Bicara Tani

February 20, 2008 · Filed Under Perniagaan, Pertanian 
bicara-tani

Assalamualaikum,
Pada 14 Februari yang lepas, saya telah mengikuti forum Bicara Tani anjuran Kementerian Pertanian di Putra Palace. Antara agensi yang terlibat adalah Kementerian Pertanian Malaysia, FAMA, MARDI, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Bank Pertanian Malaysia.

Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah peluang penternakan yang ada di Malaysia. Umum mengetahui kekurangan daging kambing dan daging lembu di Malaysia. Pada tahun 2006, peratus pengeluaran lembu adalah 7% dan kambing adalah 0.4%. Jadi negara kita kekurangan daging lembu sebanyak 93%, kambing sebanyak 99.6% dan semuanya terpaksa di import dari luar negara.

Di Malaysia, hanya ada 26 orang pengusaha lembu komersial. Untuk mentakrifkan sesuatu projek penternakan lembu secara komersial, pengusaha perlu mempunyai sekurang-kurangnya 50 ekor lembu.

Pada masa sekarang, kebanyakan ternakan diberi secara kelompok, tidak seperti dulu, yang mana diberi 1:1 untuk setiap pengusaha. Sekarang, pengusaha disuatu kawasan perlu membentuk kelompok untuk memohon bantuan. Bantuan yang diberikan adalah ruminan, kandang dan makanan. Ini untuk menghalang daripada penjualan baka yang diberi percuma oleh Jabatan Haiwan oleh sesetengah pengusaha seperti yang berlaku sebelum ini. Tapi, dengan adanya kelompok, bantuan yang lebih besar akan diberikan.

Selain daripada tu, peluang kepada penggemar ikan hiasan untuk mengkomersialkan hobi mereka. Ikan guppy yang dikatakan senang dipelihara juga boleh di eksport ke luar negara. Tanpa peralatan yang canggih, mahal dan luas, sesiapa pon boleh memelihara guppy ni. Eksport ikan hiasan pada tahun 2006 adalah berjumlah RM101.4 juta.

Tumbuhan akuatik air tawar pon boleh juga ditanam dan di eksport. Kenapa banyak permintaan untuk ikan hiasan? Masa saya mengikuti Bengkel Bimbingan Niaga Tani anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, ada dimaklumkan bahawa rakyat eropah gemar memelihara ikan untuk ketenangan fikiran. Jiwa tenang je bila tengok ikan berenang-renang. Tapi, disebabkan mereka selalu keluar bercuti, ikan hiasan mereka akan mati sebab tadak orang jaga, jadi mereka akan membeli ikan hiasan yang baru pula.


Majlis perasmian program Bicara Tani oleh YB Cikgu azam, Exco Pertanian Negeri Perlis

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Comments

Leave a Reply