Pemangkasan Cili
Posted by Mohd AshrafAug 10
Pokok cili perlu dipangkas untuk dapatkan hasil yang optimum.
Tujuan pemangkasan untuk beri pokok cili berbuah besar pada batang utama.
Tapi ada pengusaha cili yang menanam pokok dalam keadaan serong untuk memperbanyakkan pengeluaran dahan dan akan banyak mengeluarkan buah.
Jadi, cara dan kaedah bergantung pada pengusaha itu sendiri. Tapi saya lebih suka tanam tegak dan hanya jaga batang utamanya saja.
Cara untuk memangkas, buang semua tunas yang keluar di batang utama.
Jika daun pada bahagian atas banyak, baru saya buang daun di batang utama. Kira dogol la batang utama tu, tiada daun dan dahan.
Kalau daun sikit di bahagian atas, saya biarkan saja daun di batang utama hinggalah daun di bahagian atas tu banyak, Jika tidak, pokok akan kekurangan daun untuk buat proses fotosintesis.
Di bawah ni adalah gambarajah pemangkasan pokok cili











Satu tips yang menarik dan boleh dijadikan panduan untuk penanam baru.
Mohd Ashraf: Terima kasih zool kerana sudi melawat blog ni.
Saya ada soalan.Umur pokok berapa bulan kita nak mulakan teknik ini?tq
Mohd Ashraf: En Zul, umur sebulan dah ada tunas keluar dari batang utama. Dah boleh buang dah tunas-tunas tu.