Jual hasil

April 8, 2008 · Filed Under Pemasaran & Promosi, Perniagaan, Pertanian 
jual-hasil

Assalamualaikum

Nampaknya rakyat Malaysia sekarang ini dah sedar tentang kepentingan pelaburan.Ramai yang berminat untuk mengusahakan projek pertanian, perikanan atau penternakan sebab disogokkan dengan cerita pulangan yang tinggi yang bakal diperolehi. Ada juga syarikat yang menyediakan konsep pelaburan dalam bidang agro ini. Contohnya perlu keluarkan wang pelaburan dan tanpa susah payah berusaha, akhirnya dapat pulangan berlipat kali ganda dengan syarikat membeli semula hasil. Tapi ada wang pelaburan hangus begitu saja sebab hasil tidak dibeli semula oleh syarikat seperti dalam perjanjian.

Ramai yang bertanya saya kat mana nak jual hasil yang akan diusahakan atau telah diusahakan. Setiap hasil yang dikeluarkan belum dikira sebagai pendapatan selagi anda tak jual hasil yang anda keluarkan. Tidak kiralah anda jual sendiri hasil kepada pengguna akhir atau anda jual hasil kepada pemborong.

Hasil perbualan saya dengan seorang penjual Kedai Buah Bimbingan Fama, penjual hanya akan melayan pertanyaan pengusaha yang telah menjalankan projek dan bukan semua buah yang diterima. Ada buah yang tidak diterima oleh penjual sebab telah mempunyai pembekal tetap. Jadi, kalau anda bercadang untuk bercucuk tanam, pastikan anda tahu kat mana nak jual hasil.

Sebagai tips, bila ke kedai buah untuk tinjau pasaran, anda cakap kat pekedai, anda baru saja usahakan tanaman, kelak baru keluarkan hasil. Jadi adakah pekedai tersebut ingin mengambil hasil anda? Jika ya, baru anda tanam.

Saya ada juga tanya pekedai buah, samada dia ingin membeli pisang berangan yang saya tanam, tapi katanya dia telah mempunyai pembekal tetap, tetapi tetap akan terima pisang dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, selepas ini, saya dah tau kat mana nak pasarkan pisang berangan yang telah saya tanam dan saya tak boleh tanam pisang secara besar-besaran di tempat saya kerana mungkin susah nak jual pisang tersebut kelak.

Sepohon pokok kelapa boleh hasilkan berpuluh-puluh biji kelapa, tapi belum tentu semua orang boleh jual sebiji buah kelapa.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Comments

2 Responses to “Jual hasil”

  1. DeeN on April 14th, 2008 2:37 pm

    Salam
    Nak tanya nih, asyraf orang Perlis ka?
    :)

    Mohd Ashraf: Salam, ya saya orang Perlis :D

  2. rahimi on April 28th, 2008 9:15 pm

    a’kum….. Tuan sy dah pun sewa tanah di N.Sembilan hampir 2 thn dan dah byk melabur modal termsk membeli traktor dan sebagainya ttp hingga kini masih memikirkan tanaman yg sesuai & pasaran modal pun dah tggl ciput, asalnya nak tanam jagung tp x tau mana nak jual. boleh Tuan advice sy skt

    Mohd Ashraf: W’salam. Bagaimana kalau tanam sayur ? Hantar terus ke pemborong di pasar. Atau terus ke kedai makan. Memang nak berniaga ni susah kalau tiada pembeli, seelok-eloknya, cari pembeli dulu. Kat perlis ada seorang penanam jagung. Dia jual jagung tu tepi jalan. Besar gerai dia. Setiap masa dia jual jagung je. Bila orang dah tau sesuatu tempat ada jual sesuatu benda setiap masa, tiada masalah di kemudian hari, bila orang nak makan jagung, orang akan ke tempat dia… Mulanya memang sukar, sebab orang belum tau, tapi bila orang dah tau, tiada masalah. Promosi yang penting.

Leave a Reply