Senario cili negara

July 30, 2008 · Filed Under Pertanian 
senario-cili-negara

Assalamualaikum
Pertamanya, tahniah buat sahabat saya, En Ghazali @ Bang Li yang berjaya memenangi tempat pertama kategori Cili pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Perlis 2008. Ini adalah cili beliau.

cili kulai

Terdapat maklum balas daripada post saya sebelum ni yang bertajuk Cili Fertigasi.

Sebenarnya, saya tidak bermaksud untuk melemahkan semangat mana-mana pihak. Tujuan saya menulis post tersebut untuk menggambarkan senario yang berlaku pada pada tanaman cili.

Semoga bakal penanam cili akan bersedia mengalami segala kemungkinan yang mungkin berlaku pada harga cili.

Kenapa ramai yang takut untuk jadi peniaga?

Antara sebabnya adalah belum tentu lagi untung rugi perniagaan tersebut. Itu yang selalu kita dengar.

Walaupon begitu, ada juga peniaga yang berjaya.

Begitu juga dengan pertanian “Pertanian adalah Perniagaan“. Tagline yang membuka minda ramai untuk menjadi seorang usahawan tani yang berjaya. InsyaAllah.

    Tapi setiap perniagaan ada turun naik, ada untung, ada rugi. Kena ingat dan bersedia. Walaupon untung, kita perlu bersedia untuk menguruskan keuntungan tersebut. Jika tidak, kita akan rugi. Jika rugi, kita lagi perlu bersedia, jika tidak lagi rugi.

Ada yang bankrupt selepas untung besar, ada yang bunuh diri kerana gagal dalam perniagaan.

Ini adalah pendapat peribadi saya bagaimana caranya untuk saya jadi seorang peniaga / usahawan yang berjaya.

Saya perlu tahu apa yang saya buat, dan saya perlu ambil tahu apa kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku, seterusnya saya dapat mengatur strategi bagaimana untuk mengatasi kemungkinan tersebut.

Berbalik pada tanaman cili, apa yang perlu anda buat jika harga borong cili jatuh pada harga RM0.80? Anda sudah tanam cili, cili pon dah ada depan mata, anda boleh jual pada pemborong dengan harga RM0.80, tapi untungkah? Kalau tak jual, lagi rugi, apa pon tak dapat.

Kalau anda ada masa, jual sendiri di pasar malam atau open table depan rumah. Kalau tiada masa, tanya rakan pejabat samada mereka nak beli cili. Anda sudah boleh jual harga lebih mahal daripada anda jual kepada pemborong.

Kenapa harga cili murah?
Kerana kemasukan cili dari luar negara. Cara untuk mengatasi kemasukan cili luar negara- TIADA, selagi kerajaan tidak menghadkan kemasukan cili dari luar negara.

Kenapa harga cili mahal?
Semasa musim hujan, kebanyakan pokok cili bermasalah, jadi pengeluaran buah yang elok berkurangan, maka harga akan meningkat. Jika negara pengeksport cili mengalami cuaca hujan, maka mereka juga akan kurang mengeksport cili mereka ke Malaysia, jadi negara kita akan mengalami kekurangan cili.

Yang ada hanyalah cara untuk kita mengatasi harga cili yang murah iaitu jual sendiri atau jadikan cili tersebut kepada produk lain (tambah nilai).

Negara kita memang kekurangan cili, jika tidak diimport dari negara luar, maka ada rakyat Malaysia yang tidak dapat makan cili, yang mana cili adalah salah satu bahan utama dalam masakan harian masyarakat Malaysia.

Jadi, kita perlukan lebih ramai pengusaha cili di Malaysia ini sehinggalah pengeluaran cili yang banyak dalam negara menyebabkan kita tidak perlu lagi mengimport cili dari luar negara.

Dengan teknik fertigasi pula, pengusaha dapat menjimatkan masa, tenaga kerja dan upah untuk pengairan dan pembajaan dan kos yang terlalu sedikit berbanding dengan tanaman secara konvensional pada pusingan / tanaman seterusnya.

Semoga contoh saya di atas dapat memberi idea kepada anda dalam menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku. Setiap satu masalah, pasti ada penyelesaian. Perlu sentiasa tenang, dan berfikiran positif yang anda pasti temui jalan penyelesaian.

Harga ladang cili kulai pada 29 Julai 2008 mengikut FAMA

Negeri/ Harga Tinggi Purata Rendah
JOHOR BHARU, JOHOR 7.50 7.00 6.50
KOTA SETAR, KEDAH 7.50 7.25 7.00
KOTA BHARU, KELANTAN 4.00 4.00 4.00
MELAKA TENGAH, MELAKA 4.80 3.90 3.00
SEREMBAN, NEGERI 9 5.00 5.00 5.00
KUANTAN, PAHANG 5.10 4.90 4.70
SEBERANG PERAI TENGAH 6.00 5.50 5.00
KINTA, PERAK 7.60 7.30 7.00
KANGAR, PERLIS 6.50 6.50 6.50
KLANG, SELANGOR 4.90 4.55 4.20
KUALA TERENGGANU 5.30 5.20 5.20
KUCHING, SARAWAK 3.00 2.00 1.00
MIRI, SARAWAK 6.00 6.00 6.00

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================

Comments

Leave a Reply