Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan
Ramai yang meminta kepada saya untuk mendapatkan contoh rancangan perniagaan. Di sini, salah seorang rakan saya telah membuat eBook contoh rancangan perniagaan. Apa yang ada dapat dengan eBook tersebut?
* e-book dan panduan contoh rancangan perniagaan
* panduan dan format rancangan perniagaan @kertas kerja pinjaman
* contoh kertas kerja pinjaman :
- Penternakan Lembu
- Penternakan kambing
- Penternakan Ikan Keli
- Pertanian : Tanaman Sayuran
- Printing @ sulaman
- Bakery
- computer hardware reseller (2)
- internet cafe
- pembelian mesin sulaman (embroidery) -RM118,000.00-word
- Pembelian mesin perkilangan makanan ringgan- RM123,000.00 -word
- Pertenakan kambing dan ikan keli
- pertenakan Lembu
- Francais Penanaman Pisang
- Koperasi
- Cendawan
- salun – Word
- Butik -PDF
# contoh terbaru kertas kerja yang baru diluluskan oleh bank Pembangunan (SME Bank) dalam bentuk word
# Worksheet Borang MARA bawah 50k/Cth borang yang telah siap diisi
# Contoh kertas kerja MARA bagi pinjaman atas RM100,000.00
# PERISIAN PERAKAUNAN DALAM BENTUK EXCELL BAGI USAHAWAN @ PANDUAN PERCUKAIAN INDIVIDU
# Worksheet @ lembaran kerja bagi bahagian projectioan dalam bentuk excell
# Panduan perniagaan bagi : kedai kek,car wash, lanskap dan tadika
HARGA RM49.90 Klik di sini untuk membeli
Mengenai PenulisMohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Related posts:
- Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Belia (STEB) FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN (RP) Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB)...
- Dana Usahawan Belia masih berbaki RM21j Assalamualaikum Dana Usahawan Belia masih berbaki RM21j Itulah tajuk akhbar...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Comments
59 Responses to “Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan”
Leave a Reply












Tuan,
Boleh tak mintak kurang sikit harga. RM30.
Mohd Ashraf: Maaf en Kadir, harga yang diberikan untuk pakej eBook panduan dan contoh kertas kerja perniagaan adalah terlalu murah. Tiada tawaran yang semurah ini yang mampu ditawarkan oleh orang lain kerana dengan RM49.90 tersebut, en Kadir dapat e-book dan panduan contoh rancangan perniagaan, lebih daripada 10 jenis kertas kerja pinjaman dengan meliputi pelbagai sektor perniagaan termasuklah pertanian dan penternakan.
Encik Mohd Ashraf,
Saya berminat untuk menceburkan diri dalam bidang Pertanian Moden dan tertarik dengan sistem fertigasi. Bagaimana caranya nak memulakan dan apakah peralatan yang diperlukan? Cadangan saya nak tanam cili @ tomato secara kecil-kecil dahulu. Apakah pendapat Encik
mengenai cadangan saya itu?
Mohd Ashraf: Cadangan saya untuk sesiapa yang nak ceburi bidang pertanian atau penternakan, buat secara kecil-kecilan dulu. Belajar dengan skala yang kecil sebab pelaburan yang akan dibuat tu bukan sedikit. KECUALI, kalau ada orang berpengalaman yang pantau apa yang anda buat, saya syorkan teruskan buat skala komersial kerana lebih menguntungkan. Untuk peralatan fertigasi penuh, boleh lawat http://www.abiagro.com.my
salam……….
Tuan,
saya ingin membuat RP berkenaan kedai makan.bolehkah tuan tunjukkan / terangkan bagaimana fotmat yang sesuai?
terima kasih
e-mail ;
zam_eina8182@yahoo.com
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam Ashraf
Untuk kertas kerja, boleh klik link ini KERTAS KERJA
nak dapatkan satu contoh kertas kerja
Mohd Ashraf: En Farid, untuk kertas kerja, boleh klik link ini KERTAS KERJA
saya nk buka kedai stationery. bagaimana nk buat kertas kerja?
Mohd Ashraf: untuk kertas kerja, boleh klik link ini KERTAS KERJA
Askum,
I nak tau ,betul ke a.pisang kultur tisu senang kena penyakit?
and lastly hasil yang akan dikeluarkan oleh a.pisang kultur tisu boleh mencapai sehingga 40kg setandan,betul ke?
thanks,wassalam.
Mohd Ashraf: W’salam. Pisang kultur tisu ni tahan penyakit dan boleh mengeluarkan hasil yang banyak. Sebenarnya, teknik pengkulturan tisu ni adalah mengklonkan induk yang telah dipilih yang mana induk tu bebas daripada penyakit serta mengeluarkan hasil yang banyak. Jadi bila induk tu sihat serta hasil banyak, anak kultur tisu juga akan turut mempunyai sifat-sifat seperti induk.
saya nak contoh kertas kerja penternakan ikan keli
mayare_85@yahoo.com
Mohd Ashraf: Amier, untuk dapatkan contoh kertas kerja, boleh klik link ini KERTAS KERJA
assalamualaikum…
salam hormat
Tuan, saya ingin membuka restoran, tapi saya amat bermasalah dalam menyediakan kertas kerja. jika saya membeli buku RP tersebut, adakah contoh untuk meyediakan kertas kerja perniagaan restoran terdapat didalamnya..? adakah boleh lulus pinjaman dengan contoh yang disediakan..? Mohon bantuan @ jawapan dari tuan .. TQ
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam, eBook kertas kerja tu hanyalah panduan saja, kelulusan daripada pihak yang memberi pinjaman. Tapi, insyaAllah apa yang ada dalam eBook tu lengkap untuk panduan kepada sesiapa saja membuat kertas kerja. Selain daripada tu, setiap pembeli eBook boleh bertanya lebih lanjut dalam menyediakan kertas kerja jika kurang faham dan jika memerlukan bantuan dalam penyediaan kertas kerja.
Assalamualikum
Saya berminat dlam perternakan lintah, agensi manakah yg. terlibat dlm. bidang tersebut.. adakah bidang ini mendapat pulangan yg. mengutungkan.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Dalam penternakan lintah, tiada agensi kerajaan yang terlibat dalam bidang tersebut kerana belum lagi dibuat keputusan lintah dalam kategori ikan atau tidak. Hanya agensi swasta yang terlibat. Hal ini pernah dibangkitkan dalam Forum Bicara Tani yang saya hadiri sebelum ini. Cuba hubungi http://www.artsoulist.com.my/ untuk kursus ternakan lintah.
en mohd ashraf,
saya adnan dari kuching, saya tengah cari investor dalam ” TRADING” saya dapat product consumer goods direct dari kilang and will be brand under my brand ( contract manufacturing per say ).
now i’m looking for an investor to invest in to get some capital to purchase the product. i.e Virgin Coconut Oil in softgel capsule, herb sanitary pads, pre mix coffee etc.
so now tengah bengang nak cari investor and nak do some working paper to bring the investor in.
plse response.
tq
Mohd Ashraf: En Adnan,saya tiada cadangan dalam hal ni. Tapi pendapat saya, cuba cari individu yang sanggup melabur sebbanyak mungkin dan jangan ramai. Sebab anda nak jual produk itu nanti. Kalau ramai jadi investor, kemungkinan besar anda susah nak jual barang tersebut.
saya berminat untuk membuka nursery tumbuhan hiasan. Saya memerlukan panduan untuk memulakan perniagaan tersebut.
Mohd Ashraf: Perkara yang anda perlu kenal pasti adalah lokasi dan juga supplier. Kemudian buat kertas kerja dan boleh apply bantuan MARA atau Bank Pertanian.
assalamualaikum…
en mohd ashraf,
saya firdauz dari kuching, saya berminat dalam perniagaan dan penternakan kambing, lembu, arnab dan ikan dalam kolam…sekarang ni saya bekerja sebagai pembantu operasi syarikat, saya bekerja dalam 9 buah syarikat swasta…saya mempunyai tanah yang banyak d serata negeri sarawak. tetapi saya tidak mempunyai modal pusingan untuk memulakan perniagaan..sekiranya saya hendak membuat pinjaman perniagaan. di mana dan bagaimana proses pinjaman?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam firdauz. Anda ada kelebihan kalau ada tanah. Pendapat saya, buat satu2 projek dulu hingga berjaya. Jangan serentak semuanya sekali sebab banyak modal yang perlu dikeluarkan untuk satu2 projek. Anda boleh mulakan projek anda dengan menternak lembu/kambing/ikan. Pilih satu projek saja dan buat secara kecilan atau berapa modal yang mampu anda keluarkan sendiri. Cuba dalami ilmu penternakan dengan projek yang berskala kecil ni dulu. Pada saya, walaupon saya ada modal yang banyak, permulaannya, buat projek secara kecil-kecilan dulu sehinggalah berjaya, untuk mempelajari selok belok tentang projek. Donald Trump ada nasihatkan dalam bukunya, buat sesuatu projek hingga berjaya barulah berubah ke projek lain. Untuk buat pinjaman, boleh ke MARA atau Bank Pertanian.
saya nak buat pinjaman untuk membuka kolam ikan .saya ada tanah di kampung.sekarang saya tidak ada slip gaji tetap.
Mohd Ashraf: Ada boleh cuba mulakan dengan buat 1 kolam menggunakan modal anda sendiri. Kemudian insyaAllah mudah untuk anda buat pinjaman MARA atau Bank Pertanian.
saya dan rakan2 pemuda di kg saya ingin menubuhkn 1 koperasi bersama yang akan membuat projek seperti ikan keli,lintah,ikan puyu dan cendawan.bagaimana pecahan peratusan saham yang patut saya dapat sekiranya saya yg memberi idea,membuat kertas kerja,mencari pasaran dan bertindak selaku pengurus.
Mohd Ashraf: Bergantung kepada budi bicara saudara. Idea adalah sesuatu yang sangat berharga, jadi mesti mahal harga yang perlu dikeluarkan. Anda juga boleh buat, gaji pengurus adalah RMxxxxxxxxx, setiap bulan. kemudian untung bersih boleh lah diberi sama rata. Semuanya mesti dibincang bersama ahli lembaga pengarah.
secara amnya,bagaimana prosedur bagi memulakan sesebuah perniagaan?
ada tak pinjaman selain daripada MARA dan BANK PERTANIAN?
Mohd Ashraf: Secara amnya, anda perlu ada barang atau perkhidmatan untuk dijual untuk memulakan perniagaan. Terlalu banyak bank dan skim yang ditawarkan untuk membuat pinjaman. Anda boleh klik link ini http://mohdashraf.com/v1/?p=133 untuk melihat bank dan agensi yang memberi pinjaman perniagaan.
Tuan Ashraf,
saya ingin memulakan perniagaan tetapi tiada modal, jadi sy ingin membuat pinjaman dari mara adakah begitu sukar seperti yg didakwa dan apakah langkah-langkahnya?
Mohd Ashraf: Kesukaran dapatkan pinjaman bergantung kepada pegawai dan juga pengalaman yang anda ada. Kalau kurang pengalaman, kena ikuti kursus yang MARA anjurkan.
En. Ashraf,
Kami telah memulakan perniagaan Kedai Kopi, Tapi malangnya lokasi dan mungkin menu kami tidak bersesuaian. Niat utk membesarkan perniagaan terbantut kerana kekurangan modal, harap tolong bantu kami bagaimana utk mendptkan pinjaman modal dan prosesnya.
Mohd Ashraf: Adakah dengan membesarkan perniagaan boleh menjadikan perniagaan anda makin maju padahal lokasi dan menu anda tidak sesuai? Pendapat saya, usahakan menu @ sesuatu yang istimewa kat kedai anda, dan lakukan promosi secara besar-besaran.
En Ashraf..
Saya bercadang ingin membuka KIOSK menjual tart , carrot cake, biscuits (yang seakan2 sama konsep seperti Famous Amos), saya ingin memohon pertolongan andai En ashraf ada contoh Kertas kerja yang berkaitam dengan perniagaan yang mahu saya usahakan ini.
Mohd Ashraf: Anda boleh gunakan contoh dan panduan rancangan perniagaan pada link di bawah:
Panduan Rancangan Perniagaan
Good luck
Mohd Ashraf: Terima kasih kak adawiyah.
assalamualaikum Mohd.Ashraf..Saya bumiputra.Cara untuk menjadi pembekal alat ganti motorsikal dan yang berkaitan,terutama dari SAMATA.Boleh kah dapatkan maklumat dan cara untuk berhubung langsung dengan pihak berkenaan?ok Terima kasih atas bantuan yang diberikan.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam zizuu.
SAMATA INDUSTRIES CO. LTD.
E-mail : info@samata.com.my
Web Site : http://www.samata.com.my
Address: :
Lot 12725, Lengkuk Teluk, Bt 4 1/2 , Kg. Jawa,
AMJ Industrial Park, Off Jalan Kebun,
41000 Klang, Selangor, Malaysia.
Hunting Line : 03- 5161 9651
Fax Number : 03- 5161 9751
Contact Person H/P :
016- 330 9051 *En.Roslan
013- 788 3186 *En.Eshak
013- 201 8121 *En.Anuar
016- 330 8993 *En.Ismi
macam mna nak buat jadual perlaksanaan perniagaan
Mohd Ashraf: Contoh buka kedai runcit, bulan Januari -> daftar perniagaan, bulan februari-mac -> cat dan susun perabut, bulan april -> susun barang untuk jualan, bulan mei ->mulakan perniagaan
Slm En Ashraf..saya bekas pelajar IPT dah 2 tahun menganggur, ada skit keebolehan dalam menggunakan adobe photoshop. Bleh wat gambar n kad yang simple2. Saya bercita2 untuk membuka kedai printing yang melibatkan prinntig gambar, kad, baju n yang brkaitan. Saya nak tanya, bank ada tak buat pinjaman untuk bidang ni. biasanya banyak untuk pertanian.
Mohd Ashraf: Salam. Untuk pinjaman selain pertanian, sila check link ni http://mohdashraf.com/v1/?p=133
Assalamualaikum Sdr. Ashraf,
Saya bersama rakan berminat untuk mencuba penanaman cendawan untuk komersial dan bercadang untuk memohon sedikit pinjaman kewangan. Kami sudah ada sebidang tanah dan sekarang, kami hanya perlu sedikit modal awal dan latihan penanaman cendawan yang mana kursusnya banyak disediakan. Bolehkah Sdr. Ashraf cadangkan kertas kerja yang terbaik utk memohon pantuan kewangan tersebut.
Terima kasih.
Wasalam
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Anda boleh tengok di link http://mohdashraf.com/v1/?cat=10 untuk melihat contoh dan panduan kertas kerja.
Assalllammualaikum sdr Ashraf,
Saya bersama isteri saya telah memulakan perniagaan jamu air dan sehingga kini permintaan melebihi dari jangkauan.Apakah tindakan yg selanjutnya yg patut kami buat untuk memajukan perniagaan ini?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam, en boleh apply loan untuk dapatkan mesin dan tingkatkan pengeluaran. Kalau tak tau mesin apa nak pakai, boleh hubungi Mardi untuk khidmat nasihat design mesin, packaging hinggalah pemasaran.
Assalamualaikum Sdr Ashraf…
Saya Ingin Tahu bagaimana saya ingin menmulakan perniagaan restoran dan dapatkan kertas kerja yang boleh saya ikut supaya peniagaan saya berjalan lancar
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. En Omar boleh dapatkan eBook Koleksi Contoh-Contoh Rancangan Perniagaan di http://mohdashraf.com/rancangan-perniagaan.html/ sebagai panduan. Tapi tiada contoh perniagaan restoran. Boleh gunakan contoh perniagaan yang ada sebagai panduan.
Salam,
E-Book ni ..kandungan dia details ngan contoh2 ayat kertas keja atau hanya ringkasan format sahaja iaitu apa yg diperlukan untuk buat kertas keja.oh
Mohd Ashraf: En Rejab, ebook ni ada detail contoh2 kertas kerja dengan format sekali.
cara nak buat kertas kerje .saya baru nak mula brniaga.nak dapat kan dana .boleh tolong saya
Mohd Ashraf: Anda boleh ke http://mohdashraf.com/v1/?cat=10 untuk tengok panduan dan kalau nak dapatkan contoh kertas kerja sebenar, boleh dapatkan di http://mohdashraf.com/rancangan-perniagaan.html/
nasha 12.6.2008
saya ingin bertanya bagaimana/ cara nak buat satu expo atau pun pesta untuk banyak perniagaan untuk jualan disatu satu tempat saya nak tahu kertas kerja bagaimana nak buat
Mohd Ashraf: Anda perlu berhubung dengan pihak PBT di kawasan yang terlibat untuk buka expo atau pesta
Assalamualaikum……
Saya ingin mengetahui strategi untuk meningkatkan perniagaan restoran ke luar negara dgn memperkenalkan makanan D malaysia sprt nasi lemak,sate,laksa,asam pedas dan sebagainya secara ringkas dan padat……………Terima kasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam.
Buat promosi secara besar-besaran.
Saya bukanlah seorang usahawan namun ada cita2 juga untuk bersedia melangkah ke arah sana..
Sekarang ni berjinak2 dengan penternakan cacing untuk penghasilan baja vermikompos.. Masih dalam peringkat pembelajaran lagi..
Mohd Ashraf: Selamat berjaya. Tak pe, belajar dari bawah. InsyaAllah kalau tak berputus asa, semua boleh jadi.
Salam,
Sdra. Ashraf,
Saya mmg berminat utk menjalankan aktiviti pertanian. Skrg ni, saya dah mula menyemai benih cili, tomato, bendi dan petola. Alhamdulillah, dah 2 minggu, anak benih dah tumbuh. Saya berminat utk menggunakan sistem fertigasi. dan skrg ni tgh kumpul maklumat.
Saya nak tahu, berapa anggaran kos bagi 100 polybeg bagi tanaman cili dan tomato. Dan ada tak manual untuk menjalankan sistem ini?
Terima kasih.
Mohd Ashraf: Salam, anda boleh layari web http://www.abiagro.com.my untuk menjawab persoalan anda.
salam,
1. saya baru menamatkan pengajian (ijazah mekanikal) dan berminat menceburkan diri dalam bidang penternakan ikan air masin(kelong).tetapi saya masih tidak jelas tentang pinjaman dan badan-badan yang dapat memberi bantuan khas nya kepada graduan.
2. saya bercadang untuk mengusahakan tanah milik keluarga tetapi masih ragu-ragu tentang jenis pengusahaan yang sesuai dengan modal yang terhad. apakah cadangan saudara …
harap En. Ashraf dan anda semua dapat membantu…=)
burn8work@yahoo.com
Mohd Ashraf: Saya cadangkan anda daftar dengan Jabatan Belia dan Sukan atau Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk Latihan Asas Keusahawanan, Skim Usahawan Siswazah
assalamualaikum encik asyraf,
boleh x encik asyraf berikan sy contoh rancangan perniagaan untuk fotografi yang lengkap?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Khai, sila gunakan guide untuk buat kertas kerja / rancangan perniagaan dalam blog ni.
assalamualaikum encik asyraf,
saya sudah memulakan perniagaan cyber cafe selama 3 bulan dgn bermodalkan sendiri, sekarang sya ingin expand biz sya dgn membuka sebuah pusat cuci kereta, adakah saya bleh membuat kertas kerja utk membuat pinjaman dibank..? untuk makluman tuan saya pernah mengikuti kurus usahawan siswazah sebelum ini ttp kertas kerja saya telah beberapa kali direject.
harap En. Ashraf dan anda semua dapat membantu…
terima kasih
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Anda boleh buat kertas kerja. Saya pon dah ikuti kursus Skim Usahawan Siswazah (SUS) MECD. Mereka akan check dan akan baik pulih kertas kerja anda sebelum diserahkan kepada bank. Saya rasa, anda tidak melalui MECD, anda terus serahkan kertas kerja anda kepada bank. Cuba melalui MECD dulu.
Atau, anda boleh cuba pinjaman Belia MPEB
salam perpaduan…….
Saya telah memulakan kebun sayuran tanah tinggi saya
dan terpaksa memerlukan kos yang banyak untuk membeli baja subur.apa yang menyedihkan,harga baja telah naik hampir 2x ganda.macamana untuk meminta bantuan dari pihak pertanian sedangkan tanah yang saya usahakan belum ada geran dari jabatan tanah?
Mohd Ashraf: Salam. Tiada masalah jika tiada geran. Hanya tunjuk bukti pokok yang anda tanam kepada pihak yang berkenaan.
assalamualaikum encik asyraf
saya sudah memulakan perniagaan cyber cafe selama lebih kurang 2 tahun dgn bermodalkan sendiri,tetapi komputer hanya terdapat 6 sahaja di kedai saya.pelanggan juga boleh dikatakan ramai.masalahnya,saya tidak pernah mengikuti kursus komputer,tetapi ingin membuat pinjaman bank untuk membesarkan perniagaan saya.bolehkah encik asyraf memberi pandangan kepada masalah saya…
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam en Redzuan. Tiada masalah jika anda tiada sijil kursus komputer kerana anda sudah menjalankan perniagaan hampir 2 tahun. Anda boleh hubungi rakan saya di CIMB untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjanjian perniagaan.
Sila klik di bawah untuk maklumat lanjut tentang pinjaman perniagaan.
http://mohdashraf.com/v1/pinjaman/pinjaman-cimb
salam sejahtera encik…
saya sangat berminat untuk menjadi seorang usahawan.
sekarang ini saya telah merancang dan telah memilih 2 jenis perniagaan berdasarkan kesesuaian di tmpt saya, iaitu perniagaan cyber cafe& nursery tanaman hiasan.untuk permulaan dgn skala modal yg kecil, boleh tak encik cadangkan yang mana lebih sesuai untuk saya.dimanakah saya boleh mendapatkan pinjaman kewangan bagi perniagaan spt ini.
terima kasih..
Mohd Ashraf: Salam sejahtera. Saya cadangkan anda mulakan dengan hanya 1 perniagaan dulu dan gunakan semua modal yang ada. Jenis perniagaan pula bergantung kepada modal dan kajian pasaran di tempat perniagaan anda.
Jika saya, saya akan pilih satu perniagaan yang dapat beri saya pulangan yang cepat untuk mulakan perniagaan satu lagi. Itu pon setelah perniagaan pertama stabil tidak kira berapa lama masa yang diperlukan untuk stabil, yakni saya tidak perlu lagi menumpukan 100% perhatian pada perniagaan tersebut untuk membolehkan saya menguruskan perniagaan baru.
Untuk pinjaman, anda boleh lihat pada pautan di bawah:
http://mohdashraf.com/v1/pinjaman/Pinjaman%20SME/
.
salam.. saya pelajar daripada IPTA. semester ini saya ditugaskan untuk membuat Rancangan Perniagaan. saya berminat dengan perniagaan cendawan. adakah buku encik ini lengkap sebagai panduan saya untuk membuat kertas kerja bagi rancangan perniagaan cendawan..?? ada sekali kos-kos yang terlibat dan peralatan yang perlu digunakan serta modal permulaan???
Mohd Ashraf: Salam Saffiya. Rancangan Perniagaan Cendawan tersebut lengkap termasuk kos-kos yang terlibat dan peralatan yang perlu digunakan serta modal permulaan.
salam en ashraff,
saya dah letih bekerja makan gaji ni,dan ingin membuka perniagaan sendiri. Idea setakat ini adalah samada membuka kedai dobi ataupun beauty salun & spa. Masalahnya sekarang saya tidak berapa mahir utk membuat rancangan perniagaan utk apply loan,adakah ebook en ashraff betul2 boleh membantu saya? user friendly tak software tersebut?
Mohd Ashraf: Salam Kaseh. User friendly. Selain itu, sdr akan dibantu untuk membuat RP jika mempunyai masalah.
Hi salam sejahtera…
Saya mempunyai idea untk mengeluarkn produk saya sendiri yg berbentuk
‘electronic stuff’.sya tidak mampu utk mpunyai kilang sendiri dan tfikir utk outsourcekan saja.soalan pertama,adakah mara blh mberi pinjaman?2ndly,jika sya memerlukn R&D untk mmbuat pyelidkn mgnai produk itu,how do i go about it?adakah sya sendiri mencari mana2 r&d atau mara sediakan?ini krana sya hanya mpunyai idea dan tidk tahu memasang alatan electrnc itu shngga menjadi produk.itu sj terima kasih
Mohd Ashraf: Anda perlu buat proposal dan cuba usulkan proposal anda kepada MARA. Atau cuba hubungi mana-mana pensyarah universiti dan cuba usulkan proposal anda. Pastikan anda ada blueprint design anda, sebagai langkah pencegahan dari ditiru.
Assalamualaikum…..
Saya buat masa sekarang nie menjalankan perniagaan runcit dan pada masa yg sama saya turut menjalankan kedai komputer.
1. Ngenai perniagaan runcit bagaimana saya boleh dapatkan pinjaman utk meningkatkan lagi perniagaan sy nie,tetapi sy ridak punyai bank statment utk perniagaan runcit ini.
2. Ngenai komputer,saya tak tahu macam mana nak buat satu profile yang lengkap,serta kertas kerja seperti surat minat dan surat cadangan(proposal)..
dan bagaimana nak mendapatkan pinjaman?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam
1. kalau tiada bank statement, kena buat kunci kira-kira.
2. untuk kertas kerja, boleh refer pada link di bawah:
http://mohdashraf.com/v1/category/rancangan-perniagaan/
Salam En. Ashraf…
Kertas kerja yang En.Ashraf buat tu, boleh digunakan pakai oleh mana-mana bank ke, contohnya Bank Rakyat dan Bank Agro?
TQ
Mohd Ashraf: Salam en Abdillah, semua bank boleh guna format tu.
salam.. saya pelajar daripada IPTA. semester ini saya ditugaskan untuk membuat Rancangan Perniagaan. saya berminat dengan penternakan ayam organik. Boleh En.Ashraf bg kan any information @ sources sbg rujukan utk memulan perniaggan ini, modal dan peralatan yg diperlukan. TQ..
Mohd Ashraf: Boleh melawat website Dr Zainol tentang ayam organik serta mungkin boleh meminta khidmat nasihat daripada beliau. http://www.organicchicken.enetmyne.com/
Salam en.Asraf,
Saya berminat utk menjalankan perniagaan. Masalah yg timbul ialah saya masih buntu utk memilih perniagaan ape yg sesuai dgn budget dlm 50k..leh bagi pendapat tak perniagaan ape yg sesuai dgn ekonomi skrg..
Mohd Ashraf: Salam. Susah saya nak jawab. Jangan dengar cakap orang. Buat kajian sendiri. Tempat anda pasaran lain daripada tempat lain. Anda juga perlu minat apa yang anda nak buat. Besar kemungkinan anda akan tempoh pelbagai cabaran. Hanya semangat yang kuat dan minat yang boleh guide anda jalan keluar bila ditimpa masalah.
saya mula meminati pekerjaan dalam bidang perniagaan setelah lama bekerja dengan orang sebelum ini sampai sekarang. saya ingin menjalankan perniagaan terutama ketika perniagaan sekarang ini hampir semua dimonopoli kaum lain. bukan ingin menyekat kemajuan kaum lain tapi saya sebagai seorang bumiputra rasa saya bertanggungjawab untuk menaikkan ekonomi kaum bumiputera di Malaysia. Oleh itu saya berharap dimasa hadapan pihak encik mohd ashraf dapat membantu saya dalam merealisasikan impian saya ini demi agama, bangsa dan negara kita ini. sekian.
Mohd Ashraf: Anda yang perlu bergerak, saya hanya boleh bagi idea saja. Itupon idea bergantung pada keadaan saudara. InsyaAllah saya cuba bantu setakat yang saya mampu.
Saya merupakan seorang Perunding Rancangan Perniagaan (RP) yang terlatih dan mempunyai bidang pengalaman yang luas dalam kewangan dan perniagaan, beberapa usahawan yang telah lulus pinjaman antara RM20K – RM205K. Sekiranya anda berminat untuk pinjaman agensi kerajaan dan berminat untuk melihat sendiri bukti kelulusan perjanjian antara pengusaha dan agensi (bukan testimoni) sila email saya dengan kadar segera: dannbiz@gmail.com. “Berusaha Membantu Bumiputera”
Contoh-contoh rancangan perniagaan
http://bestariagro.blogspot.com
a.s.k.u.m.saudara..sy serta 4 org rakan kongsi menternak kambing yg bilangannya lebih kurang 58 ekor.masalahnya pasaran bg kambing amat kurang.perniagaan ini telah b’usia lebih kurang 2thn lebih.sehingga skrg kami tdk pernah merasai keuntgn, hasil drp perniagaan kami malah t’paksa mengeluarkn duit untuk membayar yuran bulanan bg membeli keperluan utk pertenakn kami.pada,pendapat saudara.wajarkah kami menghentikn pertenakan kami ini.jika tidak wajar,bolehkh saudara berikn sbrg cadangan atau nasihat kpd kami..
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Tahniah sebab dah mula menternak. Boleh saya tau anda berada di kawasan/daerah mana?
Untuk langkah pertama, anda perlu hebohkan pada orang di kawasan sekitar bahawa anda ada menjual kambing. Jikalau kurang orang tau anda jual kambing, susah untuk orang nak beli kambing tersebut.
Kedua, buat name card. Tak perlu print mahal2. Cukup sekadar anda buat name card di atas kertas A4, photostat kemudian potong kecil2. Pastikan di dalam name card tu, ada nama anda beserta alamat dan no telefon, serta tulis juga anda ada menjual kambing di name card tersebut. Kalau tak, orang akan lupa apa yang anda jual.
Langkah ke3, anda pergi ke pasar tani, bagitau penjual daging di sana anda ada ternak kambing dan nak jual kambing anda. Jangan lupa bagi name card pada penjual.
Jika dah jumpa rakan2, kenalan baru atau siapa pon, beri saja name card tu pada mereka. Jangan malu name card tak seberapa, asalkan ada maklumat yang boleh orang hubungi jika mereka ingin beli kambing.
InsyaAllah, jika lebih ramai orang tau apa yang anda jual, maka kambing anda mungkin tak cukup, kena tambah lagi.
assalamualaikum en.ashraf,
saya berminat utk membuka satu perniagaan fotostat dan printing d sebuah kwsn institut pengajian tinggi. Setelah kajian dan testimoni di lakukan, saya dapati para pelajar di situ memerlukan perkhidmatan sebegini. Namun begitu, kekangan modal adalah masalahnya.
persoalannya saya ialah, apakah saya layak membuat pinjaman bank sebanyak RM 10k sekiranya saya mempunyai RM2k sahaja utk memulakan pernagaan tersebut. kalau tidak keberatan en.ashraf boleh jawab pertanyaan saya ini terus ke e-mail saya k..thank
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam mr. riduk
Tiada masalah jika en ingin buat pinjaman. Memang tempat berhampiran IPT adalah tempat yang paling strategik untuk buka perniagaan. Cuma tempat begitu agak laris, tindakan yang cepat diperlukan, jika tidak, mungkin pengusaha lain yang akan mengambil tempat.
Salam En. Mohd Ashraf saya berhasrat ingin membuka perniagaan antara perniagaan fotostat dan cuci kereta. Pada masa ini saya mempunyai modal RM 5k adakah modal tersebut boleh membuka perniagaan fotostat / cuci kereta. Satu lagi en. ashraf boleh tak tunjukkan cara membuat kertas kerja kedua-dua perniagaan tersebut dan perniagaan mana yang lebih baik untuk dimulakan.
Mohd Ashraf: Salam, saya cadangkan anda mulakan dengan bengkel mencuci kereta. hanya beli peralatan asas kemudian barulah kembangkan dengan alatan yang lebih canggih.
salam… en.ashraf…bole sy dptkn kertas kerja untuk membuka kedai printing dan stationary. sy ingin membuka sebuah kedai printing da alat tulis. sy perlukn proposal untuk memohon pinjm tok membuka setu perniagaan. sy sudah cube bt proposal tapi format salah. asyik kener reject. harap en ashraf dpt membantu…
Mohd Ashraf: Boleh saya tau, format apa yang anda gunakan? Biasanya tak jadi masalah jika anda ikut format daripada link di bawah
http://mohdashraf.com/v1/category/rancangan-perniagaan/
saya ingin mengetahui bagaimana ingin membuka stesyen minyak.
Mohd Ashraf: Saya kurang maklumat tentang stesen minyak. Yang saya tahu, pemohon perlu
berkursus dengan syarikat minyak yang dipilih.
Anda boleh berhubung terus dengan Syarikat Minyak yang anda minat untuk
keterangan lanjut.
Selamat berjaya
Salam sdra, boleh bagi pandangan sikit berkenaan benih pisang nipah yang berasaskan kultur sering di serang penyakit. Saya terbaca komen sdra bahwa benih pisang dari kultur diklon dari baka yang baik maka sepatutnya hasil tanaman sepatutnya baik tetapi berlaku yang sebaliknya. Adakah ianya berpunca dari teknik penanaman atau penjagaan yang tidak betul?
Mohd Ashraf: Salam. Untuk buat klon / tisu kultur, induk perlulah bebas daripada penyakit dan mengeluarkan hasil yang maksimum. Biasanya kriteria sebegitu yang diambil perhatian sebelum dibuat tisu kultur. Bila dibuat tisu kultur, kita hendakkan anak pisang yang serupa seperti induk. Tetapi jika tanah dan saliran bermasalah, ia akan menjadi faktor yang akan merosakkan anak pokok tisu kultur tersebut.
Assalamualaikum………..
Saya mempunyai produk (minyak kelapa dara) dan ingin memluaskan perniagaan ini ke luar negara tetapi saya mempunyai kelemahan untuk membuat kertas kerja yang sepatutnya. Bolehkah En.Ashraf bantu saya untuk memberi contoh bagi menyiapkan kertas kerja yang sepatutnya. Tq
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam,
Untuk format dan contoh kertas kerja, anda boleh lawati link di bawah:
http://mohdashraf.com/v1/category/rancangan-perniagaan/
En ashraf….
cuma ingin bertanya…e book rancangan perniagan tu masih boleh dibeli?
katakan jika saya inginkan kertas kerja bagi membuka perniagaan restoran/cafe..adakan ianya lengkap atau segala contoh yg diperlukan ada didlmnya jika saya membeli buku ini daripada En ashraf?
sekian tq.
Mohd Ashraf: En Saiful, dalam eBook Koleksi Contoh-contoh Rancangan Perniagaan , ianya lengkap dengan contoh serta en Saiful boleh minta bantuan dalam penyediaan Rancangan Perniagaan jika punyai masalah.
assalammualaikum…saya berminat nak mulakan perniagaan butik yang menjual produk herba prima marketing,herbalife dan lain2 produk…saya nak pastikan ebook en nie ada tak maklumat yg sepatutnya saya masukkan dalam kertas kerja untuk pernigaan saya kelak..
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. eBook ini memang lengkap. InsyaAllah jika ada masalah, boleh hubungi penulis untuk bantuan.
salam.. sy nak bukak tdika.. macammana nk buat kertas kerja yang lengkap dan pdat?
Mohd Ashraf: Cuba anda ikuti panduan kertas kerja yang saya beri. InsyaAllah tak susah walaupon nampak banyak perkara yang diperlukan.
salam, ada x contoh rp untuk perkhidmatan hawa dingin dan elektrik?
Mohd Ashraf: Salam, maaf tiada RP untuk perkhidmatan hawa dingin dan elektrik
Salam…
Saya dah dapat kebenaran daripada KPDN untuk membuka perniagaan stesyen minyak berjenama BHP Petrol…
Saya xtahu n ingin mngetahui langkah2 tersebut apabila stesyen minyak siap untuk beroperasi kelak….
Ada x contoh-contoh pinjaman wang dari bank, hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan seperti borang2 pembelian minyak, penjualan makan minuman, cukai n segalanya…
Harap Maklum…
Tq…
Mohd Ashraf:Maaf, saya tiada maklumat berkenaan hal ini. Sepengetahuan saya, hal-hal berkenaan pengurusan diterangkan sendiri oleh syarikat minyak.