Penggunaan ulangan medium tanaman
Posted by Mohd AshrafJul 10
Pembaca blog ni iaitu en azmi64 telah mengajukan persoalan tentang penggunaan medium tanaman berulang kali.
Dalam teknik fertigasi di Semenanjung Malaysia, kita telah diperkenalkan dengan penggunaan sabut dan sekam sebagai medium tanaman di dalam polibeg.
Sabut dan sekam digunakan sebab ianya adalah bahan terbuang, jadi harganya murah. Pada awal dulu, bahan-bahan ni diberi percuma. Tetapi memandangkan ramai pengusaha fertigasi menggunakan sabut dan sekam, bahan-bahan ni telah mempunyai nilai.
Sebagai contoh, pada awal dahulu, di kawasan saya, sekam bakar diberi percuma, kemudian harganya telah dinaikkan memandangkan terdapat banyak permintaan untuk bahan yang dulunya terbuang begitu saja.
Jadi, memandangkan harga sekam dan sabut agak tinggi (tetapi masih lagi boleh diterima), rata-rata pengusaha cuba untuk menggunakan sabut dan sekam berulang kali.
Anda boleh gunakan sabut atau sekam secara berulang kali, tetapi pastikan pokok sebelumnya tidak berpenyakit. Ini untuk elakkan pokok baru dijangkiti penyakit bawaan pokok lama.
Selain dari itu, penggunaan medium tanaman secara berulang kali boleh menyebabkan medium tanaman tersebut tepu dengan nutrien yang tidak diserap sepenuhnya oleh tanaman, tambahan jika pengusaha kurang buat flushing (pemberian air kosong pada tanaman).
Jadi saranan saya, jika mampu, tukar medium tanaman setiap kali penanaman atau gunakan hanya 3 atau 4 kali penanaman kemudian gantikanlah dengan medium tanaman baru.











Salam semua, cuba cara saya mengunakan sekam padi. Kanapa? sebab kebanyakan sekam padi dah tercemar disebabkan pengunaan baja kimia dengan cara keterlaluan. Sudah tentu akan menyebabkan kurang kesuburan pada tanaman cili tersebut. Langkah2: Rendam dulu sekam dengan garam semalaman, toskan dan jemur. Apabila dah kering rendam semula dengan Emas 1 (EM) semalaman lagi dan toskan dan dikeringkan secara semulajadi tanpa dijemur. Ini untuk memelihara mutu sekam tersebut kerana telah diserapkan dengan baktiria aerobik yang amat diperlukan dalam tanaman. Baru diproses dengan cara menghancur menjadi serbuk baru lah digaul dengan sabut kelapa. Cuba lah cara ini untuk menikmati hasil yang memuaskan, InsyaALLAH, selamat maju jaya,
Salam dari Pak Lan
@017-881 3597
Mohd Ashraf: Terima kasih Pak Lan untuk sumbangan teknik pemprosesan medium tanaman.
Pada pendapat saya, medium tanaman haruslah mudah untuk dikendalikan dan tidak menggunakan modal, ruang, tenaga yang banyak tambahan bila dilaksanakan secara komersial. Ianya mungkin berbeza buat sesetengah pengusaha disebabkan banyak faktor contohnya kemudah dapatan sumber bahan mentah, bahan tambahan, dan sumber tenaga
Semoga anda sentiasa berkongsi idea lagi di laman blog ni samada untuk perkongsian dan juga perbincangan.