Fertigasi gagal?
Posted by Mohd AshrafOct 4
Ada juga sesetengah orang yang berpendapat teknologi fertigasi adalah suatu teknologi yang gagal. Banyak projek yang dibuat gagal. Pada pendapat saya, kegagalan sesuatu projek itu disebabkan tiada kesungguhan dalam melaksanakan projek. Kerana fertigasi hanyalah salah satu sistem dalam pemberian baja kepada pokok. Adakah sistem tersebut gagal?
Setiap apa jua perkara yang ingin dilakukan, kalau tiada kesungguhan, memang susah nak berjaya. Tambahan pula, jika kena memberi sepenuh perhatian kepada projek tersebut. Dalam hal yang berkaitan dengan pertanian, pengusaha hanya perlu tumpukan sepenuh perhatian kepada sesuatu fasa.
Contohnya dalam fertigasi, pengusaha wajib mempunyai masa untuk menjaga sistem pengairan sekurang-kurangnya seminggu sekali, sembur racun serangga dan racun kulat bila diperlukan. Memang fertigasi adalah mudah, tapi tidak boleh diabaikan perkara-perkara wajib dalam menguruskan sistem fertigasi. Kerana perkara-perkara wajib inilah yang akan membawa kepada kegagalan.
Jadi, sebelum anda ingin keluarkan modal untuk buat sistem fertigasi, pastikan anda ada masa yang cukup untuk perkara wajib yang saya sebutkan. Jika anda tiada masa, pastikan ada orang yang boleh membantu anda. Disebabkan fertigasi hanyalah satu sistem pemberian baja dan air SAHAJA, maka kalau projek fertigasi anda gagal, bukan fertigasi yang harus dipersalahkan. Anda perlu belajar lagi bagaimana untuk menjaga pokok yang anda tanam.
p.s: Kalau buat fertigasi cili atau tomato, pastikan anda jaga pokok anda daripada seranggan serangga perosak dan kulat. Terlalu sensitif. Pada hemat saya, hal ini yang membuatkan harga cili mahal dipasaran.











Salam tuan..
saya ingin bertanya utk 100 pokok,berapakah kos pembajaan utk 1 musim dan berapa lama tempoh utk pokok mula membuahkan hasil?
Mohd Ashraf: Salam. Kos baja untuk 1 musim adalah RM320. Anda boleh pungut hasil yang pertama antara 2.5 bulan hingga 3 bulan.
mahal la harga baja semusim utk 100 pokok.kalau mcm tu brp sgt untung bersih bleh dpt bg 100 pokok?
kalau baja fertigasi(A&B) 100L tahan brp lame bg tanaman 100 pokok?
setakat kajian saya dlm internet ape yg saya paham baja hanye diberi seminggu sekali manakala air 2 kali setiap hari.betul ke?
klu btl nape kos baja byk sgt pulak.
Mohd Ashraf: Untuk masa sekarang, memang semuanya naik harga, sebelum kenaikan harga minyak lagi dan saya percaya, harga akan meningkat dengan peningkatan harga minyak pula. Air yang diberi pada pokok adalah air baja, 4-6 kali sehari. Saya ulangi 4-6 kali sehari. 1 set baja (25kg) untuk 3 bulan.