Hari yang meletihkan
Posted by Mohd AshrafSep 25
Genap sebulan umur anak cili saya. Harini adalah hari untuk menanam pokok cili. Tapi cuaca terlalu panas. Mungkin saya akan tanam pada pukul 7 malam ni. Sementara nak tunggu waktu berbuka.
Gambar kenang-kenangan yang sempat saya rakamkan untuk tatapan umum pada cubaan pertama.

Anak cili yang berumur sebulan. Cukup umur untuk ditanam

Buluh untuk dibuat pancang. Saya ambil pagi tadi. Fuh! Letih betul. Harini banyak betul air hilng dalam badan. Sebab tu saya tak berapa berani buat kerja tengah panas lama-lama. Saya dah merasa azab hilang air dalam badan atau nama omputehnya dehydration.

150 polibeg. Hanya 114 polibeg saja akan ditanam cili. Selebihnya akan ditanam capsicum dan terung

Banner sementara yang saya buat di depan pagar rumah. Satu-satunya syarikat berdaftar yang menjual barang fertigasi di negeri Perlis.











Leave a Reply