Rock melon
Assalamualaikum
Tak sempat saya nak tulis tentang fertigasi rock melon yang saya usahakan di Jab Pertanian Bukit Temiang. Nampaknya, fertigasi rock melon tidak semudah yang disangka sebab jangka hayat pokok yang pendek, membuatkan tumbesaran pokoknya pantas. Setiap hari @ 2 hari sekali pucuk pokok perlu dililit dan pemangkasan perlu dibuat mengikut masa yang ditetapkan. Jika tidak, buah lambat besar.
Tanaman rock melon mungkin menjadi masalah kepada pengusaha yang cuba membuatnya secara separuh masa tanpa pekerja. Kerja-kerja penyelenggaraan pokok perlu dibuat dengan kadar yang pantas. Semasa mula-mula saya dapat projek ini, saya mempertikaikan keputusan Jab Pertanian yang ingin menjarakkan pokok rock melon, yang mana boleh merugikan pendapatan kelak. Tapi rupa-rupanya, ada hikmah disebaliknya. Jikalau Jab Pertanian tidak menjarakkan pokok tersebut, saya akan dapat mengusahakan 800 pokok rock melon, tapi dengan 400 pokok rock melon yang ada sekarang pon, saya kurang mampu mengurus pokok dengan baik sebab tak boleh beri sepenuh perhatian kepada pokok rock melon.

Nie la pokok rock melon yang tak seberapa kemas. Tak sempat nak urus. Tapi, insyaAllah, saya cuba urus masa dengan lebih baik lagi untuk tanaman pusingan ke 2.
Mengenai PenulisMohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Comments
3 Responses to “Rock melon”
Leave a Reply











Adakah saudara mengalami serangan lalat putih (whitefly), kutu daun (aphids), spider mites (hamama), lelompat (leaf hopper), teririp (scale insects), kulat Botrytis pada tanaman rock melon saudara. Cara mana saudara kawal nya
Mohd Ashraf: Pastikan anda meracun 3 hari sekali sehingga masalah serangan serangga itu hilang. Buah pula dibalut semasa sebesar bola pimpong.
lain kali pak haji jangan lawan tok guru.ikut aje lah cakap dia.kalau dah putus 400 pk. buat aje lah;yang 400 pun dah tak larat nak urus.
Mohd Ashraf: Insyaallah, lepas ni saya buat betul-betul
Salam Ashraf..
Sy Wan Shahrul. Sy ni berminat nak buat tanaman rock melon ni. Nak dpt info skit dr awak, boleh eh…
1. dah brp lama awk buat tanaman ni?
2. full time ke part time?
3. brp luas kawasan awak tu?
4. brp modal? boleh bg detail tak modal utk apa?
5. bila income start dpt sejak mulakan tanaman?
6. brp income utk keluasan tanaman awk tu?
7. dan kalau ada lain2 info yg boleh kongsi dgn saya….
saya bercadang utk buat fulltime.
Mohd Ashraf:
1. Lebih kurang 5 bulan
2. Part time
3. 40′ x 100′
4. RM30K (Rumah Lindungan Hujan, sistem piping fertigasi)
5. 3 bulan dah boleh harvest
6. Kasar lebin kurang RM3600