Minggu lepas, saya dan isteri bercuti di Cameron Highlands. Sambil bercuti, saya ambil peluang untuk tengok teknologi tanaman yang di usahakan oleh patani di Cameron. Rata2 mereka membuat rumah hujan dan menggunakan sistem piping untuk pengaliran baja dan air.

Hanya tanaman strawberi yang saya nampak menggunakan teknologi fertigasi. Tanaman lain di tanam di atas tanah. Pada pendapat saya, jika sistem rumah hujan dan piping yang terdapat di Cameron serta di gabungkan dengan sistem fertigasi, tentu pokok akan segar bugar membesar di tanah rata.

Mungkin ada yang kurang faham hik. Semasa saya perjalanan pulang, saya singgah di sebuah kedai menjual peralatan fertigasi. Setelah berborak dan membeli barang, pekedai mempelawa saya untuk melihat-lihat kebun rakannya. Peluang baik untuk saya. Sebab, semasa melawat di farm di Cameron Highlands, saya hanya tengok-tengok tanpa ada penerangan.

Peluang yang diberi saya gunakan sepenuhnya. Semasa di kebun rakan tokey, saya ditunjuk sistem piping yang mereka gunakan dengan lebih dekat. Bagaimana sistem itu berfungsi dan sebagainya. Saya juga ambil peluang untuk mempelajari tentang rumah hujan, structure dan material yang digunakan.

Banyak nasihat yang diberikan kepada saya. Antaranya adalah “tanah adalah wang”. Saya nampak, pada sekecil-kecil tanah pon, mereka tanah sayur, walaupon 1 pokok, sebab 1 pokok tu juga adalah wang. Sekarang saya sedang luaskan tapak tanaman cili fertigasi saya. Hampir di setiap penjuru kawasan yang dibenarkan oleh ibu. Maklum la, saya pon menumpang, hanya kawasan yang dibenarkan saja baru saya boleh letak polibeg.

Ni la tapak sebelah rumah. Belum lagi di tanam cili, sebab cili masih lagi dalam tray. 25 sept baru boleh tanam. Jadi nie la model fertigasi yang saya jual di rumah. Pelanggan boleh tengok. Saya juga buat rain shelter. Tapi 1 je la. Buat model kot2 orang nak tempah. Fertigasi di kebun belum lagi berjalan. Trekta belum ratakan tanah lagi. Sekarang banyak trekta ditempah untuk gemburkan tanah sawah. Padi nak start tanam semula. Jadi terbengkalai jugak projek di kebun buat masa ni.

Related Posts with Thumbnails