Pembiayaan Perniagaan MARA
Posted by Mohd AshrafJun 28
Jenis pembiayaan yang ditaja oleh MARA
Semua jenis pinjaman diberikan kepada usahawan jika memenuhi syarat yang diperlukan.
Maklumat Mengenai Pembiayaan Perniagaan MARA
1. Warganegara Malaysia daripada keturunan Melayu atau Bumiputera lain berusia 18 tahun ke atas.
2. Mempunyai pengalaman/pengetahun dalam bidang perniagaan yang dijalankan/hendak diwujudkan
3. Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut. (Berdaftar dengan ROB/ROC-Perseorangan/Perkongsian/Sdn. Bhd.)
4. Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang daripada 10% kos projek
5. Usahawan hendaklah melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan yang dibiayai (Perlu berhenti kerja makan gaji dengan mana-mana majikan)
6. Mengemukakan cagaran atau jaminan bagi pembiayaan yang diperlukan
7. Pemohon yang belum menjalankan perniagaan atau telah menjalankan perniagaan kurang dari 6 bulan perlu mengikuti kursus keusahawanan anjuran MARA atau Kementerian Pembangunan Usahawan.
Maklumat Mengenai Pembiayaan Kepada Kontraktor Kelas F
Kelayakan Pemohon ::-
– Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera
– Telah menjalankan perniagaan
– Berusia 18 tahun ke atas
– Mempunyai pengalaman/pengetahuan dalam bidang perniagaan yang dijalankan/hendak ditubuhkan.
– Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 20% daripada kos projek
– Melibatkan diri dalam perniagaan sepenuh
– Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut termasuk mempunyai lesen PKK, CIDB dan Kem. Kewangan
– Mengemukakan cagaran/jaminan (salah satu) :-
Cagaran :-
– Tanah
– Nilai paksaan tanah tidak kurang 20% daripada jumlah pembiayaan
– Tanah boleh milik sendiri atau milik keluarga/orang lain (perlu mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu)
– Penjamin
– Pembiayaan Kurang RM50,000
– 1 orang penjamin
– Pendapatan tetap bulanan tidak kurang RM500 sebulan
– Pembiayaan RM50,001 dan ke atas
– sekurang-kurangnya 2 orang penjamin
– Pendapatan tetap bulanan mereka tidak kurang daripada 5% daripada jumlah pembiayaan.
Bayaran Balik
Mengikut jangkamasa tempoh kontrak + 6 bulan
Permohonan boleh dibuat melalui pejabat MARA Daerah di mana projek kontrak tersebut dijalankan.
CARA MEMBUAT BAYARAN
1. Tunai
Bayaran tunai boleh dibuat di Kaunter Bayaran, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur atau dimana-mana Pejabat MARA Negeri atau Daerah yang berhampiran. Bayaran tunai juga boleh dibuat dimana-mana pejabat pos berkomputer di seluruh negara. Pastikan resit diperolehi semasa membuat bayaran.
2. Cek/Bank Draf/Kiriman Wang/Wang Pos
Cek/Bank Draf/Kiriman Wang/Wang Pos hendaklah ditulis atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT dan berpalang. Catitkan No. Akaun Pelajar/ Rancangusaha(RU) dan nama peminjam dibelakang cek. Bayaran hendaklah dialamatkan terus kepada Pengarah, Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.
3. Potongan Gaji
Bayaran melalui Potongan Gaji boleh dibuat dengan melengkapkan dan menandatangani Borang Potongan Gaji yang boleh di dapati dari Bahagian Kawalan Kredit, Tingkat 3,Ibu Pejabat MARA, Jln Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
4. Arahan Bank
Bayaran balik boleh dibuat melalui Arahan Bank seperti jadual yang ditetapkan. Sila uruskan dengan bank berkenaan.
Nota Penting:
Sila nyatakan Nama, Bil. Akaun/ RancangUsaha (RU), No. Kad Pengenalan dan Alamat apabila membuat bayaran.
Semua penerima kemudahan MARA bertanggungjawab menyelesaikan hutang tanpa menunggu peringatan dari MARA . Bayaran yang diterima seterusnya digunakan untuk membantu generasi akan datang. Tidak seharusnya orang lain menghadapi kesukaran mendapatkan kemudahan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab KITA yang tidak membayar hutang.
Mereka yang menjadi penjamin kepada pinjaman MARA juga bertangungjawab mengesan/mendesak peminjam supaya tidak mengabaikan tanggungjawab.
Nama peminjam yang engkar akan disiarkan dalam siaran akhbar & Homepage MARA
Rayuan penjadualan semula bayaran balik.
(i) Rayuan penjadualan semula bayaran balik oleh peminjam/penjamin/pencagar boleh dipertimbangkan
selepas dirujuk terlebih dahulu dengan Pejabat MARA Negeri berkenaan.
(ii) Sila kemukakan nombor rancangusaha semasa berurusan.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda adalah dinasihatkan supaya berhubung terus dengan Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran.











Salam, susahnya nak daftarkan premis perniagaan rupanya..
Mohd Ashraf: Salam, en Azlan, apa yang susah? Boleh kongsi tak?