Rancangan Perniagaan (RP)

1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan

Kegunaan (RP)

  • Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  • Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  • Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  • Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)

  • Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
  • Statistik
  • Data ekonomi
  • Data perdagangan
  • Penyelidikan pasaran

Kandungan (RP)

1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan

Penyediaan (RP)

1. Pengenalan

  • Nama Syarikat
  • Jenis Perniagaan yang diceburi
  • barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
  • lokasi premis
  • tarikh perniagaan dimulakan
  • latar belakang industri dan tren pasaran
  • Senario masa hadapan

2. Tujuan Penyediaan RP

Nyatakan sama ada:

  • memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
  • merancang pelaksanaan projek baru
  • untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
  • atau lain-lain tujuan

3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

  • Nama perniagaan
  • Alamat, No. Telefon
  • Bentuk perniagaan
  • Kegiatan utama
  • Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
  • No. Pendaftaran Perniagaan
  • Modal permulaan, modal dibenar
  • Nama dan alamat pemegang saham
  • Nama bank (jika ada)
  • No. Akaun Perniagaan(jika ada)

4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham

  • Nama, alamat, no. telefon
  • Kelulusan akademik
  • Pengalaman/kemahiran

5. Rancangan Organisasi/Pengurusan

  • Matlamat dan strategi syarikat
  • Struktur/carta syarikat
  • Senarai kakitangan pengurusan
  • Senarai perjawatan

·         tanggungjawab setiap jawatan

·         imbuhan/gaji bagi setiap jawatan

6. Rancangan Pemasaran

  • Analisis Pasaran

·         untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.

·         mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.

·         mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).

  • Barangan/Perkhidmatan – ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.

·         Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.

·         Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.

  • Ramalan Jualan

·         syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.

  • Strategi Pemasaran

·         Strategi pemasaran secara keseluruhan

·         bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan

·         kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya

  • Strategi barangan

·         faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan

  • Strategi harga

·         penentuan harga

·         tawaran harga dan sebagainya.

  • Strategi Pengedaran

·         cara pengedaran dibuat

·         kos-kos yang terlibat

·         rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut

  • Strategi promosi

·         teknik-teknik promosi yang akan dijalankan

·         Belanjawan pemasaran

7. Rancangan Pengeluaran/Operasi

  • Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
  • Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
  • Keupayaan pengeluaran
  • Rancangan pengeluaran

·         jumlah pengeluaran

·         keupayaan maksimum

·         penyimpanan stok

  • Senarai bahan mentah (jika ada)
  • Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
  • Pengendalian mesin/peralatan

8. Rancangan Kewangan

Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.

Bahagian ini merangkumi :

  • Kos pelaksanaan projek
  • Sumber pembiayaan

·         modal sendiri

·         pinjaman bank

·         sewa beli

·         lain-lain

  • Proforma aliran tunai – bulanan dan tahunan (3 – 5 tahun)
  • Proforma Penyata Pendapatan – tahunan (3 – 5 tahun)
  • Analisis Titik Pulang Modal

9. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

10. Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

Nota:
Sumber rujukan
– 'Asas Keusahawanan' oleh Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDC) /> – 'Outline for a Business Plan' – Arthur Young.

 

Related Posts with Thumbnails