Ashraf Technologies dan Abi Agro
assalamualaikum
lama betul saya tak menulis
terlalu sibuk dengan urusan harian
untuk makluman, saya dah menutup syarikat Ashraf Technologies
penutupan syarikat tersebut di buat kerana saya ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada syarikat baru iaitu Abi Agro.
Abi Agro ditubuhkan untuk menjual barang-barang fertigasi di negeri Perlis. Tak lupa juga, pada anda yang ingin membeli barang fertigasi, untuk dibuat secara kecil-kecilan, saya ada sediakan khidmat pos.Saya juga jual barang fertigasi secara pos.
Untuk Abi Agro, saya baru saja tempah banner untuk pengiklanan. Selain daripada banner, saya akan buat flyers dan brochure dan di edarkan di setiap kedai buku utama di negeri Perlis. Pos Malaysia juga ada menyediakan perkhidmatan pengiklanan, tapi buat masa ini, saya belum menggunakan khidmat mereka lagi.
Selain daripada perkara di atas yang akan saya gunakan, saya telah mengiklankan servis yang syarikat tawarkan dengan membuat fertigasi di sebelah rumah. Disebabkan kedudukan rumah saya yang berhampiran dengan jalan utama, 100 polibeg fertigasi yang disusun kemas menarik perhatian orang yang lalu lalang untuk bertanya saya tentang apa yang saya buat. Dan ada juga yang tau tentang fertigasi, akan bertanya tentang barangan fertigasi. Dengan cara ini, saya boleh jual barang, tapi tak sepenuhnya mengiklan.
Insyaallah, selepas siap banner, mungkin saya akan bertambah sibuk melayan pelanggan. Doakan semoga saya berjaya

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Comments
One Response to “Ashraf Technologies dan Abi Agro”
Leave a Reply











Sdr Ashraf, saya sedang berusaha menanam pisang berangan secara kecil-kecilan dikawasan kampung saya di Perlis.Saya dapat tahu sdr. ada bekalan benih pisang kultur tisu. Saya berminat mendapatkannya. Kalau tak keberatan minta sdr bagi tahu alamat sdr supaya dpt saya hubungi.
Sekian.
Mohd Ashraf: Ni alamat saya:
Abi Agro,
No.7, kampung Tengah Abi,
01000 Kangar
Perlis.
017-3458032
Sila telefon saya dulu sebelum datang.