek.

Anda perlu berusaha dan berikhtiar untuk menjalankan projek dulu baru memohon pinjaman. Contohnya, jika ada dikalangan anda yang ingin menanam cili fertigasi, usahakan untuk beli 100 unit polibeg, dan tanam pokok cili di dalamnya. Tanpa sistem sebab boleh mengurangkan kos. Tetapi perlu menyiram secara manual

Kemudian ambil gambar projek dan sertakan gambar projek yang telah diusahakan ke dalam kertas kerja.

Jangka masa projek: 1 bulan kemudian terus buat pinjaman.

1 bulan adalah tempok anak pokok cili matang untuk dipindahkan ke dalam polibeg. Lepas pindah anak pokok ke polibeg, terus buat kertas kerja dan mohon pinjaman.

Ini adalah berdasarkan pandangan saya. Tiada kaitan dengan pihak bank serta pihak Kementerian Belia dan Sukan. Anda boleh cuba. Jika memang rezeki anda, insyaAllah mudah untuk dapat pinjaman.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Kursus cili fertigasi sesi 3 2009

February 7, 2009 · Filed Under kursus · Comment 

Alhamdulillah, berakhir sudah sesi hari ni. Letih sangat tapi gembira.

Terima kasih kepada semua peserta.

8 peserta termasuk seorang OKU. InsyaAllah semua peserta boleh berdikari selepas ni.

Segala teori dan praktikal dari pemilihan biji benih, semaian biji benih, perpindahan anak pokok, pencampuran baja serta formulasi baja fertigasi cili dan pemasangan sistem di adakan dan setiap peserta dapat merasai pengalaman bagaimana melakukan setiap perkara.

Untuk maklumat lanjut kursus cili fertigasi anjuran Abi Agro dan Agro Fast Forward, boleh layari laman web di bawah:

http://affekursus.blogspot.com/

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Demi Masa

February 4, 2009 · Filed Under semasa · Comment 

Raihan – Demi Masa

Klik link di atas untuk menonton video clip Raihan – Demi Masa

Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Yang beriman dan beramal saleh
Ah…

Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah…

( korus 1 )
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

( korus 2 )
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Yang beriman dan beramal saleh
Ah…

( ulang korus1, korus2 )

Read more

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Pungut sayur hidroponik

January 30, 2009 · Filed Under Pertanian · Comment 

Assalamualaikum

Sayuran hidroponik yang saya semai bulan lepas dah boleh dipungut. Seronok juga hidroponik ni. Tanam, Tinggal dan Tuai.

Tapi tak boleh terus tinggal, kena refill air dalam takung bila dah berkurangan.

Makan sayuran fresh dari ladang, tanpa racun serangga.

Tapi ada juga pelombong daun dok kat daun sawi dan kangkung. Tak pe la. Memang rezeki pelombong daun tu. Sikit ja daun yang kena serang. Pelombong daun tu sejenis serangga. Nanti saya ambil gambar kesan seranggan pelombong daun.

Owh! Lupa pula nak maklumkan, saya tanam sawi hidroponik dan kangkung hidroponik.

Lepas ni ada tambahan salad hidroponik pula.

Ni kangkung yang dah boleh pungut

Tu kangkung yang saya dah harvest. Banyak gak la. Boleh 2 kali masak. Untuk 2 orang makan. Kangkung paling bes, jangan potong habis, sebab nanti pokok baru akan tumbuh. Kangkung boleh ditanam guna keratang batang.

Ni plak sawi hidroponik. Mak saya kata lobak. Erm… konfius jugak saya. Yang saya paham, kalau lobak, yang Roger Rabbit dok makan atau dalam bahsa omputehnya carrot.

Sawi ni amik 2 – 3 pokok sekali masak. Jadi ada 3 kali masak sebab set hidroponik tu ada 8 lubang.

Mana nak beli hidroponik tu?

Klik link kat bawah:

http://abiagro.com.my/v1/diy-set-hidroponik

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Theme baru

January 28, 2009 · Filed Under semasa · Comment 

Assalamualaikum

Ting tong! Cubaan untuk tukar theme baru.

Semoga blog ni akan nampak lagi “meriah” :D

Nak redesign header… tapi idea belum keluar lagi.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Maal Hijrah 1430

December 30, 2008 · Filed Under semasa · Comment 

Assalamualaikum

Tahun baru Islam sudah menjelma. Tahun baru 2009 bakal menjelma tak lama lagi. Banyak perkara suka duka berlaku dalam hidup kita semua.

Semoga kehidupan di tahun baru menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi.  Baik, buruk, susah, senang bergantung pada diri kita sendiri.

Setiap permasalahan ada jalan penyelesaian. Ada jalan mudah, ada jalan susah. Tapi yang perlu kita fikirkan adalah pengakhirannya. Walaupon kadang-kadang jalan yang dipilih adalah susah, selalu yang berlaku, diakhirnya kita akan menemui sesuatu yang indah.

Kesabaran, keyakinan, menjadi tunjang pada kejayaan.

Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 pada semua pembaca blog www.mohdashraf.com dan kepada pelanggan Abi Agro (www.abiagro.com.my).

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Related Posts with Thumbnails

« Previous PageNext Page »