fertigasi, cili dan hujan

November 3, 2009 · Filed Under Pertanian 

Musim hujan kembali lagi pada hujung tahun. Harga cili diramalkan tinggi sebab musim kenduri, pokok cili mudah diserang penyakit….

Dengan ini, diistiharkan perang penyakit tanaman cili. Pada musim hujan, racun yang disembur pada pokok akan di”basuh” oleh air hujan. Jadi, tiada kesan pada serangga. Untuk elakkan daripada racun dibasuh begitu saja, anda dinasihatkan untuk gunakan “gam racun” bersama racun yang disembur ke pokok.

Gambar contoh gam racun.

Dengan cara ini, dapat tambahkan sedikit kesan penggunaan racun pada tanaman. Jika tak, racun yang disembur hilang begitu saja. Dah la racun sekarang ni mahal.

Apa tu “gam racun”? Gam racun ni untuk lekatkan racun yang kita sembur pada daun. Dapat la racun tu bertahan pada daun pokok daripada dihakis oleh air hujan. Selain digunakan pada musim hujan, gam ni boleh juga digunakan diluar musim hujan, sebab gam racun ni ada sifat untuk ratakan racun pada tempat semburan.

Tapi pastikan racun yang disembur bersama gam racun tu tak kena hujan pada awal semburan, doakan semoga hujan tak turun sejam dua, untuk bagi gam racun tu berkesan lekat pada tempat semburan dan racun tu melekat dua tiga hari kat pokok. Ada banyak jenis gam racun dipasaran, murah je, bawah RM40 dah boleh dapat.

psstt…. nanti ada yang kata, baik doa untuk tak bagi hujan terus tak turun. Hik jangan begitu, hujan tu rahmat. Mungkin hujan ni menyukarkan penanam cili, tapi mungkin bagi sesetengah pihak, hujan memudahkan kerja dorang.

Dalam setahun, ada masa hujan, ada masa kering. Pada masa kering, penanam cili gembira, sebab memudahkan kerja. Tapi jangan pula marahkan hari hujan, sebab mungkin musim hujan ni, akan menggembirakan orang lain pula.

Kalau hujan lebat, banjir macam mana pula? Ni kita kena serah padaNYA. Setiap kejadian ada sebab akibat. Kita yang rakus, menyebabkan saliran tersumbat, pokok-pokok ditebang, hakisan dan sebagainya. Tu dari segi lahiriah, dari segi spiritual pula, mungkin tuhan nak ingatkan kita, bahawa setiap rezeki daripadaNYA, jadi kita kena ikut perintahnya, jangan sombong padaNYA, bila-bila masa DIA boleh beri rezeki dan tarik balik rezeki tu. Tapi jangan hairan jika musim hujan pon rezeki melimpah ruah. Iyela, musim hujan harga tinggi disesetengah kawasan. Rezeki juga tu.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Fertigasi gagal lagi Lagi sekali keluar topik fertigasi gagal. Saya bukan obses dengan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments

One Response to “fertigasi, cili dan hujan”

  1. ysuhaimi on November 22nd, 2009 2:55 am

    Ini bukan gam racun. Ini dipanggil wetting agent. Fungi nya untuk meratakan racun pada seluruh permukaan daun.

Leave a Reply