Kisah fertigasi saya
Assalamualaikum. Ada yang masih bertanya saya bagaimana nak mulakan projek pertanian. Sekali lagi saya menulis tentang pengalaman.
Saya bermula dengan kecil-kecilan. Saya bermula dengan 8 polibeg tomato fertigasi (16 pokok tomato) disebabkan saya hanya mampu mengeluarkan modal untuk 16 pokok tomato sahaja. Dengan 16 pokok tomato tersebut, saya telah memohon bantuan kerajaan (Jabatan Belia dan Sukan). Dalam masa yang sama, saya juga mengumpul modal untuk membesarkan projek fertigasi. Dengan wang yang saya kumpul, saya berjaya menanam dalam 150 polibeg fertigasi. Sekarang saya sedang membesarkan projek fertigasi saya kepada 1000 polibeg. Pembesaran 1000 polibeg disebabkan tanah yang saya ada, hanya mampu menampung sebanyak 1000 polibeg sahaja (separuh saya dah tanam pisang).
Jadi, kalau boleh, cuba usahakan dengan apa yang ada dulu. Kalau modal yang dikeluarkan tu besar, maka besar jugalah risiko yang perlu ditanggung kerana saya bermula dari “kosong”.
Pada mulanya, saya juga inginkan sesuatu projek yang dapat memberikan pulangan yang lumayan. Pisang dan betik menjadi pilihan saya. Tapi, saya perlu realistik dengan kemampuan saya (tanah). Dengan setengah relong tanah, hanya mampu menampung sebanyak 200 pokok pisang atau 350 pokok betik. Tapi hampir setahun baru boleh dapat hasil dan saya seboleh-bolehnya ingin dapatkan hasil yang cepat dan banyak, kerana sara hidup saya adalah bergantung kepada projek pertanian yang saya jalankan.
Jadi, selepas dibuat kajian, saya membuat keputusan dengan mengusahakan cili fertigasi. Kerana dengan setengah relong tanah, saya boleh menanam hampir 1600 polibeg cili (keluasan tanah yang ada juga perlu dibahagikan kepada pondok tangki dan pam).

Tentang Gambar: Cili sedia untuk dijual, dengan kurang daripada 100 pokok cili yang saya kutip selang sehari, boleh dapat hasil 1.5kg - 2.0kg.
Kepada sesiapa yang nak cuba buat fertigasi, saya sarankan buat dulu dengan 10 polibeg dan bila sudah yakin ingin membuat sistem fertigasi lengkap, cuba buat 100 pokok cili, sebab dapat juga jual cili tersebut. Dapat juga kumpul duit hasil cili untuk buat projek yang lebih besar atau untuk membeli barang-barang keperluan fertigasi seperti baja dan racun.
Mengenai PenulisMohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Comments
12 Responses to “Kisah fertigasi saya”
Leave a Reply











sedara, boleh ceritakan bagaimana memulakan projek fertigrasi cili ini? menarik. bagaimana sistem hos air dan penyiraman auto dilakukan and etc.tq.
Mohd Ashraf: Untuk ceritakan lebih lanjut tentang fertigasi, boleh ke http://www.abiagro.com.my. Di sana juga ada dijual Set Mini Fertigasi Auto. RM168 dan tambahan RM20 untuk penghantaran (RM178). Nak pasang pon mudah, sambung-sambung saja macam LEGO.Manual juga disediakan. Ada 10 polibeg, boleh belajar sistem fertigasi dan makan sendiri hasilnya. Baja fertigasi dan racun organik juga disertakan bersama pakej tersebut.
aslm wbh,utk baja mcm mana nak tau kandungan campuran sesuai dgn tanaman cili jika tiada EC meter? Apa pandangan sedara jika memakai benih yg murah spt di pasar raya? Memandangkan harga baja dan racun dah naik ada alternatif lain tak.Tq
Mohd Ashraf: W’salam. Boleh juga pakai benih yang murah, tapi kualitinya tidak terjamin. Kalau tiada EC Meter, tengok pada daun. Kalau kuning, kekurangan baja, kalau hijau terlalu gelap, terlebih baja. Buat masa sekarang, tiada lagi alternatif lain untuk racun dan baja. Saya masih lagi membuat kajian tentang racun dan baja alternatif. Insyaallah saya akan publish di blog saya tentang hal ini kalau saya berjaya.
Assalammualaikum..
Macam mana nak selamatkan pokok yang terlebih baja daripada mati?
Mohd Ashraf: Bagi air yang banyak kat pokok tu, sampai keadaan pulih seperti sedia kala
aslm en ashraf apa akan terjadi jika pokok terlebih baja… boleh ke kita peramkan baja organik ppejal yg dibeli di nursery dalam tong air? saya hanya buat kajian sendiri baru je 10 pokok dah 1 bulan lebih.. En Ashraf ada buat exhibition luar negeri perlis? Tq
Mohd Ashraf: w’salam. Pokok terlebih baja samalah juga seperti manusia yang terlebih makan. Boleh memudaratkan pokok. Sepengetahuan saya, kalau peram baja organik mungkin akan menyebabkan bakteria membiak dalam tu. Jadi mungkin boleh membahayakan pokok. Itu adalah kemungkinan yang mungkin terjadi, tapi saya belum cuba, jadi tiada kata muktamad dari saya. Insyaallah saya mungkin akan membuka booth di MAHA 2009 kalau ada. Saya tak sempat prepare untuk MAHA 2008. Kalau ada jemputan daripada mana-mana organizer luar negeri Perlis, mungkin saya akan join exhibition tu kalau tiada aral.
aslm wbh saudara ashraf,pokok cili dah berbunga tapi ada 3,4 pokokyang kerap gugur bunga dan pangkal pada tangkai bunga berwarna coklat,apa punca jadi sebegitu.Terimakasih
Mohd Ashraf: en Azwan, tak pe, bukan masalah kritikal tu
En Ashraf,
Bagaimana pula dengan sistem lindungan hujan?Adakah kemestian?Apa risiko jika tidak pasang?Berapa modal sistem lindungan hujan untuk 1000 polibeg?Ladang En Ashraf guna sistem ni?
Mohd Ashraf: Tidak wajib gunakan sistem lindungan hujan. Tapi banyak kelebihan kalau ada. Harga untuk Sistem Lindungan Hujan 20″ x 100″ dan boleh memuatkan 800 polibeg rock melon atau 400 polibeg cili adalah RM15,000 bergantung kepada tempat.
Salam,
Terima kasih kerana menjaawab soalan saya sebelum ini.
menurut pengalaman saudara, dengan projek kecil yang dimulakan dah boleh dijadikan sebagai bukti utk mohon bantuan pihak tertentu. tapi skrg saya msh bekerja, dan bercadang nak terlibat sepenuh masa dalam bidang pertanian 1-2 tahun lagi.
Persoalannya, perlu ke saya senaraikan setiap perbelanjaan yang telah saya keluarkan sebagai penyata kira-kira saya?
Mohd Ashraf: Ya, perlu keluarkan penyata kira-kira. Kalau pon anda tak buat pinjaman, seeloknya buat la penyata kira-kira sebab anda boleh tengok perniagaan anda berkembang. Satu kelebihan kepada mereka yang buat penyata kira-kira untuk buat memohon pinjaman sebab itulah bukti anda mampu bayar balik pinjaman.
Assalamualaikum……..
Kaedah Fertigrasi nie, klu gna untuk tanam sawi ka kangkung ka bleh dak?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Boleh, tapi membazir sebab harga murah. Better tanam secara biasa untuk sayuran daun
assalammualaikum…
En Mohd Ashraf, saya baru nak bermula projek tanam cili secara fertigasi, namun masih dalam proses pembelajaran, saya nak bertanya dengan kandungan baja A & B……Sekian Terima Kasih
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Kandungan baja fertigasi A dan B adalah:
1. Nitrogen
2. Fosforus
3. Kalium
4. Sulfat
5. Magnesium
6. Mangan
7. Ferum
8. Kuprum
9. Zink
10. Boron
11. Ammonium
12. Molibdenum
13. Natrium
14. Kalsium
source: http://abiagro.com.my/v1/baja-fertigasi.html
askum .saya nak tanya en asraf, bagaimana caranya fertigasi rockmelon. berapa kosnya ,jika saya berhajat untuk tanam hanya 2000 polibeg saja.sekian
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en Mizi. Anda hanya perlu sediakan sistem fertigasi seperti tanaman cili yang anda buat. Jarak tanaman pula adalah separuh daripada tanaman cili. Maksudnya, anda hanya perlukan kawasan 1000 polibeg cili untuk menanam 2000 polibeg rockmelon. Saya akan keluarkan Panduan Asas Tanaman Rock Melon Secara Fertigasi tidak lama lagi.
Assalamualaikum.. sy ada pertanyaan mengenai komposisi tanah bagi fetigasi. berapa banyak tanah sabut dan kompos perlu dipakai dalam 1 polibeg. Kalo boleh en asraf sertakan sekali harga tanah yang diperlukan untuk tanam dalam polibeg.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Kalau guna kaedah saya, untuk media fertigasi, gunakan 100% sekam atau 100% sabut. Harga bergantung pada tempat.
salam,mana yg lebih efektif,sekam atau sabut,bolehkah fertigasi dibuat antara semaian anak sawit?
Mohd Ashraf: Salam. Sabut paling efektif. Sebab dapat simpan air baja lebih lama. Jika kawasan tersebut tidak terlindung, tiada masalah nak buat fertigasi antara semaian anak sawit.