Sabut oh Sabut!
Posted by Mohd AshrafJul 5
Lebih sebulan saya menunggu medium tanaman untuk sampai pada saya
Sebelum ni saya menggunakan medium sekam bakar, tapi sekarang ni bukan musim menuai, jadi agak sukar untuk dapatkan sekam bakar.
Sebab tu saya terpaksa mencari sabut.
Untuk kurangkan kos, saya terpaksa cari sabut di lokasi terdekat yang mungkin.
Memang saya selalu ingatkan rakan-rakan untuk siapkan segala infrastruktur sebelum menyemai benih.
Alhamdulillah, pengalaman dulu mengajar saya untuk tidak tergopoh gapah menyemai benih.
Harapan saya agar projek terbaru saya ini tidak tertangguh untuk kali ke2.. ops… kali ke3 sebenarnya
Jika minggu depan saya tak dapat peroleh sabut, saya akan cari alternatif lain.
Dah jadi habit saya untuk selalu bersedia dengan plan yang banyak
Minggu depan projek saya mesti diteruskan, sebab esok dah start semester akhir.











assalamualaikum
mengenai medium tanaman utk fertigasi, saya ada beberapa pertanyaan
1) boleh tak menggunakan tanah biasa sebagai medium tanaman untuk fertigasi
2) sisa buangan kilang kelapa sawit, yang dipanggil FOME, merupakan media tanaman yang subur… tanahnya hitam, boleh tak gunakannya sebagai media tanaman utk fertigasi
3) pokok kelapa sawit yang sudah tua akan di tebang, apa pandangan Mohd Ashraf, sekiranya batang pokok kelapa sawit ini di kisar kemudian dijadikan medium tanaman? boleh ke tidak boleh?
terima kasih, saya sesungguhnya tidak tahu
Mohd Ashraf:
1. Boleh
2. Saya kurang pasti. Boleh cuba
3. Jika dapat menjimatkan kos dan batang kelapa sawit ni tiada bahan kimia yang boleh jejaskan pokok, tiada masalah untuk digunakan sebagai medium fertigasi