Pejabat Urusan Abi Agro dan Abi Agro Farm

July 14, 2008 · Filed Under Pertanian 
pejabat-urusan-abi-agro-dan-abi-agro-farm

Assalamualaikum
Alhamdulillah, sekarang ni saya sedang berurusan dengan tukang rumah untuk menyiapkan pejabat urusan Abi Agro.
Diharap budget yang saya peruntukan untuk buat pejabat ini cukup, memandangkan harga barang pembinaan yang meningkat.

Sekarang juga saya dalam proses untuk renovate ladang Abi Agro dengan bantuan Kementerian Belia dan Sukan.
Ladang fertigasi dan mempunyai struktur lindungan hujan dan jaring kalis serangga.

InsyaAllah lepas ni peserta kursus fertigasi dapat berkursus dengan lebih selesa.

Jadi, buat masa sekarang, saya tangguhkan dulu kursus fertigasi dan juga lawatan orang awam ke Abi Agro Farm.
Saya akan maklumkan jika semuanya siap, bila kursus fertigasi akan diadakan semula dan pembukaan Abi Agri Farm kepada orang ramai.

Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Doakan saya berjaya.

Terima kasih.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Comments

Leave a Reply