Jualan Anak Pisang Kultur Tisu

December 6, 2007 · Filed Under Perniagaan, Pertanian 
jualan-anak-pisang-kultur-tisu

Assalamualaikum
Akhirnya berjaya juga saya adakan jualan anak pisang kultur tisu.
Buat masa ini, anak pisang kultur tisu yang dijual adalah Pisang Emas, Pisang Berangan dan Pisang Rastali dan setiap satu berharga RM1.30.
Anak pisang yang dijual ni bukan di dalam polibeg, jadi setiap anak pisang kultur tisu haruslah disemai di dalam polibeg.

Cara menyemai anak pisang kultur tisu

1. Isikan polibeg, 6″ x 9″ dengan tanah.
2. Rendam anak pisang kultur tisu dengan racun kulat (eg: 0.1% Thiram) sebelum tanam di dalam polibeg.
3. Letakkan anak pisang kultur tisu di bawah 70% lindungan dan kelembapan.
4. Siram 2 kali sehari.
5. Selepas 3 minggu, buang dinding lindungan.
6. Semasa minggu ke 5, buang bumbung lindungan, pastikan air tetap disiram 2 kali sehari.
7. Anak pisang kultur tisu sedia untuk dipindahkan ke ladang selepas 8 hingga 9 minggu dan ketinggian anak pisang kultur tisu lebih kurang 9″.

    Pemberian Baja

Baja diberi setiap 5 hari, bermula pada hujung minggu ke 2 selepas semai.
1. Permulaan: NPK 15/15/15 (5gm dalam 1 liter air)
2. Selepas hari ke 5 dan seterusnya: NPK 15/15/15 (10gm dalam 1 liter air)

PERCUMA! Manual Penjagaan Pokok Pisang

Untuk tempahan, sila klik di sini.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Comments

19 Responses to “Jualan Anak Pisang Kultur Tisu”

  1. Mohd nasir on December 31st, 2007 3:35 am

    Assalamualaikum!
    Menarik web saudara, byk menambahkan info utk saya. Ada beberapa soalan utk saudara:

    1) Benih Pisang-Bayaran penghantaran RM25/= utk Negeri Perlis shj kah? Kalau di luar Perlis? Kedah contohnya. Adakah bayaran masih sama?

    2) Fertigasi-Cili: Apakah jenis cili yg di sukai dalam pasaran?
    (Sbb saya bercadang nak mulakan cili fertigasi)

    harap dapat membantu..

    Sekian Terimakasih.

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam.Terima kasih kerana melawat blog saya. Penghantaran RM25 tu untuk seluruh Malaysia tak kira berapa unit (min.: 100 unit anak pisang) Cili yang disukai di pasaran ialah kulai, harga pon tinggi.

  2. aminuddin on January 7th, 2008 12:12 am

    assalamualikum saudara. tahniah atas kejayaan anda. saya sungguh teruja untuk mencuba menanam cili disekitar rumah saya seperti saudara buat dlm polibeg.
    soalan. 1. dimana saya boleh beli biji benih cili besar.
    2. jenis baja dan racun yg saudara gunakan
    terimakasih

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en aminuddin. Benih boleh beli di kedai-kedai pertanian. Kalau nak benih Kulai F1 569, saya ada jual. 1gram (lebih kurang 150 biji benih) RM3.50. Tambah RM2.50 untuk Pos Express. Saya pakai baja fertigasi, dan racun organik.

  3. nasirsik on January 8th, 2008 10:35 am

    Assalamualaikum!..
    Saya dah send soalan ni, tapi ntah pi kemana tak tau. Sebenarnya saya tertarik dgn benih pisang t.kultur ni. So adalah beberapa soalan nak tanya saudara Ashraf sbb saya dah cari older posting saudara pasal topik ni, mungkin tadak kot.
    1) Kenapa mesti tisu kultur. Dari segi hasil ,penjagaan,pembajaan, penyakit adakah sama dgn benih biasa. (bercadang nak cuba jugak). Kat mana blh cari info ni
    2) Saya ada beli benih cili (tak sure 833 or 866) tp dah 4-5 bln dok simpan dlm peti sejuk (projek tergendala, infra tak siap). Brp lama blh tahan benih tu & any komen tentang benih jenis tu.

    Saya ni baru nak melangkah dlm platform ni, tu yang dok tanya byk tu. Terima Kasih. Semoga 2008 akan lebih baik dr tahun lepas bg saudara.

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en Nasir. Untuk soalan pertama, kenapa mesti tisu kultur? Tujuan tisu kultur dibuat adalah untuk pengklonan. Nak banyakkan induk, dan bila dibuat tisu kultur, anak benih tersebut akan bebas daripada penyakit. Jadi, tak sama dengan anak sulur biasa. Daya tahan pokok tersebut juga tinggi sebab dari kecil lagi, pokok tersebut dijamin bebas penyakit dan bila induknya ada buah besar dan pokoknya sihat, klon tersebut juga akan mengikut seperti induk. Bila sesuatu projek dibuat secara komersial, pembajaan dan meracun dibuat secara berkala. Bagi saya, pembajaan dan meracun adalah penting, sama seperti jika menternak binatang. Harus diberi makan dan jika sakit, harus diubati untuk dapatkan hasil yang maksimum.

    Soalan kedua pula, benih tu dapat bertahan lama sehingga bertahun-tahun asalkan betul cara penyimpanan. Simpan ditempat kering atau kedap udara dan gelap. Yang selalu saya buat, simpan di dalam sampul surat (kering) dan letak di dalam peti sejuk.

    Boleh saya tau apa yang menghalang projek fertigasi ni daripada diteruskan? Mungkin saya boleh bantu

  4. nasirsik on January 14th, 2008 2:48 am

    Terimakasih atas semua jawapan. Amat membantu. Sebenarnya bukan tergendala terus, cuma moving slow sikit. Masalah MASA. Saya keja, weekend ja blh buat. Tp klau dah siap semua infra akan ada org take care la. Nak terus buat fulltime, comfident level rendah lg. Experience pun tadak.Bergantung pd 1st projet ni la. Kalau succes insyaallah, blh di fikirkan.
    Bersih tapak dlm bln Ogos last year, musim hujan hampir setiap hari, bersambung puasa (no activiti), hujan balik,bln nov-dec tiap2 minggu org kawin, mcm2 hal, too slow.Tapak dlm 0.8 relung, plan 2000 pokok (bergantung keadaan). Peralatan 30% dah ada. Progres mungkin update dlm blog: http://www.tanjongagro.blogspot.com (baru buat ja, tanya org. hehe..tak publish pun malu..). Blh Ashraf komen sikit pasal blog.
    Anyway Ashraf punya blog byk bg info tentang fertigasi, pisang kat saya. So far itu saja.

    Thx…

    Mohd Ashraf: Nampaknya, en nasir banyak bazirkan duit buat RnD sendiri. Apa kata en Nasir keluarkan duit untuk kursus dalam satu-satu projek dulu. Kemudian, buat projek tersebut hingga berjaya baru pindah ke projek yang lain. Kadang-kadang kita rasa kita boleh buat sesuatu perkara bila tengok projek yang dah ada, tapi kita tak ambil berat tentang perkara-perkara kecik yang kita tak nampak kat projek yang kita tengok tu. Hanya kursus yang dapat beri ilmu dalam sesuatu projek dengan cepat.

  5. nasirsik on January 15th, 2008 5:00 am

    Terimakasih atas nasihat saudara. Memang betul kata Ashraf, dulu saya cuma ikut kawan saja. Sekarang saya cuma nak tumpu kat fertigasi ni saja dulu. Insyaallah sampai berjaya. Utk fertigasi dah attend basic course utk setup system saja, penjagaan tanaman/racun/penyakit mungkin blh tanya org pertanian.cuma nak praktik saja. Doakan saya..

    Mohd Ashraf: Rasanya sekarang ni dah ada kursus fertigasi untuk sesuatu jenis tanaman. Ikuti saja kursus yang dianjurkan. Pengikut pengalaman saya, susah jugak setiap masalah nak tanya orang. Tapi insyaallah, dengan sistem fertigasi ni, bila dah lalui 1 musim, dan boleh buat projek lain pula, sebab penjagaan sistem fertigasi yang mudah. Semoga berjaya.

  6. saleh on January 23rd, 2008 3:18 pm

    Assalamualaikum!
    Saya ingin tahu adakah en Ashraf menjual benih k.tisu pokok pisang lang

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Buat masa ni, saya hanya jual kultur tisu pisang berangan saja

  7. Abu Bakar Bin Mamat on February 11th, 2008 10:50 am

    Assalamualaikum Yap,
    Hebat nampak sekarang? baguslah idea u ni…
    Di mana saya boleh melawat tempat tau lab kultur tisu pisang selain dari synergy di pulau pinang?
    Saya ada masalah dengan budget UPSI untuk lawatan pelajar?

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en Bakar. Saya akan hubungi di telefon. Terima kasih kerana melawat blog saya.

  8. anita binti za'aba on February 15th, 2008 6:15 am

    Assalamualaikum….

    Suami saya, sekarang baru permulaan bercadang untuk menanam pisang berangan, tanduk dan lain-lain. Baru bersihkan kebun dan hampir siap.

    Bingung mana nak dapatkan benih pisang dan berapa banyak modal untuk usahakan tanaman ini…..

    Mohd Ashraf: Pn Anita, kos bergantung kepada tempat. Ada tempat mahal, ada yang murah. Kalau nak tanam anak pokok, pastikan anda tanam musim hujan, tak susah untuk siram anak pokok tersebut. Pastikan tiada air bertakung kat pokok pisang. Anda boleh dapatkan anak pisang berangan kultur tisu daripada saya. Untuk lebih lanjut, klik kat sini Jualan Anak Pisang Kultur Tisu

  9. Ab Karim Wahab on February 20th, 2008 4:28 am

    En Ashraf

    Saya juga bercadang menanam pisang Cavendish .
    2) Berapa jarak dari satu pokok ke satu pokok ?
    3) Kalau nak beli katakanlah 1,000 benih tisu pisang cavendish , sdr beri diskaun ke?
    4) Agak dengan pembayaran RM25 (serata Malaysia) kos pengangkutan berapa banyak benih yang boleh diangkut?
    5) Setelah ditanam benih tersebut di ladang , apa baja yang kita gunakan ?
    6) Boleh tahu dimana terletak ladang saudara ?
    Maaf kerana banyak benar soalan dari Petani Baru ini.
    Ab Karim Wahab
    Bandar Bau Bangi
    20 Feb 2008

    Mohd Ashraf: Assalamualaikum, buat masa sekarang, hanya Pisang Berangan yang saya jual disebabkan beberapa masalah dengan pisang lain.
    2) kalau 2.5m x 2.5m dapat 1,600/hektar dan kalau 3m x 3m dapat 1,100/hektar
    3) boleh dirunding
    4) RM25 untuk seberapa benih yang tuan order
    5) Baja yang digunakan mengikut peringkat umur adalah CIRP, MOP, GML (manual disediakan untuk setiap pembelian)
    6) Ladang saya terletak di Kangar, Perlis (Abi Agro)

  10. iswan on May 16th, 2008 3:00 pm

    Assalamualaikum saudara Ashraf…
    Blog anda membuatkan saya jadi lebih berminat dgn bidang pertanian ini dan terima kasih kerana sudi menjawab soalan dari para pembaca blog anda. Info yg anda berikan memang berguna terutamanya buat para pembaca yg bercadang dan baru menceburi bidang pertanian ini.
    Saya ada beberapa soalan buat saudara, seperti yg saudara cadangkan supaya saya menanam sayuran sebagai sampingan selain nenas sebagai tanaman utama, saya rasa kurang berminat untuk memberi tumpuan kepada sayuran kerana proses penjagaan yg agak rumit. Apa pendapat saudara sekiranya saya ingin menanam pisang sebagai tanaman sampingan saya tetapi bukannya bersama-sama dgn nenas tetapi saya akan memperuntukkan seekar untuk tanaman pisang. Soalan saya:-
    1) Berapa lama pokok pisang akan mengeluarkan hasil untuk dijual?
    2) Apakah jenis pisang yg laris dan agak sukar dijumpai dipasaran semasa?
    3) Berapa byk pokok pisang yg boleh ditanam didalam kawasan seluas 1 ekar?
    4) Apakah risiko utama dalam menanam pokok pisang ini?
    5) Bagaimanakah caranya untuk saya membeli benih pisang dari saudara dan berapakah harganya?
    Mungkin agak byk soalan saya pada saudara tetapi bila membaca blog saudara saya rasa pisang memang boleh mendatangkan hasil jika tumpuan diberikan sepenuhnya.
    Terima kasih saudara.

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam iswan.
    1. Untuk pusingan yang pertama, ambil masa 9-10 bulan, seterusnya 3-4 bulan.
    2. Pisang berangan, pisang mas, pisang rastali selain pisang yang dibuat kerepek atau digoreng.
    3. Lebih kurang 950/ekar
    4. Masalah tanaman pisang yang utama (selain daripada tanaman pisang untuk digoreng/kerepek) adalah penyakit fusarium. Penyakit ini datangnya daripada tanah. Kalau kawasan tersebut tiada penyakit fusarium, insyaAllah tiada masalah yang kronik. Hanya kawalan serangga bila memerlukan.
    5. Untuk membeli anak pisang tisu kultur, sila klik link di bawah:
    http://mohdashraf.com/v1/?page_id=103

  11. bapak on June 20th, 2008 6:01 pm

    assalamualaikum sdr asraf
    Ada tak buku atau e book tentang manual teknik mudah tisu kultur

    t/k

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam
    Maaf, en, tiada buku atau manual tentang hal ini lagi.

  12. nizam on June 24th, 2008 2:53 pm

    Saya bercadang untuk membeli anak pisang tisu kultur dari saudara, tetapi ada beberapa soalan yang saya hendak tanya.

    1. Tak mati ke anak pisang ni semasa penghantaran? kebun saya di temerloh.
    2. Rendam anak pisang kultur tisu dengan racun kulat (eg: 0.1% Thiram) sebelum tanam di dalam polibeg.

    Mohd Ashraf: InsyaAllah pokok tu tak mati, seluruh Semenanjung Malaysia dah pernah saya hantar. Cuma pastikan tarikh yang akan saya bagitau masa penghantaran bukan hari cuti dan ada orang di alamat yang dinyatakan.

    2. Celup saja untuk pastikan racun Thiram lekat pada anak pokok. Saya ada sediakan manual. Thiram saya jual 20gm RM3, cukup untuk kegunaan 1000 anak pokok.

  13. razak on June 25th, 2008 7:30 am

    assalamualaikum..
    Boleh bagi saya contact no. untuk saya beli anak benih pisang tisu kultur atau yang lain?
    urgent.
    Tq.

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. En boleh hubungi saya di talian 017-3458032 (Ashraf)

  14. hafiz on July 12th, 2008 1:36 pm

    salam..saya ingin bertanya..bolehkah saya mendapatkan info tentang pisang tissue culture ni??harap en ashraf dpt membantu saya

    Mohd Ashraf: Salam. InsyaAllah boleh

  15. Muhamad Rosli Bin Dahlan on July 14th, 2008 2:07 am

    Assalamualaikum,Encik ashraf.Saya ada beberapa soalan pasal anak pisang berangan kultur tisu.

    1)Boleh saya mendapat pesanan lebih awal ,lebih kurang 1 minggu.
    2)Pesanan di hantar ke rumah atau ke tempat lain.
    3)Sesuaikah anak pisang boleh tumbuh subur di kawasan penanaman semula ladang getah yang berusia berusia 2 tahun dan keluasan 10 ekar.
    4)Bagaimana dengan pemasaran secara kormesial.Bolehkah pihak tuan menolong.

    Maaf kerana terlalu byk soalan.

    Rosli.
    EADS

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam En Rosli
    1. Maaf en Rosli. saya tak dapat siapkan anak pisang dalam masa 1 minggu.
    2. Pesanan dihantar menggunakan kurier Nation Wide dan ke alamat yang en Rosli beri.
    3. Pisang memang ada ditanam secara integrasi dengan pokok getah. Tapi saya kurang pasti ketinggian pokok getah yang berumur 2 tahun. Jika cukup cahaya untuk pokok pisang buat fotosintesis, insyaAllah tiada masalah pokok pisang tu nak membesar.
    4. Untuk pasaran, en Rosli kena berbincang dengan kedai buah-buahan yang terdapat disekitar tempat en.

  16. amira on August 12th, 2008 9:47 am

    Assalammualaikum, boleh ker tanaman pisang ini dibaja dgn menggunakan baja kompos?

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Boleh dan digalakkan

  17. Heaven on September 13th, 2008 10:28 pm

    klau benih pisang berangan tisu kultur ni…

    Boleh bebas dr penyakit fusarium tu ke?

    Mohd Ashraf: Fusarium tu datang daripada tanah. Tapi memang anak pisang tisu kultur ni bebas daripada fusarium.

  18. abdfatah on November 4th, 2008 10:16 am

    salam …

    pokok pisang jem pistil dah.

    masalah betul aaa… asyik kuning aje daun … pertumbuhan terbantut. tanam cara biasa aje laa dari anak pokok pisang yang tumbuh subur. bila dah alihkan terus aje terbantut… hahaaa… kurang baja agaknya. tanah pun dah hilang vitamin. tu pasal jadi gitu agaknya…

    pisang kultur takleh nak order lagi aaaa…

    Mohd Ashraf: Cuba boh baja. Kalau ok, memang masalah tanah tu kurang subur ah :D

  19. KS Khew on December 27th, 2008 2:48 am

    Saya mencari anak pokok pisang raja dan dwarf cavendish. Sesiapa yang jual?

Leave a Reply