Penyengat menyengat

September 27, 2007 · Filed Under Pertanian 
penyengat-menyengat

Kihkihkih
perkara yang melucukan baru saja terjadi
ingat tak gambar penyengat yang saya post sebelum ni?
lepas di spray dengan ridsect, koloni penyengat tu telah berpindah
dia pindah pon kat pasu sebelah lagi

saya biarkan saja koloni penyengat tu di situ
sebab masa saya tengok Discovery Channel, lebah tak akan menyengat kalau kita tak bunuh seekor rakan dia
saya assume penyengat pon sama, tak akan menyerang kalau tak apa-apakan geng dia

masa saya siram pokok tu tadi, saya telah diserang oleh koloni penyengat tu dan 3 ekor penyengat menyengat di tangan kanan, seekor menyengat di tangan kiri. Lintang pukang saya larikan diri. Hehe Terus penyengat tu saya spray dengan fumakilla, takut anak saudara saya main kat pokok tu, dia pulak yang kena.

Lepas tu, saya surf internet untuk cari cara nak ubati sengat penyengat. Yang saya jumpa, ubat kena sengat tebuan. Caranya sapu ubat gigi di tempat yang kena sengat. Sebab sengat ni berasid, dan cara nak nutrealkan asid, kena letak alkali (ubat gigi).

mungkin ada yang dah tau hal ni, tapi saya baru saja tau hik

sekarang, koloni lebah pulak buat sarang di dinding rumah saya. Harap-harap lebah tu bertahan lama la dok situ, mungkin saya boleh makan lebah asli lepas ni. Hik Harap-harap jugak, lebah ni adalah utusan Dia untuk buat pendebungaan kat pokok-pokok cili saya. :D

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments

One Response to “Penyengat menyengat”

  1. Razlin Bin Abdul Rashid on December 21st, 2007 6:44 am

    Assalamualaikum En. Ashraf…. ape khabar… ? Setelah saya membaca posting di atas saya agak berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses fertigasi nih.. especially mengenai tanaman cili..dan juga proses penanaman di rumah double storey yang sekangkang kera tu…20 x 70… hehe

    En. Ashraf ada model yg terdekat tak di kawasan KL… bole saya buat lawatan sambil belajar.. ?

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en Razlin. Saya sihat, alhamdulillah, terima kasih kerana melawat blog saya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang fertigasi, boleh lawati http://www.abiagro.com.my Keluasan tanah 20′ x 70′ en Razlin tu boleh letak lebih kurang 144 polibeg cili. Anggaran kutipan 2 hari sekali 2kg – 2.5kg

Leave a Reply